If I Let You Go

Thursday, 3 August 2023

berlatar belakang kan Westlife - If I Let You Go ~~

tidak lari dari liku-liku kehidupan, Kekja juga manusia biasa. Drama-drama cinta dan episod-episod kehidupan yang terus mewarnai perjalanan. Selagi belum jadi suami isteri soleh solehah (halal) , janganlah terbawa jauh cerita hati. 

Siapa kat sini berjumpa ramai, berkenalan ramai juga berpuluh "good bye" telah diucapkan? Yap. Kekja tahu itulah realiti kehidupan yang tidak dapat dielak bertemu ramai, berkenalan ramai. kadang terdetik keliru mana satu jodoh aku? LOL 

Kekja nak dokumetasikan perihal cinta dan jodoh kerana ianya sebahagian dari kehidupan. Kekja juga percayaaa setiap orang berbeza ceritanya. dan INI, cerita saya. 

Bye, busy jap bina kehidupan. Nanti memasing dah sedia mental fizikal duit dan segalanya nantiiiiii kita hai balik. Macam tu ka? Ehek

.
Jika anda perlu memilih, pilihlah cintakan dia kerana Allah. Pilihlah cinta yang menenangkan jiwa walau ribut perlu diredah kerana hakikat hidup bukan mudah dalam mendapatkan yang terbaik. 
.
Hanya kepada Allah, aku berserah diri. 

/
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. 

Quran [25:74]

Aamiin Allahumma Aamiin. 

3 comments:

  1. takpe kekja itu semua pengalaman yg mendewasakan hehehe

    ReplyDelete
  2. Aamin... faham tu kekja...Cuya pon macam tu juga
    tapi tulah asam garam kehidupan
    Moga kekja dapat melalui semuanya dengan baik

    ReplyDelete
  3. Allah susun cantik semua untuk kita kan?
    mesti nti Allah nak bagi yang terbaik :)

    ReplyDelete

Komen anda amat saya hargai!

Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co