Instagram : @artotes.co

Dapur Kekja : Sagu, Santan dan Gula Melaka


Bila hujan petang, mula lah Kekja mencari manisan. Haritu buat bubur tepung. Harini buat Sagu Gula Melaka! ok jom. 

Bahan :

1. Sagu
2. Gula melaka
3. Santan
4. Garam + Daun Pandan (6helai)


Cara masak :

1. Sagu

lalukan sagu sekejap pada air paip. jangan rendam/ lama sgt nanti kembang. no! kejap je basuh. - ok letak tepi.

panaskan air (kuantiti air lebih sedikit dri kuantiti sagu) + daun pandan 2 helai (koyak dan simpul mati + garam 1 sudu teh. 
tak perlu tapis sbb kita nak dia melekat lekit penuh dalam mulut. 

apabila air rebusan dah membuak mendidih , biarlah didih lama sikit dan titiskan pewarna kehidupan sekiranya inginkan keceriaan. LOL kekja titis sirap ros je dah cukup. 

kemudian baru masukkan sagu. kacau sehingga sagu kembang dan melekit. dah kental/kenyal boleh tutup api. 

terus basuh segala periuk sudip semasa panas (dah sejuk nnti susah kanji dia melekat nak sental pergh)

siap untuk sagu. next!


2. Gula Melaka

masukkan gula melaka sehingga penuh satu cawan. masukkan gula tersebut dlm periuk + daun pandan dua helai koyak simpul mati + air dua cawan tadi. biarkan mendidih sehingga pekat (bukan hangus mahupun terlalu pekat. you know it right?)
lepastu boleh tutup api, tunggu sejuk dan transfer dalam bekas.

siap. next!

3. Santan

masukkan santan 1kg + daun pandan 1 helai koyak ikat + air panas setengah cawan + garam 1 1/4 sudu teh. 

kacau sehingga santan cair (selalu guna yg beku) tutup api sebelum santan mendidih. sila noted! jangan sampai mendidih. cukup santan sebati dgn air. gitula. ok siap!

ps # santan dan gula melaka tunggu sejuk baru transfer masuk bekas.

kecuali sagu kena terus masuk bekas dia dan tunggu sejuk, baru masuk peti ais.

/

Siap! tahniah yey jom segarkan tekak pepetang heheh

2 Comments

Komen anda amat saya hargai!

  1. belum pernah lagi buat sendiri. tapi kalau nampak ni kat pasar.. wajibul beli... suka sangat

    ReplyDelete
  2. Ammi suka tapi belum pernah buat sendiri…teringat masa pregnant anak bongsu mmg teringin sgt nak makan sagu gula melaka tp kebanyakan tempat buat tak kena dengan tekak

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form