Bengkel pertama yang Kekja join semenjak kira-kira 4 bulan menjadi guru sains sekolah rendah. Bengkel ini khususnya untuk Tahap 2 (darjah 4,5,6). Memandangkan saya adalah guru sains Tahap 1 (darjah 1,2,3) tidak salah untuk menambah ilmu. Terkadang dengan ilmu yang kita dapat, boleh diolah agar sesuai dengan tahap pengajaran. Kami diberi modul soalan dan sepanjang bengkel, yang paling utama dibincangkan adalah cara menjawab soalan dan menentukan soalan jenis PKSK/UKKM (yang ini saya kurang jelas, maklumlah semua ini baru pada saya dan masih belajar, jika ada cikgu-cikgu boleh terangkan di ruangan komen amatlah dihargai)
Selingan disamping itu adalah game Quiz dan akiviti!
so here, aktiviti membuat takal tuas menggunakan straw, benang dan belon. Memang teringat zaman belajar dulu sebab memang aktif pergi kursus dan program sejak di bangku sekolah hehe.
bersama rakan sekerja Muallimah Nadiah. Hanya dua orang guru wakil dari sekolah kami. Memandangkan bengkel ini diadakan pada waktu hujung minggu. So, weekend spend well right?
Kenangan diorang dengan sekolah-sekolah lain. Semoga murid-murid terus bersemangat dalam menuntut ilmu!
/
coretan diri : in shaa Allah akan update sedikit lagi perkongsian berkaitan apps yang sesuai untuk memudahkan kerja guru mengajar. biasalah di zaman kini, segalanya menggunakan apps. saya tak minat sangat tapi why not we try kan heeee
.
Tags:
Kekja Work
Mau tak mau kita yg mengikuti zaman kan 😄. Saya pun dari yg tak suka pakai apps atau digital, sekarang harus pakai. Kalo tak, tertinggal pula.
ReplyDeleteMacam seruuu sangat aktifitas yg dibuat di workshop ini kak 👍