1. Canvas/Nylon Backpack
Backpack jenis begini sesuai untuk mereka yang kerap memerlukan ruang penyimpaan untuk pelbagai barang seperti buku dan laptop. Jadi, backpack jenis ini lebih banyak dipakai oleh pelajar Universiti. Mengikut kekuatan bahan kanvas atau nylon yang digunakan, backpack jenis ini juga boleh digunakan untuk melancong.
2. Mini Backpack
Baiklah untuk backpack jenis ini, sangat sesuai untuk wanita yang menginginkan kelainan daripada menggunakan beg satchel atau beg tangan yang biasa. Jadi selalunya, anda akan jumpa fashionista atau hijabista yang menggunakan backpack stail begini. Saiznya kecil berbanding backpack biasa kerana ia bertujuan untuk digunakan sebagai aksesori dan dijadikan sebagai alternatif beg tangan. Tak kira la usia anda 15, 25 atau 30 sekalipun, fesyen backpack ini boleh digayakan dengan menarik.
3. Gym Backpack
Jangan salah faham ya. Gym backpack bukan bermaksud untuk dibawa ke gym sahaja. Secara keseluruhannya, backpack begini khas untuk mereka yang bersukan. Backpack sukan lazimnya akan diperbuat daripada bahan fabrik yang mampu "bernafas" supaya barang seperti pakaian dan kasut tidak berbau. Ada juga backpack sukan yang khas untuk mereka yang kerap mengikuti acara marathon.
Jadi suka tak backpack? Kalau boleh saya mahu mencuba gaya mini backpack. Nak juga tampil lebih berfesyen. Jom tengok backpack terkini mana tahu anda pun tertarik.
No comments
Post a Comment
Komen anda amat saya hargai!