Dapur Kekja : Ikan Patin (Asam Rebus)

Wednesday, 17 May 2017

No comments
Alhamdulillah tengahari ini Kekja masak Nasi putih + Lauk Ikan Patin. Marilah buat note untuk diri ini yang jarang ke dapur. HAHA






BAHAN

  • Ikan Patin - 1 atau 2 ekor (telah dipotong empat dari kedai)
  • Asam Jawa - 2 atau 3 sudu (untuk rendam) 1 sudu (untuk rebus)
  • * Belacan - 1/2 bulatan (eh agak-agak je)(yang pasti kena banyak)
  • * Cili padi/api - 12 batang? (eh sempat pulak aku kira?!) agak-agak je 
  • * Serbuk Kunyit - 1 sudu teh
  • Daun Kesum - seikat (potong batang)
  • Asam Keping - segenggam (sebab genggaman I kecik je. Haloh) *7keping

CARA MASAK : 

  1. Basuh ikan (buang apa yang patut), pastu redam dengan asam jawa. (ikan+air+3 sudu asam jawa) *sebatikan mereka guna tangan je. selawat ya (biarlah mereka berendam sementara siapkan bahan yang lain)
  2. Blander yang bertanda *
  3. Panaskan kuali, masukkan bahan yang telah diblander dan tambah air (banyak air, banyak kuah)
  4. Terus masukkan Asam Jawa (1 sudu) , Asam Keping (segenggam) , Daun Kesum (seikat)
  5. Garam (satu sudu teh)*nanti rasa dan tambah lagi.  Ajinamoto (hujung sudu teh) 
  6. Basuh ikan yang direndam tadi dan masukkan dalam kuali.
  7. Biar Lauk Ikan Patin itu mendidih lama.
  8. Bila dah didih, kecikkan api dan biar dia didih lagi. (supaya ikan masak sepenuhnya dan kurangkan kepedasan cili api)
  9. Agak-agak cukup lama, tutup api. Siap!
Masak santai-santai je, ikut suka. Haha, kbye 


Read More

Dapur Kekja : Lauk Sardin

Monday, 15 May 2017

No comments

(not mine lah, googel je. Nanti Kekja update gambar sendiri ok)


Ofkos lah rindu untuk segmen ini. So, baiklah. Mari kita ke dapur untuk Lauk Sardin harini. Nasi putih pergi masak sendiri lah!


Bahan : 


  • Sardin 3tin kecil (Botan)
  • Bawang besar - 2 *
  • Bawang putih - 6 ulas*
  • Halia - sebesar dua ibu jari (agak-agak je)* #(kalau ada ikan, mesti ada halia)
  • Cili padi - (ikut suka)*
  • Kentang - 3 biji
  • Asam Jawa - setengah sudu
  • Garam & Ajinamoto

Cara Masak : 

  1. Basuh dan kupas kentang pastu potong empat (potong kecil supaya banyak dan cepat masak). Then, goreng guna minyak yang banyak. Pastuh tapis (goreng supaya kentang cepat masak)(takdelah hangus sardin kau nanti kalau nak tunggu kentang masak)
  2. Blander yang bertanda *
  3. Tapis yang diblander dan tumis guna minyak yang banyak. #(sambal kena banyak minyak)
  4. Tunggu sampai naik minyak, masukkan kentang tadi.
  5. Pastu letak garam dan ajinamoto
  6. Tunggu naik minyak, masukkan 3 tin sardin itu!
  7. Pastu tambah air (2 mangkuk)(biar berkuah sikit, nanti dah masak jadi kering)
  8. Letak asam jawa (setengah sudu)
  9. Pastu biar mendidih dan rasa. (kurang rasa, tambah garam)
  10. Kecikkan api, biar mendidih lama sikit.
  11. Kalau kentang dah masak (dah lembik sikit), means lauk sardin dah masak! So, tutup api!
Siap!


Nasi putih + Lauk Sardin + Timun = Perfect Dish!
/
Bye


Read More

Shaklee : Perfomance Drink

Thursday, 11 May 2017

No comments

Assalamualaikum semua. Next #MyProductShaklee is Perfomance Drink. Apa bestnya Perfomance Drink Shaklee? Tidak bergas langsung. Minuman isotonik yang membantu meningkatkan tenaga! Ini juga merupakan minuman para atlet negara. Yes! Diiktiraf okay! Sebab tu yakin untuk bantu saya dalam bersukan.

Masa bila nak minum nih? Minummmm pabila ingin bersukan dan semasa bersukan. Maksudnya, sebelum bersukan atau buat kerja-kerja berat. Bancuhlah Perfomance Drink ini dan minum. Seriously, korang tak perasan pun yang korang dah buat banyak kerja berat dan tak penat. So ini feedback saya, 


Untuk dapatkan consultant free tentang Shaklee boleh contact 014-5010786 (Dieyla) , stalk ig superstardieyla dan scroll blog ohmyvitamin.blogspot.com . Is it clear?

Taknak cerita banyak nanti dikatakan indah khabar dari rupa. Okay, sila cuba dan rasalah sendiri. Memang Perfomance Drink membantu banyak dari segi perkara memerlukan tenaga. Ok! dah dapat dah apa yang perlu di cari bila badan rasa letih nanti. Korang?


Read More

My little Travel : #FoodHunterSatisfied

Thursday, 4 May 2017

No comments
3/5/2017 (Rabu) - East Coast Mall, Kuantan Pahang #FollowYourLead

Oke hai. This is my little travel with my devoted food hunter - Nazlyathul Aini Nasip. Yey! We are soooo satisfied with our little travel kan Aini kan. Heheh, so this is note for me untuk lebih cermat dan bijak bila ber-day out dengan my girls. Hiksss.. Alhamdulillah my third (little) achievements! Alhamdulillah, hadza min fadhli rabbi :')

Firstly adalah tambang naik bas. Setelah di tolak tambah, tambang bas paling mahal kalau nak dibandingkan dengan makanan-makanan yang kami shopping. LOL // So, hope lah kengkawan kita ada yang berkereta nanti. Pasal driver jangan risau, semua dah berlesen. Hehe. Kami naik bas tingtong Maraliner (RM10.60), pergi dan balik so digandakan dua. RM21.20 - tambang bas sahaja. Lol //

Lepastu kita breakfast roti canai jeh kat kedai mamak TAJ depan ECM, berserta air suam dan air sirap. RM5.70 untuk dua orang. Lepastuh cari toilet.. eh tu pun nak cerita ke? Takpayah kot sebab toilet free. Em teruk perangaii.


Disebabkan hari rabu, so tiket wayang murah sikit! Kitorang tengok citer Guardians Of The Galaxy.Vol 2 .. Sebab aku dah tengok yang first, cuma Aini je tak tengok habis yang first tuh. dan tak menyesal pun sebab still kelakar citer tuh. Kita akan selalu ingat, "I am Groot" , "I'm Groot". Ah comel! Tiket RM18.00 untuk dua orang. Murah kannnnnnnnn, lebih murah dari tambang bas. Haha!


Lepastuh ajak Aini main game sementara tunggu waktu tayangan. So, sewa lah kad untuk game tuh (RM10.00) dan topup (RM5.00) untuk kad tuh. RM5 tuh macam token lah, tapi guna kad. Pastuh main 3 jenis game je yang sempat.. Then, pulangkan kad tuh dan orang tu bagi balik RM5.00. Pelik, patutnya dia pulang RM10.00. Apenii? takpe, terus berjalan beli popcorn set (RM12.00) *berdua. dan mencari Hall 6.

Habis tengok wayang, dah tengahari. Aini lead, pergi makan kat Boat Noodle. Aku tahu pasal Boat Noodle sebab ada minah pink kat ig tuh suka makan kat Boat Noodle sampai bertingkat mangkuk tuh. Bukan mangkuk tingkat tau! Keliru lah tu. Hiksss, so ini first time try. Baiklah, rasa dia just nice dan tak over sangat. Senang citer, sedap! tapi masam sikit sebab Thailand eh. Murah pun ye jugak. Di sebabkan first time, aku try semangkuk je dulu. Beef Thai Rice Noodle. Aini makan dua mangkuk, Beef Thai Rice Noodle and Chicken Thai Rice Noodle. Alamak terliur pulak sambil taip entry nih.. so, kat Boat Noodle kita spend (RM5.70) sahaja. Lepasni nak makan banyak-banyak sampai boleh buat menara!



Lepastuh konon nak teman Aini beli baju, Iolls okay je sebab tema diri #FollowYourLead & humble. Haha! Lepastu macam jiwa masing-masing nak try makanan. Dia pun ajak pergi satu kedai aiskrim kat tengah mall tu.. TPF ECM Mall, camtulah yang tertera kat resit tuh. sebab Aini pernah try makan kat situ, so kita pun makannnnn situ. Inilah dia, serius Chocolate Snow Ice (RM9.45) tuh sedap! + Beancurd Skin Sweet Soup (RM6.68) is emmmm nice. Ada telur puyuh dalam soup tuh! Nasib baik, feveret. So, not bad untuk soup I.



Sebelum balik, kita beli sedikit bekalan untuk dalam bas juga menikmatinya di rumah. Kita pergi Big Apple, (donut untuk keluargaku) dan KFC Zinger Burger untuk perut sendiri. Last! kita pergi ChaTime tapi sekarang dah tukar kepada Tealive (RM8.50) untuk Hazelnut dan Oreo. Yey! So, perbelanjaan kita under RM70.00 // Cermat dan gembira. So, better kalau pergi mana-mana. Kita serbu makanan bukan pakaian. HAHA..Alhamdulillah for everythings, okay next travel please?


Read More
Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co