Instagram : @artotes.co

Dapur Kekja : Tepung lenyek + Sambal


Haritu (2016) dah update pasal Sambal Tepung lenyek . So harini, nak update resepi tepung lenyek pula. Your perfect breakfast also can makan petang!

Bahan-bahan :

1- Tepung gandum cap sauh
2- Garam
3- Minyak masak yang dipanaskan - satu senduk
4- Air suam


Cara buat & goreng : 

1- Isi tepung gandum dalam bekas dalam kuantiti yg banyak (maybe half of it)
2- Tabur garam-  5 sudu teh pada tepung tersebut.
3- Panaskan satu senduk minyak masak. Bila dah minyak dan panas, tuang pada tepung tu. Kemudian adunkan dia guna senduk dan isi air suam. Teruskan mengadun sehingga adunan tak melekit (so that, kalau melekit sila tambah tepung)


So inilah dia! bila dah adun tu, tak nampak banyak pun even guna setengah tepung gandum yang baru beli tuh. Tiber XD

4- Bila adunan dah menjadi (tak melekit dan sgt lembut), cubitan besar pada adunan dan golekkan pada tapak tangan supaya jadi bebola kemudian lenyekkan dia supaya jadi bulat. (p/s jangan lenyek terlalu nipis nanti jadi kerepek. lenyek sekali dua, dah cukup biar dia tebal baru ada isi dan lembut bila dimakan)

5- Panaskan minyak untuk menggoreng. Silalah goreng yang sudah di lenyek tu.Goreng sampai dia jadi coklat cerah. First stage dia jadi coklat cerah, biar lama sikit supaya yg dalam tu masak. Jangan sampai jadi coklat gelap, itu hangus nama dia.


Ha camtuhh, coklat cerah. macam goreng jemput tu! itu saja, selamat mencuba :)








Post a Comment

Komen anda amat saya hargai!

Previous Post Next Post

Contact Form