Instagram : @artotes.co

Coretan gadis kecil

Hai guys! Tiba-tiba blog ni jadi journal kehidupan aku. Sebelum berbuat sesuatu, kita kena tahu tujuan dan matlamat penulisan ini. Ini bukan diari tapi lebih kepada journal dan highlight momen kehidupan sepanjang menjadi pelajar Sarjana Muda. Personal pada aku, pengalaman sepanjang di Sarjana Muda sangat berharga .Setakat aku sedang menulis ni, aku berada di awal Semester 2. Lain orang, lain cara memandang pada sudut kehidupan dan ujian. Apa yang aku boleh ajar diri aku adalah :

1. Hidup di dunia untuk beribadat (solat, belajar, kerja dan segala komitmen yang kita berikan pada orang lain). Rehat di akhirat nanti. Adakalanya penat, tidur. Tapi selagi ada upaya, isi lah ruang waktu dengan sesuatu yang bermakna. Jangan sia-sia usia muda. Biar waktu muda ni, kita banyak pencapaian. Kerana di saat ini sahaja, kita masih berdaya dan punyai waktu untuk melakukan itu.

2. Moga setiap penat lelah berbaloi suatu hari nanti memandang aku gadis bakal menjadi isteri dan ibu jika diizin kan maka aku persiapkan fizikal dan mental menjadi lebih sabar dan ikhlas pada setiap pengorbanan dan pekerjaan yang aku lakukan. Adakalanya berjaya ada kalanya mengeluh juga. Pada aku, biarkan ia bergerak perlahan supaya diakhirnya nanti kita lebih faham erti sabar dan ikhlas itu.

3. Pengurusan masa dan wang. Ini paling obvious perubahan pada diri aku. Sejujurnya masih merangkak. okaylah malu. HAHA

Setakat ni korang nampak aku baru nak belajar erti hidup sendiri. Banyak yang aku belajar dan membuat kesilapan bukan bererti kau gagal. Cuma perlu cari cara lain sampailah berjaya. Sokongan luar bukanlah syarat untuk berjaya mahupun bahagia. Jujurnya sukar untuk diterima namun setelah melalui pelbagai perkara. Kalau nak berjaya, hanya perlu diri sendiri, berusaha, berdoa dan percaya pada Allah. Bersangka baik selalu pada semua orang disekeliling kita. Dah berjaya, jangan lupa orang disekeliling kita walaupun diorang lah halangan terbesar untuk kita berjaya.

Pandang ujian itu bukan pada insan, tapi pandang lah dari sudut ujian itu dari Allah dan mereka hanya perantaraan. Dengan ini, akan kuranglah masalah retak silaturrahim walau sebesar mana pun ujian itu. Carilah hikmahnya bukan persoalkan kenapa dan mengapa?

Dalam mengingatkan diri sendiri, aku juga selalu tewas bila hadirnya emosi yang mengganas. Percayalah aku masih mencuba untuk mengubah keadaan diri. Moga-moga dipermudahkan.

Puas rasanya dapat berceloteh.
Itulah disudut hati seorang blogger. Sekian untuk harini. Hihiks!

Post a Comment

Komen anda amat saya hargai!

Previous Post Next Post

Contact Form