Instagram : @artotes.co

How to stay strong?

Jadi penulisan kalini seperti biasa, pertama sekali dituju tepat buat diri sendiri. Tercetus idea untuk menulis adalah untuk membantu siapa sahaja, khususnya diri ini yang memerlukan inspirasi untuk kekal kuat dan berpendirian.

Ujian paling berat dan halus adalah bicara manusia. Sebab itu lidah walau lembut dan fleksibel namun ianya tajam. Menusuk dan mampu merosakkan sesuatu keadaan.

Bersabarlah.
Jika lebih 10 orang pesan pada kita tentang sabar, maka tekankan pada diri erti sabar. Mohon pada Allah jelaskan erti sabar agar kita dapat meneruskan sabar tanpa batas.

Pertama sekali, berhenti fikir pasal orang lain. Biar nampak sombong, ego, pentingkan diri. Yep! You must. untuk permulaan, memang penting untuk ada sikap macam tu sampai satu tahap kita mampu handle dan boleh hadapi manusia tanpa kisah bicaranya. Sampai satu tahap barulah kita bergaul sebab kita dah ada kekuatan tu. Ingatlah, time kita jatuh takde sorang pun tolong. Nak apa lagi? Masih nak korbankan hidup untuk orang lain? Sudah lah. cukup.

Bina diri sendiri dulu sampai jadi, kemudian baru setelkan orang lain. Setiap orang, lain kemampuannya. Biarkan mereka dengan cara mereka. Kita dengan cara kita. Sampaikan satu tahap saya juga block, dan delete kenalan. Hanya kerana ianya terlalu toxic untuk saya simpan. Namun di alam realiti, kami masih berkawan dan bertegur sapa.

Jangan takut kehilangan sesuatu benda di dunia kerana apa sahaja yang ada didunia hanyalah sementara. Jika kita kehilangan sesuatu kerana Allah, maka Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Yakin tak? Percaya tak? Kurangnya rasa yakin yang buatkan kita ragu-ragu dan serabut kepala.

Istighfar.
Hidup kita di kawal oleh akal, nafsu, dan hasutan syaitan. Banyak benda kan? sebab tu kalau rasa susahnya nak berubah, itu perkara biasa. Kita manusia biasa. Kita dah berjaya atasi fikiran, nafsu pula menggoda. Kita dah atasi nafsu, godaan jahat lain pulak. Banyak benda. Jadi, struggle kita harini sangat berbaloi untuk masa depan. Jangan kisah bicara orang. Dan jangan kisah hidup orang. Dia nak ade boyfriend 10 orang, post sweet-sweet pasal relay tak halal dia. Biarkan. bukan kita tak pernah nasihat. Biarkan dia nak buat apa sebagaimana dia biarkan kita dengan cara kita. Kita terlalu fikir pasal orang lain sampai kita buat serabut kepala sendiri. Lepastu apa kesudahannya? Tiada.

Memang apa yang rakan-rakan sebaya kita buat tu, best. Kita berjiwa muda memang rasa best melepak, ada orang 'caring' , menghabiskan duit untuk keseronokkan. Tapi sedar tak bahawa jiwa kita tak tenteram pun buat semua tu? Jiwa kita meronta mencari jalan menuju Tuhan. Sampai bila nak biarkan jiwa kita hipokrit? Awak orang yang baik. Awak kuat dan mampu hadapi semua ni. Walau hanya seorang diri, tetap ingat bahawa kita ada Allah.

Berubah.
 Setiap hari kena ubah jadi lebih baik. Harini takkan sama macam semalam dan esok. Setiap hari cerita yang berbeza. Maka ciptalah kisah yang lebih baik. Moga-moga Allah redha. Ada banyak lagi perkara untuk difikirkan. Untuk diperbaiki. Solat, amalan sunnah, sedekah, hubungan dengan ibu-bapa. Subhanallah. ucapkan yang baik selalu, fikirkan yang baik selalu.

Biarpun lelah, perjuangkan.
Penat lelah berjuang di jalan Allah in shaa Allah akan hitung dalam timbangan. Penat lelah bertahan dengan relationship tak halal, apa yang dapat? Pahala? Sikit pun tak berbaloi. Dari awal sampai habis, buang masa.

Yang sedang bercakap ni bukan seorang yang suci, tapi dah mula sedar dan nampak hakikat sebenar. Syaitan berjaya kaburkan mata saya sekejap, menikmati bahagia yang sementara. Pada awalnya saya tak boleh terima, di pertengahan jalan saya sedar banyak perkara. Kisah saya, tidak lagi melibatkan sesiapa. Hanya saya dan perjalanan ini. For those yang sentap, saya tidak bertanggungjawab. Saya cakap berdasarkan apa yang diri saya alami.

Kesimpulan untuk menjadi kuat, dekatkan diri dengan circle yang mempunyai fikrah yang sama. Fikrah - cara berfikir. Moga Allah redha setiap perjuangan insan yang sedang ingin menuju Tuhan. Moga Allah membuka jalan taufik dan hidayah agar kita sama-sama bangkitkan diri sendiri serta insan-insan yang lain yang turut merasai hakikat ini.

"Mujahadah itu Pahit kerana Syurga itu Manis."- teruskan berjuang wahai muslimah. Moga Allah kirimkan malaikat untuk menjaga setiap langkahmu.







Post a Comment

Komen anda amat saya hargai!

Previous Post Next Post

Contact Form