It's always seems impossible until it's done - Nelson Mandela
dua hari sebelum bermula sesi pembelajaran online Semester 4
aku suka dihargai. suka rasa diri dihargai, disayangi. suka akan kejutan. suka coklat, suka bunga, suka bagi hint nanti belikan ek. hahaha.ok dan suka bersorak untuk sekecil-kecil kejayaan yang telah daku kecapi. suka untuk terus bermimpi dan mencapai sekecil-kecil mimpi. apa yang membuatkan hati terdetik untuk meraikan kali ini, adalah sebab ini merupakan kali pertama aku dapat dean list! walaupun bukan straight A, bukan 4 flat. Tetapi untuk mencapai dean list, sangat jauh dari mimpi. sebab mimpi pun tak pernah. Ya, saya tak pernah mengimpikan dean list / 4flat. Jadi, saya belajar untuk apa?
Saya belajar untuk ilmu. Saya belajar kerana menuntut ilmu adalah suatu ibadah. Result adalah rezeki. Semoga sepanjang umur ku, di penuhi dengan ibadah kepada Allah. Terus melakukan perkara yang Allah suka. dan tidak lupakan juga, selalu beringat bahawa ilmu dan kefahaman itu datangnya dari Allah swt. Mintalah padaNya selalu.
Untuk pencapaian ini, tidak dilupakan ibu bapa yang selalu mendoakan. Kawan-kawan seperjuangan sangat dihargai dan didoakan selalu, in shaa Allah. begitu juga pensyarah yang berhati mulia. sangat bertolak ansur dengan student memandangkan kelas online. Pelbagai rintangan terutamanya line problem ketika hendak menghantar skrip jawapan. Allah sahaja yang tahu debaran, keringat peluh. Sangat bersyukur bila pensyarah boleh bertolak ansur, masih menerima skrip jawapan walaupun sudah terlajak masa dek kerana line internet yang bermasalah.
Tidak dilupakan ketika final week, saya ditinggalkan. Sedihnya saya, sakitnya perasaan saya. Hanya Allah yang tahu. Saya menangis, saya hilang semangat. Tetapi saya pilih untuk tetap teruskan. Allah menguji saya ketika itu, dengan penilaian manusia terhadap saya. Terlalu banyak perkara membuatkan saya rasa hilang keyakinan diri. Pada mereka, mungkin itu tiada erti apa. Tetapi pada saya, iainya suatu hal yang besar.
Maka dengan itu juga, saya membuat keputusan yang besar. Jika jatuh saya kerana manusia, adalah lebih elok untuk saya singkirkan mereka dari kehidupan saya. Dengan itu, saya rasa jauh lebih baik.
Saya bukanlah seperti yang mereka katakan. In shaa Allah saya juga akan pastikan bahawa saya akan terus melangkah jauh, terbang tinggi.
" Fly high until they can't catch you. Fly high until they seems small from above"
here, a little celebration for you Faezah.
Keep inspired yourself and shine like you always do.
tidak dilupakan, sambutan ini juga bersama adik tersayang. Tahniah dik dekan untuk kali kedua rasanya. Tak sangka adik saya bijak matematik. (Diploma Sains Matematik). Semoga terus berjaya dalam hidup mu.
Terima kasih Ya Allah untuk rezeki ini :)
Tags:
Study Tips