Instagram : @artotes.co

Detox Your Day with Kekja!




Boleh dikatakan ini adalah salah satu rutin Kekja yang Kekja suka gils! - disebut juga sebagai keperluan hidup. Sebagaimana semalam, Kekja off dari instagram & tiktok. Kenapa instagram dan kenapa tiktok? Sebab dua platform ini sahaja kalau Kekja start buka apps tu auto rasa nak baring and scroll sampai puas. Kadang rasa sekejap je, tahu-tahu dah petang. Okay bila dah sedar keadaan macam tu. I need to do something...

Kebanyakkan hari, Kekja layankan je mood nak buat apa. bermalas-malasan and sebagainya. Tapi ada satu hari yang Kekja akan off from everything "junk". Ala macam junk food lah tapi yang ni "junk activity" which is scroll social media. lol aktiviti ini tidak sihat. jangan buat selalu, nanti jatuh sakit hehek. Selalunya isu ini menghantui hidup anak muda bujang contohnya saya, uuuu mudanya. HAHAHA. dan yang kelas online dalam bilik tidur. Sila istighfar. (sebab boleh sgt kalau buka kelas kat laptop lepastu sambung tidur. so yah, you deserve to reward yourself sebab pergi kelas walaupun kadang tak mandi dan alhamdulillah ada ilmu yang dapat diserap - atleast.)

Aktiviti yang Kekja lakukan bila off dari socmed?

For this time, FOKUS SIAPKAN BIG ASSIGNMENT. Clear your mind from everything and start your work. Buat sampai siap! Alhamdulillah dah setel 3 assignment semalam, siap submit terus!! Seterusnya, Kekja FOKUS PENGURUSAN DIRI. Basuh baju, sidai baju, kemas bilik and apa-apa sahaja yang selalu tertangguh tu. Sila lah siapkan. Buat sampai siap! Sebab tu mention besar-besar FOKUS. Bila fokus means wajib siapkan 100%. No more tangguh dah. 

Pada Kekja, rutin ni best! Just pick ONE DAY ONLY. anytime yang awak rasa sesuai untuk FOKUS 100% TO FINISH IT. and mostly pada pekerjaan yang awak suka tangguh sebab awak tak suka buat benda tu tapi kena buat jugak. yep.

So just pick one day and EAT THAT FROG! --- omputih kata eat that frog = perkara yang paling sukar dilakukan (memang susah pun kan nak makan katak? HAHAH)

Nak buat detox day pun kena ada tujuan jugak. detox untuk apa, dan apa aktiviti atau perisian hari tersebut?  - "You know when you need to do this."
.
Siapa buat camni jugak? Kita geng. 


It always seems impossible until it's done. 


3 Comments

Komen anda amat saya hargai!

  1. salam nuzul quran dan selamat makan frog itttuuuh., ;p

    ReplyDelete
  2. ingatkan detox minuman 🤣🤣

    ReplyDelete
  3. Kusangkakan detox minuman, rupa rupanya....hahahahaha :D

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form