Tips Kekja : Cengkih, Lemon & Madu Melegakan Batuk

Monday, 7 March 2022

No comments

 


Haritu ada batuk-batuk, dan zaman Covid-19 ni pun memang orang dah lali dengan (demam, selesema, batuk, sakit tekak). Juga menjadi satu kewajipan untuk kita amalkan pengambilan Vitamin C untuk tingkatkan imun sistem (sistem pertahanan badan) and if ada 4 serangkai tu, mesti dah cepat-cepat kuarintin diri sendiri. tak kisah result saliva test tu positif atau negatif, kalau rasa ada 4 serangkai tu. Sila lah kuarintin diri sendiri. Jangan risau, kuarintin kejap je. nanti dah sihat, boleh teruskan rutin seperti biasa. 



Ini Vitamin C yang Kekja amalkan. Tahan 2 bulan tau! (180 tablets) RM 98.00 
(kesihatan tidak boleh di beli, tapi kita boleh beli supplement untuk jaga kesihatan) dan jaga pemakanan pun boleh. depend mana yang badang korang perlu. Lain orang lain! hehe.. if berminat, boleh contact whatsapp ni NAK VITAMIN C! 



So here, Kekja nak share mak bagi minum air rendaman cengkih, perahan lemon dan madu untuk melegakan batuk. Yep! kena minum hari-hari, atau 3 kali sehari sampailah hilang batuk. Kekja rasa cara ni lebih sihat. Seperti yang kita semua sedia maklum, cengkih, lemon dan madu mempunyai khasiat tersendiri.

harini Kekja rajin sikit, jadi Kekja letak link untuk korang baca khasiat setiap bahan tersebut! Lepasni, kalau Kekja ada share ubatan tradisional, korang boleh google je khasiat setiap bahan. hehehe siapa yang nak berjaya, dia akan cari jalan. bukan alasan huhihuhi

Khasiat setiap bahan :

Cengkih

Lemon &Madu



if korang rasa perlukan lebih bacaan untuk khasiat bahan, boleh google je tau! apa yang terlintas dalam kepala korang dan apa yang korang nak tahu. Google je hehehe. so kat sini Kekja nak share cara penyediaannya.


Cara penyediaan

1. Satu sudu cengkih, isi dalam gelas

2. Tambah air panas separuh gelas (kurang dari separuh gelas pun okay)

3. Biarkan sehingga 10 minit.

4. Keluarkan cengkih dari gelas 

5. Gunakan air rendaman cengkih + perah separuh lemon + 3 sudu madu

Bismillah dan selawat 3x , minum.


Siap!

/

Selamat mencuba! semoga menjadi asbab sembuh ya. In shaa Allah

Read More

Dapur Kekja : Sup ikan

No comments

 


Hai, assalamualaikum guys! Kekja tak rasa nak bebel panjang harini. So here nak share resepi favorite Kekja. If demam, atau takde selera. Lauk ni memang pandai menggoda. lol


Bahan-bahan :

1. Bawang putih - 5 ulas*
2. Bawang besar - 1*
3. Halia - besar ibu jari* (sikit je, tak banyak)
4. Kiub maggi ayam - 2
5. Sup tulang adabi - satu paket
6. Ikan kerisi - 3 ekor
7. Kentang - 2 biji (potong panjang)
8. Garam & Ajinamoto

p/s lupa snap gambar lauk. pehal snap gambar bahan je ni? (for my future reference hahah)

Cara masak : 

1. Hiris yang bertanda *
2. Panaskan minyak yang sedikit. Tumis bawang putih dulu!
3. dah naik bau dan coklat2.. masukkan hirisan bawang besar + halia
4. masukkan kentang.
5. Goreng2 sampai kentang lembut sikit.
6. Masukkan 3 mangkuk air (supaya jadi sup) + 2 kiub maggi + garam satu sudu teh + secubit ajinamoto
7. Make sure kentang dah lembut sikit, sebab kentang lambat masak. sila cucuk dengan garfu nak tahu dah lembut ke belum.
8. Kalau kentang dah boleh cucuk, masukkan ikan!
9. Biarkan mendidih lama sampai kentang tu kalau dicucuk garfu, dia jatuh sendiri. (make sure ikan masak jugak haha lol)
10. Kemudian, siap!
/

ok bye tu je. 

Read More
Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co