Cara Rebus Telur Kulit Tak Melekat, Mudah Kupas & Licin!

Tuesday 26 September 2023

Siapa kat sini stress bila nak kupas telur rebus, dengan telur putih pun ikut sekali. Akhirnya tinggal telur putih berlubang lekuk. Geram kan? buruk dah nak hidang laksa pada tetamu heheh

Okay lepas baca post ni, kira selesai la masalah tu ya. 


cantik je kan kulit pisah dari telur putih tu. #sayasudahandabilalagi 

Caranya : 

1. basuh telur ayam.
2. masukkan telur + air ke dalam periuk (air melepasi paras telur, biar dia lemas)
3. buka api sederhana besar.
4. isi GARAM satu sudu teh/hujung table spoon. 
5. tunggu sehingga mendidih dan merekah sikit kulit dia (kira dah masak dah tu!)

# boleh juga angkat telur lepastu kalau air kering dengan cepat (0.01saat) pada permukaan telur, maksudnya telur dah masak. 

6. Tutup api.

*Alih telur ke dalam mangkuk lain yang berisi air paip supaya dia cepat sejuk untuk di kupas segera. 

/

Itu saja. Selamat mencuba!



3 comments:

  1. betul...dah cuba tips ni dan mmg berkesan dan lawa je kejadiannya. kalau tak mmg nyampah betul tengok lekuk2 tu

    ReplyDelete
  2. Memang sebel kalo mengupas kulit telur tapi masih terikat daging putihnya 😂. Beberapa tips yg saya baca pun selesai di rebus, masukkan langsung ke dalam air dengan es batu. Lebih gampang untuk dikupas. Tapi Krn saya tak pernah sedia es batu, agak susah pakai cara tuh. Jadi saya rendam saja dalam air sejuk

    ReplyDelete
  3. betul tips ni..MA pun selalu buat mcm ni

    ReplyDelete

Komen anda amat saya hargai!

Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co