Jauh & Sembuh

Monday 27 November 2023

No comments

 Banyak yang aku luah pada Tuhan

tentang sakit hati yang kau torehkan.


bukan untuk kau dibalas,

tetapi untuk aku disembuhkan.


kerana sejak awal aku tahu

yang melukakan itu kamu.


dan aku kembali merintih di hadapan Rabbku,

menunding jari menyalahkan kamu

seperti anak kecil yang meminta dipujuk.


namun sedikitpun aku tak mampu membalas semua itu,

dan di saat aku jauh,

aku belajar untuk sembuh.

Read More

Gerak Ke Depan

No comments

 Jangan kembali kepada apa yang kamu sudah tinggalkan

Demi menuju ke hadapan.


Kerana ketahuilah,

sekiranya perkara itu baik, sudah tentu kamu gerak bersamanya,

namun kerana hal itu tidak baik,

maka kau pergi dan meninggalkannya.


Percayalah, 

persinggahan di hadapan sana adalah jauh lebih baik

jauh lebih indah

cukup kamu sabar, ikhlaskan dan percaya

bahawa yang indah itu wujud :)

walau sementara.

Read More

Moving On Is A Process

Saturday 25 November 2023

No comments

sama ada bergerak dari suatu fasa ke suatu fasa yang lain, 

mahupun bergerak ke depan meninggalkan perkara yang tidak lagi tertulis untuk kita,

ianya adalah sebuah proses.


saya tahu ianya berat dan saya tahu ianya tidak semudah yang kita sangka, 

tetapi tetaplah percaya bahawa ada sinar yang menanti kita.


duduk termenung membiarkan angin menyapa tubuh,

helaian tudung dan baju kurung melambai halus,

sebaris senyuman tabah terukir dibibir mulus, 

helaan nafas yang sedikit berat mula dihembus,


dan lirik lagu Bukan Cinta Biasa- Siti Nurhaliza sudah menjelaskan segalanya.

Terima kasih Dato' Siti, di atas karya lagu ini

ianya memberi seribu makna

dalam apa yang sedang dijalani sekarang ini


If "moving on" is a process, you will be arrived soon. in shaa Allah. 


Tak perlu dipaksa, Tak perlu dicari

Kerna ku yakin ada jawabNya

.

Andai ku bisa merubah semua,

Hingga tiada orang terluka,

Tapi tak mungkin,

Ku tak berdaya,

Hanya yakin menunggu jawabNya.


#SedetikKehidupan 


Read More

Si Penulis

Thursday 23 November 2023

1 comment

 terkadang aku menulis seperti aku saja yang wujud di dunia,

seperti aku saja yang membacanya.


Read More

Cinta.

No comments

 aku, sejujurnya tidak pernah menyesal mengatakan semua itu

kerana itulah yang sebenarnya yang aku rasa,

untuk apa aku tipu, 

itu adalah aku.


namun belum tentu kau mampu memegang aku,

kerana aku terlalu panas untuk kamu yang sejuk,

aku terlalu nyaman untuk kamu yang kusut,


aku hanyalah aku,

dan hanya mampu bersama yang sudi menerima aku,

melihat aku seperti madu,

walau terkadang aku terlupa meletak gula di dalam kopimu.


itu aku, 

dan selamanya aku


andai kau tahu kasut yang aku pakai,

pasti kau hormati sikapku begini


kau tidak dikasutku

dan aku tidak dikasut kamu


hanya bila kita menerima hal itu,

pasti semuanya baik-baik saja.


maka terima sajalah aku,

apa adanya

dan begitu juga aku, 

harus menerima kamu segalanya

"jika kamu yang aku mahu."

dan "jika aku adalah pilihanmu."


Read More

Apa.

No comments

 Mustahil untuk aku mengagumi kamu,

tetapi benar,

bersama kamu itu nyaman ya?

Read More

Panduan Mengisi Permohonan Jawatan MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

Monday 13 November 2023

2 comments
Dipagi hari yang indah, aku mengisi masa dengan memohon jawatan di Majlis Peperiksaan Malaysia. Maka dengan itu, aku berkongsi juga di sini untuk rujukan bagi yang memerlukan panduan ini.




untuk sekarang, ada jawatan kosong yang boleh dipohon sehingga 16 November 2023. Tempoh yang sangat singkat, semoga sempat ya!

Berikut adalah cara memohon : 


2. Log masuk sebagai pendaftar baru (bagi yang tidak pernah daftar akaun MPM)

3. Tekan Mohon pada jawatan kosong yang tertera.

4. Bagi bahagian Kepantasan Menaip (Bahasa Melayu), korang boleh tekan link ini :


Kepantasan Menaip (Bahasa Inggeris), tekan link ini: 


kat situ akan terus dapat berapa (p.s.m) = perkataan se minit / (w.p.m) = word per minit

5. Untuk gambar passport, tidak boleh melebihi 20kb jadi korang boleh compress image to 15kb guna link ini :



5. Yang lain-lain bahagian boleh isi macam biasa. hehe itu saja!

/


Semoga beroleh kejayaan!

Read More

It's 24

Thursday 9 November 2023

2 comments

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang





" Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)".

Surah Maryam, ayat 33




Happy birthday dearself :)

/

Read More

Fight Your Fear

Tuesday 7 November 2023

No comments

1. Jangan takut untuk gagal.

2. Jangan takut untuk jatuh.

3. Jangan takut untuk mencuba.

4. Jangan takut untuk mencuba lagi.



kamu mungkin jatuh berkali-kali 

tetapi bangkitmu pasti bererti.

Read More
Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co