Instagram : @artotes.co

Life Update! (Work)

dalam banyak-banyak social media, Kekja masih setia dengan blog. Satu-satunya platform yang tidak sibuk dengan manusia. Hanya Kekja dan apa yang Kekja nak kongsi/ letakkan sebagai rujukan masa depan. 

sambil review e-mart, Bulgogi Beef  Cupbap sedap okeh. 



Lama tak update, ada yang tertanya Kekja buat apa sekarang? 

Hai, alhamdulillah Kekja masih di sini. 
Terima kasih sudi komen-komen di setiap posting Kekja. hehe
In shaa allah berkelapangan waktu, Kekja menziarah blog kamu pula hihi.

Currently,
masih struggle bina kehidupan realiti.
tidak mengharapkan kesempurnaan, cuma nak melangkah dengan baik setiap hari.

menerima kekurangan diri yang semakin banyak menonjol sejak kebelakangan ini. 
baru tahu erti bernafas dalam tubuh seorang manusia - yang banyak keterbatasannya. 
Allah jualah Yang Esa, Tiada Yang Mustahil bagiNya. 

2 tahun selepas tamat pengajian,
melangkah ke dunia pekerjaan sama seperti bermula dari kosong kembali.

semuanya kosong.
belajar sendiri.
perbaiki diri.
ianya memerlukan masa.

takpa, ambil lah masa sendiri.
jika terkejarkan selalu, pasti banyak yang tercicir dan terkabut nanti.

nanti Kekja update lagi (in shaa allah).
Semoga setiap pembaca blog Kekja, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Allah kan ada :)

1 Comments

Komen anda amat saya hargai!

  1. Blog memang masih merupakan platform paling nyaman utk saya menulis juga. Banyak teman dah berpaling ke platform lain, tapi saya masih setia dengan blog 🤗😊

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form