السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
setelah didesak oleh anak murid saya, untuk mengunjungi cafe milik keluarganya. Maka, disinilah saya. (terima kasih atas desakan itu)
Pada mulanya mencari keberadaan Cafe ini. Selepas diperkenalkan oleh anak murid saya, terus kita stalk instagram dia. Jadi di sini instagram 7amspressocafe
lepastu makin craving pulak, bila terutamanya nampak burnt cheese cake dalam posting instagram mereka (oh tak habis lagi topik BCC hehe) Then, cari hari yang sesuai, belek jadual kerja. Alhamdulillah, sampai juga di cafe ini bersama rakan kerja (sambil sambut belated birthday rakan sekerja).
Sekiranya ingin merasai suasana cafe yang menenangkan, amatlah digalakkan untuk datang ke 7am Spresso Cafe !
Tema cafe ini adalah hijau hutan dan minimalis - itulah pandangan saya.
Minimalist dan pokok-pokok hijau, ma shaa Allah menenangkan (seperti tema kelas saya hehe selaku guru kelas)
Beralih kepada menu, 7am Spresso Cafe mensajikan makanan tradisi melayu (Nasi Lemak) dan juga makanan barat (Spageti, Pasta) dan tidak dilupakan pencuci mulut (dessert) seperti Brownies, Pavlova, Bunt Cheese Cake.
Pilihan minuman juga amat sesuai sangat menarik dan minuman yang menyegarkan. Kebanyakkannya Kekja suka expose dalam gambar hehe. Let me show you, kami makan apa di 7am Spresso Cafe ?
harga berpatutan & mesra.
Review makanan : overall Kekja rate 9/10 kurang 1 mata sebab takde Burnt Cheese Cake ketika itu. (muehehehe)
Antara kuman tersembunyi di Kuantan, Pahang. Jemputlah datang ke 7am Spresso Cafe seperti yang tertera di bawah (details ni, Kekja dapat di instagram dan google).
Alamat : Lot 1478, KM16, Jln Batu 10, Kampung Balok, 26100, Kuantan Pahang
Waktu Operasi : Setiap Hari (7am - 11pm)
/
Terima kasih kerana membaca! Jumpa lagi post seterusnya! In shaa Allah.
Tags:
Kekja Travel
Sayaaang sekali burnt cheese cake malah tak ada ya 😁😅. Padahal memang dia lah yg paling sesuai utk jadi teman kopi. Makanan memang terlihat sedap dari platingnya
ReplyDeletenampak menyelerakan..pasta tu.. yum yum
ReplyDeleteinsya Allah.. one day kita sampai
ReplyDelete