Instagram : @artotes.co

Dapur Kekja : Labu Masak Lemak + Ikan Goreng

 #HidanganBujang


Kembali lagi di dalam segmen Dapur Kekja! Bila masuk segmen ni, tak banyak bebel dah. Sebab apa? Sebab lapar dik. Mari kita masak!


Bahan :

1. Buah labu - separuh

2. Bawang besar - 1 labu besar *

3. Bawang putih - 4 ulas *

4. Ikan bilis = 1 genggam *

5. Santan kotak - 200ml (kotak paling kecil)

6. Lada hitam - 1 sudu teh *

7. Garam. aji. Kiub Ayam (1)

8. Daun kucai/ pucuk ubi - 1 ikat


Ikan selar kuning - 1 ekor (buang isi perut, potong 2 bahagian)


Cara masak : 

1. Blander halus semua yang bertanda *

2. Panaskan minyak untuk menumis bahan yang diblander.

3. Masukkan garam, aji, kiub ayam. Terukan menumis dan masukkan 1 mangkuk air panas.

4. Apabila sudah mendidih, masukkan santan 1 kotak.

5. Kacau sehingga santan itu mendidih. dan teruskan mengacau.

6. Boleh rasa, kalau tak ckup masin (tambah garam), tak cukup pedas (tambah serbuk lada hitam).

7. Masukkan daun kucai/ pucuk ubi yang sudah dibasuh dan dipotong pendek-pendek senang nak makan hehe.


8. Sila goreng ikan seperti biasa (Ikan + kunyit + garam lebih sikit+ minyak panas).


Tips : Hidangan ini sedap dimakan bersama nasi putih. Ikan tu bagi ada rasa masin hehe. bersama Sambal Belacan pun sedap juga!


Selamat menjamu!


2 Comments

Komen anda amat saya hargai!

  1. Labu masak lemak...uish, sedap tu

    ReplyDelete
  2. memang kena gandingan lauk ni, ikan goreng dan labu masak lemak putih. Nak tambah lagi selera kena ada sambal belacan atau sambal geprek. Mantap betul!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form