Skip to main content

Tentang Waktu

Bila agaknya kita boleh saling mencinta
setenang itu

Bila agaknya kita boleh saling merindu
setenang itu

Aku sering menunggu dan bertanya
Walau bicara ku selalu menegah
Bahawa aku tidak akan pernah
menunggu mu

Ternyata itulah kebohongan terbesarku
Benar,
aku masih menunggu mu

Diwaktu yang mana kita akan bertemu?
Di episod yang mana satu,
kau dan aku bersatu?

Aku sering menunggu,
Jawapan di setiap persoalan dibenakku


Jika ditanya,
aku juga buntu

Jika ditanya,
aku juga tidak tahu

Aku sungguh tidak tahu
apakah jawapan seterusnya 
cerita kita itu

semuanya bergantung
pada waktu.

#realitikehidupan #teruskanberjalan

Comments

  1. Saya suka puisinya. Pilihan diksi yg mempunyai rima, dan terasa beratnya di saat kita harus menunggu tanpa kepastian pasti.

    ReplyDelete
  2. Salam Maal Hijrah. Pandainya berpuisi. Menarik puisinya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda amat saya hargai!

Popular posts from this blog

Segmen Bloglist Pertama by Faezah Mdnor

  Assalamualaikum hai guys! dah bertahun-tahun berblog tapi ini kali pertama Kekja buat Segmen Bloglist! Kini tiba masanya untuk mencari 5 orang sahabat blogger pilihan Kekja sebagai bloglist baru yang akan dipaparkan pada sidebar blog Kekja. 5 blogger bertuah itu, Kekja akan review blog diorang! Segmen ini bermula pada 1 May dan tamat pada 10 May 2021 , jam 11.59pm. (10 hari sahaja) Syarat penyertaan : 1. Follow blog ini. 2. Follow instagram fzhmdnr  &   artotes.co   3. Buat satu entri di blog anda bertajuk " Segmen Bloglist Pertama by Faezah Mdnor" sertakan gambar banner seperti di atas dan link kan kepada entri ini. 4. Tinggalkan URL entri blog anda di ruangan komen. / Jom join ramai-ramai. Good luck! UPDATE : SENARAI PESERTA SEGMEN BLOGLIST PERTAMA BY FAEZAH MDNOR

Pengalaman Latihan Industri (Sains Kimia) di Kaneka, Gebeng Kuantan

Sama macam awak, Kekja juga mencari blog-blog yang berkongsi cerita tentang pengalaman latihan industri. Dua perkara yang Kekja cari kat google sebulan dua sebelum intern iaitu pengalaman latihan industri dalam bidang pengajian sains kimia dan juga company tempat menjalani latihan industri . Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu adik-adik dalam bidang Sains Kimia!  Training for NIR Spectroscopy for feasibility study (capacity up)  with Bruker NIR Specialist, Ms Kah Mern. - we talk a lot \o/, hope to see her again in future! Pengalaman latihan industri dalam bidang pengajian Sarjana Muda Sains (Sains Kimia) di Kaneka MS Malaysia Sdn.Bhd. Position yang ditawarkan untuk menjalani latihan industri adalah Technical/QC (Quality Control). Kaneka MS Malaysia Sdn.Bhd. MS stand for Modified Silane, menghasilkan polimer dalam bentuk cecair. bahasa mudah faham, getah cair. so bila cakap pasal getah cair, mestilah meleleh, melekit. Di situlah Kekja menajalani latihan industri s...

Dapur Kekja : Ayam Masak Kunyit Berkuah

Dah lama Kekja tak update resepi baru. Episode kali ini adalah resepi masak lunch 1jam! Khas untuk lauk bujang mahupun yang rushing sebab banyak kerja nak buat tapi kena masak jap sebab nak makan. hehehek So here, apa yang Kekja masak untuk lunch. Bahan masak : 1. Bawang merah* - 2 biji 2. Bawang putih* - 2 ulas 3. Halia* - separuh ibu jari anda 4. Serai* - 2 batang (potong dan ketuk bawah, gunting pendek senang blander) 5. Cili padi* 6. Ayam potong kecil (ikutlah nak makan ayam besar mana) 7.  Kacang buncis (basuh, potong, buat urat tepi badan dia) 8. Sos tiram - 2 sudu meja (tablespoon, heee lawak tak) 9. Kunyit, Serbuk kari, Garam, Ajinamoto, Kiub maggi  Cara masak :  1. Blander kasar yang bertanda *  2. Goreng ayam itu (disalut kunyit + serbuk kari + garam) 3. Tapis ayam goreng itu dan biarkan beliau healing di tepi. 4. Panaskan minyak yang cukup untuk tumis bahan blander. 5. Tumis yang diblander + sos tiram + garam + ajinamoto + 1/2 kiub maggi 6. Aga...