Instagram : @artotes.co

Sejak Kebelakangan Ini

 kalau perasan, Kekja banyak tulis puisi. Sebab tak sempat nak mengomel kehidupan panjang lebar, puisi senang. Puisi ringkas dan padat. Terluah semua perasaan dalam sebuah puisi dan yang melaluinya sahaja yang faham cerita sebenar. Itulah puisi dalam fahaman seorang Kekja. 

memang laju betul kehidupan semenjak habis belajar 2022. Tak sempat ambil tahu terperinci keadaan semasa mahupun saya suka apa diusia ini? sebab lepas habis konvo, alhamdulillah terus dapat kerja. TAPIIIII memang hidup tak seindah itu untuk lurus terus berjaya menuju puncak. em tidak. Hidup di realiti ini, tidak begitu. You know why? because, that's life. Inilah dunia tempat ujian untuk umat manusia.

nak dijadikan cerita, fast-forward selepas dua kali tukar kerja dan sekarang kerja ketiga yang baru sahaja menjejak usia setahun, in shaa allah more years to go (semoga langkahku diberkati). Jujurnya, tiada harapan yang diletakkan dalam kerjaya selain daripada keberkatan di dalamnya. Cukuplah sekadar kerjaya ini di berkati Allah swt dan mendapat restu redha ibubapaku. 


pelbagai adegan drama, peristiwa dan bermacam ragam yang telah berlaku sejak 2022 sehinggalah ke tahun 2025 ini. sedar tak sedar, dah masuk tiga tahun meninggalkan dunia ijazah. rindu, hampir semua orang rasakan yang sama. Alhamdulillah, dengan rindu yang menebal dan mulut yang sentiasa sebut in shaa allah sambung belajar lagi lepasni. Pastinya doa ibubapa, keluarga dan rakan-rakan juga, kini Kekja dihujung semester 1 PGDT (Postgraduate Diploma In Teaching).

pada awalnya, jika kamu bertanya. Sure, Kekja takut. Takut untuk mengambil keputusan sambung belajar lagi apatah lagi sambil bekerja. Sangat menakutkan pada Kekja. Tapi ada banyak sangat reason untuk Kekja rasa Kekja perlu teruskan walaupun susah payah dan senak juga. dan pada awalnya juga, Kekja rasa tak mampu. I'm very lost my track at first, dan berbekalkan pertolongan dari rakan kerja serta rakan sekolah saya. Merekalah yang banyak mendorong untuk saya teruskan perjuangan ini. 


Siapa je sanggup hampakan orang yang dah letak effort dalam hidup kita? Saya tahu saya harus terus berjalan, belajar untuk menamatkan apa yang telah saya mulakan. Saya tahu ianya susah dan saya tidak menafikannya. Maka, biarlah Allah mengatur apa yang terbaik untuk diri ini dalam meniti perjuangan yang satu ini.


May Allah ease everything for us. especially for you, who still read my blog since day 1 until today.

Have a great day, and may Allah bless you all the time :)


Love, Kekja. 


- July, 2025.

Post a Comment

Komen anda amat saya hargai!

Previous Post Next Post

Contact Form