Tips Ringkas (DPLI/PGDT OUM) Online Sepenuh Masa

Jika anda ingin sambung belajar sambil bekerja, ini adalah khusus untuk anda ♥︎

bersambung daripada episod Degree Melabuhkan Tirai pada November 2022, I lost my track - again. Taktahu sekarang ni nak kena jadi apa. Tambahan pula, penat mental berjuang kelas online degree. Di saat keliru, berdoalah kepada Allah semoga ditunjukkan jalan. 


" Setiap kejayaan itu bermula dengan permulaan yang tidak sempurna."

menjejaki realiti : 2025-2026


Selepas menunaikan solat sunat dua rakaat (istikharah) ..... ((semoga dijauhkan dari riak. hanya reminder untuk diri sendiri di masa akan datang agar tidak salah jalan untuk mintak petunjuk. Ikutilah sunnah Rasulullah walaupun takde orang mention untuk ingatkan hihihi)) .... tentang masa depan dan perkara yang perlu dicapai untuk masa yang ada dengan usia yang masih muda. Alhamdulillah, Allah dorongkan hati untuk sambung belajar DPLI. Pada awalnya, rasa mustahil dan tak mampu. Tapi, kalini guna konsep "biar Allah yang tentukan". Jika itu yang tertulis, semoga Allah permudahkan. 

Bermula pada itu, aku hanya menjalani sahaja kehidupan ini dengan takdir yang Allah swt tentukan. 
(selaras dengan slogan blog ini hehe)

"walking thru Allah swt plan for me"

Ok back to back, mesti korang tak sabar nak baca tips ringkas ini dan nanti Kekja update untuk rujukan assignment. (Honestly kalau korang rujuk assignment orang, make sure you follow format sahaja. Isi kandungan buat sendiri sebab nanti confirm kena detect similarity plagiarism. So, careful okay) - ada penolakkan markah untuk similarity yang melebihi percent yang ditetapkan. 

____________________________________________

Nama course : Post Graduate Diploma in Teaching (PGDT) / Diploma Lepasan Ijazah Dalam Pengajaran (DPLI)
Nama uni : Open University Malaysia (OUM) / Universiti Terbuka Malaysia (UNITEM)

jika inilah course dan uni yang korang berminat untuk sambung belajar, maka inilah yuran, jadual kelas, subject, assignment dan exam - sepenuhnya online, tiada fizikal kelas.




setelah bercerita panjang secara ringkas di Chatgpt, dia pun create lah dalam bentuk poster ni. So ini adalah pengalaman Kekja sambung belajar dan perancangan asas sebelum sambung belajar. Khas untuk yang perlukan perancangan yang teliti terutamanya kewangan dan masa.

Life hacks : pendaftaran awal, bayar guna KWSP (Akaun 2), lepastu boleh budget bayar setiap semester guna gaji setiap bulan. 

Untuk contoh dan format assignment, nanti Kekja letak dalam satu artikel lain supaya senang nak rujuk nanti. Siapa je suka baca panjang lebar kan? (kecuali blogger) tapi tu pun, membaca selaju cahaya heheheh.
.

Komen sikit kalau korang pun sambung DPLI dan jika posting ini sangat berguna! Yang selama ini dicari, akhirnya temui jawapan. 
/
heeee see you next post, in shaa allah!








0 comments