Semangat Yang Disambung

 seperti biasa, kali ini

tak tahu nak mula dari mana.

tapi hati rasa masih ingin meneruskan karya ini.


ada semangat yang disambung-sambung setiap hari,

ada kebanyakkan hari yang retak dan rapuh sekali,


namun, hidup tetap dijalani lagi dan lagi,

banyak perkara berlaku, 

macam biasa hidup, ambil yang jernih sahaja


setiap hari "move on" dari cerita semalam,

itulah definisi dewasa yang penuh tanggungjawab dan amanah




kita ada hati dan emosi

cuma tak selalu diperlukan dalam urusan kerja seharian

kecuali untuk hal-hal kebaikan.


kali ini blog menjadi tempat meluah kembali

buat menyambung kekuatan diri

dalam ruangan sepi ini

seperti dahulunya Kekja berdiri.


___

Selasa, 21 Julai 2026

10.44pm


0 comments