Di setiap langkah itu

 hi. it's me, Kekja. taktahulah korang ingat lagi ke seketul Kekja ini atau ada yang sebenarnya sedang menunggu next story dari Kekja?


it's been hard lately. dan Kekja taktahu untuk bagaimana lagi meluah segala yang terbuku di hati. Honestly, apa yang Kekja belajar setiap apa yang berlaku dan setiap apa yang terjadi itu..esok tetap kehidupan yang baru. jangan sambung episod semalam. buka buku yang baru. itu sahaja tips yang membuatkan Kekja rasa lebih segar dan lebih baik untuk meneruskan hari-hari yang berbaki. 


Di setiap hela yang berat, di setiap langkah yang kadang membeku. Kekja tetap berdoa semoga Allah pimpin dan bimbing Kekja supaya sentiasa di landasan yang betul. agar setiap sedih, gembira dan semuanya itu, Allah masih redha.


Kekja sentiasa bersembunyi di sebalik kata, kerana padanya tersembah luas keburukan, aib dan cerita-cerita realiti yang membungkam jiwa. Tidak semua yang membaca itu, mampu menampungnya. Maka itulah, setiap coretan Kekja penuh makna dan difahami oleh hati yang sedar dari terlena. 


Hari ini berat, sangat berat. Hidup ini penuh dengan pilihan. Jika harus memilih, pilihlah kehidupan yang membuatmu tenang walau tidak semua akan faham dan kita tak perlukan semua itu.


Hiduplah dengan cara yang baik dan betul, agar setiap ujian menjadi anugerah dan hadiah itu adalah rezeki yang indah.


Mungkin realiti Kekja tidak selalu disisi, namun Kekja percaya di sebalik skrin maya ini ada ramai yang masih berjiwa. yang celik mindanya, yang suci hatinya. 


kepada orang baik yang sedang membaca blog ini. Kekja sentiasa doakan agar setiap kebaikan dalam diam-mu itu, Allah balas berlipat ganda sehingga tiada lagi yang membuatkan dirimu sakit dan berduka. 

sehingga jiwamu tetap segar walau disimbah api. walau dipijak, walau dikeji. Engkau tetaplah bersinar, kerana dirimu begitu bernilai dan berharga.


Salam sayang, Kekja. 

September 2026.




0 comments