Dapur Kekja : Kari Ikan

Tuesday 5 December 2017

No comments

Takde intro, terus terjah. lol (mood)

Bahan-bahan : 

*Bawang merah (besar) - 2
*Bawang putih - 4 ulas
*Lada kering - segenggam
*Halia - besar ibu jari 

Serbuk kari - 2 sudu penuh (bancuh dengan air)'spt dlm gmbr
Kentang - 4 biji (potong panjang 'spt dlm gmbr) dan rendam dalam air.
Ikan - dah siap potong dari kedai.
Kiub maggi - 2
Garam (satu sudu dulu, nanti tambah), ajinamoto (secubit)*sikit je


Cara masak : 

1- Panaskan minyak (perlu banyak) supaya naik minyak *jgn biarkan minyak kering semasa menumis.lol
2- Masukkan yang telah di blander * dan 2 ketul kiub maggi.
3- Biarkan sehingga mendidih.
4- Masukkan serbuk kari yang sudah dibancuh+kentang+garam satu sudu+aji secubit kecil+air
5- Biarkan sehingga mendidih.
6- Masukkan ikan + air
7- Biarkan sehingga mendidih.
8- Rasa kuah kalau kurang masin, tambah garam.
9- Tunggu sampai Kari ikan masak. kalau dah masak, slow kan api. How to know dah masak? Bila kentang tu dah lembut sepenuhnya. Slowkan api supaya masak lebih lama dan masakan tak mudah basi. 

Siap!


Read More

Kekja in Harian Metro

Monday 16 October 2017

No comments
Assalamualaikum and hye! Ramai jugak bertanya 'eh tak update blog dah ke? Tapi rasanya soalan tu muncul selepas Kekja masuk paper Harian Metro keluaran 29 Sept 2017. Okay tak viral pun pasal ni. Haha. cuma saja nak buat note achievement blog sepi ku ini.

13/9/2017
Masa tu tengah lepak kat tangga Dewan Bahaman (KMPh) sambil pakai kasut kawad sebab petang tuh ade latihan kawad. Tetiba "tika terbuka hari, cahaya yang cerah..." (ok itu lagu caller ringtone I) (sape dapat teka lagu ape? #gengnasyid ) LOLL. Okay, saya pun angkat number unknown tuh. Berhello ape semua pastuh ohhhhh dia reporter Harian Metro nak interview saya pasal jamu. Terkejut lah jugak ehhhhh jamu ape pulak nih. Pastuh dia cakap dia baca blog I. okay ini entry pasal jamu tuh ( http://thefzhmdnr.blogspot.my/2016/08/makan-jamu-since-16yearsold.html ) pastuh sempat lah jugak tarik nafas pastu kembang-kembang kan hidung sebab terharu blog ku di-seen. HAHAHA *sorry kalau bahasa teruk gila apetah, dah lama beb tak update blog. oh beb, kemon lah*

Lepastuh, saya cakap kat reporter yang saya tak free lagi untuk di-interview. In shaa allah, this weekend sebab kolej cuti 4hari. Then, saya di call untuk interview pada 24/9/2017. Masa tu saya kat Kemaman, Terengganu. Mereput kat rumah roommate, ambil angin di negeri pujaan hati. Hihikssss

Entah lah. Tapi di matriks, masa saya sangat terhad. Jadi, saya tak dapat bagi details lah contohnya bagi gambar comot pastuh terpampang lah macam ni. Surat Khabar Harian Metro keluaran 29/9/2017.




Apapun, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Harian Metro yang sudi selitkan kisah ini. Alhamdulillah hadza min fadhli rabbi and thankyou, semoga bermanfaat untuk semua! Apa yang penting, objektif yang ingin di sampaikan iaitu bijak merancang untuk masa depan. Future depends on what you do today guyssss so plan something for it!
/
bacaan lanjut artikel ini >> https://www.hmetro.com.my/geny/2017/09/267762/ikut-petua-orang-dulu


Read More

Dapur Kekja : Ikan Patin (Asam Rebus)

Wednesday 17 May 2017

No comments
Alhamdulillah tengahari ini Kekja masak Nasi putih + Lauk Ikan Patin. Marilah buat note untuk diri ini yang jarang ke dapur. HAHA






BAHAN

  • Ikan Patin - 1 atau 2 ekor (telah dipotong empat dari kedai)
  • Asam Jawa - 2 atau 3 sudu (untuk rendam) 1 sudu (untuk rebus)
  • * Belacan - 1/2 bulatan (eh agak-agak je)(yang pasti kena banyak)
  • * Cili padi/api - 12 batang? (eh sempat pulak aku kira?!) agak-agak je 
  • * Serbuk Kunyit - 1 sudu teh
  • Daun Kesum - seikat (potong batang)
  • Asam Keping - segenggam (sebab genggaman I kecik je. Haloh) *7keping

CARA MASAK : 

  1. Basuh ikan (buang apa yang patut), pastu redam dengan asam jawa. (ikan+air+3 sudu asam jawa) *sebatikan mereka guna tangan je. selawat ya (biarlah mereka berendam sementara siapkan bahan yang lain)
  2. Blander yang bertanda *
  3. Panaskan kuali, masukkan bahan yang telah diblander dan tambah air (banyak air, banyak kuah)
  4. Terus masukkan Asam Jawa (1 sudu) , Asam Keping (segenggam) , Daun Kesum (seikat)
  5. Garam (satu sudu teh)*nanti rasa dan tambah lagi.  Ajinamoto (hujung sudu teh) 
  6. Basuh ikan yang direndam tadi dan masukkan dalam kuali.
  7. Biar Lauk Ikan Patin itu mendidih lama.
  8. Bila dah didih, kecikkan api dan biar dia didih lagi. (supaya ikan masak sepenuhnya dan kurangkan kepedasan cili api)
  9. Agak-agak cukup lama, tutup api. Siap!
Masak santai-santai je, ikut suka. Haha, kbye 


Read More

Dapur Kekja : Lauk Sardin

Monday 15 May 2017

No comments

(not mine lah, googel je. Nanti Kekja update gambar sendiri ok)


Ofkos lah rindu untuk segmen ini. So, baiklah. Mari kita ke dapur untuk Lauk Sardin harini. Nasi putih pergi masak sendiri lah!


Bahan : 


  • Sardin 3tin kecil (Botan)
  • Bawang besar - 2 *
  • Bawang putih - 6 ulas*
  • Halia - sebesar dua ibu jari (agak-agak je)* #(kalau ada ikan, mesti ada halia)
  • Cili padi - (ikut suka)*
  • Kentang - 3 biji
  • Asam Jawa - setengah sudu
  • Garam & Ajinamoto

Cara Masak : 

  1. Basuh dan kupas kentang pastu potong empat (potong kecil supaya banyak dan cepat masak). Then, goreng guna minyak yang banyak. Pastuh tapis (goreng supaya kentang cepat masak)(takdelah hangus sardin kau nanti kalau nak tunggu kentang masak)
  2. Blander yang bertanda *
  3. Tapis yang diblander dan tumis guna minyak yang banyak. #(sambal kena banyak minyak)
  4. Tunggu sampai naik minyak, masukkan kentang tadi.
  5. Pastu letak garam dan ajinamoto
  6. Tunggu naik minyak, masukkan 3 tin sardin itu!
  7. Pastu tambah air (2 mangkuk)(biar berkuah sikit, nanti dah masak jadi kering)
  8. Letak asam jawa (setengah sudu)
  9. Pastu biar mendidih dan rasa. (kurang rasa, tambah garam)
  10. Kecikkan api, biar mendidih lama sikit.
  11. Kalau kentang dah masak (dah lembik sikit), means lauk sardin dah masak! So, tutup api!
Siap!


Nasi putih + Lauk Sardin + Timun = Perfect Dish!
/
Bye


Read More

Shaklee : Perfomance Drink

Thursday 11 May 2017

No comments

Assalamualaikum semua. Next #MyProductShaklee is Perfomance Drink. Apa bestnya Perfomance Drink Shaklee? Tidak bergas langsung. Minuman isotonik yang membantu meningkatkan tenaga! Ini juga merupakan minuman para atlet negara. Yes! Diiktiraf okay! Sebab tu yakin untuk bantu saya dalam bersukan.

Masa bila nak minum nih? Minummmm pabila ingin bersukan dan semasa bersukan. Maksudnya, sebelum bersukan atau buat kerja-kerja berat. Bancuhlah Perfomance Drink ini dan minum. Seriously, korang tak perasan pun yang korang dah buat banyak kerja berat dan tak penat. So ini feedback saya, 


Untuk dapatkan consultant free tentang Shaklee boleh contact 014-5010786 (Dieyla) , stalk ig superstardieyla dan scroll blog ohmyvitamin.blogspot.com . Is it clear?

Taknak cerita banyak nanti dikatakan indah khabar dari rupa. Okay, sila cuba dan rasalah sendiri. Memang Perfomance Drink membantu banyak dari segi perkara memerlukan tenaga. Ok! dah dapat dah apa yang perlu di cari bila badan rasa letih nanti. Korang?


Read More

My little Travel : #FoodHunterSatisfied

Thursday 4 May 2017

No comments
3/5/2017 (Rabu) - East Coast Mall, Kuantan Pahang #FollowYourLead

Oke hai. This is my little travel with my devoted food hunter - Nazlyathul Aini Nasip. Yey! We are soooo satisfied with our little travel kan Aini kan. Heheh, so this is note for me untuk lebih cermat dan bijak bila ber-day out dengan my girls. Hiksss.. Alhamdulillah my third (little) achievements! Alhamdulillah, hadza min fadhli rabbi :')

Firstly adalah tambang naik bas. Setelah di tolak tambah, tambang bas paling mahal kalau nak dibandingkan dengan makanan-makanan yang kami shopping. LOL // So, hope lah kengkawan kita ada yang berkereta nanti. Pasal driver jangan risau, semua dah berlesen. Hehe. Kami naik bas tingtong Maraliner (RM10.60), pergi dan balik so digandakan dua. RM21.20 - tambang bas sahaja. Lol //

Lepastu kita breakfast roti canai jeh kat kedai mamak TAJ depan ECM, berserta air suam dan air sirap. RM5.70 untuk dua orang. Lepastuh cari toilet.. eh tu pun nak cerita ke? Takpayah kot sebab toilet free. Em teruk perangaii.


Disebabkan hari rabu, so tiket wayang murah sikit! Kitorang tengok citer Guardians Of The Galaxy.Vol 2 .. Sebab aku dah tengok yang first, cuma Aini je tak tengok habis yang first tuh. dan tak menyesal pun sebab still kelakar citer tuh. Kita akan selalu ingat, "I am Groot" , "I'm Groot". Ah comel! Tiket RM18.00 untuk dua orang. Murah kannnnnnnnn, lebih murah dari tambang bas. Haha!


Lepastuh ajak Aini main game sementara tunggu waktu tayangan. So, sewa lah kad untuk game tuh (RM10.00) dan topup (RM5.00) untuk kad tuh. RM5 tuh macam token lah, tapi guna kad. Pastuh main 3 jenis game je yang sempat.. Then, pulangkan kad tuh dan orang tu bagi balik RM5.00. Pelik, patutnya dia pulang RM10.00. Apenii? takpe, terus berjalan beli popcorn set (RM12.00) *berdua. dan mencari Hall 6.

Habis tengok wayang, dah tengahari. Aini lead, pergi makan kat Boat Noodle. Aku tahu pasal Boat Noodle sebab ada minah pink kat ig tuh suka makan kat Boat Noodle sampai bertingkat mangkuk tuh. Bukan mangkuk tingkat tau! Keliru lah tu. Hiksss, so ini first time try. Baiklah, rasa dia just nice dan tak over sangat. Senang citer, sedap! tapi masam sikit sebab Thailand eh. Murah pun ye jugak. Di sebabkan first time, aku try semangkuk je dulu. Beef Thai Rice Noodle. Aini makan dua mangkuk, Beef Thai Rice Noodle and Chicken Thai Rice Noodle. Alamak terliur pulak sambil taip entry nih.. so, kat Boat Noodle kita spend (RM5.70) sahaja. Lepasni nak makan banyak-banyak sampai boleh buat menara!



Lepastuh konon nak teman Aini beli baju, Iolls okay je sebab tema diri #FollowYourLead & humble. Haha! Lepastu macam jiwa masing-masing nak try makanan. Dia pun ajak pergi satu kedai aiskrim kat tengah mall tu.. TPF ECM Mall, camtulah yang tertera kat resit tuh. sebab Aini pernah try makan kat situ, so kita pun makannnnn situ. Inilah dia, serius Chocolate Snow Ice (RM9.45) tuh sedap! + Beancurd Skin Sweet Soup (RM6.68) is emmmm nice. Ada telur puyuh dalam soup tuh! Nasib baik, feveret. So, not bad untuk soup I.



Sebelum balik, kita beli sedikit bekalan untuk dalam bas juga menikmatinya di rumah. Kita pergi Big Apple, (donut untuk keluargaku) dan KFC Zinger Burger untuk perut sendiri. Last! kita pergi ChaTime tapi sekarang dah tukar kepada Tealive (RM8.50) untuk Hazelnut dan Oreo. Yey! So, perbelanjaan kita under RM70.00 // Cermat dan gembira. So, better kalau pergi mana-mana. Kita serbu makanan bukan pakaian. HAHA..Alhamdulillah for everythings, okay next travel please?


Read More

Interview TESL di UiTM Jengka

Saturday 29 April 2017

No comments

Ini lah tempat aku telah di-interview. Sempatlah snap, untuk tatapan adik-adik. So, entry ini untuk sedikit panduan berkenaan simple preparation dan sedikit pengalaman Interview TESL. Semoga membantu!

Document :  (Original & Photocopies yang telah disahkan)*

1- Surat temuduga
2- Salinan kad pengenalan anda*
3- Salinan surat beranak anda*
4- Salinan kad pengenalan ibu bapa
5- Salinan surat beranak ibu bapa
6- Surat berhenti sekolah*
7- Sijil koko & akademik*



Untuk pergi interview ni, aku guna duit sendiri (artotes.co) beli kasut tuh RM15 je. Hm, rezeki aiii. Syukur! Pastu beli stokin dan file itu semua kat kedai RM2 je. Kalau boleh beli file yang lebih formal, ikut kreativiti masing-masing. Heheh, supaya senang IV itu nak check Original & Photocopies. Pastuh, support duit minyak nak pergi sana. Alhamdulillah, my second (little) achievement :)

Interview aku pada hari Sabtu (22/4/2017), aku gerak dari Kuantan ke Uitm Jengka dalam pukul 6.00pagi dengan kakak sulung aku. Alhamdulillah, selamat sampai di Uitm Jengka dalam pukul 8.30pagi lepastu terus pergi cari kat mana tempat interview. Pastu nampak pintu ada tulis Fakulti Pendidikan dan list nama, Panel 1 & Panel 2 . Nama aku dalam list Panel 1, no.11 (eh ingat tau!)


(it's better if you wear coat when interview Sesi 2 )



Interview TESL ada dua sesi.

Sesi 1 (1jam)         : jawab 15 soalan berdasarkan petikan yang diberi dan buat essay 250words.
Sesi 2 (10minit)    : Interview (speaking)

Sesi 1, aku dapat petikan pasal internet. Lepastu, essay 250words (better buat perenggan) berkaitan petikan tadi jugak. So, takde apa nak risau sangat kalau korang dah biasa jawab soalan paper English time sekolah dulu. Rileks, be yourself :)

Selepas Sesi 1, dia bagi rehat dalam 30minit tapi depend pada orang tulah. Dia suruh kitorang susun dokumen seperti dalam list yang dia tampal kat pintu. So, susun lah sendiri ya mengikut cara susunan yang telah dinyatakan.

Kemudian, Sesi 2 iaitu interview.

IV tu suruh kitorang susun kerusi kat luar bilik interview. Alhamdulillah, Panel 1 semuanya girls. So, kitorang ada chemistry untuk kongsi rasa nervous dan excited masing-masing. Then, duduk kat kerusi tunggu giliran. Nanti IV tekan loceng, barulah masuk.......okay, giliran aku (no.11)

Ting! Ting! (bunyi loceng IV tekan. LOLL)

Me   : *ketuk pintu* Assalamualaikum, *masuk*
IV 2 : Lend me your file
Me   : *hulur bagi*
IV 2 : You may seat :)
Me   :  Thankyou :) *duduk atas kerusi*
IV 1 : Good Afternoon.
Me   :  Ya? *sebab tak dengar suara dia garau+ada misai*. (so kalau korang tak dengar, just say Sorry, I can't hear you atau ayat yang lebih sopan drpd aku yang hanya YA?) Lol

IV 1 : Good afternoon :)
Me   : Oh, Good afternoon too :)
IV 1 : Have you take your breakfast? *masa tu pukul 12pm*
Me   : Nope :)
IV 1 : *muka terkejut* Oh, you must be very hungry.
Me   : Yes :')
IV 1 : Sokay, I'll go fast 
Me : Thankyou :D
IV 1 : okay, what is your name?
Me : My name is Nur Faezah bt Mohamad Nor
IV 1 : okay Faezah, tell me about your family
Me : *ceritalah pasal family* Nama mak, abah. adik beradik berapa, mak abah kerja apa dan blablabla..

IV 1 : what is your fav food?
Me : My fav food is Laksa
IV 1 : what type of Laksa? You know, there is many type of Laksa in Malaysia.
Me : I love Laksa Penang.
IV 1 : Do you know how to make it?
Me : Yes, (sambil fikir, tapi macam dah tak ingat)
IV 1 : what should we put on the soup?
Me : we put some fish on it. 
IV 1 : Okay, what is your fav place in Pahang?
Me : I rarely going to holiday, I choose Cherating as my fav place in Pahang because I went there.
IV 1 : Describe about Cherating.
Me  : I love the swimming pool, hotel service and foods at there.
IV 1 : oh, okay. Then, what the famous food at Pahang. The food is only in Pahang
Me : Patin
IV 1 : what kind of Patin? maybe it's fish, chicken?
Me : it's a fish. (patutnya cakap je Ikan Patin, apa masalah aku ni)
IV 1 : How to make it?
Me : we boiled the fish
IV 1 : what the name of Sultan Pahang?
Me : .........(padahal birthday sama dengan sultan pahang -__________- )
IV 1 : what the name of Prime Minister?
Me : Mohd Najib bin Razak
IV 1 : okay, thankyou Faezah :)
Me : Thankyou too sir, *bangun, amek file dan berambus* HAHAHAHAHA


Sebenarnya banyak lagi conversation tu sebab aku jawab sepatah je bila dia tanya. So, perbualan kat atas telah di edit sedikit. Haha, baru aku perasan aku jawab sepatah sepatah je. So teruk! Haha, takpe. Be yourself, itu je yang lepas cakap time interview. Habis interview tu, terus balik rumah. Ini mungkin ringkasan interview aku. Kalau nak cerita detail, kena buat episod nih. Haha, okay! Yang penting, jadi diri sendiri. Murah rezeki, in shaa Allah berjumpa di UiTM Dengkil :) #LifeAsTeslian
/

Allah knows what the best for you :) , Alhamdulillah for everything

Read More

Totebag by Faezah Mdnor (@artotes.co)

Sunday 16 April 2017

No comments

Assalamualaikum..and HYE! sorry lama tak update. Harini hanya ingin mengingatkan dan memberitahu pasal business kecilan saya since July 2016 nih @artotes.co ..Alhamdulillah, semuanya okay. Let me straight to-the-point :

  • Ini adalah antara design from customer untuk PENCIL CASE yang bersaiz (15cm x 20cm)





  • Ini pula design from customer untuk TOTEBAG A3 (cream/black) & DRAWSTRING 



TOTEBAG A3 (cream)


TOTEBAG A3 (black)


DRAWSTRING A3


Boleh juga tengok design lain yang saya dah lukis di instagram @artotes.co and design adalah 100% dari customers juga 100% hand-drawn&painted oleh saya, Faezah Mdnor. Keep support me guys! hehe, in shaa Allah satu hari nanti saya akan released tudung bawal design saya sendiri. Sama-sama doakan yang terbaik, hehe! 




Sincerely,

Faezah Mdnor
(Founder ig @artotes.co)

[ when you support a small business, you're supporting a dream! ]


Read More

Result SPM16

Friday 17 March 2017

No comments
Rabu (15/3/2016)

Bismillahirrahmanirrahim, dengan penuh rasa rendah diri dan rendah hati aku hanya mampu menunduk dengan segala takdir yang telah tertulis. Esok adalah harinya, jauh di sudut hatiku. Aku "sudah pun" pasrah dengan segala takdir. Jujur, hati aku tenang menanti hari ini (16/3/2017). Tiada debaran, getaran mahupun kehadiran rama-rama di dalam perut (LOLOLL). Sebab RESULT itu TAKDIR. Apa yang akan terpapar nanti, itulah jawapannya dan tidak boleh diubah. Jawapan bagi setiap usaha dan doa aku . Ya Allah, 5tahun aku bertahan dan berjuang. Aku percaya, result itu nanti bukan sahaja hadiah bagi setiap usaha belajar aku tetapi juga untuk setiap usaha mujahadah di jalan-Mu. Walaupun kadang aku tersungkur, tetapi demi Engkau, Ya Allah! Aku tak sempurna, tapi aku tetap ingin teruskan. Indahnya hidup bertuhan, hanya Allah yang tahu dan kerana itu juga. Tabahnya saudara kita di Palestin sana! Kerana hidup bertuhan, kerana percaya kepada ayat ini :



Khamis (16/3/2015)

Bismillah, okay ini lah harininya. Pagi tu, dah kurang senang. Duduk tak kena, makan minum pun takboleh nak masuk dah. (tapi sumbat je nestum) tak nervous pun cuma rasa tak senang duduk. Haha. Pastuh tenang-tenangkan diri menyanyi jerit-jerit sikit. (you should selawat ok) mueheh pastuh, dalam pukul 10pagi mandi dan bersiap nak pergi bandar dulu. (drive sendiri je) Lepas mandi tuh, dah rasa tenang dan chill sangat. Rasa macam datang untuk reunion pastuh bagi hadiah SA je. 

Sampai kat sekolah dalam pukul 11.15pagi. Jumpa kawan-kawan semuanya rileks, senyum-senyum. Gelak-gelak! Aku pun senyum je dari awal sampai habis. Rupanya diorang tu dah check result guna SMS. cisss! bila ditanya kenapa korang senyum je ni? Pastu diorang cakap, dah check dah result. Aku pun macam, oh yeke? Tahniah *dalamhati* (mesti result dia gempak, tu yang senyum semacam masing-masing ni) Pastu tetiba diorang cakap, emm dah puas dah nangis kat rumah tadi. Tu yang senyum je ni. *ME (LOLOLOLL nasib baik aku cakap dalam hati je tadi)

Lepastu semua masuk Dewan Besar sekolah, duduk pastu borak. Takde apa pun yang tragik sebab semua orang rileks. Dah kenapa tah! Pastu dah tiba saat diumumkan result. Cikgu hanya umum yang dapat 8A, 7A,6A sahaja. (for your information, sekolah saya tiada yang straight A) dan nombor dua TERBAIK dalam daerah! Tu je. Haha. Masa nak diumumkan result, rasa macam nak ambil award AME tuh. Haha, dan ku genggam erat tangan dia nih untuk dapatkan kekuatan tu!


Okay 8A dah umum. Bila part 7A dan 6A, berduyun kawan-kawan lepak gossip aku tuh. Naik pentas! sampai pipi aku krem sebab senyum lebar sangat. Seriously aku tumpang gembira tengok kejayaan minah-minah potpetpotpet aku tuh. Tahniah minah-minah semua! Haha. Korang memang layak dapat kejayaan sebegitu. Yey! Macam tulah perasaan yang di bawah ni melihat yang di atas tuh sampai tak sedar nama dia tak disebut pun naik pentas. Maknanya Kekja bukan dari golongan mereka, gituh. TAKPE

Selesai umum tuh, beratur kat depan meja setiap kelas untuk ambil result sendiri yang tak diumum tu. Okay, nampak meja ada tulis NILAM 2. Akulah orang pertama yang bangun dari kerusi sebab nak pergi ambil result. Semua kawan-kawan menjerit kecil "pae sabar pae". "duduk pae". "jangan tunjuk sangat pae" (maksud diorang, jangan tunjuk sangat keterujaan nak ambil result cemerlang tuh, Hahaha) . Aku pun tersengih pastu duduk. Bila orang lain dah bangun, baru lah aku bangun pastu berlari anak pergi beratur. (taktahulah kenapa excited sangat nih) Aku orang kedua yang beratur ambil result, pusing belakang nak cari Aini. Dia masih di kerusi. Ambil feel kot tu. Pastu eh ada Master Mustahna di belakang aku. LOLOLL masa ambil result PT3 pun dengan diorang. Lepasni nak sama-sama ambil result apa pulak?

Okay bersalam dengan guru kelas, ambil slip keputusan dan sijil berhenti sekolah. Aku terus pergi duduk kat kerusi semula. Tak tengok pun result tu. Tapi ada classmate laki yang sibuk-sibuk je nak tahu result kiter! Pastu tetiba aku rasa malas nak tengok result sendiri. Haha. Okay, sepanjang korang baca entry aku ni. Aku belum tahu lagi result aku berapa?! Haha. Aku duduk kat kerusi, pegang slip keputusan pastu main cak-cak dengan slip tu. sebab tetiba rasa takut lah sikit. and finally aku bukak dan tengok result sendiri..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 ALHAMDULILLAH x100 



Result aku macam just nice. Alhamdulillah, inilah berkat doa mak, doa mak, doa mak, doa abah, doa cikgu-cikgu, doa adik-beradik, doa kawan-kawan. Inilah kuasa doa! dan alhamdulillah, doa aku dimakbulkan. Aku mohon doa semoga aku dapat result spm yang terbaik buat aku, untuk seluruh kehidupan aku dan juga agama aku dan jadikanlah aku redha akan segala ketentuan-Mu. Inilah result yang terbaik tuh, yang Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. (berbalik pada surah Al-Baqarah ayat 216 di atas tuh) dan redha itu, apabila tenang menanti hari dan tengok result sendiri.


walaupun Addmath kontra di situ, alhamdulillah LULUS. Haha, sekeping kertas nilah yang membuatkan kita (batch99) menjadi petani di rumah (tanam anggur tak berbuah) LOLOLL/ Satu dah settle! Alhamdulillah.


Ulasan result spm

  • BM, aku target A+ sebab subjek fav! Karangan kalau tak sampai 6 mukasurat, tak sah! Tapi Allah bagi A , sebab itu yang terbaik untuk aku.
  • BI , aku tak target sebab paling common sepanjang hidup dapat B je. Tapi Allah bagi A-, sebab itu yang terbaik untuk aku.
  • PAI, aku target A+ sebab subjek fav. ofkos! study menghafal je subjek ni. Tapi Allah bagi A, sebab itu yang terbaik.
  • SEJARAH, aku tak target sebab since form 1 subjek ni aku tak pandang pun. Dulu failed, pastu D sampai form 5. Trial spm baru dapat kesedaran study, so dapat B+, dan begitulah SPM. Alhamdulillah
  • MATHEMATIC, aku tak suka mengira. tak berminat dengan nombor sebab macam complicated. Waktu sekolah rendah, selalu failed. Waktu amek UPSR baru dapat kesedaran, study dan dapat lah A (tu pun sebab abah yang ajar math kat rumah. thankyou MY HERO). Pastu baru lah sedar yang aku ada bakat jugak dalam mengira. Aku tak suka mengira, macam buat jalan kira pastu kena fikir betul-betul. Tak suka! Aku suka mencongak je, tak semua dalam math boleh congak. So, dapat B okaylah. Alhamdulillah, okay je.
  • ADDITIONAL MATHEMATIC, ulasan seperti di atas. Haha. Lulus pun dah bersyukur, alhamdulillah
  • PHYSICS, subject ni lagi teruk dari addmath. Form4, dapat G. Form5, maintain D. sebab tak faham langsung. Lepastu Master Mustahna tolong di saat akhir. First time dapat B. Masa bila tu? Masa result SPM keluar, tengok lah. This man kan, ish. May Allah bless him
  • CHEMISTRY, subjek fav antara 4 subjek tambahan. Form4, awal tahun E. Akhir tahun, A- bila dah Form 5, maintain C. Alhamdulillah pernah jadi mentor experiment even dapat C. Bersyukur sangat dapat spm dapat B. Alhamdulillah
  • BIOLOGY, my second fav subject selepas chemist. Memang maintain C, dan spm dapat B. Alhamdulillah. 

Apa yang aku boleh simpulkan, rasa bersyukur dan bahagia dengan result sendiri itu lebih penting. Bijaklah dalam berdoa. Result cemerlang macam mana pun, kalau kita tak bersyukur. Tak bahagia jugak. Hati tak tenang. So, minta lah supaya redha dengan segala takdir yang Allah dah tentukan. Redha dengan kehidupan kita. Jadikan kita redha hadapi dugaan yang tak diduga. In shaa allah, rasai hidup bertuhan. Takde siapa boleh kalahkan rasa bahagia dalam hati kita. Sebab bahagia itu perlu dibina, bukan dicari. Stay strong for the whole life for the sake of Allah! Let's go to another stage of life. Bismillah 
/
ada nak suggest saya sambung mana?

Read More

Women Backpack Terkini

Thursday 16 February 2017

No comments
Hari ini kita akan berkongsi bersama anda tentang gaya backpack. Tahu tak backpack bukan sahaja untuk kanak-kanak , remaja atau mereka yang berumur muda sahaja malah, orang yang berusia pun boleh pakai backpack korang tahu tak? Memang kekal bergaya kalau memilih backpack style yang sangat universal untuk setiap wanita tanpa mengira usia. Nak tahu jenis backpack yang ada? Mari kita tengok!



1. Canvas/Nylon Backpack




Backpack jenis begini sesuai untuk mereka yang kerap memerlukan ruang penyimpaan untuk pelbagai barang seperti buku dan laptop. Jadi, backpack jenis ini lebih banyak dipakai oleh pelajar Universiti. Mengikut kekuatan bahan kanvas atau nylon yang digunakan, backpack jenis ini juga boleh digunakan untuk melancong.



2. Mini Backpack




Baiklah untuk backpack jenis ini, sangat sesuai untuk wanita yang menginginkan kelainan daripada menggunakan beg satchel atau beg tangan yang biasa. Jadi selalunya, anda akan jumpa fashionista atau hijabista yang menggunakan backpack stail begini.  Saiznya kecil berbanding backpack  biasa kerana ia bertujuan untuk digunakan sebagai aksesori dan dijadikan sebagai alternatif beg tangan. Tak kira la usia anda 15, 25 atau 30 sekalipun, fesyen backpack ini boleh digayakan dengan menarik.




3. Gym Backpack




Jangan salah faham ya. Gym backpack bukan bermaksud untuk dibawa ke gym sahaja. Secara keseluruhannya, backpack begini khas untuk mereka yang bersukan. Backpack sukan lazimnya akan diperbuat daripada bahan fabrik yang mampu "bernafas" supaya barang seperti pakaian dan kasut tidak berbau. Ada juga backpack sukan yang khas untuk mereka yang kerap mengikuti acara marathon.


Jadi suka tak backpack? Kalau boleh saya mahu mencuba gaya mini backpack. Nak juga tampil lebih berfesyen. Jom tengok backpack terkini mana tahu anda pun tertarik.


Read More

Shaklee : Vita-C Plus

Tuesday 14 February 2017

No comments


Assalamualaikum, evening! Saya dapat rasa Shaklee users dalam kalangan pembaca blog saya. So, harini mesti korang syok gilah bila saya cuba berkenalan dengan dunia engkorang. Hahah, haih tak sah kalau ayat tak pelik camtuh. okay! Harini saya nak bagi feedback pasal produk Shaklee which is Vita-C Plus! 

Sebenarnya Mak dengan kak seha yang memulakan rutin Shaklee di rumah memandangkan Angah saya (ohmyvitamin.blogspot.com) adalah pengedar Shaklee Seremban. So, diorang yang bersungguh untuk mencuba produk shaklee. Yes, memang mahal tapi kenapa ada orang membeli kalau ia tidak bermanfaat? Semakin besar, kita tidak begitu memandang harga sebab duit boleh di cari. Kita lebih memandang kualiti sesuatu produk itu. So, kepada yang dapat kesedaran mesti akan pilih shaklee sebagai supplement mereka. 

Ok then, mak dengan kak seha dah tak istiqamah sgt makan semua yang diorang beli tuh. Lepastu, ada lebihan Vita-C Plus ni dalam peti ais. So, saya trylah consume hari-hari (lah jugak) sampai habis semua tablet tuh. Dan hasilnya?! Haha, ok ni lawak sebab based on my research pasal Vita-C Plus adalah merupakan salah satu produk kecantikan Shaklee. Tapi bila saya consume, yang cantik tuh taktahulah (tanya lah mereka yang pernah tengok saya, saya cantik ke idak?!) Hahahaha. Vita-C Plus membantu saya dari segi perut buncit.  Kiranya dietary supplement!

So, saya rasa. Mungkin keduanya lah. Sama ada untuk cantik dan untuk kurus. atau keduanya! Pergh Shaklee tuh. Hahaha. So, macam ini. Saya cepat berlipat bila makan nasi, sebab tu saya kureng sikit bab-bab nasi ni. Saya suka makan remah-remah je, macam kentang goreng ke nugget macam tuh. Kenyang atau tak, saya tak kisah. Asalkan perut tak kosong. Sentiasa terisi dan tak masuk angin. #TipsKurus. LOLOLL

Pastuh, bila telan Vita-C Plus nih waktu pagi (sebelum makan). Lepas makan seharian tuh, perut tak buncit pun dan tak rasa belipat. Sebab dalam sehari tuh, mesti ada "membuang". Memang rasa badan selesa sebab tak ada yang terkeluar dari landasan (muncit) . Haha, rasa badan ringan dan sekeping je. Saya memang tak suka buncit atau berlipat dan bergesel sebab itu sangat merimaskan! Saya budak sport, ecececeh so kena maintain sekeping supaya senang berlari dan lasak-lasak semua.

Hah, macam tulah Shaklee Vita-C Plus membantu saya. Korang yang pernah consume ni, macam mana pulak? Share with me ;) 


Read More

Baby Journal

Wednesday 1 February 2017

No comments


Lama dah tak update, harini muncul dengan topik pelik seorang gadis 18tahun (to-be) which is Diary of Baby. Selama jadi babysitter ni, why not kita ambil dan belajar tentang baby. Yelah satu hari nantikan ada baby sendiri jugak. (Aaamiin) , ok twit! People nowadays selalu macam tak pandang pentingnya setiap percakapan. I mean, kata-kata itu adalah doa. Contohnya bila sekarang ni kita baru nak jejak 18tahun tapi ada yang tanya " Bila nak kahwin?" . Even memang lah kita rasa macam APAHAL DIA NIHH AKU BARU NAK-UP 18 KOT. Tapi jawapan yang kita bagi itu juga doa. Sifat doa tidak dimakbulkan time tu jgak! TIDAK. Maksum sangat kah kau sampai petik jari, sebut apa semua terkabul time tu jugak? So, kalau ada orang tanya pasal kahwin, anak dan sebagainya yang kita tak perlukannya sekarang tapi kita sangat perlukan dalam kehidupan depan. Jawablah dengan baik, kerana kata-kata kita adalah doa. Sebab doa itu akan dikabulkan, tepat pada masanya. Mana lah tahu, harini kita jawab yang baik, dua tahun lepastu dikabulkan. Kita taktahu. Bersangka baik pada Allah ok :)

Okay sempat pulak selit mukadimah tuh. Hehe, Baby Talk harini adalah pasal apa yang baby selalu buat. So far, saya jaga 4 orang baby. Eh, pembetulan. Tolong mak jaga 4 orang baby. Hihi, 3 orang baby masih dalam 5,6,7 bulan. Yang atas nun, #Huzair. Paling bongsu, 5bulan dah. Selalunya rutin dia ni, Tidur-Bangun-Mandi/Susu-Main-Tidur (ulang balik) ok tu je. Ada masa dia menangis tu sama ada nak tidur atau nak susu. Tu je. Tapi kalau dia nangis tanpa bagi hint. Masuk buai, terus berenjut sampai tidur. Setel! Hahaha. (Boleh je mandikan baby dulu, pastuh baru bagi susu. Depend pada keadaan baby masa tu. Kalau dia dah lapar, nangis-nangis. Bagilah susu dulu, pastuh mandikan) Lepastuh, check pampers dia selalu. Dan tukar pampers+cebok (atau spray air) sebaik sahaja dia dah poop. Jangan biarkan baby dalam keadaan ber-poop lama-lama. Not good, no no. Sebelum bagi susu/makan pun, check pampers. Jangan bagi baby menyusu/makan dalam keadaan tak bersih/tak selesa. Take a good care of your baby. #Tips

Part paling rasa bosan lah jugak dan tak dapat nak istiqamah bila dia ajak main. Dia pulak tak boleh meniarap lagi kepala berat. HOH HOH HOH! Tak sure nak main apa dengan dia, kalau tinggal nanti nangis. So, layan lah. Em yerp! Dan bila kita dah rasa betapa HERRRRR bila dia bukak mata dan nak main tuh. Terus rasa nak bagi dia tidur lama-lama. Kiranya layan jelah sampai dia penat, pastu tidurkan dia. Memang rasa lega bila baby dah tidur, dan pastikan dia tidur lama. TIDUR SECUKUPNYA! sebab kalau dia tak cukup tidur, dia akan meragam. Ofkos! Semua salah dan nangis all the time. So, untuk baby bawah 5bulan ni. Pastikan dia tidur secukupnya. Tidur terlajak pun takpe, jangan sampai tak cukup tidur. Bahaya! kerana itu akan menganggu emosi anda juga bila dia nangis tak henti. Haha, I can feel that bila kita tengah tidurkan anak pastu orang lain kejut ajak main. OMG, hahahah hmmm tak patut ok. Fahamilah

Bila baby cukup tidur, mood dia baik sangat! Nak bagi minum susu pun senang. Semua senang lah. Tapi semuanya depend on baby jugak. Setiap baby tak sama. Serius tak sama. Haha, so kena pandai control emosi itu penting! Ummi tolong rileks all the time, please. Sentiasa chill hadapi kerenah baby, sangat penting. OH-INI SANGAT PENTING OK. Okay itu sahaja, ringkas sahaja harini. Semoga bermanfaat untuk masa depan-depan nanti. Heheh




Lots of love,
Kekja Babysitter - 2017


Read More

Kekja A Babysitter

Thursday 12 January 2017

No comments

Assalamualaiku, pagi! saya menulis harini sebagai note untuk diri saya bila dah ada anak sendiri nanti (bila tuuu?). Kadang fikrah yang suci sekarang ini lebih baik untuk memberi peringatan dan nasihat untuk diri sendiri berbanding fikrah seorang ibu yang dah terjebak dengan ibu-ibu yang lain. Contohnya yang suka pertaruhkan anak mereka. Sekarang lah kena bina pendirian lebih tegas supaya anak-anak pun disiplin. oh rendah diri nak cakap pasal ni sebab calon pun takde lagi nih. tetiba cakap pasal anak. HAHAHAHAHAHAHAHAHAH , perasan

Saya tahu diri saya yang suka belajar dari apa yang dia lalui hatta perkara itu remeh. Sebab dengan itu, mengajar kita untuk sentiasa berfikir dan mengagumi kebesaran Allah. Apa yang membuatkan saya terfikir pasal ni, sebab saya scroll instagram dan ada satu gambar quotes macam ni " Your Child Will Follow Your Example, Not Your Advice" . Seriusly quote ni penting. Sangat penting. Hatta sekarang ni pun dah nampak banyak perkara bahawa quote ni betul dan tepat. so gunalah prinsip "Actions speak louder than Words".

Ok sebelum cakap pasal anak orang, kita cakap pasal adik sendiri dulu. Saya ada seorang adik perempuan yang beza 2 tahun dengan saya. Saya nampak dia banyak ikut cara saya walaupun dia menafikannya. Itu ego namanya. Tapi kekadang dia lebih suka ikut yang buruk. So, itu satu hal penting iaitu manusia ni lebih cenderung perkara buruk. Macam hemoglobin lah, kalau ada dua pilihan sama ada oksigen atau monoksida contohnya. Hemoglobin lebih cenderung untuk bergabung dengan monoksida berbanding oksigen . Padahal sel badan memerlukan oksigen untuk terus melakukan fungsinya. So, bila tunjuk sekali je perangai buruk, terus nak ikut. Tapi kalau tunjuk perangai baik, kita kena istiqamah barulah dia yakin untuk ikut. Saya dapat faham kalau nak ajak orang buat baik biarlah kita buat dulu. "Actions speak louder than word" itu pegangan saya. Biarlah akhlak kita yang mendakwah dia. Tak perlu cakap banyak. (kekadang sentap dengan ayat sendiri. haish)

Tapi mostly my words yang saya bagi pada orang lain adalah untuk diri saya. Bagaimana saya nak tenangkan diri saya bila saya rasa tak best. Macam tulah saya akan bagi pada orang lain. Contohnya, ada seorang sahabat yang tengah sedih. So, saya akan menasihati dia dengan cara yang terbaik sepertimana saya tenangkan diri saya. Saya takkan rasa kecewa sekiranya tidak dihargai sebab dalam saya menenangkan hati dia. Saya juga telah menenangkan hati saya. Itulah ganjaran buat saya.
So, untuk tidak kecewa buat baik tapi tak dihargai adalah buat perkara baik yang akan datangkan faedah pada diri kita juga. Biology kata mutualisme. Kedua-duanya mendapat faedah.


Kisahnya, haritu saya tengah bagi Auzi makan. Lepastu si Alanna merangkak datang pada saya sebab dia nampak makanan! Itulah sikap paling ketara dan tak dapat dilindung tentang Alanna. Paling pantang nampak orang makan. Lepastu saya tahan Alanna guna kaki ( sebab tangan dah guna suap Auzi. Lepastu Alanna datang merangkak nak capai makanan, so terpaksa tahan guna kaki. Bila Alanna nak pergi kat Auzi, Auzi tahan guna kaki jugak tapi sis berjaya tepis dan tepuk kaki dia. "Haippp takmo guna kaki. Jangan buat camtu kat adik"..

Saya terus tersentap sendiri masa tu. Tak cukup bagus lagi nak jadi seorang ummi lah. Dah la I jenis slumber. Tanpa disedari ada seketul budak memerhati dan ikut. Apapun, kena explain pada diorang. Itu apa ini apa. Kenapa boleh, kenapa takboleh. So, dia faham. Dari kecil lah kena dekatkan dengan agama sebenarnya sebab diorang sangat mudah nak ikut apa-apa je.

Secara tidak langsung ini adalah entry Kisah Ibrah dari Auzi & Alanna kepada Kekja. Semoga Faezah boleh faham dan hadamkan. Untuk ubah diri bukan senang tapi usaha kena ada. One day, bila Allah kata inilah masanya. Semuanya akan jadi seperti yang kita nak selama ni. wallahualam. Hanya perkongsian rasa. Semoga bermanfaat!


Read More

Respect My (PMS)

Wednesday 11 January 2017

No comments
Assalamualaikum. Hai! Harini terdetik untuk cakap pasal Pre-menstrual Syndrome (PMS) atau Sindrom Pra-haid. Perkara ini memang normal bagi seorang wanita sebelum kedatangan haid kan? Apa yang penting sangat sampai nak buat entry pasal ni? Sebabnya, PMS sangat memberi kesan dalam kehidupan seorang wanita dan orang-orang disekelilingnya. Setiap wanita akan alami simptom yang berbeza dan paling penting adalah RESPECT MY PMS.





Setakat ini, simptom yang di gambar atas adalah apa yang saya alami. Tapi sifat pemarah itu dah berkurang. Time sekolah je selalu kena simptom tu sebab serabut dengan orang-orang kat sekolah dan orang-orang di rumah. Sebab apa jadi marah? Sebab emosi tak stabil. Haaa berkait kan? Simptom paling ketara pada saya adalah sakit pinggang. Rasa macam dah takde pinggang. Bila start rasa sakit pinggang, duduk tak senang. Baring pun tak tenang. Tunggu masa yang "ditunggu-tunggu" tu datang baru rasa tenang.

Tapi sekarang saya dapat simptom baru iaitu murung dan mudah lupa. Ya! Masa saya form 5 , saya ada belajar chapter ni. Pelik juga ada simptom mudah lupa. Macam mana lah agaknya boleh jadi mudah lupa? Okay, mungkin ini dari simptom emosi tak stabil. Masa tu, saya pun tak sure apa emosi time tu. Too complicated! sampai jadi murung. sampaikan orang cakap apa pun dah tak fokus dan kadang-kadang lupa. Padahal baru je orang tu cakap/ajar sesuatu. Kena betul-betul push diri sendiri untuk fokus tapi rasa macam saraf otak tegang. Haha, sebab tu decide untuk berdiam diri (murung). Kalau orang buat lawak time tu pun, tak rasa nak gelak pun walaupun satu dewan dah berdekah. Nampak tak kuasa PMS tu?

Sebelum ni saya kena macam tulah, tapi saya terpaksa datang untuk bagi komitmen. Kiranya saya mengalami PMS dan terpaksa berdepan dengan orang ramai. I hate that! sebab tak semua orang berfikiran rasional. Sebab tulah, Respect My PMS! Tapi alhamdulillah, saya still boleh bagi komitmen dari segi melontarkan pendapat dan jawab soalan dengan betul bila ada orang tanya. Maknanya, time PMS kan tengah murung. Saya akan jadi pendiam, jadi pemerhati macam sibuk dengan dunia sendiri. Kalau orang tak berfikiran rasional, diorang akan cakap kita ada masalah jiwa. OMG tak! Ini hanya PMS. Orang akan anggap kita bad mood atau ada masalah. Diorang takut nak cakap dengan kita sebab takut kena tengking. Kalau dengan saya, saya taklah menengking. Even saya tengah berperang dengan PMS ini pun. Saya tetap akan cuba profesional sebab saya taknak menyesal dengan tindakan saya. Okay, itu satu.

Jadinya, semua orang . ok SEMUA ORANG. Lelaki dan wanita kena ambil tahu pasal PMS dan cuba  untuk RESPECT. Sebab ada yang memandang remeh dan memperlekehkan bila seorang wanita tu tengah bad mood atau tertonggeng menangis dalam kelas sebab senggugut. Paling penting kena tahu jugak yang PMS tiada ubatnya! Kita kena enjoy dengan PMS kita sehinggalah kehadiran "dia" itu. Boleh jadi PMS ni macam sindrom orang mengandung juga sebab ada yang sampai muntah-muntah dan macam-macam lagi. Itu semua nasib masing-masing lah, takboleh nak pilih. Hanya boleh enjoy that moment. 

Okay, itulah kuasa PMS terhadap kehidupan seorang wanita. what people need to-do? RESPECT MY PMS. //  MY is mewakili kita wanita-wanita jelita *flip shawl


Psttt! jangan lupa walk ke blog pengedar shaklee yang sah ini ohmyvitamin.blogspot.com untuk membantu anda dalam masalah PMS yang teruk! 


Read More

PENGUMUMAN PEMENANG GIVEAWAY

Friday 6 January 2017

No comments

Alhamdulillah. Giveaway 5years Blogging by Faezah Mdnor yang berlangsung selama sebulan ini, telah pun tamat. Firstly, saya bersyukur sebab "my silent readers" sudi luangkan masa join giveaway saya dan menulis entry "Self-positive when I was sad" . Terima kasih tak terhingga sebab korang umpama cheering for my 5years Blogging Anniversary. Thankyou! May Allah bless you all where ever you are. First time sambut dan macam ini cara korang cheering untuk blogger yang unnoticed ni. I'm so blessed! *flip tears*

Saya dah baca semua kisah "Self-positive when I was sad" oleh 21 orang blogger . Sebelum tu, saya nak korang tahu juga. Saya buat giveaway ini iaitu lain dari yang lain (yeke?) , mungkin ya sebab kena buat entry kan. Macam complicated tapi tujuannya supaya saya dapat buka minda saya untuk terima tentang kisah hidup orang lain. Kalau orang tu di uji sebegitu rupa, tapi still boleh move on. Kenapa ujian kita yang sedikit ini, kita dah nak mengeluh? Dan supaya orang lain pun boleh baca kisah orang lain untuk jadi inspirasi hidup iaitu self-positive when we were sad. Saya juga bersyukur dan berbangga dapat menjadi asbab untuk korang luahkan apa yang lama terpendam. Mungkin selama ni korang berniat untuk menulis cerita hati tersebut tapi tak mudah kan? Takkan kita senang-senang je nak cerita apa yang betul-betul tersirat dalam hati kita. So, alhamdulillah. Semoga yang menulis , rasa lega dan dapat keyakinan diri semula. In shaa allah. Kiranya, even korang tak menang giveaway ini. Itu tak penting. Apa yang penting adalah ketenangan dalam hati kita terutamanya bila dapat #spreadlove #spreadinspiration dengan orang lain. Semoga giveaway ini bermanfaat!


So here, saya menghargai setiap cerita yang dikarang dari hati itu. Huhu, maka saya akan berkongsi Top10 dan Pemenang. Top 10 tersebut adalah untuk bacaan inspirasi . Boleh jadi Top10 yang berjaya memenangi hati saya tapi terpaksa pilih 3 je. 3 sahaja, omg menyesal buat 3 pemenang jeh!

TOP 10 (untuk bacaan inspirasi) :



PEMENANG GIVEAWAY






Tahniah kepada pemenang. dan jutaan terima kasih kepada semua bloggers yang sudi join giveaway pertama saya! Kepada 3 orang pemenang itu, boleh whatsapp saya 011-1994 5954 untuk tuntut hadiah dari @artotes.co - (instagram project totebag saya)


See yah for next giveaway soooooooooooooooon!


Read More

18 & A babysitter

Wednesday 4 January 2017

No comments


Mungkin ini menjadi catatan "who I am" awal tahun 2017 . Helluuuu guys, I'm a babysitter! *tarian piring*  Alhamdulillah setakat ni tak tidur lepas subuh walaupun itu keinginan badan ku. Sebab lepas subuh terus basuh dan susun pinggan lepastu basuh baju dan sidai jika perlu. JIKA PERLU? Jika rajin sebenarnya. uhuhuhu mungkin juga azam tahun ini untuk sentiasa bagus tanpa menjadi hamba mood. 

Sebelum tu, nak perkenalkan ini Omar Ariff . start jaga dia bulan Ogos 2015 sampailah akhir tahun 2016 . Masa tu dia boleh meniarap je, sampailah sekarang dah boleh sepak bola. Mak aku sayang sangat dekat Omar ni sebab Omar paling manja dengan mak. Lepastu perangai dia pulak mengada-ngada. So, setiap masa mak kena layan dia jeh! Omar rapat dengan Auzi (gambar muka kepit atas tu) . Auzi selalu marah Omar bila Omar kacau dia. Oma! Oma! pastu Omar cakar Auzi. Auzi tak pukul, tapi membebel je. Contohnya Oma! em mumm hujjmakasdjajd ! Oma! Oma! appjdu nbsdhasbb! Rugi tak record masa Auzi bebel Omar. Dia je faham. Memang lawak.



2/12/2016 - Hari last Omar dengan kitorang lepastu dia pindah Klang. Tengok muka mak, boleh zoom in. Muka nangis. Semua yang di situ menangis kecuali Omar. Tapi Omar macam sayu je. In fact, Omar tak suka aku. Tak suka bila aku pegang dia sebab first meet masa dia baru pandai meniarap tu. Aku dah buat muka geram sampai menggigil , so dia takut. Nightmare. eh tak, Lifemare bagi dia. Tapi lately beberapa hari sebelum dia pindah, dia okay je bila aku dukung. Haish macam faham je nak berjauhan. Benci! 


Itulah, throwback paling bermakna sepanjang jadi babysitter ni. Mak aku still tak move-on dengan Omar. Dia jerit nama baby kat rumah ni semua dengan nama Omar! Aku rasa time birthday mak aku, elok bawak si Omar ni jadi suprise. Mesti happy sangat. Pergh good idea! Ok, noted.


Sejak kepergian si Omar, alhamdulillah ramai pulak hantar baby ke sini. Mungkin untuk mengubati hati mak aku yang sayu tu. Setakat ni, ada 4 orang. Nanti aku share gambar ya, 

Umur terkini (2017)

Auzi : road to 3 tahun
Huzair : road to 5 bulan
Alanna : road to 7 bulan
Amar : road to 8 bulan 



Huzair & Alanna


Amar Danish



Okay, nanti sambung di entry seterusnya pasal kerenah baby-baby terkini termasuk kerenah babysitter-nya. 


Read More

Giveaway TAMAT

No comments
Apa?! DAH TAMAT? Giveaway ni ke?


Assalamualaikum hai. di kesempatan pagi ni, memandangkan anak-anak tengah tidur. (babysitter je) so, saya nak bagitahu TARIKH & MASA TAMAT GIVEAWAY adalah pada hari ini (5 Januari 2017) tepat pukul 11.59malam . So, masih berkesempatan untuk join. Baik kan? Hahaha. In shaa allah, dalam masa 2-3 hari saya akan mula membaca entry korang pasal "Self-positive when I was sad" tuh. Doakan semua berjalan lancar. Saya juga perlukan masa untuk uruskan hadiah dan sebagainya memandangkan semua terletak di bahu saya.  Hihi, saya tahu semua penyabar. So, tunggu je anytime punya annoucement pemenang ok! Love yaaa


Updated! Senarai Peserta Giveaway

Read More

Notes from 2016

Sunday 1 January 2017

No comments

Bismillah. Hai, mungkin aku terlalu banyak berfikir. Tentang hidup. Tapi ada baiknya juga, sebab aku boleh merancang masa depan aku. Sebenarnya, banyak benda nak cerita. Nak kongsi dengan semua tapi mungkin belum masanya. Hm, atau cerita hati hanya untuk Sang Pencipta?


Surah Yusuf , ayat 86 : 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah, aku mengadukan kesusahan dan kesedihan ku.... "


Oh well, I had through some bad years to earn the best day on my life. 5 tahun saya di sekolah menengah, cukup sempurna saya di uji sehingga saya adalah seperti yang anda lihat sekarang... takde apa kan? Hahahahaha. Banyak yang saya belajar sepanjang 5 tahun di sekolah menengah. Terutamanya tentang hidup dan kerenah manusia. Tapi saya rasa itu baru sikit. Tapiiii saya rasa lebih confident dan excited untuk tempuhi 2017 yang lebih mencabar ini. Lets go to the next step of life!

Banyak lagi yang saya taktahu tentang dunia luar itu, dan semestinya saya masih dalam fasa belajar dan terus belajar. Kehidupan yang sempurna tiada di dunia ni. Dunia adalah tempat untuk kita berpenat lelah demi syurga Allah. Setiap dugaan itu adalah untuk menjadikan kita seorang yang lebih baik dari sebelumnya. For the whole life, just think positive.

In shaa allah , semoga semakin meningkat umur. semakin bertambah ilmu dan amal. Aaamiin, doa kan yang baik-baik untuk saya. Selamat tahun baru 2017 , ikhlas dari saya penulis blog yang syok-sendiri/ belum di kenali ramai.


- Faezah Mdnor

/
Boleh juga Like Page Facebook Faezah Mdnor Blogspot


Read More
Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co