Dapur Kekja : Macaroni + Carbonara

Monday 21 May 2018

No comments

Macam biasa, rutin. Lepas masak, buat note. Jadi inilah....

Bahan masak : 

1- Macaroni
2- Bawang putih (dihiris) - 4/5 ulas
3- Bawang merah (potong dadu) - 2 biji
4- Ayam dada (potong dadu)
5- Sos prego carbonara - 2 botol
6- Cili padi - (basuh, potong dadu dalam kuali)


7- Oregano , Serbuk lada hitam. & (garam secubit rasa + ajinamoto sikit)


Cara masak : 

1- Rebus air.
2- Masukkan macaroni. (sampai kembang kemudian toskan)

1- Panaskan sedikit minyak. (taknak berminyak)
2- Tumis bawang putih yang dihiris. *api kecik
3- Masukkan terus serbuk lada hitam (1 sudu makan) *agak-agak je, asalkan taknak sikit. banyak.
4- Masukkan bawang merah yang di potong dadu & (garam secubit rasa + ajinamoto tabur sikit)
5- Masukkan ayam yang dipotong dadu. *kacau-kacau
6- Masukkan sos prego carbonara. (isi air dalam bekas, pastu goncang dan curah dalam kuali. jangan membazir pls) *api besar
7- Kacau-kacau sikit, pastu masukkan Oregano (dua sudu teh) *agak-agak je camtuh.
8- Kacau bagi mendidih letup-letup, kemudian gunting dadu cili padi masuk terus dalam kuali.
9- Biarkan mendidih lama sampai pekat cair camtuh. Siap!








Read More

RAMADHAN PLANNER 2018

Friday 18 May 2018

No comments

Salam 03 Ramadhan 1439H,

Alhamdulillah, so macam mana ramadhan kali ini? Pertama sekali bersyukur di izinkan Allah untuk kita semua sampai pada bulan Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan meningkat amal ibadat kita semua. In shaa allah :)

Bagi memenuhi serta manfaatkan masa yang ada dalam bulan Ramadhan, saya nak suggest satu buku ini. Patutnya tunjuk awal lagi sebelum menyambut Ramadhan, jadi sempatlah korang semua grab dan kita gunakan bersama! Best tau guna RAMADHAN PLANNER ini. Nak nak kalau ada group atau buat sama-sama dengan sahabat sekalian. So, dalam group tu memasing tunjuk jakun camne nak guna buku ini? Maka perbincangan dalam group adalah semata-mata untuk masing-masing penuhkan table dan task yang diberikan dalam buku ini. MasyaAllah! Maka terisilah hari-hari dalam bulan Ramadhan dengan amal ibadah. Alhamdulillah. Itulah objektifnya!! Seronok bila dapat compete each other. Bermujahadah gittewww <3 

So, kandungan buku ini adalah PLANNER, QUOTES serta SEJARAH ISLAM yang berlaku dalam bulan Rejab, Syaa'ban & Ramadhan. Semuanya dalam BAHASA INGGERIS. sambil menyelam, minum air. Boleh tingkatkan english. But for me, kurang berminat. Haha, mungkin sebab saya kureng sikit english dan kekadang stress tak faham certain ayat. (teringat result MUET) T.T *nangis

Tapi takpe sebab masih mampu memahami untuk lengkapkan table task yang ada. hehe.So here, saya belanja sikit isi kandungannya : 


Okay, from the left adalah table yang kena isi untuk hari ketiga ramadhan. Table itu sentiasa ada since hari pertama sampailah hari terakhir puasa. Semuanya dah siap manage mengikut 10hari pertama, 10hari kedua, & 10hari terakhir. Masyaallah! Sangat mudah dan faham. 

Okay, from the right pula! Itu adalah table untuk yang dah siap-siap dia bagi pilihan cara untuk Khatam Quran dalam bulan Ramadhan. Kalau baca 4pages setiap waktu solat, in shaallah sekali khatam. So, ikutlah mana satu goal korang. Nak khatam quran berapa kali dalam Ramadhan ini?

Dan banyakkkkkkk lagi CHALLENGES, QUIZ, PAGES GANTI PUASA dan penerangan pasal FIDYAH. Senang citer, sangat lengkap! Semuanya terperinci termasuklah amalan di bulan Ramadhan bagi yang datang haid. MasyaAllah!

For me, saya akan beli buku ini seminggu sebelum Ramadhan. Kemudian, saya akan belet planner ni satu demi satu dan labelkan bagi pages yang saya kena update everyday! Pastu, setiap hari buka planner dan update. Dah macam bestfriend pula <3. Nak lebih jelas? Haaa label macam ni jeh : 


Wallahualam. Semoga bermanfaat. Dapat tak idea untuk Ramadhan? In shaa allah semoga kita lebih bersedia untuk Ramadhan yang akan datang! #SalamIftar (padahal baru 12.40pm)..kbye



Read More

Dapur Kekja : Ikan Masak Merah

Tuesday 15 May 2018

No comments

My fav dish! Ikan Masak Merah + Nasi putih. OFCOURSE!! tambah nasi dua pinggan. omg..Tanpa buang masa, terus buat note!

Bahan masak : 

1-  *Lada kering - segenggam
2-  *Bawang merah - 2 biji
3-  *Bawang putih - 5/6 ulas
4-  *Halia (ikan dan ayam wajib halia!) *telur takyah
5- [ Sos tiram, Kicap Manis, Sos cili, Kiub Maggi, Gula ]
6- Ikan selar kuning or so on. (goreng kunyit + garam)


Cara masak : 

1- Panaskan minyak.
2- Goreng ikan (jangan sampai rangup sgt)


( camera problem sikit. lol)

3- Blander yang bertanda *
4- Tumis yang diblander tadi.
5- Masukkan bahan wajib ini dalam kuantiti yang sedikit (agak-agak je) : 


6- Biarkan sambal mendidih, naik minyak.
7- Masukkan ikan goreng tadi. Didih lama sikit. Siap!

/


Read More

Dapur Kekja : Kacang Panggang + Telur

No comments

Breakfast adalah sangat penting kepada kesihatan perut. Sebab, pada waktu pagilah pankreas akan merembeskan jus pankreas iaitu asid hidroklorik (HCl) kepada perut dengan tujuan untuk mencernakan makanan. Tapi kalau korang tak makan pagi, asid itu akan mencerna apa? Yes! Asid itu akan menghakis dinding perut yang akan mengakibatkan gastrik. dan kalau korang nak tahu, ia merupakan asid kuat! Kalau rasa malas nak brekpes, fikirlah tentang asid kuat yang akan menghakis dinding perut tu. Huishhhh ngeri!

Sungguh ke-biology-an intoduction untuk resepi ini. Hahahah. So, THIS IS MY FAVORITE BREKPES! selain nasi, semuanya favorite saya. kah!

Bahan masak :  

1. Kacang Panggang - 2 tin (besar) *boleh tiga orang makan.
2.  Telur - 3 (kira lah berapa orang nak makan)
3. Bawang putih - 5ulas diketuk-cincang
4. Bawang merah - 2 biji (hiris)
5. Sos Cili

Cara masak : 

1. Panaskan minyak. Goreng semua telur mata.

1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang putih.
3. Bila dah coklat, masukkan hirisan bawang merah.
4. Biarkan geng bawang tu masak.
5. Masukkan Sos Cili (agak-agak je) *baiklah, dalam dua kali tuang. kalau sekali tuang dah banyak, ok stop.
6. Kacau, bagi masak. naik minyak sikit.
7. Masukkan 2tin kacang panggang.
8. Kacau bagi masak lama. Pastu dah siap!
/

Selamat brekpes! Bismillahhhhh.


Read More

de' Differ girl

Monday 14 May 2018

No comments

Dulu dia ada impian.
sama macam gadis lain.
Dulu hidup dia penuh yang "indah",
Yang dipetik selalu dapat. 
Tapi tetap sama "indah" dengan ujian yang melanda dirinya.
Alhamdulillah, dan dia sangat bersyukur akan kisah itu.
Semoga datang lagi yang 'indah' :)

Sehinggalah kini dia sudah melonjak dewasa, 
Namun masih dalam titisan remaja menuju dewasa.
Jambatan yang diharunginya agak rapuh,
Talinya hampir putus..
Namun masih ada semangat untuk di sambung-sambung,
Demi menuju masa depannya.

Kali ini memang berat,
Dia sendiri hampir mengeluh,
Seperti jatuh ditimpa tangga,
Hari demi hari,
Celaan demi celaan,
Sokongan keluarga juga luntur,
dan dia pun sudah mula "menunduk".

Kali ini memang perit,
Hatinya tidak pernah menipu erti menahan sakit,
Butiran jernih yang jatuh dari tubir matanya selalu benar,
Tidak dapat dinafikan kegagalan ini bukan dalam percaturannya.
Namun, tetap suci perancangan-Nya.

Dia merasakan dia gadis biasa.
Namun setelah dari itu,
Dia sedar bahawa dia lain dari yang lain.
Kisah dia,
de' Differ girl.

dia @fzhmdnr
/
Isnin, 14/5/2018
5.26pm



Read More
Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co