Dapur Kekja : Ayam Masak Merah

Tuesday, 28 July 2020

3 comments

tak perasan pulak lauk fav i ni tak update dalam blog! memang kan, yang paling bermakna dalam hidup jarang kita nak kongsi. Hihi. Lama tak update segmen Dapur Kekja. Kekok nak tulis resepi ehekk..

Bahan-bahan :

1. Ayam
2. Lada kering - segenggam*
3. Bawang besar - 2 biji*
4. Bawang putih - 6 ulas*
5. Serai - tiga batang (amek yang depan dia je sampai separuh badan dia lol)*
6. Halia - dua ibu jari*

# Gula - 2 sudu besar
# Kiub ayam maggi - 1
# Sos Cili Jalen - agak agak je ( 2 sudu besar? )
# Kicap Manis - agak agak jugak supaya sambal jadi gelap sikit.
# Garam - 1 sudu teh
# Ajinamoto - secubit kecil


Cara masak :

1. Blander cili kering dan serai dulu. (supaya betul-betul hancur bersama biji cili tuh )
2. Kemudian blander yang bertanda * selebihnya. (tak perlu tapis yang diblander, so agak agak lah letak air tu)
3. Goreng ayam (ayam di lumur kunyit dan garam)  ( goreng tidak terlalu garing)
4. Panaskan minyak banyak (kalau nak masak sambal memang minyak kena banyak lebih kurang banyak sambal yang kau blander tu)
5. Tumis yang diblander
6. Masukkan segala # tuh.
7. Biar sambal sampai pecah minyak (minyak naik atas sambal sambil letup-letup)
8. Biar lama sikit kalau masak sambal supaya cili dia masak dan tak terlalu pedas.
9. Dah siap sambal, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi.
10. Eh siap dah lah. Selamat menjamu!


Read More

How to stay strong?

Tuesday, 21 July 2020

No comments
Jadi penulisan kalini seperti biasa, pertama sekali dituju tepat buat diri sendiri. Tercetus idea untuk menulis adalah untuk membantu siapa sahaja, khususnya diri ini yang memerlukan inspirasi untuk kekal kuat dan berpendirian.

Ujian paling berat dan halus adalah bicara manusia. Sebab itu lidah walau lembut dan fleksibel namun ianya tajam. Menusuk dan mampu merosakkan sesuatu keadaan.

Bersabarlah.
Jika lebih 10 orang pesan pada kita tentang sabar, maka tekankan pada diri erti sabar. Mohon pada Allah jelaskan erti sabar agar kita dapat meneruskan sabar tanpa batas.

Pertama sekali, berhenti fikir pasal orang lain. Biar nampak sombong, ego, pentingkan diri. Yep! You must. untuk permulaan, memang penting untuk ada sikap macam tu sampai satu tahap kita mampu handle dan boleh hadapi manusia tanpa kisah bicaranya. Sampai satu tahap barulah kita bergaul sebab kita dah ada kekuatan tu. Ingatlah, time kita jatuh takde sorang pun tolong. Nak apa lagi? Masih nak korbankan hidup untuk orang lain? Sudah lah. cukup.

Bina diri sendiri dulu sampai jadi, kemudian baru setelkan orang lain. Setiap orang, lain kemampuannya. Biarkan mereka dengan cara mereka. Kita dengan cara kita. Sampaikan satu tahap saya juga block, dan delete kenalan. Hanya kerana ianya terlalu toxic untuk saya simpan. Namun di alam realiti, kami masih berkawan dan bertegur sapa.

Jangan takut kehilangan sesuatu benda di dunia kerana apa sahaja yang ada didunia hanyalah sementara. Jika kita kehilangan sesuatu kerana Allah, maka Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Yakin tak? Percaya tak? Kurangnya rasa yakin yang buatkan kita ragu-ragu dan serabut kepala.

Istighfar.
Hidup kita di kawal oleh akal, nafsu, dan hasutan syaitan. Banyak benda kan? sebab tu kalau rasa susahnya nak berubah, itu perkara biasa. Kita manusia biasa. Kita dah berjaya atasi fikiran, nafsu pula menggoda. Kita dah atasi nafsu, godaan jahat lain pulak. Banyak benda. Jadi, struggle kita harini sangat berbaloi untuk masa depan. Jangan kisah bicara orang. Dan jangan kisah hidup orang. Dia nak ade boyfriend 10 orang, post sweet-sweet pasal relay tak halal dia. Biarkan. bukan kita tak pernah nasihat. Biarkan dia nak buat apa sebagaimana dia biarkan kita dengan cara kita. Kita terlalu fikir pasal orang lain sampai kita buat serabut kepala sendiri. Lepastu apa kesudahannya? Tiada.

Memang apa yang rakan-rakan sebaya kita buat tu, best. Kita berjiwa muda memang rasa best melepak, ada orang 'caring' , menghabiskan duit untuk keseronokkan. Tapi sedar tak bahawa jiwa kita tak tenteram pun buat semua tu? Jiwa kita meronta mencari jalan menuju Tuhan. Sampai bila nak biarkan jiwa kita hipokrit? Awak orang yang baik. Awak kuat dan mampu hadapi semua ni. Walau hanya seorang diri, tetap ingat bahawa kita ada Allah.

Berubah.
 Setiap hari kena ubah jadi lebih baik. Harini takkan sama macam semalam dan esok. Setiap hari cerita yang berbeza. Maka ciptalah kisah yang lebih baik. Moga-moga Allah redha. Ada banyak lagi perkara untuk difikirkan. Untuk diperbaiki. Solat, amalan sunnah, sedekah, hubungan dengan ibu-bapa. Subhanallah. ucapkan yang baik selalu, fikirkan yang baik selalu.

Biarpun lelah, perjuangkan.
Penat lelah berjuang di jalan Allah in shaa Allah akan hitung dalam timbangan. Penat lelah bertahan dengan relationship tak halal, apa yang dapat? Pahala? Sikit pun tak berbaloi. Dari awal sampai habis, buang masa.

Yang sedang bercakap ni bukan seorang yang suci, tapi dah mula sedar dan nampak hakikat sebenar. Syaitan berjaya kaburkan mata saya sekejap, menikmati bahagia yang sementara. Pada awalnya saya tak boleh terima, di pertengahan jalan saya sedar banyak perkara. Kisah saya, tidak lagi melibatkan sesiapa. Hanya saya dan perjalanan ini. For those yang sentap, saya tidak bertanggungjawab. Saya cakap berdasarkan apa yang diri saya alami.

Kesimpulan untuk menjadi kuat, dekatkan diri dengan circle yang mempunyai fikrah yang sama. Fikrah - cara berfikir. Moga Allah redha setiap perjuangan insan yang sedang ingin menuju Tuhan. Moga Allah membuka jalan taufik dan hidayah agar kita sama-sama bangkitkan diri sendiri serta insan-insan yang lain yang turut merasai hakikat ini.

"Mujahadah itu Pahit kerana Syurga itu Manis."- teruskan berjuang wahai muslimah. Moga Allah kirimkan malaikat untuk menjaga setiap langkahmu.



Read More

LIRIK LAGU WANITA (INTEAM) - 2020

Sunday, 19 July 2020

No comments

Tekan gambar di atas untuk tonton MV WANITA- INTEAM. 



WANITA - INTEAM

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan saja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah  ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

* Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk di lindung
Dekat jua dihati untuk dikasihi
Engkau lah wanita hiasan duniawi

**Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk


**

Didiklah wanita dengan keimanan bukannya harta
Ataupun pujian 
Kelak tidak derita 
Berharap pada yang binasa

Sedarilah insan istimewa
Bahwa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Read More
Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co