Bahan dan cara masak nasi ayam!
Sila masak ikut step ni, buat sambal dulu dan begitulah seterusnya.
untuk Sambal
1. Lada besar merah - 5 batang*
2. Cili api merah - 4 batang*
** (lada besar kena lebih dari cili api)(make sure merah untuk hasilkan sambal warna merah)
_
1. Blander yang bertanda * dengan air yang banyak.
2. Panaskan periuk dan masukkan bahan yang sudah diblander
3. Tambahkan cuka dua sudu besar, gula dua sudu besar, garam dua sudu teh , sedikit ajinamoto
4. Kacau selalu sebab dia membuak. Agak-agak dia nak kering, tambah air panas satu gelas.
5. Masak lama supaya dia tak mentah.
untuk Ayam (rebus)
1. Ayam 10ketul lah kot (yang pasti sikit je)
2. bawang putih, bawang merah, halia (blander)
3. bawang putih, bawang merah, halia (dihiris)
4. sup bunjut (sup tulang adabi) - satu packet
5. Air sebesar blander
i) Sos tiram + Kicap lemak
_
Masukkan semua bahan 1-5 dan rebus sehingga dia mula mendidih untuk kali pertama. Then tutup api. (tambahkan garam dua sudu,sedikit ajinamoto & secukup rasa dua sudu/ kiub ayam maggi satu)
Keluarkan ayam tersebut dan gaulkan dengan sos tiram + kicap lemak.
(sos tiram lebih banyak dari kicap lemak), kemudian perap dia (30 minit atau lagi lama lagi bagus) atau sampai siap masak sup ayam. Kiranya dah siap masak yang lain-lain tu, last sekali baru goreng ayam. Once dia dah garing sikit, terus angkat.
Kuah rebus ayam tu, jangan buang. Guna untuk buat nasi ayam.
untuk Nasi Ayam
1. Beras 3 atau 4 pot.
2. Sup rebus ayam tadi (ambil sup bunjut + halia dalam sup tu)
3. Garam + ajinamoto
4. Daun pandan - 2 helai
_
Masukkan semua bahan 1-4 tersebut dalam periuk nasi biasa dan masak nasi seperti biasa. Jangan guna air. Guna sup ayam itu sahaja!
untuk Sup ayam
1. Ayam bahagian tulang
2. (Bawang putih, bawang merah, halia) *
3. Secukup rasa/ kiub ayam maggi
4. Garam + ajinamoto
_
Hiris bahan yang bertanda *
Panaskan sedikit minyak dan tumis hirisan bawang putih dahulu. Bila dah coklat, masukkan hirisan bawang merah dan halia. Kemudian masukkan ayam, air semangkuk dua, secukup rasa, garam + ajinamoto.
Rebus seperti biasa dan campurkan lebihan sup rebus ayam tadi bersama.
Salad & Timun
Basuh, potong dan sediakan dalam bekas.
# untuk kuantiti garam, secukup rasa itu semua agak-agak je. rasa! kalau kurang rasa, tambah apa patut. Begituh
Hai guys! One more tips nak share apa yang aku sediakan untuk diri aku apabila menghadapi Period Pain/Cramp. This one sangat berguna sebab aku juga tak menentu kena period pain. Selalunya period pain setiap bulan tapi kadang dua tiga bulan tak kena period pain (means period biasa without any pain, oh leganyaaa) pun kadang aku lupa camne nak handle. Yang ada cuma perasaan gelabah menahan sakit pastu macam takleh handle. First of all jaga emosi. Tell yourself, ye tahu sakit tapi sabar jap. Bertenang jap, rileks jap.
Period pain tu sakit yang macam mana? Jauh sekali macam sakit perut. Nope, tak sama. Period pain more to cramp atau contraction. Bila contraction ni, dia kejap datang kejap pergi. Kadang dia tarik kuat, kadang biasa, kadang rasa nak pergi dah ke ni HAHA over je kan. Tak tahu nak describe tapi memang obviously dapat bezakan sakit perut dengan cramp sebab sakit dia memang lain macam. Kau akan 100% focus on that pain. Memang semua kerja kena stop. Sangat penting untuk orang sekeliling faham ya! Supaya yang sedang merasai sakit itu rasa difahami dan tenang menghadapi.
1. Mini Hot Water Warm Bag & Tungku besi
Brownies selembut kek
