Cara Tukar Domain Blogspot kepada Dot Com (.com)

Tuesday, 4 April 2023

1 comment
dah lama sangat peram entri post yang ni, hehe. sorreh mehmeh
/

Seperti yang korang dapat lihat, kini blog Kekja tidak lagi menggunakan blogspot.com. pastu korang pun macam eh yeke? mata melihat ke atas bahagian sidebar. kannnnn! kini blog Kekja dah tukar domain menjadi (.com

Alhamdulillah wishlist unlocked! Semoga blog Kekja dapat menyumbang info, peringatan diri dan perkara-perkara yang bermanfaat untuk pembaca semua! Nak cerita sedikit untuk pencapaian blog Kekja, selain pernah masuk Harian Metro hasil perkongsian makan jamu di usia 16 tahun. Kini blog Kekja juga menulis artikel untuk beberapa brand luar negara. Bayaran dalam bentuk dollar! alhamdulillah, hadza min fadhli rabbi (semuanya kurniaan dari Tuhanku).

Kata-kata itu doa.

semoga dapat banyak lagi collaboration dan partnership dari serata dunia, dapat asah skills blogging dan hanya untuk produk yang halal dan bermanfaat untuk keperluan manusia. semoga ditawarkan 100 dollar untuk satu collaboration. who's know kan? aamiin ya rabb, boleh la buat duit jajan beli aiskrim bila dibelenggu ujian kehidupan hehehek

Untuk negaraku tercinta. Kekja memang letak bayaran rendah je untuk review produk/ kolaborasi (syarikat/bisnes/brand dalam Malaysia) sebab Kekja pun banyak lagi perlu belajar improve writing skills dan juga untuk membantu peniaga-peniaga kecil. Jika berminat, boleh email Kekja tau! 
Email : ezahshumel99@gmail.com




Jadi inilah step yang Kekja gunakan untuk tukar domain.

1. Beli Domain di Yeahhost.com.my 
boleh taip nama yang korang nak, if available. boleh terus purchase. maknanya nama itu hanya satu didunia. nama itu hanya kita punya. camtu

masa tu beli untuk faezahmdnor.com RM43.75 dan RENEW setiap tahun RM56.90/year. paling murah antara yang lain (I guess).

2. Selepas bayaran, Yeahhost.com akan call korang untuk confirmation pembelian.

3. Dah confirmkan? Check email.
ikutkan saja apa yang ditulis dalam email itu untuk pasang domain pada blog.

Cara Install domain (.com) 

1. Blog-Dashboard-Setting-Publishing
Custom Domain : isi nama domain yang korang dah beli tu.

2. Selepas itu, akan keluar tulisan merah. Korang boleh copy dan paste-kan pada email Yeahhost untuk Yeahhost aktifkan DNS system.

3. Kemudian Yeahhost akan maklumkan jika sudah siap.

4. Turn on HTTPS dan Redirect.

5. Siap!

/
Camtulah lebih kurang hint untuk tukar domain blog anda. Don't worry, Yeahhost akan bantu. apa-apa tak faham boleh tanya saja pada mereka. 
.

Okay finally posted. Semoga bermanfaat hehe!

Read More

DR STONE (ANIME) & APPLICATION OF SCIENCES

Saturday, 1 April 2023

No comments


belajar punya belajar siang dan malam, skor test dan exam tapi sebenarnya tak faham dan taktahu kemana nak apply apa yang aku belajar ni? hanya dengan tonton anime, dapat gambaran betapa pentingnya ilmu sains dan kegunaannya untuk kehidupan kita. kita pun kadang tak selalunya berteknologi. apa nak buat nanti kalau semuanya tiada? orang yang ada ilmu dan berfikir macam Senku (watak utama), campak kat mana pun hidup dik. Ilmu penyuluh kehidupan. dan ma shaa Allah orang yang berilmu, banyak bermanfaat untuk orang lain. Part dia buat ramen angkasa lepas tu, terharu sebabkan dia yang minat sangat dengan sains. dapat bagi semua orang merasa ramen kat tengah-tengah hutan. betapa bernilainya orang yang berilmu dan ilmunya digunakan dengan baik. 



dan dari situ juga kita nampak, tiada yang Allah ciptakan didunia ini sia-sia. daripada pokok, kayu, batu, gua semuanya ada manfaatnya kepada manusia. dan adik-adik, kerana itulah kita berpenat lelah menuntut ilmu. agar kita tahu manfaat ciptaan Allah kepada diri kita sendiri. begitulah ilmu di aplikasikan dalam kehidupan manusia dan semua ilmu itu saling berkait antara satu sama lain. 

Dr Stone ada 3 season. Masa Kekja tengok time pkp dulu, baru 2 season itu pun tak habis lagi episod untuk seasan 2. Sekarang seasan 3 tengah otw, yang lain dah complete! jemputlah tengok heheh.
Semoga memberi manfaat dan meluaskan pengetahuan kita!
/

oh ya, mesti tertanya nak tengok kat mana?
Boleh tonton DR STONE di Netflix atau percuma di LokLok (install di google apps store hp anda)

.
Bye! See you next post. In shaa Allah




"Barangsiapa yang tidak mampu menahan lelahnya belajar, maka ia harus mampu menahan perihnya kebodohan. " 

[ Imam As-Syafi'i ]




Read More
Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co