Dapur Kekja : Cornflakes Madu Raya (Oven)

Sunday, 30 July 2023

No comments

 Kembali dalam segmen Dapur Kekja. Segmen berkongsi resepi-resepi yang Kekja pernah try buat dan menjadi! hahahah. Kekja jaranglah rajin tapi gitulah, ada jugak hasilnya. hahah



Okay hai. sorry Kekja peram lama resepi ni. Patutnya Kekja update waktu raya #2022 haritu. Lepastu masih belum adapt penatnya drive sendiri, kerja, sampai rumah kena tolong kemas rumah, tolong masak untuk raya (zaman internship). at first memang semput, lelamaaaa okay (lama juga berbulan lol) . In shaa Allah. dan akhirnya Kekja decide lepas habis intern kita sambung sikit-sikit entri yang tertunggak. So this one, antara entri yang tertunggak. so jom! Kuih raya kegemaran Kekja! yang selalu berebut dengan member bila pergi beraya sesama.

#Update : Kekja masih buat kuih ni raya 2023 heheh


Bahan masak : 

1. Madu (1/4)
2. Cornflakes
3. Gula pasir 1 1/2 sudu besar
4. Butter cup (1/4)


Cara masak : 

1. Cairkan butter
2. Masukkan madu.
3. Masukkan gula kacau sebati larut.
4. Tuang sebatian itu kepada cornflakes hancur
5. Gaul sebati.
6. Masukkan dalam cup warna-warni Aidilfitri.
7. Masuk dalam oven api atas bawah (150 darjah celcius) selama 10-15minit.

ok dah siap bye!



Read More

Dapur Kekja : Ayam Masak Halia

No comments

Resepi seterusnya adalah Ayam Masak Halia. Bahan simple pun boleh makan tengahari sesedap!

Bahan : 

1.  Ayam siap potong  
2. Bawang putih 
3. Halia
4. Cili padi
5. Sos tiram
6. Kicap manis

Cara masak :

1.  Basuh ayam. Gaulkan bersama kunyit, garam, serbuk kari.
2. Panaskan minyak, goreng ayam!
3. Api kecil dan sederhana, supaya ayam tak terlalu garing. Tapis, letak tepi.
4. Tinggalkan sedikit minyak untuk tumis bawang putih cincang halus sehingga naik bau.
5. Masukkan halia, ayam goreng, sos tiram, kicap manis, cili padi.
6. Masukkan sedikit air / (air + tepung jagung satu sudu the) kalau nak bagi kuah dia pekat.   
7. Gaul sebati, siap!

Atau korang boleh rujuk juga Resepi Che Nom untuk menu masakan ini! Siap ada video sekali.

Read More

Indeed

Monday, 17 July 2023

No comments
" dan sesungguhnya, tiada cinta tanpa pengorbanan."
Read More

Dapur Kekja : Sayur Campur Telur Goreng

Saturday, 8 July 2023

No comments

Hampir suapan terakhir baru teringat takde gambar, nanti nak post cemana heheheh. Maka terhasil lah gambar ini. Simple sharing dari Kekja, jom!

Bahan masak :

1. Telur - 3 biji
2. Bawang putih - 5 ulas (cincang)
3. Carrot - 2 batang (potong sfera)
4. Daun ketumbar - 4 tangkai (cabut daun sesatu hehe) 
5. Perencah Secukup Rasa - 2 sudu teh
6. Garam - 3 cubit 


Cara masak : 

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga coklat
2. Pecah dan masukkan telur 3 biji. Biarkan sekejap, kemudian baru gaul (supaya telur tak begitu hancur)
3. Masukkan sayur (carrot) nak letak sayur lain pun boleh asalkan makan. Carrot segar sedap rasa manis!
4. Masukkan daun ketumbar (sedap bau ketumbar guys hehehk)
5. Masukkan perencah secukup rasa dan garam.
6. Kurang rasa, boleh tambah perencah. Kurang garam, tambah garam. 
p/s : nak pedas boleh tambah cili padi yey.

Masak sehingga sayur masak/layu!
Siap!

.
Style masak Kekja semkin simple dan semakin membujang ya hahaha lol
Selamat menjamu seleraaaaaaaa!

Read More

Cara Daftar i-Akaun KWSP

Wednesday, 5 July 2023

No comments
Selamat datang ke dunia pekerjaan. Melangkah ke suatu fasa kehidupan. Kekja nak kongsi sedikit ni, semoga dapat memudahkan urusan mereka yang baru pertama kali nak daftar i-akaun kwsp iaitu Apps yang korang boleh install dekat phone supaya korang boleh monitor ada masuk tak potongan KWSP/EPF pada slip gaji itu ke dalam akaun KWSP korang. 

Sebab ada kes yang KWSP tak masuk dalam akaun. Jadi, lebih baik daftar i-akaun dan tengok sendiri supaya tak kalut di kemudian hari. In shaa Allah!

                                        Pejabat KSWP, Segamat Johor. 

Pergi ke Pejabat KWSP yang berdekatan, Kekja pergi di Segamat. (lokasi boleh google maps terus sampai!)

Dokumen yang diperlukan : Kad pengenalan dan ibu jari anda.

Cara daftar i-akaun KWSP/EPF : 

1. Pergi kat kaunter, bagitahu nak daftar i-akaun kali pertama.
2. Nanti dia suruh isi borang. Pastu serahkan semula borang.
3. Anda akan diberi nombor giliran, sila menunggu.
4. Nombor giliran dipanggil. Serahkan borang dan scan ibu jari. Cop jari kanan kiri.
5. Salinan NO.EPF. Simpan elok yang ni!

                                           (Borang yang perllu di isi)


Apa yang perlu buat selepas itu?
/
1. Install apps i-akaun 
2. Tekan daftar untuk kali pertama.
3. Isi ID : NO.EPF dan password 
4. Log in semula. Siap!

.
itu saja Kekja nak share. bukan apa, Kekja pun nanti tak ingat dah. Kawan-kawan boleh rujuk sini tau. hehe bye! 

See you next post. In shaa allah





Read More

Dapur Kekja : Ayam Masak Kunyit Berkuah

1 comment
Dah lama Kekja tak update resepi baru. Episode kali ini adalah resepi masak lunch 1jam! Khas untuk lauk bujang mahupun yang rushing sebab banyak kerja nak buat tapi kena masak jap sebab nak makan. hehehek

So here, apa yang Kekja masak untuk lunch.

Bahan masak :

1. Bawang merah* - 2 biji
2. Bawang putih* - 2 ulas
3. Halia* - separuh ibu jari anda
4. Serai* - 2 batang (potong dan ketuk bawah, gunting pendek senang blander)
5. Cili padi*
6. Ayam potong kecil (ikutlah nak makan ayam besar mana)
7.  Kacang buncis (basuh, potong, buat urat tepi badan dia)
8. Sos tiram - 2 sudu meja (tablespoon, heee lawak tak)
9. Kunyit, Serbuk kari, Garam, Ajinamoto, Kiub maggi 


Cara masak : 

1. Blander kasar yang bertanda * 
2. Goreng ayam itu (disalut kunyit + serbuk kari + garam)
3. Tapis ayam goreng itu dan biarkan beliau healing di tepi.
4. Panaskan minyak yang cukup untuk tumis bahan blander.
5. Tumis yang diblander + sos tiram + garam + ajinamoto + 1/2 kiub maggi
6. Agak dah kekuningan, boleh masukkan air panas (ikut sukatan berapa banyak kuah yang diinginkan) 
7. Masukkan kacang buncis.
8. Biarkan kacang buncis me-layu/masak.
9. Ok cukup dah tu healing. Masukkan ayam goreng tadi.
10. Gaul mereka sebati. Siap!
/
dia macam supsappsiap!
Done berkongsi, selamat mencuba. hehe
Read More
Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co