Instagram : @artotes.co

5 Kelebihan Pencuci Muka Terbaik – Aloe Bubble Cleanser Sesuai Untuk Kulit Berminyak, Sensitif Dan Kulit Kering

 Siapa kat sini masih mencari pencuci muka terbaik? Kekja nak kongsi 5 Kelebihan Pencuci Muka, Aloe AC Clean Bubble Cleanser.


Hansaegee Nature water based cleanser yang sangat watery dan soft ini merupakan pencuci muka aloe vera diperbuat dari Korea. Anyeong! I'm so proud of using this sebab dia aloe vera! Seperti yang korang pernah baca tentang aloe vera cleanser yang Kekja pernah pakai sebelum ini. Sebab skin saya memang in love dengan aloe vera. So this is a new one!! Add to cart, add to list. 


Jujur dari Kekja, bersyukur sebab kulit muka sesuai dengan Hansaegee Nature Aloe Bubble Cleanser. Semua jenis Water Based Cleanser memang in love dengan kulit wajah Kekja yang mana mampu melembapkan kulit muka. Adakalanya kulit muka Kekja agak kering (dry skin) dan ada kalanya kulit berminyak (oily skin). Keduanya mampu di atasi dengan Aloe Bubble Cleanser. 

5 Kelebihan Pencuci Muka Aloe Vera Hansaegee Nature:

Water Based Cleanser
Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak
Melembapkan Kulit Muka
Bahan Utama Aloe Vera & Tea Tree Oil
Pencuci Muka Untuk Kulit Sensitif – No Harmful Ingredients


Water Based Cleanser

Aloe Bubble Cleanser ini merupakan water based cleanser. Texturenya sangat soft dan watery serta berbuih halus. Hanya perlu basahkan muka dan pam sahaja botol cleanser, dah boleh terus apply pencuci muka aloe vera ini pada wajah. Muka terasa segar selepas pakai cleanser aloe vera ini. Korang kena cuba tau! 


Tekstur yang soft, watery dan berbuih halus.


Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak

Dengan tekstur pencuci muka aloe vera yang watery dan berbuih halus ni, ia mampu membersihkan hingga ke liang pori supaya liang pori tidak tersumbat. Skincare untuk kulit berminyak ini berkesan menghilangkan minyak berlebihan di wajah. 



Pencuci muka yang bagus mampu membersihkan hingga ke liang pori

Melembapkan Kulit Muka

Aloe Bubble Cleanser mengandungi bahan aloe vera. Aloe vera boleh melembapkan kulit. Kulit muka pun tak rasa tegang lepas cuci. Kulit muka rasa moisturizing dan anjal. Tambahan pula, terdapat juga bahan penting yang seperti Glycerin (melembapkan kulit) di dalam pencuci muka terbaik ini. Selain itu, terdapat juga 12 jenis ekstrak herba di dalam kandungan cleanser aloe vera ini, antaranya chamomile yang juga mampu menaikkan seri wajah!



Bahan Utama Pencuci Muka Terbaik – Aloe Vera & Tea Tree Oil

Gabungan ingredients yang sempurna untuk menghilangkan jerawat dan melembapkan muka. Aloe Vera berfungsi sebagai pelindung kulit daripada cahaya matahari dan juga dapat mengurangkan sun-burn. Aloe Vera juga mempunyai keberkesanan sebagai anti-bacterial. Tidak dinafikan bahawa Aloe Vera adalah bahan yang sesuai bagi menghilangkan jerawat pada kulit wajah saya. Tea Tree Oil pula berfungsi sebagai anti-inflammatory iaitu mampu melegakan ketidakselesaan kulit yang gatal yang menjadikan pencuci muka ini sangat sesuai untuk kulit wajah yang sensitif!




Pencuci Muka Untuk Kulit Sensitif – No Harmful Ingredients

Setelah membelek kotak packaging, kesemua bahan yang tertera adalah selamat digunakan untuk kulit wajah. Kepada yang memiliki kulit muka sensitif, pencuci muka aloe vera ini sangat recommended untuk anda kerana ia tiada paraben, tiada alkohol dan tiada sulfate.




Cara Menggunakan Aloe Bubble Cleanser


Nah kongsi sikit. heheh..

Cara guna sangat mudah, hanya perlu basahkan tangan dan muka, apply pencuci muka aloe vera ini. Kemudian bilas sehingga bersih. Nak kena cuci muka berapa kali sehari? Ini tips penjagaan muka dengan cara mudah untuk mencegah jerawat, kita mestilah cuci muka dengan cleanser 2 kali sehari (pagi dan malam sebelum tidur) supaya kulit muka sentiasa bersih dan bebas kotoran.

Mesti ada yang tertanya, lepas pakai muka rasa apa? It feels good, guys. Kulit muka rasa lembap, tak tegang, tak pedih dan rasa selesa. Aloe Bubble Cleanser ini pencuci muka terbaik yang tidak mengeringkan kulit wajah sama sekali. Kulit rasa lembut, lembap dan selesa. 

Untuk senang korang nak add to cart dan merisik khabar, Kekja sertakan rujukan untuk korang okay? Takyah sesusah google, ada sini dah heheh.










5 Comments

Komen anda amat saya hargai!

  1. nice....produk2 hansaegee memang semuanya best2

    ReplyDelete
  2. waahhhh produk yg guna aloe mmg selalu helokkkk hehe

    ReplyDelete
  3. nampak best. takyah tonyoh2 bagi berbuih banyak. ni dah auto berbuih.

    ReplyDelete
  4. Rata2 kalo berbahan aloe, biasanya cocok untuk kulit sensitif 👍. Saya dah banyak baca ttg facial wash ini, sayangnya produk tak masuk Indonesia. Jadi tak bisa coba 😄

    ReplyDelete
  5. Thankyou untuk tips penjagaan kulit sis ,saya dah gunakan produk cleanser and sangat berkesan ,recommended !

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form