ن عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – بِمَنْكِبِي وَقَالَ: “كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّك غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ”. وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ: إذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِك لِمَرَضِك وَمِنْ حَيَاتِك لِمَوْتِك.
Daripada Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah SAW memegang kedua bahuku seraya bersabda:
“Hiduplah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara”, Ibnu Umar berkata: “Jika engkau berada di pagi hari, jangan tunggu sampai petang hari. Jika engkau berada di petang hari, jangan tunggu sampai pagi. Manfaatkanlah waktu sihatmu sebelum datang sakitmu. Manfaatkanlah waktu hidupmu sebelum datang matimu.” (HR. Bukhari, no. 6416 – Status Hadis Sahih)
citation : https://tzkrh.com/201925207/
/
random : anak sedara saya. Muhammad Anas, September 2025.
Selepas tamat pengajian ijazah, hidup sekali lagi menjadi gelora. seperti berpijak di atas awan, tidak kukuh dan tembus. seperti ditiup angin dan terumbang-ambing tidak tahu arah mana kehidupan.
Melihat sekeliling, mungkin jalan ini betul. Namun adakala, berasa seperti tertinggal jauh dari yang lain. adakala, sudah berada di tempat yang sesuai keadaan. adakala, tidak pasti arah tujuan.
Bertahun hidup terus bergerak, adakala berat dan adakala senyap, gelap, hilang. itulah kehidupan yang sedang dijalani. benarlah kehidupan didunia seperti orang yang bermusafir. kita tidak selamanya tinggal di keadaan itu selamanya. dalam ujian, dalam perjalanan, Allah selitkan pelajaran, pengajaran dan hikmah. Kita akan melihat apabila kita belajar dengan mata hati, akan setiap apa yang berlaku.
Setiap dari kita itu sebenarnya amat berbeza jalan cerita, rezeki dan kehidupan.
Walaupun secara zahir, kita semua miliki anggota dan rupa yang sama kriterianya. namun, kita sangat berbeza dari segi hala tuju, jalan cerita dan rezeki masing-masing.
Apabila kita menyedari hakikat ini, kita tidak lagi berasa tertinggal, terbandingkan mahupun merasa seperti kurang dari yang lain. kerana, kita semua ada cerita masing-masing.
Yang harus kita lakukan adalah lakukan yang terbaik dalam setiap cerita, ujian dan tujuan hidup kita sendiri.
Kembali fokus, itu yang kita hilang seketika.
yang membuatkan kita rasa kabur dalam perjalanan hidup.
" when life gets blurry, adjust your focus."
.
It's never too late to start again,
or to change your direction.
The best thing is, life is on your own now.
..
May Allah bless every journey of yours.
0 comments
Komen anda amat saya hargai!