it's been years..
sekarang tengah cuti sekolah. dengan masa yang ada, tanpa diganggu urusan kerja. akhirnya aku dapat berblog lagi. Alhamdulillah untuk kesempatan ini.
tujuan tulis blog harini adalah untuk mengingatkan diri sendiri.
tentang percaya diri dan percaya setiap langkah akan menuntut ke jalan yang lebih baik.
untuk situasi keliru, celaru
saling tidak mengerti dan semuanya tidak selari
aku tetap berjalan, kerana katanya ini adalah bahagian dari tumbuh.
keadaan sebenar adalah jauh lebih dasyat berbanding apa yang dicoretkan di sini.
kita boleh menceritakan semula dengan ringan, tetapi yang melaluinya sangatlah tidak terjangkau akal fikiran.
dalam setiap langkah itu, aku selalu ingatkan diri sendiri bahawa dahulu aku juga tersesat. keliru, kelabu, kabus, penuh persoalan. Namun, Allah telah membawa aku sejauh ini. Jadi, untuk waktu sebegini. Aku tetap dan masih percaya bahawa Allah akan membawa aku ke tempat yang jauh lebih baik dan aku belum sampai di situ. Aku masih dalam sebuah perjalanan. Maka di sepanjang perjalanan ini, ianya tidak mudah. Tiada satupun yang mudah. Aku seperti jatuh dan terduduk, diam dan tidak punya idea untuk kemana-mana. Adakala seperti membiarkan diriku ditiup angin alam, juga dibiarkan hanyut mengikut arus.
Adakah ini fasa menjadi dewasa?
penuh persoalan yang tiada jawapan. dan hidup diteruskan.
semuanya terus berlalu.
aku terus berjalan.
begitulah setiap hari ia berlaku.
dan aku bersyukur atas semua yang berlaku.
kerana aku percaya, semuanya dari Allah swt.
adakala aku marah, mengeluh, menyalahkan
bila takdir seperti tersalah jalan
bila keadaan tidak memuaskan
aku cuma manusia biasa.
selepas semua itu,
aku kembali percaya bahawa Allah Maha Tahu
sedangkan aku punya batas atas tiap-tiap perkara.
Percayakan sahaja perjalanan kamu,
berjalanlah dengan hati yang tenang dan lapang,
dengan hati yang penuh percaya
dan bergantung harap hanya kepada-Nya.
.
Jumaat, 12.14am
19 September 2025
0 comments
Komen anda amat saya hargai!