ada masa, kita perlu pause kehidupan untuk refleksi.
kehidupan yang aku jalani sekarang, adakah mengikut perintah Allah atau semakin terpesong dari jalan-Nya?
untuk siapa kita refleksi kehidupan?
tentunya untuk diri sendiri.
kita pun tahu, di akhirat nanti.. amalan kita diukur secara individu.
kita tak berkongsi amalan dengan orang lain, it's all about you. only you.
hidup ini, banyak sangat perkara yang mengganggu fokus kita.
dari segi hiburan, kemewahan, pastinya sesuatu yang menambah rasa best, atau meningkatkan dopamine kita. paling mudah, social media (Tiktok). sangat-sangat melalaikan. ada yang tak setuju? HAHA
dopamine banyak sangat pun tak boleh juga. akhirnya, kita hanyut dengan perasaan yang terlalu indah (macam layan kdrama)
sehingga lupa bahawa kehidupan realiti tak seindah itu untuk dijalani.
sehingga lupa apa tujuan utama kita diciptakan sebagai manusia di muka bumi ini.
berpada-pada dalam apa jua yang kita lakukan.
kerana hidup di dunia adalah sebuah ujian.
back to back,
asbab dari scroll social media dan mudah sangat kita nak access kehidupan orang lain, dan orang lain pun suka sangat tunjuk apa yang dia ada. membuatkan orang yang tiada ni, rasa ketinggalan, rasa serba tak cukup dan rasa berlumba-lumba nak ada macam orang lain juga.
kita dah jauh dari fitrah kehidupan.
melihat kehidupan orang lain di socmed bukan perkara atau rutin yang bagus.
bercakap pasal kehidupan orang lain, bukanlah perbuatan yang bagus.
jika anda rasa ketinggalan, sebenarnya anda salah.
dimana anda sekarang, itulah yang terbaik untuk anda.
Harini, kamu adalah seorang surirumah kerana itulah yang terbaik untuk anda!
Harini, kamu tidak sihat kerana itulah yang terbaik untuk anda (berehat).
admit semuanya. mengaku bahawa apa yang Allah izinkan kita miliki sekarang, adalah yang terbaik untuk diri kita!
Alhamdulillah.
Ada orang, hidup dia serba cukup. bukan sebab dia kaya, tapi dia pandai bersyukur.
Siapa dia?
Kamu.
Kamulah orangnya.
Alhamdulillah.
.

Alhamdulilah syukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Tak pernah kurang.
ReplyDeleteLama tak nampak faezah, moga sihat2 selalu
Hi cuya! doakan yang baik-baik untuk faezah heheh. semoga cuya sihat selalu. thankyou terawal komen post kita heheheh
Delete