Kekja Baking : Tepung Pelita

Kekja letak dalam kategori baking sebab kuih heheheh. kuih/kek (selain lauk) walaupun cara penyediaannya bukanlah bake pun hehehe.  

bukan sebab rajin tapi sebab simple, sebab tu Kekja buat. Jom guys tepung pelitaaaaaaa!


Bahan (layer hijau) : 


1. Daun pandan 5 helai - potong sederhana untuk blander

2. Tepung beras

3. Gula pasir - 1 mangkuk kecil (biar manis!)


Cara masak (layer hijau) :


1, Blander daun pandan + 2 mangkuk air

2. Tapis guna periuk dan buang hampas pandan.

3. Air pandan dalam periuk itu, tambahkan 2 mangkuk tepung beras, 2 mangkuk air, 2 mangkuk gula (lebihkan gula pun takpeee)

4. Letak periuk atas dapur dan buka api perlahan, kacau sehingga sebati dan likat!

5. Bila dah likat, pekat. Masukkan dalam bekas dan ratakan. Biarkan sejuk. Letak tepi.


Bahan (layer putih) : 


1. Santan - 2 kotak kecil

2. Tepung beras - 1 1/2 mangkuk

3. Air - 1 mangkuk

4. Garam - 1 sudu teh penuh


Cara masak (layer putih) : 


1. Masukkan semua sekali bahan dalam periuk dan buka api.

2. Kacaukan semua sehingga adunan menjadi pekat dan kental.

3. Bila dah kental dan pekat, tuang ke dalam bekas layer hijau tadi . (jadikan layer putih nipis sahaja)


Biarkan sejuk sekejap dan masukkan dalam peti (30 minit)

Siap di makan!

.


Serius jadi! Kekja dah try buat. Cuma, Kekja buat layer putih tu tebal. Sebab tu Kekja mention, tebalkan yang hijau dan nipiskan yang putih. Baru sedap!

.

disclaimer : dan ini adalah resipi daripada CheSayangKitchen hehehe

.

Selamat mencuba!

0 comments