Ramadan, Day 18.
(itu saya, bersama anak-anak murid menjalani aktiviti ziarah mahabbah sempena program sekolah ihya' ramadan)
jangan cakap korang konfius Kekja yang mana? yang depan sekali tu ya? AWAS. baiklah, mari saya jelaskan.. saya yang emmm yang main dengan lembu tu. OK?
Terasa sangat berbeza kehidupan seharian sepanjang Ramadan dengan bulan-bulan yang lain. Ramadan tahun ni, banyak keajaiban berlaku. Sesuatu yang tak pernah disangka, terjadi. Sesuatu yang tak pernah dapat, dapat. Sesuatu yang tak pernah dicapai, tercapai. Alhamdulillah. Sebahagian akan membacanya sebagai satu nikmat, dan sebahagian lain mungkin boleh mentafsir bahawa boleh jadi sesuatu yang sebaliknya berlaku.
.
Ya, kamu tepat sekali. Tak semuanya tentang indah. Akan tetapi, kehidupan perlu terus berjalan dan mensyukuri segala nikmatNya. Menjadi manusia yang sentiasa menyebut keburukan, kekurangan, kelemahan dunia ini hanya menjadikan kita manusia yang semakin lemah dan beralasan. Kita tetap hidup di dunia yang sama. Yang kejam dan tak adil. Cuma yang membezakan adalah cara kita berfikir dan cara kita menerima ujian dan anugerah dari Allah swt.
.
Selepas banyak tahun yang ditempuh, sesungguhnya Allah tidak pernah mensia-siakan dan mengabaikan doa-doa kita. Sama ada dimakbulkan, dibiar lama atau diberikan yang lebih baik lagi. Semuanya indah untuk hambaNya.
.
Di saat kamu patah semangat dan putus harapan, Allah sentiasa ada melihat dan mendengar kamu. Jadi, teruslah bersabar dan mensyukuri nikmatNya.
.
Terkadang hidup yang indah itu, bukanlah hidup yang berjaya, kaya, akan tetapi hidup yang tenang walau tak semuanya dapat.
.
Daripada kita sibuk keluhkan apa yang kita tak dapat, menyebut hal yang menyakiti hati kita. Lebih baik kita buat apa yang kita mampu, dan berseronoklah dengan dunia. Banyak lagi hal-hal baik dan hal-hal indah dalam hidup ini.
.
Teruskan lah berkarya, teruskanlah menyebarkan kebaikan di muka bumi ini. Hidup hanya sementara, hargai dan syukuri seadanya.
.
Salam sayang dari Kekja
dan Selamat Menikmati Ramadhan 1447H

Reminder untuk saya juga, agar selalu bersyukur ☺️. Krn kadang Allah tak langsung menjawab doa, tp Dia selalu tahu kapan waktu terbaik untuk kita kan
ReplyDelete