Hobi baru (Small Drone)

Friday, 14 June 2019

1 comment

Apa sahaja berkaitan dengan hobi, there is no istilah membazir sebab it make us fun! Tapi kalau sampai beribu-ribu untuk hobi sahaja, okay fine itu membazir (for me)

Aku berangan nak beli drone since Form 5, and now I was 20years old. 3 tahun juga penantian, baru dapat beli padahal harga murah je yang kecil ni. Macam mana aku boleh kenal drone? First time aku tengok drone dalam video Zizan Razak, kau taip je dalam youtube Zizan jumpa UFO. Dia memang propa sikit lol. Masa tu, aku rasa style gila benda yang terbang tu. Hahaha

Aku suka benda yang style, simple, smart camtuh lah. Mostly barang-barang boyish lah kan yang macam tu. Kalau girsl, kekadang macam terlalu euwwww hahahah.
/
So, kenapa aku beli drone / pilih drone sebagai hobi?

First, sebab aku dah lama nak try main benda ni. Hari-hari aku stalk instagram yang jual drone since aku kat matrik pun memang hari-hari aku stalk. Sampaikan masa tu aku memang takde duit langsung, tapi keinginan tu tinggi. Lastly, aku unfollow ig tu. Kekadang aku block ig tu, bila aku ade duit tapi perlu digunakan untuk hidup. Sebab takut aku terbeli sedangkan duit nak guna hal yang lebih penting. HAHA. Second, sebab aku tahu bahawasanya aku kena belajar cara nak control drone supaya dia terbang dengan elok. Memang at first, beribu kali drone ni jatuh and i know that bila nanti aku dpt terbangkan dia normal adalah satu kepuasan dan kejayaan bagi aku! So that, drone ni macam mengajar aku untuk stay educate and don't give up until you see the success <3

For everything i choose to do, i will make sure perkara tu bagi manfaat pada aku. Hatta, benda remeh sekalipun yang aku buat. It must be a reason, why i do that. Bukan sebab saja-saja, suka-suka. Tak. Wajib ada lebih dari satu reason kenapa aku buat perkara itu. Hihiks

/

Hobi korang apa? Jangan cakap tidur eh. sebab aku nak join jugak T.T


Oh ya lupa nak letak details pasal drone yang aku beli ni.

Model : S49 (design batman)
- Small drone
- No camera
- Range 70m
- Flight time 7-8min

Mode : Speed conversion & 360 Eversion 

Harga : RM 70 + Rm10(SM) ------ Promosi Raya, Harga Asal RM90
Instagram : quadtech_official

Model ni khas untuk beginner macam aku, harga pun memang paling murah diantara drone yang lain. Ofkos aku buat main dalam rumah je. Hahaha



Read More

Dapur Kekja : Mee Kari

Wednesday, 12 June 2019

No comments

Musim raya ni takde idea nak masak apa untuk tetamu raya? Harini, esok lusa ada orang datang rumah takkan nak hidang menu sama? So here we go, Mee Kari guys. Kompem tak mintak duit raya, mintak tambah je. (kemain over teruk nih. Maaf)


Cara sediakan Mee Kari : 

1. Rebus Mee. (sama ada mi kuning / mi lidi)
2. Rebus Telur seadanya.


sambil itu, 

Bahan kuah kari : 

1. *Lada kering - 13 batang?! (kurang dari segenggam sebab taknak pedas sangat)
2. *Bawang putih - 8 ulas
3. *Bawang merah - 3 biji (saiz medium)
4. *Halia - sebesar dua kali ibu jari. (untuk rujukan sendiri)

5. Santan - RM5 (setengah kg kot? Haha)
6. Daun kari - 5helai
7. Serbuk kari - 2 sudu besar + air (bancuh sebati)
8. Kiub maggi - 2  & garam - 2 sudu teh & ajinamoto - secubit biasa.


9. Ayam cincang (basuh dulu ok bye)
10. Kerang (rebus dulu, pastu kopek isi dia)
11. Bebola ikan - sebungkus.


Cara masak : 


 1. Blander lumat yang bertanda *
2. Kemudian tapis yang diblander,
3. Panaskan minyak dalam kuali , kuantiti minyak lebih banyak dari bahan blander.
4. Masukkan daun kari + bahan yang telah diblander + serbuk kari yang telah dibancuh dgn air (simbol " + " bermaksud, masukkan secara berterusan)

5. Kacau dan biarkan sekejap supaya pecah minyak. Masukkan kiub maggi + garam + ajinamoto
(kuantiti telah disebut dalam Bahan )
6.  Kemudian, masukkan ayam cincang + air semangkuk. (kalau rasa kering, tambah lagi air)
7. Kacau sekejap dan masukkan santan.

# Bila dah masuk santan, teruskan kacau non-stop. Hihi, boleh je rehat dalam 3saat supaya tangan tak lenguh. Pastikan terus kacau sampai didih. Jangan biarkan lama tak kacau, nanti pecah santan. Kacau je sampai mendidih. Memang leceh sikit hihi

8. Bila dah mendidih sikit blup blup, masukkan kerang + bebola ikan. Teruskan kacau tau! sampai mendidih keseluruhan.

9. Bila dah mendidih keseluruhan, kecikkan api dan kacau sikit-sikit je masa tu takpe sebab santan dah okay selamat. (rasa sikit, kalau macam kureng je nihh sila tambah kiub maggi satu) (kalau kureng sikit lagi, tambah garam satu sudu teh)

10. Biar kan didih lama supaya kuah tahan lama!

Siap!

Hoiii jangan lupa yang tengah rebus tu! tengok-tengok kan sekali. Lol





p/s : Nothing to be rush, enjoy your cooking day! xoxo



Read More

Kerdil

Friday, 7 June 2019

1 comment
Kita terlalu kecil dan kerdil untuk menampung segala ujian seorang diri. Jika semuanya kita letakkan semata dibahu sendiri, confirm tersungkur. Jadi bagaimana?

 Serahkan diri kita pada Allah. Allah itu Maha Baik.

Dia bagi kita ujian, bukan untuk tengok bagaimana kita tampung ujian seorang diri. Tidak. Allah berikan ujian untuk melihat sejauh mana kita akan mencari Dia. Sebab itu ujian tanda Allah sayang.

Ujian pertama, kita jatuh kemudian mencari Allah dan rasai kemanisan iman. Sudah jauh perjalanan dengan kasih sayang Allah, lalu tanpa sedari kita terpesong sedikit dek arus kehidupan. Lalu datang ujian kedua, kita jatuh dan mencari Allah tapi kalini kita sedar lebih mendalam. Bukan sahaja kasih sayang Allah, kita juga belajar untuk redha dan berserah hati pada Allah. Kita teruskan kehidupan lalu datang pula ujian lain, kalini Allah nak ajar kita tawakal. Lagi dan lagi sehingga hujung nyawa, ujian tetap ada hanya untuk mendidik hati agar lebih bersedia menemui Ilahi.

Seberat mana pun ujian, kita terlalu kerdil untuk menampung sendiri.Carilah Allah, di situ nanti akan terasa erti sebuah kehidupan. Pertikaikan kata-kata manusia lain. Dah susah baru cari Allah? Ma shaa Allah, bersyukur sangat hati ditiup hidayah untuk mencari Allah. Bukan senang. Hidup semakin 'tough'. Tak semua kita nak, kita dapat. Kadang ia berlaku disebalik  apa yang kita harapkan. It doesn't matter masa bila kita mencari Allah. Yang penting adalah kita berusaha kembali ke jalan Allah. Itu saja.

Jangan jadikan masa sebagai penghukum. Masa tak bersalah. Hiraukan bicara manusia yang tidak membantu dalam hijrah mu. Move on

"Baca buku agama tapi still teruk." , "post islamik tapi hampeh" dan banyak lagi bicara yang menyengat telinga saat mendengarnya. Itu juga ujian buat kita. Ingatlah, kita berubah kerana Allah. Kerana ingin merasa tenangnya cinta Ilahi. Bukan untuk puaskan hati manusia. Ini ujian paling hebat bagi saya, terutamanya bila keluarga sendiri yang melafazkannya. Saya bukan malaikat, malah jauh sekali. Saya penuh dengan kekurangan.Namun, saya tidak membiarkan kekurangan saya menjadi penghalang untuk saya mengalah dan putus asa. Jika saya putus asa, saya sudah tidak ada didunia. Saya juga penat. sangat penat.  Namun saya perlu kuat, hanya kerana Allah.

" Qowiy lillahi taala "

Dalam bersabar, tidak bermakna kita akan sempurna. Tidak. Dalam bersabar, kita juga akan menyakitkan orang lain tapi kita tidak bertanggungjawab atas mereka yang hanya berfikiran negatif. Sampai satu tahap, kau perlu jadi 'selfish' . Because that was the only way that i can do.

Semakin jauh mendalam bicara aku kalini. Cukuplah disini, semoga meresap dijiwa. Sabar, tenang dan santun :)

/

Jujurnya ucapan ini buat diri sendiri yang sekarang, dan yang nanti. Sabar ye, sabar kunci segala kejayaan.

Moga Allah redha, sampai ketemu lagi. Hahah bye! Lol












Read More
Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co