bismillahirrahmanirrahim.
hai guys, so how's life lately?
.
.
em ok. jadi camni ke rasa dia bila kawan rapat anda dah kahwin?
(tiada jawapan tepat, hanya rasa yang bercampur) emm baru faham kenapa dewasa banyak diam, seperti tenang, kelihatan matang - sebenarnya perasaan yang bercampur. taktahu nak express yang mana satu dulu. akhirnya wajah tenang, kelihatan matang itu saja yang paling terserlah. menyimpulkan semua perasaan. betul sangatlah kan, jangan sangka air yang tenang, tiada buaya. jangan sangka wajah tenang, perasaan tidak bergelora. (gitteww guys!)

dari awal kelahiran kita perlu belajar bahawa setiap pertemuan akan adanya perpisahan, jika tak diambil orang, diambil Tuhan.
untuk mematerikan momen-momen ini, so here the album sebagai bridemaid teman rapat saya. I know, in her own cameraman dah terpateri segala kenangan dia bersama pasangan. but here from lenses as her bridemaid. ehemm btw kalau nak feeling lebih, boleh baca sambil dengar lagu ni : a bridemaid moment
This is us.
7 days before her wedding day...
teman beli satu lagi barang dulang hantaran tak cukup. dia mungkin tak boleh terima, saya on saja. sebab dia sibuk tanya. " Apa plan awak harini Faezah?" . okay saya jawab jujur. hehe ada, banyak plan terutamanya cleaning. tapi saya terfikirkan awak dan hari awak yang bakal tiba. so why not, today is for you. (shut up) Jom shopping!
.
"Rumah kotor, boleh cuci. Tetapi masa yang berlalu, tidak dapat diputarkan kembali."
.
disebabkan kami bekerja (seminggu), jadi kami bertemu semula pada malam sebelum nikah.
1 day before her wedding..

iaitu malam berinai. jujur cakap, kami baru setahun dua bekerja dan jauh dari keluarga. Sememangnya terpaling penat urus kerjaya, urus kehidupan sendiri. Saya taktahu macam mana dia manange semua itu, tapi saya jujur saya mengaku kalah. saya surrender sesiap awal-awal. Saya takkan pikul apa yang berat untuk saya, sebab saya dah terlalu berat. LOL apapun, alhamdulilah we did it. Saya wujud disegenap momen itu. hehehek
Final Episode : On her wedding day
pada pagi itu, di dalam kereta. Menunggu bakal suami dia sebelum kami mengiringi dia masuk ke dewan (tempat nikah). eee menyampah ek, dulu panggil nama je sekarang ada gelaran dah. geli jugak tapi takpa, this is the real love story. Alhamdulillah, thank to Allah mengizinkan dan memakbulkan doa mereka untuk disatukan. Semoga hubungan halal ini dibina dengan keberkatan dan kekal hingga ke syurga Allah. Aamiin Ya Rabb.
a few hours after her akad nikah..
ini pula gambar random semasa majlis sanding pada tengahari yang sama
mungkin ini sahaja perkongsian pengalaman sebagai bridemaid teman rapat. bila sudah bekerja, kudrat dan masa sangatlah terhad. jadi, faham-faham lah jika ada saudara, rakan mahupun pasangan yang kadang tidak mampu penuhi apa yang kita inginkan. mereka ada kudrat mereka tersendiri, dan mereka tahu menghargai dengan caranya masing-masing.
Apabila sesuatu yang kau senangi tidak terjadi, maka senangilah apa yang terjadi."
- Sayyidina Ali bin Abi Talib
(total ada 9 bridemaids + 1 pengapit, dan kami semua rakan seperjuangan dia semasa di sekolah menengah dan matrikulasi)
akhir kata, kami titipkan doa indah buat pasangan ini. Semoga sentiasa dalam keberkatan.
بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
Semoga Allah memberkatimu di waktu bahagia dan memberkatimu di waktu susah, dan semoga Allah menyatukan kalian berdua dalam kebaikan
/
Selamat pengantin baru, Rashidah & Izzat!
13.09.2025
Cantiiiik sangat pengantinnya ☺️. Tapi barusan bridesmaid pun tak kalah rupawan 😊.
ReplyDeleteSemoga sehabis menikah, teman kakak dikaruniakan rezeki makin berkah, keturunan yg baik dan kehidupan pernikahan yg langgeng hingga tua nanti