Assalamualaikum, Hi kids.
Mama tak sure if Mama perlu tulis surat ini ataupun tidak tapi ini yang Mama rasa ketika di saat ini.
.
Ia berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu."
Quran : Surah Maryam, ayat 4
.
Semasa Mama menulis surat ini, Mama berusia 25 tahun, 11 bulan. Satu bulan lagi, Mama berusia 26 tahun. Mama masih belum jumpa Ayah kamu. Mama masih tak nampak jalan tentang kita dan sekeluarga. Mama tak sure kalau Mama sedang FOMO (Fear Of Missing Out) atau memang inilah yang Mama rasa ketika diusia ini. Allah rezekikan Mama jadi bridesmaid kawan-kawan rapat Mama. Mama happy untuk diorang. Tapi deep down, Mama sedar yang Mama akan lebih sunyi sebab Mama dan kawan-kawan Mama akan bawa haluan masing-masing dengan rezeki masing-masing. Semuanya bermula bila mereka sudah berkahwin dan Mama di sini.
Kids,
Mama pernah target kahwin umur 19, 23, 25 dan sekarang Mama menuju 26 tahun. Jujurnya, Mama taktahu Mama patut give up ataupun tak. Kalau kamu tertanya, Mama pun taktahu. Tapi kalaulah one day, kamu wujud. Mama nak kamu tahu, kamulah reason Mama berusaha dalam pendidikan dan pencapaian hidup Mama sepanjang Mama muda sampailah ke hari kamu dilahirkan (in shaa Allah soon). Kamulah satu-satunya reason, untuk Mama lakukan yang terbaik dalam hidup Mama. untuk kamu yang Mama tak tahu kamu wujud atau tidak dalam kehidupan Mama.
Mama menulis ni sebab Mama dah lama pendam. Mama prepare banyak perkara untuk bertemu kamu, tapi sebelum tu, Mama banyak belajar tentang menyantuni Ayah kamu (walaupun Mama taktahu siapa).
Kids,
Ayah tak salah sebab lambat jumpa Mama dan Mama yakin Allah atur semuanya pada waktunya. Dalam kehidupan di dunia ini, semuanya sementara. Tapi Mama bersyukur, Mama masih ada reason untuk berjalan sebab Mama tak sabar jumpa kamu.
Jika kamu wujud, dan kamu sudah pandai membaca. Semua yang Mama tulis dalam blog ini, untuk kamu. Mama selalu ada untuk kamu, sayang.
Terima kasih sebab menjadi reason untuk Mama perbaiki diri, hari demi hari. Mama tak sempurna dan dalam ketidaksempurnaan itu, Mama belajar banyak perkara.
Kids, sometimes i'm sorry to you but most of the time. Thank you.
.
.
" ...kerana sesungguhnya, Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar."
Quran (2:153)
#TakdirAllahMengatasiSegalanya
0 comments
Komen anda amat saya hargai!