Quick Study Tips by Kekja (Online Class)

Saturday, 19 December 2020

No comments
Sebab esok malam dah test. dan aku sangat (m) .... 
maka terhasil lah entri ini.



Tips ini digunakan bila tarikh test di hujung tanduk ya anak-anak. Bila kau dah buntu, takde mood, malas dan segala syaiton meresap. Aku akan gunakan tips ini.

Hanya berpandukan lecture note.
*Fokus dalam kelas adalah kunci.

Step 1 : Read lecture note. Buat nota point-point penting sahaja.
Step 2 : Buat  semua latihan pengiraan (sekiranya ada)
- so dari situ kau akan tahu formula apa yang akan digunakan nanti.

Step 3 : Eh bukan tadi malas ke? Know-know study jugekk. Ha begitu.

Goodluck! Malas-malas jugak, jangan lupa beramal. Lepastu reward tengok kdrama. Have fun in your study! santai dan gembira.


Read More

Productive Online Class : Part 1

Saturday, 5 December 2020

No comments

Good morning everyoneeeee!

Jam menunjukkan 7.33pagi, hari Ahad. Macam biasa setiap kali lepas subuh, I always plan untuk tidur. But, as always I'm not getting asleep and Alhamdulillah dapat ilham nak print nota (for the first time during my online class for almost dua semester lol) --  selalunya saya scroll phone and i don/t know what i/m doing tetiber dah kelas. (I need to improve myself lol)

Welcome back to the online class after having mid sem break for a week! Saya rasa saya dah terlambat untuk mem-productive-kan kelas online tapi macam takdelah terlambat sangat as long as I want to improve my routine and mindset. You never late to change anything.

Part 1 sebab saya rasa saya akan share banyak lagi tips untuk diri sendiri menghadapi kelas online. How to have a very productive online class by my own version. So, today!

Harini dah start kelas. Harini ada dua kelas sahaja, total 4 jam. So, I challenge myself to stay focus during class satgi hehe. Bismillah.

Productive Online Class Part 1 : teach me to print out my notes. semoga membantu saya lebih fokus dalam kelas. As usual, I'm just try and error. I will update soon if this tips really good to have a productive online class. hehe!

/

a big thanks to Amandarachlee , her vibes wake me to improve my day and doing this task on my blog. 
\o/


Read More

Kekja Travel : Day Trip To Mersing

Monday, 5 October 2020

2 comments

 


Lokasi : Pulau Sri Buat, Mersing , Johor. Malaysia

Haii guys! Finally i write about this \o/
Untuk pertama kalinya saya pergi trip dan trip saya di-sponsor oleh Nourah Travel. Thankyou kak! Semoga murah rezeki selalu. By the way, trip ni hanya satu hari sahaja. Bermula sekitar 8pagi sehingga 6petang.

Saya teringin nak travel terutamanya yang melibatkan aktiviti lasak. Tapi seumur hidup saya , saya masih belum berpeluang untuk mendapatkannya sehinggalah pada 29 Ogos 2020, saya pergi Day Trip To Mersing bersama mak, kakak sulung dan sepupu di bawah agensi Nourah Travel. Terima kasih sudi teman insan ini menceburi sesuatu yang baru diusia 21 tahun. I'm stillll youngggg!

Maka di sini saya merangka perjalanan kami satu hari. Yey! \o/

28/8/2020, Jumaat
Kami bermalam di rumah sepupu di Rompin, Pahang. 

29/8/2020, Sabtu (DAY TRIP)

Kami bertolak dari Rompin pada pukul 6pagi (sebaik sahaja lepas subuh) dan sempat breakfast juga.
Perjalanan Rompin-Mersing memakan masa 2jam sahaja. Sekiranya korang dari Pahang, better menginap sehari di Daerah Rompin sebelum bertolak ke jeti. Menjimatkan masa perjalanan. Trip ni selalunya akan berkumpul di Jeti Mersing namun pada hari tersebut, Jeti sangat penuh. So, kak ainy (Founder Nourah Travel) mengarahkan kami untuk berkumpul di suatu tempat habitat buaya. HAHAHA. Lokasi berkumpul diberitahu dua hari sebelum hari trip tersebut. Jadi, tak kalut dan kawasan kami naik bot pun tidak dipenuhi orang ramai. Semuanya berjalan lancar.



Lokasi kami naik bot. Terus ke depan dan belok kanan. Kemudian...


Kemudian sampai di kawasan kami naik bot. Belakang tu ada papan tanda AWAS Habitat Buaya!
Persoalan :  ada buaya ke kat situ? Yap! ada. Orang kat sini cakap, ada seekor buaya jantan di kawasan paya ni. Dibela sejak kecil, namanya AWANG. Sekarang besar dua depa. Tapi kami tak jumpa dia pada hari tersebut. So sad T.T


We're so lucky sebab semua friendly! At the end of the day, kitorang semua rapat. Saling mengusik. Proud to be Malaysian.

WAIT! Sewaktu baru sampai sekitar jam 8.30pagi, kami diberi sarapan pagi (Nasi Lemak) . Manakala waktu naik bot, kami diberi alas perut (Apolo + air kotak) sebelum hiking. Sarapan pagi tu kononnya nak makan di puncak nanti. 



Rate makanan : 5/5 (all is good. seriously)


HIKING DI PULAU SRI BUAT, MERSING

Aktiviti pertama kami adalah hiking! Ini merupakan kali pertama seumur hidup saya menaiki bot dan saya juga tak pandai berenang. Saya hanya dibesarkan di darat HAHA. Disebabkan ini kali pertama, saya sangat teruja, terharu! Thanks to someone yang recommend pada saya untuk join trip ni as a blogger. For those nak tengok saya beraksi lagi, boleh recommend kan sekiranya ada sponsor. auch

#PertamaKali NAIK BOT.

Sepanjang perjalanan saya hanya sibuk menghayati pemandangan laut. Saya berada di tengah laut guys! Selalunya hanya duduk tepi pantai, pandangan terbuang jauh ke hujung laut dan tertanya apa perasaan berada di tengah laut? Now, i dah rasa sendiri. It such a miracle to me. Alhamdulillah. A very good feeling, rasa macam terpisah dari segala beban di darat. Now i know why we need go to short vacay. Untuk meneutralkan semula kehidupan. 

Baiklah.

Setibanya di Pulau Sri Buat. Kami hiking! Semua orang hiking! Korang boleh pilih, kalau taknak hiking boleh je duduk kat bawah, makan dan tunggu yang lain siap hiking. Don't worry, tiada paksaan. By the way, mak saya sangat suka hiking! Mak ialah orang pertama sampai di puncak, saya follow belakang. Ada juga pesara tentera dan nurse turut hiking bersama. Budak umur 5 tahun pun ada yang hiking. 


We did it mak!


Waktu hiking, ada tali untuk berpaut. Jalannya agak curam. Mula-mula saya sangat risaukan mak. Tapi mak sangat konfiden mendaki seorang diri jadi saya konfiden untuk lepaskan dia. Then, saya tengok team saya yang lain. Ada seorang makcik ni. Saya risaukan dia. Setiap kali mendaki saya akan pandang belakang untuk pastikan dia baik-baik saja. Takut tergelincir atau berpaut pada sesuatu yang tidak kukuh. Saya juga ada hulurkan tangan, dia menyambut. Dia mula rasa selamat dan tenang mendaki. 

Kemudian selesai bergambar dan menikmati pemandangan dari atas. Kami menuruni bukit ini, jalan untuk turun sangat licin sebab ada batu-batu kecil. Saya banyak kali tergolek tergelincir tapi saya pegang erat tali. Sampaikan saya di usik ketika sedang tergelincir. Salah seorang pendaki mengusik bila tengok saya banyak kali tergelincir. katanya,  " dia memang style dia macam tu" .. saya gelak dan menjawab " itulah, baru ada gaya!" selepas itu saya tergelincir lagi. semua kat situ, gelak! Sebenarnya situasi ini untuk menenangkan para pendaki supaya tidak mudah gelabah. Kita kena tenang-tenang je. Hehe
/
Sampai sahaja di bawah, makcik tadi sedang menjamu kuih bersama suami dan cucunya. Mereka turun awal. Kemudian makcik tersebut mendekati saya dan menghulurkan kuih tersebut. Makcik tu cakap waktu turun tadi dia cari saya sebab waktu mendaki saya selalu pegang tangan dia. Kemudian, saya balas dengan senyuman dan makcik itu berlalu. // Maaf makcik, saya sibuk tergelincir tadi haha. Kalau saya pegang makcik, bersama lah kita meluncur. Haha. 

Sebelum naik bot untuk gerak ke check point seterusnya. Makcik tersebut ajak saya bergambar. 


Dari situ saya tahu, makcik ni merupakan pesara nurse dan suami dia pesara tentera. Mereka dari Kuala Lumpur. Semoga makcik dan sekeluarga sihat selalu dan dalam jagaan Allah. 


CLIFF-JUMPING DI PULAU RAHSIA, MERSING




Sekiranya korang tahu, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ada pergi tempat ni dan diorang pun buat aktiviti ni. Saya tidak ketinggalan mengikuti jejak langkah idola saya ni. Di kawasan ini tiada darat, so kena berenang. Disebabkan pakai PFD, saya okay jer. Haha. Mak saya juga pertama kalinya buat aktiviti macam ni. Alhamdulillah dapat dia merasa terapung di laut. Btw tak semua orang turun. Atas kehendak sendiri. Bot saya, hanya 5 orang sahaja yang turun dan 2 orang buat Cliff-Jumping iaitu saya dan seorang lagi. 


So here my video ber-cliff jumping. My very first time terjun dalam air. Kolam renang pun saya tak pernah buat macam ni. (Yelah mana ada orang pakai PFD kat kolam renang, kemon lahhh)


MELAWAT PULAU-PULAU DI MERSING.

Kemudian kami di bawa melihat pulau-pulau dan diberi penerangan pada setiap pulau yang kami lewati. Pulau apa? Kalau korang nak tahu kena pergi tengok sendiri. Haha. Trip ni memang best capture dengan mata sendiri. Semuanya cantik ciptaan Allah.

Atau korang boleh stalk instagram @nourahtravel untuk melihat view pulau yang cantik!


SNORKELING DI PULAU HUJUNG, PULAU TENGAH , PULAU BESAR.

Checkpoint 1 : PULAU HUJUNG.

Tengahari.
sampai sahaja di Pulau Hujung. Kami diberi makan tengahari. Again, sedap! Kalau makanan sedap, hari pun jadi ceria. Nasi putih + ayam masak merah + sayur kangkung. Fav saya! Purrrfect lah. eyy



Selesai lunch, kami snorkeling. Bila saya dapat sesuatu yang baru, saya akan terokainya sendiri. Jadi, saya buat-buat tahu lah based on apa yang saya selalu tengok di media sosial. Kalau orang snorkeling, diorang akan snap hidupan laut yang cantik-cantik. Okay itulah yang saya buat. But after this, i want to touch the fish. I want to have a selfie with the fish. I wish. Haha. 

#PertamaKali SNORKELING.

Di Pulau Hujung, kami snorkeling di kawasan cetek. Sangat sesuai untuk yang pertama kali snorkeling. Kat sini tak berapa banyak ikan yang kami jumpa sebab kawasan cetek. Boleh je pergi ke tengah sikit tapi kiterrrr takut wakkk. HAHA jangan yakin sangat, ini first time ni. Buat-buat pandai je.

Check point 2 : PULAU TENGAH

Seterusnya snorkeling di Pulau Tengah. Kat Pulau tengah, bot berhenti kat tengah laut. Turun bot terus, snorkeling. Tapi kawasan ni agak berkeladak hijau jadi tak nampak langsung hidupan. Haha. Ombak beralun agak kuat disini.


Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing bersama Kak Ainy (Founder NOURAHTRAVEL)

Check point 3 : PULAU BESAR


Check point last untuk snorkeling! Kat sini sumpah lawa! Saya kagum. Namun masa tu dah petang, semorang dah penat. Hanya 3 orang je yang snorkeling. Ombak pun sangat kuat sampaikan kami berpegang pada tali dan tangga bot. Tetap gagah nak tengok gak hidupan laut! I see it clearly with my own eyes! The coral, fishes , landak laut pun eeee tajam teruk. Nampak je terus simpan kaki. Tak bagi chance melunjur. Kat sini bagi makan roti, banyak sangat ikan! Saya ada share video di instagram saya @fzhmdnr



Boleh klik gambar ini untuk tonton video di instagram saya.
.
.
.
Kemudian kami pulang. Sepanjang perjalanan pulang, sempat juga melihat Pulau yang ada di sekitar. Sebagai contoh Pulau Rawa yang tersenarai sebagai Pulau paling cantik di Malaysia.

Sekitar 5.45pm, kami sampai di tempat kami naik bot. Bersurai. So this one, gonna be..

" A day to remember "


Mersing Day Trip by @nourahtravel

#NOURAHtravel #NOURAHtravelXKepulauanMersing #MersingSecretIsland # KepulauanMersing
Read More

Kekja Review : Guava Leaves Soap (Masalah Bau Badan)

Friday, 2 October 2020

1 comment

 



Saya ada post pasal Guava Leaves Soap di igstory saya kelmarin. Saya dah pun mencubanya! Saya selalu guna sabun badan biasa LIFEBOUY, ANTABAX. Sejenis banyak buih. Then, now saya mencari sabun yang wangi lama dan berbakti untuk penambahbaikan kulit badan saya bukan sekadar buih. Jadi saya nak marah sikit lah, kenapa wangi sangat sabun ni? Semerbak satu bilik air. Melekat juga pada badan lepas mandi. Bagus kan? Sangat sesuai untuk yang ada masalah bau badan. Paling penting pada saya adalah menghilangkan jerawat badan. This one so good. 


Antara kelebihan sabun ini : 

1. Membersihkan kulit dan memperbaiki struktur kulit.
2. Mencerahkan dan menghaluskan kulit badan.
3. Merawat kulit bermasalah (jeragat, jerawat, melembabkan dan melembutkan kulit badan)
4. Mengurangkan BAU BADAN
5. Merawat panau dan kurap
6. Mengurangkan gatal di celah peha dan ruam.


Seeloknya potong dia kecik-kecik boleh dapat 30pcs! Saya beli dengan harga RM12.90 sahaja.
You should try this one.

Read More

Dapur Kekja : Sajian Ikan Bakar

Monday, 7 September 2020

1 comment

                                                                    


Next, ikan bakar. Sajian ikan bakar sebab takkan lauk ikan bakar semata. Maka hadirnya ikan bakar adalah bersama Bayam Merah. (resepi bayam boleh tekan di situ) dan juga sambal kicap tersendiri.


Ikan Bakar

Bahan-bahan :

Ikan cencaru - 6 ekor
*Bawang putih - 4 ulas
*Halia - dua ibu jari (sebab ibu jari saya kecik HAHA)

Cara-cara masak : 

1. Basuh ikan, buang isi dalam dia.
2. Blander yang bertanda *
3. Lumurkan pada ikan tersebut. lumur kat dalam ikan itu juga. 
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas bawah, 190 darjah celcius , 60 minit. Tak perlu terbalikkan ikan. terus siap.


Sambal kicap

1. # Bawang putih - 4 ulas 
2. # Kicap manis sebanyak sambal kicap yang diingini. (you get me?)
3. # Cili padi - 10 batang (mengikut kepedasan yang dingini)
4. Bawang merah di potong dadu.
5. Air asam jawa - 1 sudu asam jawa + sedikit air panas

Caranya : 

1. Blander yang bertanda # (blander kasar)
2. Masukkan dalam bekas dan tabur bawang merah yang dipotong dadu itu.
3. Masukkan air asam jawa dalam sambal kicap tu. Siap!


Simple kan? Yep. 
Makan dengan nasi putih. Sedap! Kegemaran sekeluarga. Hihi. Selamat mencuba!
Read More

Dapur Kekja : Daging Paprik

Monday, 31 August 2020

2 comments

 


Lately tak sempat nak berceloteh panjang. Jadi kita terus catat resepi! Masak daging/ayam paprik boleh guna resepi ini okayyy. 

Bahan-bahan :

1. Daging potong nipis
2. Segenggam lada kering*
3. Bawang besar - 2 * ( for me, bawang merah atau bawang besar sama je)(tapi sebenarnya bawang merah yang kecik-kecik tu, bawang besar yang saiz besar. semua resepi Dapur Kekja menggunakan bawang besar okay. kalau guna bawang merah which is saiz kecil tu, sekali suap dah habis lauk. hmmm)
4. Bawang putih - 4 ulas*
5. Halia - sebesar ibu jari. * (kalau rasa ibu jari kau kecik, maka dua ibu jari)
6. Serai - 6 batang diketuk
7. Daun limau purut - 10 keping (tapi lagi banyak lagi bagus, make sure naik bau limau purut tu)
8. Potong kobis bunga, kacang panjang/buncis , carrot ( potong pendek-pendek)
9. Cili sos, sos tiram, kicap manis, secukup rasa, garam, ajinamoto


Cara masak :

1. Blander yang bertanda *
2. Panaskan minyak dan tumis yang diblander.
3. Masukkan serai + daun limau purut
4. Biarkan mendidih lama. 
5. Masukkan semua bahan no.9 tuh.
6. Biarkan mendidih lama. (sekiranya dia nak kering, tambah air)
7. Masukkan daging dan air.
8. Biarkan mendidih lama sehingga daging masak.
9. Masukkan semua bahan no.8
10. Tutup api sebaik sahaja kacang dah lembut sikit (means tak keras mentah)

Tambahan : goreng telur dadar!

Okay itu saja! Jangan lupa masak nasi okay. Hahahaha

Read More

Dapur Kekja : Nasi Ayam

Sunday, 30 August 2020

1 comment

Bahan dan cara masak nasi ayam!

Sila masak ikut step ni, buat sambal dulu dan begitulah seterusnya.


untuk Sambal 

1. Lada besar merah - 5 batang*

2. Cili api merah - 4 batang*

** (lada besar kena lebih dari cili api)(make sure merah untuk hasilkan sambal warna merah)

_

1. Blander yang bertanda * dengan air yang banyak.

2. Panaskan periuk dan masukkan bahan yang sudah diblander

3. Tambahkan cuka dua sudu besar, gula dua sudu besar, garam dua sudu teh , sedikit ajinamoto

4. Kacau selalu sebab dia membuak. Agak-agak dia nak kering, tambah air panas satu gelas.

5. Masak lama supaya dia tak mentah. 


untuk Ayam (rebus)

1. Ayam 10ketul lah kot (yang pasti sikit je)

2. bawang putih, bawang merah, halia (blander)

3. bawang putih, bawang merah, halia (dihiris)

4. sup bunjut (sup tulang adabi) - satu packet

5. Air sebesar blander


i) Sos tiram + Kicap lemak

_

Masukkan semua bahan 1-5 dan rebus sehingga dia mula mendidih untuk kali pertama. Then tutup api. (tambahkan garam dua sudu,sedikit ajinamoto & secukup rasa dua sudu/ kiub ayam maggi satu)

Keluarkan ayam tersebut dan gaulkan dengan sos tiram + kicap lemak.

(sos tiram lebih banyak dari kicap lemak), kemudian perap dia (30 minit atau lagi lama lagi bagus) atau sampai siap masak sup ayam. Kiranya dah siap masak yang lain-lain tu, last sekali baru goreng ayam. Once dia dah garing sikit, terus angkat.

Kuah rebus ayam tu, jangan buang. Guna untuk buat nasi ayam.




untuk Nasi Ayam

1. Beras 3 atau 4 pot.

2. Sup rebus ayam tadi (ambil sup bunjut + halia dalam sup tu)

3.  Garam + ajinamoto

4. Daun pandan - 2 helai

_

Masukkan semua bahan 1-4 tersebut dalam periuk nasi biasa dan masak nasi seperti biasa. Jangan guna air. Guna sup ayam itu sahaja!


untuk Sup ayam

1. Ayam bahagian tulang

2. (Bawang putih, bawang merah, halia) *

3. Secukup rasa/ kiub ayam maggi

4. Garam + ajinamoto

_

Hiris bahan yang bertanda *

Panaskan sedikit minyak dan tumis hirisan bawang putih dahulu. Bila dah coklat, masukkan hirisan bawang merah dan halia. Kemudian masukkan ayam, air semangkuk dua, secukup rasa, garam + ajinamoto.

Rebus seperti biasa dan campurkan lebihan sup rebus ayam tadi bersama.


Salad & Timun

Basuh, potong dan sediakan dalam bekas. 


# untuk kuantiti garam, secukup rasa itu semua agak-agak je. rasa! kalau kurang rasa, tambah apa patut. Begituh

Read More

Keperluan menghadapi Period Pain

Wednesday, 19 August 2020

5 comments

 Hai guys! One more tips nak share apa yang aku sediakan untuk diri aku apabila menghadapi Period Pain/Cramp. This one sangat berguna sebab aku juga tak menentu kena period pain. Selalunya period pain setiap bulan tapi kadang dua tiga bulan tak kena period pain (means period biasa without any pain, oh leganyaaa) pun kadang aku lupa camne nak handle. Yang ada cuma perasaan gelabah menahan sakit pastu macam takleh handle. First of all jaga emosi. Tell yourself, ye tahu sakit tapi sabar jap. Bertenang jap, rileks jap.

Period pain tu sakit yang macam mana? Jauh sekali macam sakit perut. Nope, tak sama. Period pain more to cramp atau contraction. Bila contraction ni, dia kejap datang kejap pergi. Kadang dia tarik kuat, kadang biasa, kadang rasa nak pergi dah ke ni HAHA over je kan. Tak tahu nak describe tapi memang obviously dapat bezakan sakit perut dengan cramp sebab sakit dia memang lain macam. Kau akan 100% focus on that pain. Memang semua kerja kena stop. Sangat penting untuk orang sekeliling faham ya! Supaya yang sedang merasai sakit itu rasa difahami dan tenang menghadapi.


1.  Mini Hot Water Warm Bag & Tungku besi


p/s : Mini Hot Bag aku beli kat shopee. Okay ini link dia. Belikan lah untuk si dia ehek 
(kalau sold out jangan marah saya please)


Kalau dah biasa kena period pain, once dah tahu day 1. Terus siap-siapkan dua ni. Sangat penting supaya tidak ada drama mengesot ke bilik air (saya lah tu). Terlentang dugong depan bilik air pun pernah, tunggu sampai pertolongan sampai (bila ade orang melepasi toilet itu, selalunya mak) pastu mak panaskan tungku. Kita pun bertungku sambil terlantar depan pintu toilet, bila dah okay sikit baru boleh bangun dan uruskan diri sikit. Taktahulah saya yang lembik atau period pain ni sakit yang teramat.

Period pain ada banyak level. Level biasa, means sakit yang masih boleh buat kerja. Level sederhana, tak boleh buat kerja tapi masih boleh bergerak. Level teruk, terlantar dugong menunggu pertolongan. Tapi ada juga yang pengsan. Ya betul. (kadang bersyukur tengok member pengsan sebab period pain, at least dia takyah rasa period pain tu sebab dia pengsan hm) tapi taktahulah mungkin ada isu lain pula. Tapi saya bukan sejenis pengsan.

Tungku besi ni peninggalan turun temurun. Setiap kali ada family yang bersalin, waktu berpantang kami bertungku. So this one saya gunakan bila period pain level teruk. Pastu minum air suam! Avoid segala benda yang sejuk. Slowkan kipas atau tutup kipas lagi bagus, biar semua benda panas. (but still depend on that person, this my story hehe) 

Lepastu fikir yang baik-baik. Make sure makan! bubur paling sesuai sebab hirup jelah. Kena makan takut nanti bila perut kosong, masuk angin pastu bila contraction tu dah tersebar keseluruh organ (kemainn) mesti rasa nak muntah (pun pernah). Pernah haritu belum makan pagi, pastu period pain "asssalamualaikum saya datang ni". Haaa musnah segalanya. Pastu muntah hijau yang pahit tu errrr. Di saat itulah saya terjelopok depan toilet. Hm *tersimpuh malu

Manakala Mini Hot Bag tu aku gunakan bila period pain level sederhana dan biasa. Isi air panas dalam mini bag tu pastu letak je kat bawah perut. Lepastu scroll phone tengok lah apa yang positive dan happy. Kdrama pun boleh. Tapi kalau semua benda tak kena, buka bacaan Al-Quran pastu tutup mata dan cuba tidur.


2. Craving (Coklat!)



Ini bukan mengada-ngada ke apa eh. Ini pun penting! Craving time period kalau tak dapat memang rasa tak senang duduk. Sanggup okay aku drive masa tu period pain dah better sikit, beli coklat. Pastu terus macam ehh happy pastu ehhh lupa lah tengah period pain. Faham tak?

Depend on that person. Kalau saya, saya nak coklat mmmm nak coklat! Yang lain tu awak tanyalah dia craving apa. (untunglah ada orang tanya)(eh takdelah okay je)

Okay next! banyakkan minum air mineral yang suam. Suam ke arah panas bukan suam ke arah sejuk. You know what i mean heh.

Okay itu saja. Take care! Jaga diri dan tolong jagakan serta sayangi wanita yang anda miliki dalam hidup mu (Ibu, adik, kakak, kawan-kawan.)  
Semoga bermanfaat.

Read More

Kekja Baking : Brownies

Sunday, 9 August 2020

2 comments

     


Brownies selembut kek

Surely nak buat catatan masa depan kat sini. This is my first time baking! First time guna oven. Alhamdulillah i did it! Tapi cuma rasa dia sedikit masin. Japlagi saya terangkan. 


Bahan-bahan :

Bahan A
250g buttercup/mentega (dicairkan)
2 sudu besar (tablespoon) minyak masak
1 cup gula kostar (cup = gelas kopi yang rendah tu)
1 cup gula perang
4 biji telur
1 sudu besar esen vanila
** secubit garam (saya guna 2 sudu teh garam tau, sebab tu masin. buttercup dah masin, better secubit garam atau takyah letak garam) - so this one, optional.

Bahan B
1 cup tepung berserbuk penaik (saya guna jenama Bluekey)
1 cup serbuk koko
** optional : patahkan coklat bar dan campurkan dalam adunan. Saya guna cadburry! gunalah coklat yang korang suka makan.


                                     

Cara bake :

1. Masukkan semua Bahan A dalam mangkuk besar dan adunkan mereka menggunakan mixer by hand atau guna mesin mixer pun boleh.
2. Tapis Bahan B (supaya adunan tidak berketul) ke dalam Bahan A yang telah adunkan. Kemudian, adunkan mereka bersama-sama.
3. Masukkan coklat bar yang dipatahkan, kemudian adunkan bersama.
4. Tuang adunan ke atas loyang sederhana kecil/ mana-mana saiz loyang yang sesuai dengan jumlah adunan. Better loyang tinggi sebab nanti brownies naik waktu bakar dalam oven. (hentak-hentak sikit loyang supaya adunan brownies memenuhi ruang loyang)
5. Masukkan dalam oven, 175 darjah celcius | 25-30minutes | Api atas bawah
6. Siap! 

p/s : tunggu brownies sejuk baru potong okies! Boleh deco atas brownies tu ikut suka awak. Hehe


Read More

"#Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari"

Friday, 7 August 2020

7 comments


Assalamualaikum! Dah lama tak join giveaway. Excited sangat sebab kalini hadiah yang dah lama Kekja impikan! Ada dalam wishlist tapi belum sempat nak dapatkan. So why not join this one. hihiks

Jom join ramai-ramai.
Good luck dan semoga murah rezeki semua!

Read More

Kekja Read : REMEDI

Sunday, 2 August 2020

5 comments

Hai! Assalamualaikum. perkenalkan segmen baru dalam blog ini diberi tajuk Kekja Read. Sebelum ni ada juga review buku yang di baca, tapi mungkin susah untuk korang cari. So lepasni boleh google Kekja Read in shaa Allah korang dapat catch up buku-buku yang pernah dibaca.

So guys, back to my routine. Reading, writing and sharing as a blogger always do. Harini nak review buku REMEDI. STRICTLY TIDAK DISPONSOR. Beli sendiri, baca sendiri dengan pilihan sendiri. Begitu

Kenapa pilih REMEDI?

Pembacaan saya mengikut apa yang saya perlukan ketika itu. Memandangkan saya perlukan inspirasi untuk bangkit kembali, maka saya lebih prefer puisi. Sebab puisi melontarkan kata yang ringkas tapi padat. Malah setiap perkataan membawa maksud tersirat dan kadang hanya dengan satu patah perkataan dah cukup buat kita faham apa yang cuba disampaikan.

Di saat sedih, mata hati tak mampu lagi nak proses kata-kata yang panjang. Hati perlu ditenangkan. Ruang menerim juga sudah terhimpit. Pada saya, puisi adalah yang terbaik. Jadi, kebetulan Dayana Amerda baru je keluarkan buku penulisannya. Tertarik untuk membelinya sebab ada baca post isi dalam buku REMEDI. seperti saya sangat memerlukannya.

Sifat puisi ni, hanya difahami bila kita sedih, broken. Tapi bila jiwa kita tenang dan gembira, sukar untuk kita faham maksud sebenar sesebuah puisi. 

Jadi, meh saya tunjuk isi dalam buku ni.




Buku ni tidak nipis dan tidak tebal. Sangat sesuai pada keadaan yang memiliki 181 halaman muka surat. Saya beli secara online di karangkraff ( boleh cari kat instagram ).

Harga buku REMEDI : RM 25.00 (SM) & RM 28.00 (SS)

 
Kalau awak tanya saya apa maksud REMEDI? sumpah saya taktahu. HAHA
tapi apa yang saya dapat hasil dari pembacaan adalah secebis inspirasi. Seolah setiap halaman sedang menceritakan apa yang saya alami. Jika dengan membaca halaman yang saya kongsikan tersebut buat awak rasa tertarik. Yep, you should have it. You should read dari kulit ke kulit.

Thankyou Dayana Amerda untuk karya ini. Moga terus memberi inspirasi sebab ramai lagi yang dahagakan semangat hati. 

Read More

Dapur Kekja : Ayam Masak Merah

Tuesday, 28 July 2020

3 comments

tak perasan pulak lauk fav i ni tak update dalam blog! memang kan, yang paling bermakna dalam hidup jarang kita nak kongsi. Hihi. Lama tak update segmen Dapur Kekja. Kekok nak tulis resepi ehekk..

Bahan-bahan :

1. Ayam
2. Lada kering - segenggam*
3. Bawang besar - 2 biji*
4. Bawang putih - 6 ulas*
5. Serai - tiga batang (amek yang depan dia je sampai separuh badan dia lol)*
6. Halia - dua ibu jari*

# Gula - 2 sudu besar
# Kiub ayam maggi - 1
# Sos Cili Jalen - agak agak je ( 2 sudu besar? )
# Kicap Manis - agak agak jugak supaya sambal jadi gelap sikit.
# Garam - 1 sudu teh
# Ajinamoto - secubit kecil


Cara masak :

1. Blander cili kering dan serai dulu. (supaya betul-betul hancur bersama biji cili tuh )
2. Kemudian blander yang bertanda * selebihnya. (tak perlu tapis yang diblander, so agak agak lah letak air tu)
3. Goreng ayam (ayam di lumur kunyit dan garam)  ( goreng tidak terlalu garing)
4. Panaskan minyak banyak (kalau nak masak sambal memang minyak kena banyak lebih kurang banyak sambal yang kau blander tu)
5. Tumis yang diblander
6. Masukkan segala # tuh.
7. Biar sambal sampai pecah minyak (minyak naik atas sambal sambil letup-letup)
8. Biar lama sikit kalau masak sambal supaya cili dia masak dan tak terlalu pedas.
9. Dah siap sambal, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi.
10. Eh siap dah lah. Selamat menjamu!


Read More

How to stay strong?

Tuesday, 21 July 2020

No comments
Jadi penulisan kalini seperti biasa, pertama sekali dituju tepat buat diri sendiri. Tercetus idea untuk menulis adalah untuk membantu siapa sahaja, khususnya diri ini yang memerlukan inspirasi untuk kekal kuat dan berpendirian.

Ujian paling berat dan halus adalah bicara manusia. Sebab itu lidah walau lembut dan fleksibel namun ianya tajam. Menusuk dan mampu merosakkan sesuatu keadaan.

Bersabarlah.
Jika lebih 10 orang pesan pada kita tentang sabar, maka tekankan pada diri erti sabar. Mohon pada Allah jelaskan erti sabar agar kita dapat meneruskan sabar tanpa batas.

Pertama sekali, berhenti fikir pasal orang lain. Biar nampak sombong, ego, pentingkan diri. Yep! You must. untuk permulaan, memang penting untuk ada sikap macam tu sampai satu tahap kita mampu handle dan boleh hadapi manusia tanpa kisah bicaranya. Sampai satu tahap barulah kita bergaul sebab kita dah ada kekuatan tu. Ingatlah, time kita jatuh takde sorang pun tolong. Nak apa lagi? Masih nak korbankan hidup untuk orang lain? Sudah lah. cukup.

Bina diri sendiri dulu sampai jadi, kemudian baru setelkan orang lain. Setiap orang, lain kemampuannya. Biarkan mereka dengan cara mereka. Kita dengan cara kita. Sampaikan satu tahap saya juga block, dan delete kenalan. Hanya kerana ianya terlalu toxic untuk saya simpan. Namun di alam realiti, kami masih berkawan dan bertegur sapa.

Jangan takut kehilangan sesuatu benda di dunia kerana apa sahaja yang ada didunia hanyalah sementara. Jika kita kehilangan sesuatu kerana Allah, maka Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Yakin tak? Percaya tak? Kurangnya rasa yakin yang buatkan kita ragu-ragu dan serabut kepala.

Istighfar.
Hidup kita di kawal oleh akal, nafsu, dan hasutan syaitan. Banyak benda kan? sebab tu kalau rasa susahnya nak berubah, itu perkara biasa. Kita manusia biasa. Kita dah berjaya atasi fikiran, nafsu pula menggoda. Kita dah atasi nafsu, godaan jahat lain pulak. Banyak benda. Jadi, struggle kita harini sangat berbaloi untuk masa depan. Jangan kisah bicara orang. Dan jangan kisah hidup orang. Dia nak ade boyfriend 10 orang, post sweet-sweet pasal relay tak halal dia. Biarkan. bukan kita tak pernah nasihat. Biarkan dia nak buat apa sebagaimana dia biarkan kita dengan cara kita. Kita terlalu fikir pasal orang lain sampai kita buat serabut kepala sendiri. Lepastu apa kesudahannya? Tiada.

Memang apa yang rakan-rakan sebaya kita buat tu, best. Kita berjiwa muda memang rasa best melepak, ada orang 'caring' , menghabiskan duit untuk keseronokkan. Tapi sedar tak bahawa jiwa kita tak tenteram pun buat semua tu? Jiwa kita meronta mencari jalan menuju Tuhan. Sampai bila nak biarkan jiwa kita hipokrit? Awak orang yang baik. Awak kuat dan mampu hadapi semua ni. Walau hanya seorang diri, tetap ingat bahawa kita ada Allah.

Berubah.
 Setiap hari kena ubah jadi lebih baik. Harini takkan sama macam semalam dan esok. Setiap hari cerita yang berbeza. Maka ciptalah kisah yang lebih baik. Moga-moga Allah redha. Ada banyak lagi perkara untuk difikirkan. Untuk diperbaiki. Solat, amalan sunnah, sedekah, hubungan dengan ibu-bapa. Subhanallah. ucapkan yang baik selalu, fikirkan yang baik selalu.

Biarpun lelah, perjuangkan.
Penat lelah berjuang di jalan Allah in shaa Allah akan hitung dalam timbangan. Penat lelah bertahan dengan relationship tak halal, apa yang dapat? Pahala? Sikit pun tak berbaloi. Dari awal sampai habis, buang masa.

Yang sedang bercakap ni bukan seorang yang suci, tapi dah mula sedar dan nampak hakikat sebenar. Syaitan berjaya kaburkan mata saya sekejap, menikmati bahagia yang sementara. Pada awalnya saya tak boleh terima, di pertengahan jalan saya sedar banyak perkara. Kisah saya, tidak lagi melibatkan sesiapa. Hanya saya dan perjalanan ini. For those yang sentap, saya tidak bertanggungjawab. Saya cakap berdasarkan apa yang diri saya alami.

Kesimpulan untuk menjadi kuat, dekatkan diri dengan circle yang mempunyai fikrah yang sama. Fikrah - cara berfikir. Moga Allah redha setiap perjuangan insan yang sedang ingin menuju Tuhan. Moga Allah membuka jalan taufik dan hidayah agar kita sama-sama bangkitkan diri sendiri serta insan-insan yang lain yang turut merasai hakikat ini.

"Mujahadah itu Pahit kerana Syurga itu Manis."- teruskan berjuang wahai muslimah. Moga Allah kirimkan malaikat untuk menjaga setiap langkahmu.



Read More

LIRIK LAGU WANITA (INTEAM) - 2020

Sunday, 19 July 2020

No comments

Tekan gambar di atas untuk tonton MV WANITA- INTEAM. 



WANITA - INTEAM

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan saja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah  ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

* Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk di lindung
Dekat jua dihati untuk dikasihi
Engkau lah wanita hiasan duniawi

**Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk


**

Didiklah wanita dengan keimanan bukannya harta
Ataupun pujian 
Kelak tidak derita 
Berharap pada yang binasa

Sedarilah insan istimewa
Bahwa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Read More

Final Exam Online! (Degree)

Monday, 8 June 2020

1 comment


Bukan aku sahaja yang alaminya, juga buat rakan seperjuangan aku terutamanya coursemate aku. Ini merupakan kali pertama kami menjalani peperiksaan akhir secara online yang bakal menentukan pointer kami pada semester 2 ni. Mimpi buruk buat kami semua. Eh mimpi? tidak lagi. Realiti yang agak merunsingkan kami. Setiap orang ada situasi tersendiri di rumah. Aku menulis bukan untuk mengeluh, tetapi untuk melepaskan sedikit kelelahan selepas menjawab exam tadi. 

Peperiksaan akhir secara online dilaksanakan mengikut cara lecturer masing-masing. atau mungkin mengikut fakulti masing-masing. Buat kami, course sains kimia adalah exam secara online selama dua jam atau mengikut masa yang ditetapkan. Sama sahaja seperti exam dalam dewan cuma bezanya, kami duduk rumah masing-masing. Kertas soalan diberi dalam e-elearn atau whatsapp. Kemudian jawab secara bertulis dan hantar pada masanya. Hmph! Aku taktahu macam mana nak cakap betapa nasdkjahsdahjdhskjahfdksjhdlksjdksaudi semua ini. Hahahaha but ya! WE DID WELL GENG!! cheer up everyone! dah submit dah jawapan final tadi. Fuyohhhhh we did it! Haa yelah, ada lagi 5 paper menanti. Menggunakan kaedah yang sama, malah lebih kurang je.

Nak cakap satu-satu apa yang jadi, nanti orang perlekehkan. Orang akan cakap rilek lah sabar lah. I think keep it all my story for my own, is a great decision. Sama macam permata, biarlah dia duduk dalam kaca.

So this become the introduction, and the whole story is inside me :)

Here it is, UNTOLD STORY.
9/6/20
KIM3301 INORGANIC CHEMISRTY
9AM-11AM


we did well, Alhamdulillah.


Read More

Gigi bongsu tumbuh

Monday, 25 May 2020

No comments
Seminggu sebelum berakhirnya Ramadhan, gigi ku sakitttttt wuuuuuuu. Selalunya memang aku berkongsi sesuatu kat blog adalah pengalaman pertama dan tak terulang dah. Yang mana nanti kalau ada kawan-kawan alami sakitnya tumbuh gigi bongsu. I feeel youuuuuuu T.T




Apakah simptom gigi bongsu tumbuh?

Firstly, dia takkan bagi tanda-tanda nak tumbuh. Gigi bongsu aku tumbuh bahagian bawah dan hujung sekali. Bila korang tengok cermin dan torchlight, korang akan nampak gigi geraham nak tumbuh malu-malu kat hujung sekali. Pastu korang rasa tak selesa nak makan. Nak bukak mulut pun tak boleh, semuanya hambar dan tak berdaya.

Apa yang patut korang buat adalah kumur air cengkih.
1- Amek satu sudu cengkih
2- Masukkan dalam air panas
3-  Tutup dan biarkan sampai air jadi suam.
4- Tapis cengkih dan kumur air tersebut sampai habis.


Kumur kat tempat yang nak tumbuh tu. Lepastu, dia akan menyemarakkan lagi rasa sakit tu. Takde arah lah ko, hadap jelah sakit tu sampai berdenyut kepala kau.

Mak aku tak bagi makan ubat tahan sakit. Memang aku dibesarkan tanpa makan ubat hospital even aku demam pun just tuam dengan ais/asam jawa. Begitu lah.

Kepada yang hidup moden-moden, kau telan jela ubat tahan sakit tu ya. Tapi bagi yang lebih percaya pada tradisional, ikut jelah yang aku cakap tu. Lepastu, sapu lembut dengan minyak panas/minyak angin kat pipi setiap kali sakit. Supaya pengaliran darah tu lancar di bahagian yang bengkak tu.

Bengkak dia memang buat aku nampak tembam sebelah (macam dalam gambar kat atas tu). Sakit dia memang takleh bawak bincang. But now alhamdulillah getting better tanpa ubat tahan sakit atau apa-apa ubat hospital. Just follow my step if you trust me. Dia elok after seminggu lebih jugak lah. Apapun rilek rilek je, tahu sakit tapi rilek jelah hehehehe...

NOTE :  tapi kemampuan kita berbeza, dari segi antibodi and so on. Jadi, pergi jelah hospital kalau dah biasa sakit g hospital. heeeeee




Read More

Ramadhan 2020

1 comment
Mungkin aku agak kelewatan untuk berkongsi cerita tentang ramadhan 2020 yang pastinya lebih bermakna buat kita semua.

Ramadhan tahun ini bermula pada 24 April, yang di mana aku menyambut ramadhan di Kolej Kediaman Universiti aku. Bertemankan seorang rakan yang juga terkandas di situ. Bercerita tentang 2020 boleh dikatakan sepanjang tahun kita perlu hidup dengan keadaan yang baru. Yang takde siapa pernah tahu akan hadirnya Corona virus yang membawa penyakit berjangkit dikenali sebagai Covid-19. Nak pandang remeh atau berat tentang isu ini? tetapi hakikatnya virus ini sudah mampu membunuh jutaan manusia di muka bumi ini. Maka ianya menjadi isu yang sangat penting untuk kita berjaga-jaga sesama kita.




Alhamdulillah pada hari ke 7 Ramadhan, aku dihantar pulang ke rumah menaiki bas yang disediakan pihak Universiti. Jutaan terima kasih diucapkan buat semua yang terlibat. Dapat juga merasa Ramadhan dan Hari Raya bersama keluarga. Walaupun tidak cukup kuota ahli keluarga yang dimana abang-abang aku beraya di tempat mereka. Ada yang terpisah, ada yang disatukan. Cukup sekadar hidup bersederhana, bersyukur yang kita ada. Hargai selagi masih ada.

Ramadhan kalini juga banyak membuka mata kita semua, aku yakin kalini kita ada banyak masa untuk muhasabah diri. Memperbaiki hati yang dulunya hanya sibuk dengan urusan dunia. Secara insan aku merasakan bahawa semua yang berlaku sekarang ini, serba sedikit memberi ruang untuk aku baiki diri dengan penuh ketenangan, sabar dan tiada apa-apa yang menekan diri. Alhamdulillah hadza min fadhli rabbi ( semuanya kurniaan dari Tuhanku).
/
Ramadhan kalini aku belajar buat kuih! Selama ni, hari-hari biasa banyak belajar masak lauk harian. Tapi aku mengambil kesempatan buat kuih dan ala-ala pencuci mulut cara kampung macam bubur tepung! Memang betul, memasak memang senang bila kita dah tahu cara dia. Tapi selamanya jadi susah bila kita taknak amek tahu. In shaa Allah aku akan kongsikan resepi bubur tepung (faveret) nanti. Untuk rujukan sendiri di masa hadapan.


(semasa menaip entri ini, kita sedang beraya untuk hari ketiga hahahah)
#StayAtHome #StaySafe #StudyFinal #DegreeSem2


Read More

Stay At Hostel #Covid19

Wednesday, 1 April 2020

1 comment

#Day16

Malaysia Lock Down akibat penyebaran wabak Corona Virus yang bermula 18 March dan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Almost 1 month aku kuarintin kat hostel. Tahniah dan syukur kepada insan-insan terpilih dapat pulang ke rumah bersama keluarga sebelum Perintah Kawalan Pergerakan di laksanakan. Jangan risau aku kat hostel baik-baik sahaja dan tiada drama air mata. Takde apapun nak sedih. Ada nikmat yang lebih besar untuk aku lihat dan syukuri iaitu semua ahli keluarga dan kawan-kawan dalam keadaan yang baik dan sihat selalu.

Teringat akan kata-kata Syeikh Salim bin Eid Al-Hilali, 

"Orang mukmin yang sempurna keimanan dan tulus keyakinannya, sentiasa bersyukur kepada Allah pada saat merasai kesenangan dan bersabar atas kesusahan yang menimpanya. Dia sentiasa berada pada posisi keredhaan. Oleh itu, penderitaan yang dialaminya berubah menjadi nikmat dan ujian menjadi anugerah kerana padanya mengandungi banyak pahala dan kesudahan yang baik. "

Ma shaa Allah itulah perasaan yang sangat indah. " Penderitaan yang dialaminya berubah menjadi nikmat dan ujian menjadi anugerah ... " . Sepertimana budak-budak tahfiz yang diuji positive covid-19 namun sepanjang mereka dirawat menjadi waktu untuk mereka tingkatkan ibadah. Begitu juga ahli-ahli jemaah tabligh. Mereka insan terpilih. Hidup yang terindah bukanlah sebab kita kaya tapi kita berasa cukup, bukan juga sebab kita paling cantik tapi sebab kita paling tenang bila uji. Cantik? Semua orang boleh buat, boleh beli hanya dengan wang ringgit namun cantiknya akhlak hanya terbentuk dengan limpahan ilmu. Orang yang tak cantik pun jika akhlaknya baik, semua orang sayang. 

/

Alhamdulillah kuarintin di hostel adalah pengalaman yang sangat indah. I don't know but i feel so happy. Semua cukup. Makan minum semua sangat-sangat cukup. dan aku satu-satunya orang yang akan lead aktiviti harian aku. aku nak tidur pukul berapa? mandi pukul berapa? nak buat apa? takde orang push, takde pun tindakan yang aku buat untuk puaskan hati manusia. Nope. Me only me. I'm all alone and i'm so happy. 

Pada awalnya memang kekok, kalau boleh nak bermalasan all the time tapi rasa macam takde function jadi manusia kalau asyik malas je. So that aku cuba setiap hari sampai aku selesa mendapat rutin harian. I always train myself to be the best version of me every single day

Kita takkan pernah tahu kita mampu sampailah kita berani mencuba. Tiada istilah gagal dalam hidup, kesilapan yang kita buat adalah untuk kita baiki. 



Seee? ini baru makanan pagi. kemain berlambak. Alhamdulillah hadza min fadhli rabbi.
 Terima kasih kerajaan Malaysia, semoga pemimpin negara Malaysia sentiasa diberkati dan diredhai Allah.



Kepada semua rakyat Malaysia, thankyou for staying at home! We did well and everythings gonna end soon. We gonna get well soon. ( saya merayu maafkan english saya sekiranya anda dapati grammar sangat teruk. saya main sebut ikut sedap bunyi. lol )

#StayAtHome #SelfQuarintine #StaySafe #MalaysiaGetWellSoon





Read More

Coretan gadis kecil

Tuesday, 24 March 2020

No comments
Hai guys! Tiba-tiba blog ni jadi journal kehidupan aku. Sebelum berbuat sesuatu, kita kena tahu tujuan dan matlamat penulisan ini. Ini bukan diari tapi lebih kepada journal dan highlight momen kehidupan sepanjang menjadi pelajar Sarjana Muda. Personal pada aku, pengalaman sepanjang di Sarjana Muda sangat berharga .Setakat aku sedang menulis ni, aku berada di awal Semester 2. Lain orang, lain cara memandang pada sudut kehidupan dan ujian. Apa yang aku boleh ajar diri aku adalah :

1. Hidup di dunia untuk beribadat (solat, belajar, kerja dan segala komitmen yang kita berikan pada orang lain). Rehat di akhirat nanti. Adakalanya penat, tidur. Tapi selagi ada upaya, isi lah ruang waktu dengan sesuatu yang bermakna. Jangan sia-sia usia muda. Biar waktu muda ni, kita banyak pencapaian. Kerana di saat ini sahaja, kita masih berdaya dan punyai waktu untuk melakukan itu.

2. Moga setiap penat lelah berbaloi suatu hari nanti memandang aku gadis bakal menjadi isteri dan ibu jika diizin kan maka aku persiapkan fizikal dan mental menjadi lebih sabar dan ikhlas pada setiap pengorbanan dan pekerjaan yang aku lakukan. Adakalanya berjaya ada kalanya mengeluh juga. Pada aku, biarkan ia bergerak perlahan supaya diakhirnya nanti kita lebih faham erti sabar dan ikhlas itu.

3. Pengurusan masa dan wang. Ini paling obvious perubahan pada diri aku. Sejujurnya masih merangkak. okaylah malu. HAHA

Setakat ni korang nampak aku baru nak belajar erti hidup sendiri. Banyak yang aku belajar dan membuat kesilapan bukan bererti kau gagal. Cuma perlu cari cara lain sampailah berjaya. Sokongan luar bukanlah syarat untuk berjaya mahupun bahagia. Jujurnya sukar untuk diterima namun setelah melalui pelbagai perkara. Kalau nak berjaya, hanya perlu diri sendiri, berusaha, berdoa dan percaya pada Allah. Bersangka baik selalu pada semua orang disekeliling kita. Dah berjaya, jangan lupa orang disekeliling kita walaupun diorang lah halangan terbesar untuk kita berjaya.

Pandang ujian itu bukan pada insan, tapi pandang lah dari sudut ujian itu dari Allah dan mereka hanya perantaraan. Dengan ini, akan kuranglah masalah retak silaturrahim walau sebesar mana pun ujian itu. Carilah hikmahnya bukan persoalkan kenapa dan mengapa?

Dalam mengingatkan diri sendiri, aku juga selalu tewas bila hadirnya emosi yang mengganas. Percayalah aku masih mencuba untuk mengubah keadaan diri. Moga-moga dipermudahkan.

Puas rasanya dapat berceloteh.
Itulah disudut hati seorang blogger. Sekian untuk harini. Hihiks!
Read More

BEEHA MENCARI BLOGLIST BARU

Monday, 3 February 2020

5 comments


Jom join! (tekan banner di atas)

Tag : Seha , Sayidah


Read More

Kekja Skincare : Face Wash hilangkan jerawat pasir

2 comments

Seumur hidup, ini kali pertama dapat jerawat pasir. Tak sure sama ada jerawat pasir atau ada nama lain, yang pasti dia mcm biji-biji yang banyak dan bila kita sentuh muka tak smooth lah. Rasa menggerutu..Nak picit tak boleh sebab takde mata. 

Benda tu banyak sangat area pipi, dagu dan dahi. Dekat tepi dahi pun ada. Muka aku jarang ada jerawat banyak-banyak. Selalunya dia datang sorang, pastu senang je hilang bila pakai pencuci muka. Tapi kalini, lain macam guys.

Aku banyak dengar pasal Himalaya ni. Tapi aku tak pernah try sebab aku jenis kulit normal. Produk Himalaya mostly untuk sensitive skin ataupun jenis muka berjerawat. Kalau korang zoom pada gambar tu, FaceWash kat situ ada tulis Combats Pimples. Since, muka aku kalini didatangi jerawat pasir yang ganas-ganas dan banyak. So aku kira sebagai muka berjerawat (self- proclaimed).

Himalaya ada banyak jenis Face Wash. Aku beli yang Purifying Neem Face Wash, texture dia gel warna hijau (seperti dalam gambar) dan berbuih. Dia bukan sejenis Gel Face Wash yang takde buih. Dia berbuih dan ade perfume. Selalunya aku memang elak Face Wash yang ada paraben dan perfume. Tapi kalini aku tak perasan plak. Hehehehe.. Since aku pakai Face Wash ni dalam masa seminggu, jerawat pasir berkurang tapi kulit muka aku menggelupas. Seperti yang aku cakap tadi, Himalay ni mostly product sensitive skin. Tapi jangan risau, kulit menggelupas sebab muka aku terlalu kering ditambah pula cuaca panas. Tekak aku pun perit. Then, aku setelkan kes menggelupas dengan pakai mask moisturizing Watsons! Setel.

Sekarang muka aku dah elok sikit, ada beberapa jerawat pasir yang masih degil di kawasan pipi dan tepi dahi sahaja. Dahi dan bawah dagu dah setel. Manakal untuk scrub, aku sahaja buat tambah untuk sental pores. Scrub sangat berguna untuk hilangkan kotoran dalam pores. Lepas FaceWash, gunalah Scrub. Selalunya muka ditumbuhi sesuatu sebab kotoran dalam pores. Begitulah ia berfungsi pada aku. Ada pengguna Himalaya kat sini? Sudi-sudilah share pengalaman di komen. 


NOTE : Lepas hilang bersih jerawat pasir (habiskan Himalaya Face Wash) , aku akan kembali gunakan Face Wash routine iaitu SIMPLE GEL FACE WASH.





Read More

5 Simple Travel Tips

Tuesday, 28 January 2020

2 comments

Aku sure ramai yang suka travel kat sini. Travel untuk menambah pengetahuan dan meninjau budaya orang luar. Lain tempat, lain budaya. Even setiap negeri pun ada budaya mereka tersendiri. Kalau ada ruang dan peluang tu grab lah untuk pergi bercuti. Selain dapat tengok tempat orang, kita boleh tenangkan fikiran daripada kesibukan kerja dan sebagainya.

Banyak benda kita boleh buat dan gunakan untuk memastikan percutian kita menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Malahan kalau kita bijak, kita siap boleh jimatkan lagi kos percutian kita tu. Siapa tak suka kalau dapat jimatkan kos ni kan?

1. Cara beli tiket

Dulu aku tak percaya benda ni tetapi bila cuba memang betul berhasil. Kalau nak beli tiket flight cuba search pada Hari Selasa sampai Khamis, harganya agak berbeza kalau kita search waktu weekeend untuk hari yang sama. Dan selain itu, cuba cari masa travel tu pun untuk hari Isnin hingga Rabu sebab ia lagi murah daripada kita travel Hari Jumaat. So, make sure baki cuti tu cukuplah hehehe. Selain daripada itu, sesekali cuba guna kan Third Party untuk beli tiket flight ni. Kadang-kadang harganya agak berbeza dengan kita beli direct dekat website airline tu. Antara Third Party yang terbaik bagi aku adalah Traveloka. Sangat memudahkan urusan perbandingan harga antara Airlines. Terdapat banyak Airlines yang ada dalam ni antaranya Qatar Airways, Singapore Airlines dan lain-lain. Kalau untuk travel dalam Malaysia, fireflyz air tickets pun boleh beli guna Traveloka juga.


2. Buat Checklist!

Bagi aku ini antara benda paling penting. Checklist di sini bukan sahaja checklist barang tetapi juga menyenaraikan tempat yang kita bakal kunjungi. Selain itu, membuat juga checklist barang-barang untuk travel. Supaya takde benda penting yang tertinggal nanti terutamanya ubat-ubatan dan keperluan utama. Untuk buat checklist, depend pada setiap orang. Ada yang suka buat checklist dalam phone sahaja. Ada yang suka buat dalam notebook, template mahupun file. Sebagai contoh, boleh buat bullet journal macam ni jugak.


3. Planning Journey

Sampai sahaja di airport, terus lost. Taktau nak pergi mana. Masa itu lah baru nak search segala benda. Sangat membuang masa di situ. Untuk elakkan perkara ini berlaku, plan terlebih dahulu perjalanan atau jadual aktiviti sebaik sahaja sampai di sana. Jangan sesekali travel tanpa sebarang plan! Bila nak start planning? Sebelum packing barang-barang. Supaya kita tahu barangan yang sesuai di bawa di tempat yang ingin di tuju. Planning yang cantik akan menjimatkan masa dan banyak tempat-tempat menarik yang kita dapat pergi. Pastikan plan dahulu sebelum bertolak okay!

4. Susun atur barang dalam bagasi

Kalau kita pandai susun barang, banyak ruang dalam bagasi yang boleh kita gunakan lagi. Pastikan cara lipatan baju kita tu menjimatkan ruang. Kalau nak lagi jimat ruang boleg gunakan bag vacuum yang ada jual secara online or dekat Daiso ke untuk letak baju, nanti keluarkan angin dia. Ruang memang super jimat tetapi ada kos lah sikit untuk beli beg tu. Kalau tak, pastikan lipatan kita tu kemas dan baju disusun dengan baik. Dan pastikan bagasi kita nanti mesti ada sedikit ruang kosong. Yelah kalau dah pergi travel ni selalunya mesti akan shopping. So, bagi mengelakkan kita membeli beg baru, just pastikan bagasi kita tu ada space minima 1/3 daripada ruang beg. Bagi yang taktahu vacuum bag tu macam mana? Ini dia.


5. Barang Keperluan vs Kemahuan

Masalah terbesar bila nak packing barang adalah membezakan barang keperluan atau kemahuan untuk di bawa. Kalau ikutkan kemahuan tu, nak bawak satu rumah. Cuba minimize kan barang-barang yang ingin di bawa. Kalau rasa barang tu tak perlu, atau boleh sharing dengan partner travel kita ke just share. So kita boleh jimatkan ruang beg nanti. Toiletries pun bawa yang small size cukup untuk tempoh masa kita travel. Tak perlu bawa saiz besar kerana ia akan memakan ruang dan menyusahkan kita nanti.

Selamat travel!


Read More
Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co