hai. dah lama tak update blog. sebenarnya Kekja dah lama nak update tapi Kekja sedar, Kekja tak sekuat itu. Hari berganti hari, Kekja tetap teruskan kerjaya dan amanah yang sedia ada dalam kehidupan. Walau jauh di sudut hati dan jiwa ini, hanya Allah sahaja yang tahu.
Latest Kekja update, pasal tamat DPLI (hujung April) dan bulan yang sama (21 April 2026) Kekja dan adik-beradik semuanya hantar Mak dan Abah menunaikan ibadah haji. Selepas beberapa kali tangguh haji, alhamdulillah tahun ini Allah permudahkan untuk Mak dan Abah menunaikan haji.
to make it short, selepas 5 hari di Madinah. Mak dan Abah bergerak dan sampai di Mekah (Isnin).
Pada hari Jumaat (hari ke-5 di Mekah) bersamaan 1 Mei 2026, kami menerima khabar dari petugas Tabung Haji bahawa Mohamad Nor bin Sulaiman (abah kami) telah meninggal dunia di Masjidilharam ketika hendak menunaikan solat jumaat.
hari ini (14 Julai 2026) adalah genap 2 bulan 14 hari daripada 27 tahun yang Allah pinjamkan Abah dalam hidup Kekja. Bermula hari itu, segala kekuatan ini adalah pinjaman dari Allah swt dan atas doa-doa makhluk kepada insan kerdil ini.
I don't know how to deliver this to everyone. Kekja tak mampu untuk bercerita panjang hehe. Sampai bila? Kekja tak pasti. Jadi ini semua hanya untuk makluman semua, rakan blogger dan kenalan saya di alam maya. Semoga Allah swt permudahkan segala urusan kalian di dunia dan akhirat. Maaf lambat maklum di sini, maaf atas segala kekurangan Kekja. In shaa Allah semuanya terpatri di dalam doa dan alam maya. Terima kasih sudi doakan arwah Abah :)
Jika ada yang masih bertanya walaupun dah baca artikel hehe takpa.. Kekja confirmkan sekali lagi bahawa, Jemaah Haji Malaysia Pertama yang Meninggal Dunia di Mekah sesi musim haji 1447H ialah ayah kandung saya. As you can see, Faezah Mdnor in my name. He is, Mohamad Nor bin Sulaiman. Beliau ialah abah saya. In shaa Allah sama-sama kita doakan semoga allahyarham abah saya, diampunkan segala dosa-dosa di seumur hidupnya dan ditempatkan bersama para nabi dan rasul, para sahabat, orang-orang yang beriman serta dikurniakan syurga tertinggi sisi Allah swt tanpa dihisab amalannya. Aamiin Ya Rabb




Pemergian yang sangat dicemburui. Meninggal di tempat yang sangat baik. Semoga roh arwah ayah kekJa ditempatkan dalam kalangan2 orang2 beriman.
ReplyDeleteSalam takziah. Meninggal di tanah suci. Insan terpilih. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
ReplyDeleteInnalilahi wainnailaihi rojiun... Baru baca saya kak .... Saya tahu sediiih sangat pastinya kakak dan keluarga mendapat berita ini, apalagi Mak yang sedang bersama Abah saat itu.. memang cara perginya sangat dicemburui orang2 muslim, tp pastilah rasa sedih itu teramat kuat utk keluarga. Saya ikut doakan semoga Abah selalu ditempatkan dalam golongan orang beriman, diterima segala amal kebaikan beliau semasa di dunia.. dan saya berharap, keluarga yg ditinggalkan bisa kuat dan Redho dengan pemberian Abah ya
ReplyDelete