oh tidak! kita sudah hampir menamatkan sesi tahun 2026.
harap belum terlambat untuk Kekja berkongsi sedikit life update sebelum kita ke episod seterusnya dalam kehidupan.
sumber : gambar dari video (tiktok @fzhmdnr)
last time, Kekja pernah update tentang internship kemudian Kekja bekerja dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Secara jelasnya, semua ni tiada dalam perancangan kehidupan Kekja. Sebab macam biasa lah kan? lepas belajar, plan nak kahwin. eh tak kahwin. dapat kerja. okay sekarang bekerja lepastu plan apa agaknya? mestilah plan nak kahwin! selagi tak kahwin, selagi tu macam taktahu la apa aku buat dalam hidup ni LOL. (semoga semua orang yang ada niat nak kahwin tu, Allah mudahkan segala urusan mereka dunia dan akhirat. semoga bertemu jodoh yang baik pada waktu yang tepat. Aamiin YA RABB)
back-to-back, sekarang Kekja bekerja sebagai guru tetap di sebuah sekolah swasta sejak 2024. HAHA betul la tu, inilah kerjaya yang paling Kekja nak lariiiii tapi eh ya. elok dia datang dekat kita semudah itu. Ma shaa Allah, doa seorang ibu. Tapi jika ditanyakan, kerja ini adalah jawapan bagi doa-doa Kekja selama ini. Semoga dikurniakan pekerjaan yang baik di sisi Allah swt. dan juga, Kekja menerima dengan hati yang tenang mengenangkan bahawa inilah kerjaya yang Mak suka dan arwah Abah pun suka. Jadi, Kekja tiada sebab untuk melawan takdir mahupun mengundur diri sedangkan sudah tertulis rezeki di situ. Alhamdulillah hadza min fadhli rabbi. Bila Allah beri, kita belajar bersyukur. Semoga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur.
Jadi itulah kehidupan Kekja sekarang. dan selepas setahun bekerja dalam sektor pendidikan ini, dengan berbekalkan nasihat dari rakan-rakan kerja dan mereka yang lebih berpengalaman itu, maka Kekja ambil keputusan untuk sambung belajar dalam Bidang Pendidikan (DPLI).
Sekejap je masa berlalu, tiba-tiba dah tamat pengajian dan akan bergraduasi tidak lama lagi. Bermula dari itu, baru Kekja nampak jalan ke hadapan (oh, aku akan habiskan usia aku jadi seorang pendidik, dan di samping bisnes kecilan) itulah gambaran kasar buat masa ni. Kalau yang sebelum ni, hidup sekadar hidup. Hidup jelah macam mana pun, asalkan hidup LOL.
Jika kebanyakkan orang merasakan bahawa hidup Kekja ini selalu indah. Jawapannya, TIDAK. akan tetapi, macam mana kita melalui hari-hari dan kehidupan yang tidak berapa nak indah tu? Mengeluh ke? Sibuk bandingkan hidup kita dengan orang lain ke? Judge kehidupan orang lain ke? Sebenarnya bila kita sibuk pandang orang lain, itu tanda kita sedang sakit. Ada perkara yang tak selesai tentang diri kita. Jadi, macam mana caranya?
Kalau awak tanya Kekja, jawapannya ialah teruskan hidup (berbuat baik) walaupun tak faham. Buat je, try je, lakukan sahaja semua perkara selagi tidak menyalahi hukum dan larangan agama. Enjoy je kehidupan ni, walaupun tak faham. Orang suruh kita sambung belajar, sambung. Orang ajak kita pergi masjid, kita pergi. Orang ajak terawih 20 rakaat, kita ikut. Lantakkan aja semua ini HAHA. Semasa kehidupan ini tak berapa indah dan kita pun taktahu kemana hala tuju, teruskan saja berjalan. Buatlah apa saja yang bertentangan dengan prinsip diri (asalkan masih dalam syariat Islam).
YOU JUST DO IT,SIS.
Sebab nanti bila hidup dah mula nampak jalan, dan kita toleh belakang. Kita rasa bersyukur, berharga, bermanfaat untuk setiap waktu-waktu tak best dalam hidup ni. Rupanya, BEST JE!
Tapi kita tak sedar hari ini, kita sedar nanti. 2 atau 3 tahun kehadapan. Baru kita tahu bersyukur, kalau aku tak lalui momen-momen tak best dalam hidup ni. Mungkin aku takkan pernah tahu, best jugak pergi pantai sampai tengah malam. Best jugak tengok sunset. Best jugak berkawan dengan semua orang walaupun mindset/background hidup tak sama.
YOU, DO YOU.
LET THEM, BE THEM.
Mungkin hari ini, ada orang sedang mencari jalan. Semoga persinggahan di blog ini, memberi secebis inspirasi dan manfaat, bekal-bekalan untuk meneruskan perjalanan kalian. Salam kenal!
Sekian life update dari Kekja, see you next update!
Love, October.

Ikut aje perancangan yang Allah dah aturkan.
ReplyDeleteSetujuuu Kekja... Hidup itu yang penting terus melangkah. Jangan stuck. Walau mungkin kita belum tahu apa hikmah dari cobaan yang kita rasakan, tak apa. Yang penting terus melangkah. Krn kadang hikmah hidup itu baru akan kita tahu jawabannya, di hadapan.
ReplyDeleteSelagi tak melanggar larangan negara dan agama, lakukan saja kaan 😉