Dapur Kekja : Nasi Goreng

Saturday, 18 December 2021

1 comment

 


belek-belek blog, takde pun resepi nasi goreng padahal inilah masakan pertama yang saya belajar dengan mak waktu umur 15 tahun. So here, saya simpan. Mungkin untuk kawan-kawan dan adik-adik yang baru nak belajar memasak. juga rujukan untuk saya.
.


Bahan : 

nasi putih yang dah disejukkan

bawang besar - 2 *
bawang putih - 4/6 ulas *
ikan bilis - 1/2 genggam (sikit jela lol) *
udang kering - 1/2 genggam *
cili padi - 3 btg * 

telur ayam - 2 biji
garam 
ajinamoto


Cara masak : 

1. Blander kasar yang bertanda * , kemudian tapis.
2. Panaskan minyak yang cukup, tumis yang diblander itu.
3. sambil tu boleh letak garam + aji.
4. agak dah coklat sikit, pecahkan telur dan biarkan telur masak dulu kemudian baru gaul bersama.
5. agak telur dah masak bersama bahan tu, baru masukkan nasi dan gaul sebati.
6. biar lama sikit dalam 5 minit, pastu done!

* tambahan , boleh goreng telur mata separuh masak pastu letak atas nasi goreng dan gaul sebati. maka jadilah seperti dalam gambar di atas!

/
selamat mencuba dan menjamu selera.


Update : weh ada weh resepi nasi goreng versi 2016. ada la kemajuan sikit untuk 2021 ni. lol 

Read More

Dapur Kekja : Taugeh masak lemak

Saturday, 11 December 2021

1 comment

 

sumber : google

Sebenarnya nak guna gambar sendiri tapi bila snap rasa macam buruk pula. Pastu google, lah memang rupa dia macam gini jelah. hahaha 

/
bersambung resepi baru. Alhamdulillah tak sangka akan terus bersambung segmen Dapur Kekja, tahun demi tahun. If ada resepi yang berulang nanti saya delete. hahaha harapnya takde. here we go lauk tengahari macam biasa, simple je #ongkampung


Bahan : 

taugeh - sebekas kecil. (penuh plastik merah yang saiz kecil)
santan - 0.5kg (itupun guna separuh je)
*bawang besar - 2 biji
*bawang putih - 6 ulas
*ikan bilis - segenggam (agak-agak awak lah, jangan banyak sgt atau sikit sgt)
kiub maggi ayam - 1 & 1/2
garam - hujung sudu teh (tapi yang ni boleh ejas nanti)

*boleh tambah carrot, sayur2 lain yang sesuai. 


Cara masak : 

1. basuh taugeh, dan rendam dalam air. nanti ada yang hitam-hitam (kulit kacang) timbul. then, buang.
2. blander yang bertanda * (blander jangan halus sgt)
3. letak periuk, buka api. masukkan yang diblander (takperlu tapis) + santan
4. kacau sehingga santan masak (always kacau) - setengah jam kot? lol
5. sambil tu, masukkan garam dan kiub maggi ayam.
6. kacau-kacau sehingga didih. if dah mendidih, baru boleh kurangkan mengacau dia. pastu kecilkan api. bagi santan masak lama nanti tahan lama. lol (sorry eh, aku tulis apa yang mak selalu cakap hahahah)
7. kemudian, tutup api. masukkan taugeh. siap!

Hidangan ni boleh gandingkan dengan ikan goreng + sambal belacan. tapi semalam saya gandingkan dengan Ikan bakar + sambal kicap. 

See you next post!




Read More

Sweet 22!

Wednesday, 8 December 2021

3 comments

 

 " Barangsiapa yang memelihara ketaatan kepada Allah di masa muda dan masa kuatnya, maka Allah akan memelihara kekuatannya di saat tua dan saat kekuatannya melemah. Ia akan tetap diberi kekuatan pendengaran, penglihatan, kemampuan berfikir dan kekuatan akal."


(Ibn Rajab)

 


Read More

3 Ways To Keep Body In Shape For Busy People

Saturday, 4 December 2021

2 comments

My mom is my inspiration to take care of my health and body shape. Most of my friend thoughts it was my sister, but that’s my mother. Mom of 7 children. The older we get, we become busy with our schedule everyday. There is no time for exercise. I do face the same thing as you do. However, there are only three ways for you to keep body in shape without exercise!


1. Turn off fan for an hour (sweating)



If you work from home and too busy with schedule. Okay then, I hope this can help for a better health. Here the tips for keep your body in shape! At least we can do for our body in a good health is sweating.
Sweating help for increase the circulation of our muscles, organs, and tissues and releases toxin from our body through sweating. Sweating is good for health and our body!


2.Wearing Cheap Shape Wear




 

Why use the expensive if you can get the cheaper with same quality? You might find about this for a long time, here is cheap shapewear for you to use while you are working because it’s feel comfort. Sometimes you feel like not wear it at all! You can get it from $8.36 


3. Wearing Whole Waist Trainer



Here is the perfect match for having your dream body shape which is wholesale waist trainers with logoThis also can use after giving birth to get your shape back! 
Wearing both also one of my mom's routine to get her body shape after giving birth 7 of her childrens.


If you are a mother and working, you should try this! For pregnancy woman, this is a good tips for you to prepare your future body shape. As simple as, you just need to wear it! And get your dream body shape!


Read More

Proud group work!

Thursday, 25 November 2021

1 comment

 


Hi guys. just wanna share my priceless moment and keep it as one of the best memories as degree student. 

Benar, kelas online banyak dugannya. Tapi di antara momen berharga adalah dapat group assignment yang function! So the story is, petang tadi ada kerja group yang perlu diselesaikan. Sama macam korang, group assignment aku banyak jugak yang sunyi sepi. Kalau kita tak petik, tak gerak. Kita blur, semua diam. Pastu memasing taktau memasing faham ke tak faham ke. Online is all about communication. Paling penting kalau kita menaip di whatsapp, make sure ayat kita sweet-sweet je sebab kebanyakkan orang suka baca dengan nada tegas. Kalau tak pun, letak emoji sweet-sweet menandakan kita chill je bagi arahan atau bertanya sesuatu.

Subject untuk kerja group ni adalah subjek yang paling aksdjksadlaksdl. faham jela ek.. I can say that all chemist hate this subject! Hahah sebab apa? sebab subject ni bukan subject kimia. Tapi kalau minat perniagaan, mungkin seronok lah kot. Apapun assignment ni banyak gila kerjaaa sangat banyak, tak tipu. Kadang pening baca dalam group panjang betul arahan dan tugas yang perlu dibuat. Setiap kali kelas, setiap kali tulah arahan berjela dan mesti ada tugasan baru. Sedih mak.

Pastuuuu petang tadi, kitorang semua hadir dalam webex session dan google doc. Semorang buat kerja. Semorang share idea. Semorang function teruk. Kalau yang ni tengah mencurah idea menaip, yang lain recheck dan betulkan vocab dan apa yang patut. Semuanya smooth, memasing tahu tugas dan ada common sense yang sangat tinggi. Btw, group members aku ada melayu, india dan chinese. 

Ada tiga soalan yang kitorang kena buat, start kerja dalam pukul 2+ tapi pukul 3 lebih dah siap semua. Serius! cuma ada yang lebih teliti so the last work at 4.08pm macam tulah. But for me, around 3 lebih dan siap dah sebenarnya. I'm so proud of us! Alhamdulillah. (due 5pm camtu).

Aku doakan korang berjaya in future! I'm so in love with you guys punya attitude.
priceless kan? 

Kita boleh bijak tapi at last, attitude mengatasi kebijaksanaan mu.

/

Read More

Terlalu positif & kesannya

Saturday, 20 November 2021

1 comment

topik yang datang dari pengalaman hidup iaitu toxic positivity. kebanyakkan topik dalam blog ni memang datangnya dari pengalaman aku sendiri. kalau tak alami, mesti aku sendiri tak pernah tahu wujudnya toxic positivity ni. selalunya tahu asalkan positif, semuanya bagus. tak jugak


According to google,


According to me, toxic positivity adalah suatu keadaan apabila manusia cuba berfikiran positif pada keadaan yang tak sesuai pun untuk menjadi positif. Maksudnya di sini, tak semua perkara perlu di positifkan supaya perkara tersebut nampak lebih ringan untuk diterima hati dan akal. Ada perkara, kita perlu belajar menerima bahawa ianya memang pahit. Aku rasa korang sendiri boleh relatekan? 

sebagai contoh, kebanyakkannya yang paling relate adalah tentang keluarga. Kalau kawan-kawan kita ada masalah keluarga yang agak toxic, sehingga mereka trauma dan tertekan. 


Berhentilah ungkapkan ayat-ayat yang positif seperti " biasa la tu, semorang ada masalah keluarga " , " takde apa tu, jangan fikirkan sangat " . sebab individu tersebut akan cuba berusaha menelan nasihat baik korang, namun hakikatnya, setiap hari ianya masih pahit dan tetap pahit. ajarlah mereka menerima pahit itu (dengar mereka meluah dengan telinga dan mata hati anda). Kadang anda tidak memahami keadaan dia, cuba google baca tentang masalah tersebut supaya faham sikit. dan cara terbaik adalah sentiasa ada bersama dengan mereka mengharungi beratnya ujian itu. Jangan biarkan mereka seorang diri terlalu lama. Kalau betul sayang, kita akan belajar berkorban. Fikirkanlah. 

Apapun, jangan pressure diri untuk tolong orang. Kalau rasa tak mampu, doalah selalu buat mereka. Doa juga sangat membantu. In shaa Allah.


Kesan buruk apabila bersikap "toxic posivity" ni adalah, tindakan itu mampu membuatkan mereka lebih tertekan kerana mereka berusaha menjadi positif seperti yang anda sarankan dan menyangka bahawa semuanya akan baik-baik sahaja. Pada hakikatnya, keadaan tetap sama malah membuatkan mereka semakin menyalahkan diri dan tertekan, kerana masalah tak selesai pun padahal mereka dah cuba ikut nasihat anda untuk bersangka baik dan jadi positif. Yang lebih teruk apabila mereka akan menjadi overthinking dan akhirnya menimbulkan rasa ingin bunuh diri (maaf ya tapi ini hakikat sebenar). Kerana ujian ini adalah jangka panjang. bukan sehari mereka hadap, ianya mungkin bertahun dan mungkin juga seumur hidup. 


Cara terbaik adalah ajarlah mereka menerima ujian pahit itu dengan ikhlas dan redha serta berusahalah untuk sentiasa ada bersama dengan mereka mengharungi beratnya ujian itu ( selalu ws tanya khabar atau call ajak borak, video call dan sebagainya). 

Kalau betul sayang mereka, kita akan belajar berkorban masa. Fikirkanlah.

Kalau tak mampu, takpe. Doakan lah yang terbaik untuk mereka. Doa juga sangat membantu. In shaa Allah.

/

semoga perkongsian bermanfaat! korang ada ke hadapi situasi begini? 

kongsikan lah di ruangan komen.



" dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. " 

Quran [ 1 : 155 ]





Read More

Tahun akhir degree (online)

Sunday, 14 November 2021

3 comments

taktahu nak letak gambar apa, terima lah.. hahah ( a part of journey semester 5 )

pernah sebelum ni tengok senior mengharungi tahun akhir dengan sangat struggle. dan aku masih berfikiran positif, maybe giliran aku nanti semua akan baik-baik saja. bukan kah hidup ini mudah saja? okay baiklah, mari tengok semudah apakah itu. hahahahahaha
tujuan aku menulis adalah sebagai "jejak" serta mungkin menjadi panduan buat diri dan adik-adik di masa akan datang (kalau korang jumpa blog ni lah). mesti korang tertanya, apa yang susah? subjek ke dugaan hidup?

both.

mungkin di sini kita di uji dengan dugaan yang menjadikan kita lebih dewasa di masa akan datang sebabnya fasa seterusnya adalah fasa kerjaya (in shaa Allah). orang kata inilah fasa serius seorang manusia sebab dah jadi fully dewasa. kita dah tak ditanggung, kita mula menanggung diri dan orang lain pula. kita dah tak diajar, kita mengajar. kalau dulu, ilmu itu diberi tanpa kita rela pun, ilmu tetap curah mencurah pada kita tapi sekarang kita mula memberi ilmu dalam pada yang sama, kita mencari ilmu. Ilmu dah tak cari kita dah macam waktu sekolah dulu, sekarang kita yang kena cari ilmu tu. Tak cari, tak dapat lah.  begitulah kaedahnya. 

hidup ini mudah bila kita memahami dengan ilmu.
.

sekarang Week 6, ada berbaki lagi 7 minggu kuliah sebelum menghadapi peperiksaan akhir (in shaa Allah). Peperiksaan akhir seumur hidup lah kot? hahaha

untuk semester akhir ni, aku duduk rumah sewa. saja tambah pengalaman hidup. bagi aku, ia salah satu latihan untuk kita biasakan diri dengan persekitaran. ini cara aku lah. aku memang suka ambil pengalaman. Guru saya pernah cakap, pengalaman itu mahal dan tidak boleh di beli dengan duit. Yang membezakan kita dengan orang lain adalah pengalaman. kerana pengalaman mendewasakan kita.
.
hidup ni takkan pernah sempurna. jadinya, biasakan diri menerima kekurangan diri dan orang lain serta sentiasa mensyukuri kelebihan yang ada. bukankah Allah berfirman, siapa yang bersyukur akan ditambah nikmatnya? Maka, bersyukurlah dengan apa yang kamu ada sekarang.
.


" Wahai jiwa yang tenang, pulanglah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan ) lagi diredhai ( di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia, dan masuklah ke dalam syurgaKu."

Surah Al-fajr (89) , ayat 27-30

Read More

Life Update!

Friday, 10 September 2021

No comments

 


Tak pernah-pernah tulis post pasal life update. baru tahu ada faedahnya. Hai guys! assalamualaikum dan selamat petang di sini. Maaf sekiranya kelihatan seperti saya tenggelam timbul di sosial media. Saya doakan semua orang dalam keadaan yang baik sentiasa. 

Sebaik sahaja habis semester 4 (sekitar Julai 2021), hidup di teruskan lagi dengan semester pendek. Yep, kos saya takde cuti semester untuk kali ini. Jadi bermulanya bulan Ogos, saya memulakan semester pendek sehingga pertengahan September ini. So kiranya sekarang dah mula susun langkah, get ready untuk submit last assignment dan hadapi final exam yang bakal mendatang beberapa minggu lagi. Semoga dipermudahkan segala urusan. 

//

Lagu yang didendangkan oleh Firdaus Mokhtar yang bertajuk Perjalanan Hati ini, amatlah memberi kesan kepada saya untuk tabah melalui liku-liku kehidupan. Saya amat kagumi rakan-rakan dan sahabat-sahabat saya yang terus tabah dan cekal meneruskan kelas online. Ternyata hebat dan kuatnya kita harini adalah kerana Allah sentiasa bersama kita dan membantu kita meneruskan sesuatu yang kadang kita sendiri rasa tak mampu dah. 

Semoga kita semua sentiasa dalam jagaan Allah. 

/

itu saja untuk update harini. In shaa allah nanti saya update lagi heheh

Read More

Dapur Kekja : Koktail (sumi + nata de coco)

Tuesday, 24 August 2021

2 comments

(sumber google, gambar Kekja snap hilang dari radar 'sobssss)


Salah satu pelengkap selera semasa Raya Haji haritu, let's start our simple Koktail. 


Bahan : 

1. Sumi warna warni kehidupan (jangan beli yang transparent sebab dia terlalu lembik nanti hancur)
2. Nata de coco 
3. Susu cair - 2 tin
4. Susu pekat - 1/2 tin
5. Satu jag air

Cara masak :

1. Jangan buka api, sediakan periuk
2. Masukkan susu cair , susu pekat dan satu jag air
3. Kemudian buka api sederhana kecil.
4. Godak sehingga mendidih (ada gelembung)
5. Teruskan menggodak (kalau tak, nanti susu pecah jadi texture buruk. sama macam masak santan) teruskan menggodak sehingga betul-betul mendidih keseluruhan.
5. Kemudian, rasa lah. kalau kurang manis, tambah susu pekat. (make sure rasa manis! baru syok)
6. Godak lagi sampai mendidih, sampai korang rasa cukup dah ni. haaa gituh!

# Kemudian tutup api, biarkan sejuk. Jangan masukkan sumi waktu kuah panas. nanti cair dan hilang dari radar!

# Dah sejuk, baru masukkan (sumi + nata de coco) dan masukkan ais!

Step untuk makan : ambil mangkuk, masukkan (sumi + nata de coco) , ambil kuah dan letak ais.

(Jangan letak ais dalam bekas kuah, nanti tawar la dia lol)

/
Selamat mencuba. 


Read More

Sahabat Blogger : Alien Oren (AO)

Friday, 13 August 2021

2 comments


Seterusnya adalah blogger AO! okay yang ni saya yakin, hampir semua kenal Blogger AO! terutamanya kepada yang join giveaway haritu. Jujur dari saya, giveaway yang dianjurkan oleh Blogger AO  haritu sangat rare! Korang rasa rare jugak tak? Tahniah kepada yang konsisten dan struggle untuk kumpul point. Best sangat join giveaway haritu. Satu pengalaman yang baru untuk saya. hehe (tak move on ke tu hahah k gurau)

Tentang blog AO, korang boleh tengok sendiri website blog AO sangat teliti dan banyak sangat fungsi setiap button di blog AO. Setiap kali saya blogwalking, saya akan explore semua button yang ada. Siapa macam tu jugak? Hahah secara ringkasnya adalah kagum dengan blog AO. 

Untuk pengetahuan, blogger AO juga merupakan blog & website refresher. Korang boleh tempah untuk design blog korang. Lately ada beberapa orang blogger sudah pun menggunakan khidmat beliau untuk design blog. Haishhh takleh jadi ni, rasa nak juga lah heheh. In shaa Allah soon! 

Untuk setiap post di website AO, beliau akan post di instagram! jadi korang boleh juga follow instagram beliau supaya tak ketinggalan update terbaru dari Blogger AO! instagram : alienoren

Berikut saya kongsikan beberapa post terbaru di website Blogger AO, jemput singgah ya!

 


 

Read More

Sahabat Blogger : Aiman (thejagungspirasi)

1 comment


Okay guys kita sambung review setelah sekian lama. Maafkan saya ya sebab ambil gap terlalu lama heee. alright, mari Kekja kenalkan blog THE JAGUNGSPIRASI. Unik kan nama blog dia?

Salam perkenalan dari saya, dan terima kasih sudi join segmen bloglist Kekja. Kekja pun baru kenal dengan Aiman ni sebab dia join segmen bloglist ni. Sebagai pengenalan ringkas,  Aiman merupakan pelajar Sarjanamuda Sains Aktuari. Yep, mesti first time dengar course ni kan? Kekja pun. Untuk tahu lebih lanjut, Aiman dah explain siap-siap pasal course dia ni. jemput baca Pendedahan Mengenai Sains Aktuari

Anyway, saya suka dengan design blog Aiman. Simple dan selesa mata untuk membaca. Mungkin sebab saya lebih suka design-design yang simple. hehehe..

Di sini Kekja kongsikan antara update terbaru di blog Aiman, korang jemput singgah ya blog Aiman ni. 




 

Read More

Sahabat Blogger : Shikin Razali

Tuesday, 22 June 2021

5 comments
Selamat pagi semua! \o/


 In shaa allah, Kekja nak mulakan sesi review blog. Maaf atas kelewatan, mesti ada yang tunggu-tunggu. hehehe. seperti yang korang tahu, Kekja sekarang degree online, memang dah kebiasaan ada assignment banyak bermula week 1 tapi untuk beberapa minggu lepas, Kekja kena slow down and cuba fokus satu-satu. Pada pendapat Kekja, hidup adalah tentang cara kita menguruskannya. Bebanan dan ujian tetap datang silih berganti, dan bagaimana kita menguruskannya? Ada masa, kita boleh pikul semua. Ada masa, kita kena letak satu dan fokus yang paling penting. Hal ini supaya kita tak jadi seperti peribahasa " yang dikejar tak dapat, yang di kendong berciciran." - ayat ini paling terkesan di hati Kekja ketika Kekja remaja. Ketika itu Kekja sibuk bersukan, kadang Kekja rasa akedemik tak penting sebab masa tu dah syok sangat menang itu ini dalam bidang kokurikulum. Kekja pula bukan jenis belajar 24jam. Waktu Kekja SPM, banyak tarikh yang bertindih antara seminar dan event taekwondo. Masa tu dah kena buat pilihan. Master taekwondo Kekja hanya berkata, "jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran." Sentap terus. Kata-kata itulah yang membentuk Kekja sehingga ke hari ini.

Sekian mukadimah kita harini, hahah// blog kedua Sahabat Blogger adalah Blogger Shikin Razali. Antara kenalan blogger Kekja. Kak shikin pernah review blog saya sekitar 2019, korang boleh baca kat sini - Sahabat Blogger pilihan Starlavenderluna : Faezah Mdnor . 

"Menyampaikan ilmu satu ibadah, mencari ilmu satu jihad." 
merupakan slogan di header blog Kak Shikin. Saya percaya kebanyakkan, malah boleh dikatakan kesemua blogger di sini merupakan insan-insan yang sangat suka mencari ilmu dan menyampaikan ilmu. Membaca slogan tersebut, menjentik hati saya untuk terus bersungguh-sungguh dalam medan ilmu. Terima kasih Kak shikin atas kata-kata semangat itu. 

Siapa Blogger Shikin Razali?

Saya panggil Kak Shikin, sebab Kak Shikin merupakan salah seorang kenalan blogger saya sejak saya sekolah menengah lagi. Beliau juga sangat saya hormati sebagai otai-otai blogger, manakala saya hanyalah petai blogger. (ye saya tahu ada yang gelak tu)

Kak Shikin adalah seorang pembantu perpustakawan dan juga mempunyai kemahiran mengurut terapi buang angin untuk wanita. Wah, ni kalau dekat area rumah saya memang jadi regular customer. Best mengurut heheh. 

Kak Shikin juga masih aktif berblog. Setiap bulan pasti ada entri post yang baru. Di sini saya kongsikan latest update dari beliau. 


Read More

Sahabat Blogger : Eza Boom Boom

3 comments


Blogger EBB merupakan sahabat blogger pertama yang Kekja akan review. Sepertinya Kekja baru sahaja kenal Blogger EBB melalui Segmen yang Kekja anjurkan ni. Salam perkenalan Blogger EBB! Alhamdulillah bertambah kenalan blogger tahun ni. hehehe..

" Attitude is a choice. Happiness is a choice. Kindness is a choice. Giving is a choice. Respect is a choice. Whatever choice you make makes you. Choose wisely.."

itulah kata-kata yang terpahat di bio blog Kak EBB. saya panggil Kak EBB boleh? hehe.  Kekja suka akan kata-kata tersebut, memang betul hidup adalah pilihan. Maka pilihlah yang baik-baik walau dunia tidak menyebelahimu. okayy selain itu, blog beliau juga berkongsi tentang gaya hidup, motivasi dan pelbagai jenis tips seperti tips blogging dan tips tanaman. Nanti korang boleh jemput singgah, baca-baca penulisan beliau.

Siapa Blogger Eza Boom Boom? 

Kak EBB merupakan rakyat marhaen Utara Bumi Kenyalang, Sarawak. Kak EBB baru sahaja lagi berblog sekitar November 2020. Tapi Kekja sangat kagum kerana blog beliau sudah mempunyai 41k viewers. Semoga terus maju dalam dunia blogging! 

And one more thingg!! Kak EBB merupakan salah seorang penulis buku wanita Sarawak yang bakal menghasilkan sebuah buku pada tahun ini! Buku apa tu yaaa Kak EBB? Nanti share-share lah di blog. hehehe

nampaknya Kak EBB agak jarang update blog bulan ini, sama lah macam saya. hehehe




Read More

Segmen Blogwalking & Pencarian Bloglist

Friday, 18 June 2021

2 comments

Bismillah, assalamualaikum. Morning!



Pagini Kekja update blog review, otw siapkan semua ehehe nantikan. Sambil scroll blog sendiri, ternampak latest post Blogger AO join segmen. Jadi, marilah kita join beramai-ramai. NAK JOIN? TEKAN GAMBAR BANNER. Selamat bersegmen guys!

.

Read More

TOP 10 CONTEST BY ALIEN OREN

Tuesday, 18 May 2021

5 comments

 


Klik banner untuk baca entri pemenang contest!

Di kesempatan ini, Kekja nak ucapkan terima kasih kepada Blogger Alien Oren di atas duit raya yang diberikan! hehehe. Semoga dimurahkan rezeki selalu. Sebenarnya Kekja rasa "rare" sangat contest blog yang Kekja join kalini. Yang mana untuk menang contest ni, perlu berlumba siapa kutip point paling banyak. Contest ni berlangsung selama sebulan! Contest paling lama Kekja pernah join, dan setiap hari kena kutip point. Setiap minggu, masa dikurangkan sehingga kutip point setiap satu jam!

Kekja start tak dapat catch up bermula sehari sebelum raya. Masa tu dah sibuk akhiri test, assignment, tolong mak di dapur untuk persiapan raya disamping excited nak cuti mid-sem. Buka phone untuk tengok notification dan info penting. Pastu tergelak kat diri sendiri bila terlupa tengah join contest. Hahaha pastu assume em takpelah masih dalam top 10. Ok here i go. HAHA nasib baik dan alhamdulillah.

Tahniah kepada pemenang! minggu pertama dan kedua berlumba dengan Blogger Naim dan Blogger Ukail. Alhamdulillah dan tahniah Blogger Naim no.1 tak sangka eh dapat pintas Blogger Atiqah dan diikuti Blogger Ukail berada dalam Top 5.

Tahniah semua! Good game!
masih belum terlambat untuk Kekja ucapkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin!
Stay safe everyone.


Read More

5 Sahabat Blogger sebagai Bloglist by Faezah Mdnor

Saturday, 15 May 2021

8 comments

Salam raya keempat! penat Kekja fikir tajuk entri ni. Hahaha maaflah kalau bunyi macam pelik. Maklumlah pertama kali buat segmen ni. heheheh.. btw! Kekja dah blogwalk dan follow blog setiap peserta. Kini tiba masa untuk umumkan 5 Sahabat Blogger yang dipilih untuk berada di Bloglist Kekja \o/


Kita straight to the point jelah ya. Hehe. Berikut adalah senarai 5 Sahabat Blogger :


1. https://www.ezaboomboom.com/

2. https://www.shikinrazali.com/

3. https://thejagungspirasi.blogspot.com/

4. https://www.alienoren.com/

5. https://duduksejenakk.blogspot.com/


Tahniah diucapkan!



Tidak dinafikan, Kekja juga sebenarnya baru sahaja lagi nak naik semula dalam dunia blogging. Selama ni Kekja selalunya buka blog untuk update sahaja, tak sempat nak blogwalk.  Kekja bersyukur, dengan mengadakan segmen ini, Kekja dapat follow dan kenal lebih ramai blogger. Jadi, ada baiknya Kekja kenalkan beberapa blog yang sedang start-up dan juga blogger yang seusia Kekja. Kekja juga selitkan blogger otai sebagai panduan.Terima kasih sudi join! semoga lepasni kita terus support kenalan blogger dalam konten yang ditulis. 

.

Sepertimana yang Kekja janjikan, Kekja akan review 5 blog tersebut!

.

Stay tuned!

Read More

SEGMEN BLOGLIST TAMAT

Tuesday, 11 May 2021

No comments

 



Alhamdulillah tamat sudah segmen ini! Terima kasih diucapkan kepada 20 orang sahabat blogger yang join! (boleh rujuk di SENARAI PESERTA SEGMEN ) In shaa Allah dalam masa terdekat, Kekja akan go through setiap link penyertaan! Pengumuman 5 sahabat blogger yang terpilih sebagai bloglist Kekja akan diumumkan dalam masa terdekat. In shaa Allah.


Salam perkenalan dari saya, Faezah Mdnor atau nama pena Kekja. Tahun 2021 merupakan tahun ke 10 Kekja berblog. Pelbagai episod kehidupan , tips dan resepi yang Kekja dah coretkan ke dalam blog ini. Pengalaman sebagai blogger, dapat sponsor travel, masuk Harian Metro hasil perkongsian di blog, dan collabrate dengan beberapa company. Hadza min fadhli rabbi. Kekja jarang blogwalk, selalunya datang ke blog untuk berkongsi sahaja dan komitmen. Kekja kenal beberapa orang blogger dan bersyukur tahun ni dapat kenal lebih ramai kenalan blogger yang baru. Alhamdulillah hikmah pandemik, Kekja banyak masa dengan laptop. Boleh dikatakan laptop ni nyawa, untuk kelas online dan blog. Most of the time memang depan laptop je. Sangat sempat dan masa yang sesuai untuk blogwalking hehe.  

Terima kasih sekali lagi sudi join segmen Kekja! dan semoga ramadhan kali ini berakhir dengan perkara-perkara yang baik. In shaa Allah.
.
See yah next post!


Read More

Personal Proposal Schedule by Kekja

Friday, 7 May 2021

1 comment
Tidak dinafikan, membuat jadual pengurusan masa adalah sangat penting sebagai seorang pelajar. Terutamanya untuk melihat secara kasar flow tugasan yang diberikan. Memandangkan due proposal berbaki 30 hari sahaja lagi.  Sebab rasa macam banyak lagi ni weh macam tak sempat je?! Terlintas difikiran untuk buat Proposal Schedule supaya lebih tersusun dan ada due setiap Chapter. Meh sini Kekja kongsikan proposal schedule Kekja untuk rujukan dan inspirasi masa depanku. (siap ada cuti sehari, Kekja pilih Sabtu hehe) so, hari sabtu je free takyah baca journal/ fikir pasal proposal ni.



Kekja edit sendiri guna template di Canva. Simple je macam tuan dia. Eh? heheeee. Di samping itu, rasa termotivasi lah kan siap ada jadual bagai. Produktif sangat! Hahah lol. Sepertimana Kekja selalu sebut, favorite quotes dalam menyiapkan tugasan (assignment) yang selalu sangat bertimbun. 


" IT ALWAYS SEEMS IMPOSSIBLE UNTIL IT'S DONE"


This one kalau ada yang nak guna. boleh DOWNLOAD & PRINT FOR FREE!



KLIK GAMBAR


Rabbi yassir wala tu'assir, rabbi tammim bil khair. 
Ya Allah Kau permudahkanlah urusan kami, jangan Kau sulitkan. 



.

Read More

Senarai Peserta Segmen Bloglist Pertama By Faezah Mdnor

Monday, 3 May 2021

1 comment

 



Terima kasih diucapkan kepada semua sahabat blogger yang support segmen ini. Tak sabar nak blogwalking entri korang ni!






SEGMEN TELAH PUN TAMAT. NANTIKAN PENGUMUMAN 5 SAHABAT BLOGGER SEBAGAI BLOGLIST BARU BLOG KEKJA! 

Read More

Study Playlist (study/relaxing/meditation)

Saturday, 1 May 2021

2 comments

 


sumber youtube.

Di sini Kekja nak kongsi beberapa playlist yang menenangkan dan rileks-kan minda. Most of the time, Kekja dengar bacaan ayat suci Al-Quran (that's the best meditation for the rest of life) oleh qari kegemaran iaitu Saad Al-Ghamdi. but sometimes, dengar juga bacaan qari yang lain sebab semuanya merdu dan menenangkan. My favorite surah are Surah Ar-rahman, Al-waqiah, Al-mulk, & Al-Kahfi. but still at another one time, to avoid listening to lagu jiwang, kpop and so on. Alhamdulillah I found this music. Which is so calm and relaxing my brain muscle (kemain.)
.
credit to youtube. here's my playlist :

1. Study sleep relax music - https://www.youtube.com/watch?v=FjHGZj2IjBk
3. Focus on study (Rain Sound) - https://www.youtube.com/watch?v=HmH4W8JOifg

.
Kekja suka music yang slow. Ada certain orang, eh nope, mungkin kebanyakkan orang akan mengantuk mendengarnya. Tapi Kekja tidak begitu huhu. I feel calm, relax and more focus on what I want to do at that particular time. Kecuali masa tu memang mengantuk nak tidur, then I will sleep. But if masa tu just nak rasa tenang buat kerja, this type of music doesn't make me feel sleepy. 
.
Sharing this because it's meant a lot to me. 
.


Read More

Segmen Bloglist Pertama by Faezah Mdnor

Friday, 30 April 2021

33 comments

 



Assalamualaikum hai guys! dah bertahun-tahun berblog tapi ini kali pertama Kekja buat Segmen Bloglist! Kini tiba masanya untuk mencari 5 orang sahabat blogger pilihan Kekja sebagai bloglist baru yang akan dipaparkan pada sidebar blog Kekja. 5 blogger bertuah itu, Kekja akan review blog diorang! Segmen ini bermula pada 1 May dan tamat pada 10 May 2021 , jam 11.59pm. (10 hari sahaja)


Syarat penyertaan :

1. Follow blog ini.
2. Follow instagram fzhmdnr &  artotes.co 
3. Buat satu entri di blog anda bertajuk " Segmen Bloglist Pertama by Faezah Mdnor" sertakan gambar banner seperti di atas dan link kan kepada entri ini.
4. Tinggalkan URL entri blog anda di ruangan komen.

/
Jom join ramai-ramai. Good luck!






Read More

Detox Your Day with Kekja!

Wednesday, 28 April 2021

3 comments



Boleh dikatakan ini adalah salah satu rutin Kekja yang Kekja suka gils! - disebut juga sebagai keperluan hidup. Sebagaimana semalam, Kekja off dari instagram & tiktok. Kenapa instagram dan kenapa tiktok? Sebab dua platform ini sahaja kalau Kekja start buka apps tu auto rasa nak baring and scroll sampai puas. Kadang rasa sekejap je, tahu-tahu dah petang. Okay bila dah sedar keadaan macam tu. I need to do something...

Kebanyakkan hari, Kekja layankan je mood nak buat apa. bermalas-malasan and sebagainya. Tapi ada satu hari yang Kekja akan off from everything "junk". Ala macam junk food lah tapi yang ni "junk activity" which is scroll social media. lol aktiviti ini tidak sihat. jangan buat selalu, nanti jatuh sakit hehek. Selalunya isu ini menghantui hidup anak muda bujang contohnya saya, uuuu mudanya. HAHAHA. dan yang kelas online dalam bilik tidur. Sila istighfar. (sebab boleh sgt kalau buka kelas kat laptop lepastu sambung tidur. so yah, you deserve to reward yourself sebab pergi kelas walaupun kadang tak mandi dan alhamdulillah ada ilmu yang dapat diserap - atleast.)

Aktiviti yang Kekja lakukan bila off dari socmed?

For this time, FOKUS SIAPKAN BIG ASSIGNMENT. Clear your mind from everything and start your work. Buat sampai siap! Alhamdulillah dah setel 3 assignment semalam, siap submit terus!! Seterusnya, Kekja FOKUS PENGURUSAN DIRI. Basuh baju, sidai baju, kemas bilik and apa-apa sahaja yang selalu tertangguh tu. Sila lah siapkan. Buat sampai siap! Sebab tu mention besar-besar FOKUS. Bila fokus means wajib siapkan 100%. No more tangguh dah. 

Pada Kekja, rutin ni best! Just pick ONE DAY ONLY. anytime yang awak rasa sesuai untuk FOKUS 100% TO FINISH IT. and mostly pada pekerjaan yang awak suka tangguh sebab awak tak suka buat benda tu tapi kena buat jugak. yep.

So just pick one day and EAT THAT FROG! --- omputih kata eat that frog = perkara yang paling sukar dilakukan (memang susah pun kan nak makan katak? HAHAH)

Nak buat detox day pun kena ada tujuan jugak. detox untuk apa, dan apa aktiviti atau perisian hari tersebut?  - "You know when you need to do this."
.
Siapa buat camni jugak? Kita geng. 


It always seems impossible until it's done. 


Read More

Tips Mudah Faham Baca Journal by Kekja

Thursday, 22 April 2021

3 comments

2.59 am - Malaysia


#TipsBudakSains #SainsKimia

Mata segar bugar selepas meneguk segelas air green tea. Kekja bukan seorang yang stay up malam. Tapi hari ini, minggu ini, Kekja banyak kejar due sebab assignment bukan satu tapi seribu (hiperbola di situ). Ini merupakan pertama kali jugak Kekja dapat tugasan untuk baca beberapa journal. Minimum 15 journal sebagai references. Ofkoslah Kekja buat yang paling minimum itu. cukuplah 15 journal sahaja ok. *pengsan

Habis sahaja tugasan yang ini, Kekja fokus pada proposal Final Year Project pula (masih membaca journal). Cepat betul masa berlalu, tiba-tiba kena gendong FYP. Di kesempatan ini, Kekja nak kongsi cara mudah faham untuk baca journal. First impression kebanyakkan pelajar bila sebut baca journal atau artikel, umpama baca kamus dewan. Lepastu tak faham. Betul lah pepatah melayu, tak kenal maka tak cinta. Sebab kita tak kenal lagi cara penulisan journal dan gaya bahasa. Melayu mudah menghukum (bukan isu perkauman tapi itulah kenyataan)

Sejujurnya Kekja lebih prefer baca journal secara hardcopy sebab boleh highlight and conteng nota. For those yang ada tablet/ipad, it's better lah berbanding baca journal dekat phone atau laptop. sebab tablet/ipad boleh conteng-conteng. // Cukup mukadimah itu.


Let's go with the tips!

PRIORITY TO READ : ABSTRACT , INTRODUCTION, CONCLUSION

di situlah letaknya kata kunci yang korang perlukan. dari segi objektif dan penyataan masalah semuanya ada kat situ. semestinya setiap kajian adalah untuk menambahbaik sesuatu isu atau masalah. So, di dalam ABSTRACT, INTRODUCTION & CONCLUSION mengandungi perisian tersebut.

nak ingatkan jugak, incase nak print journal. Tak perlu print the whole journal. Membazir! Print bahagian ABTRACT, INTRODUCTION & CONCLUSION sahaja!


Goodluck and keep going on your reading. 
See you next post!


" Reading is also a journey. Make sure you enjoy your journey. "


Read More

GIVEAWAY RAMADHAN BY SHFYQHAZHR.COM

Wednesday, 21 April 2021

5 comments

9 Ramadhan 1442H


Jom join giveaway ini (KLIK BANNER)

/
So, here we go " Impian Raya Kekja 2021 " 

Seperti tahun lepas, kita semua menjalani PKP which is tak boleh rentas pintu rumah pun kecuali beli barang dapur. Semua orang beraya kat rumah sendiri dengan insan-insan yang sempat bersama. Yep, begitu juga tahun ni. Tetapi syukur tahun ni boleh rentas daerah. Kekja beraya di Pahang. Impian Kekja untuk raya tahun ini, at least dapat beraya dengan saudara mara di Pahang. At least kitorang boleh bersama-sama sambut raya pertama. Alamak sebak pulak rasa sebab sangat teringin untuk bersama ramai-ramai sambut raya pertama. Beratur panjang salam bermaafan. In shaa Allah semoga impian kecil ini tercapai, jika itu yang terbaik untuk kami semua.

Jika ditanyakan apa impian Kekja pada diri sendiri? Kekja nak masak untuk raya tahun ni. wow! Kekja nak belajar masak rendang, dan juadah raya. Kalau boleh fully juadah raya tu semua Kekja yang masak. perghhhhh. In shaa Allah itulah impian Kekja untuk raya kalini. Terasa ingin melangkah ke fasa yang baru. eh apa tu? nak kahwin ke? Hahah. taklah, fasa dewasa dan berdikari. walaupun sejak wabak melanda, Kekja memang duduk dengan family tapi Kekja lebih suka urus hal sendiri. Kalau Kekja rasa itu tanggungjawab Kekja, then I'll do it. Jika tidak, don't bother about it. Memandangkan Kekja juga student degree online. Belajar untuk bahagi masa dan keutamaan setiap hari adalah sangat penting. Jauh lebih penting adalah mental health. 

Anyway, goodluck for those yang join giveaway ini! See yah!
.


Read More

Contest #Luckyblog by AO

Thursday, 15 April 2021

6 comments

 hai guys, dah lama tak bercontest!



Jom ramai-ramai join contest by Alien Oren. Btw, saya kenal AO di instagram sebab masa tu tengah cari kenalan blogger untuk tanya-tanya dan tambah ilmu pasal template blog. Alhamdulillah jumpa orang yang tepat hehe.. Saya sangat suka berblog sebab semua kenalan blogger peramah, humble and friendly. If berminat untuk join, just KLIK GAMBAR BANNER.

 Selamat bercontest and goodluck semua!

Read More

Online Event (template) by Kekja

Saturday, 27 March 2021

No comments

this one latest! saya baru je dikurniakan ilham untuk buat template Event (Online). Tak dilupakan, banyak jugak event seperti webinar yang wajib disertai. Aktiviti dan program-program yang menyumbang kepada markah Merit. So here, saya simpan kat sini. 


Boleh downlad & print template di bawah ini :

EVENT (ONLINE) : pdf 03

.
See you next post!

Read More

Online Class Organize by Kekja

Tuesday, 23 March 2021

No comments
Another tips nak share untuk rujukan masa depan adalah pengurusan kelas online. Ini yang saya buat bermula kelas online pertama saya iaitu pada semester 2 (degree) - now dah masuk semester 4. so this one, saya buat untuk semester 4.


file pink diperlukan. 


hanya dua template sahaja yang Kekja gunakan. 
Kuliah Journal (Online) & Assignment List. Ingat! tak semua benda perlu letak dalam otak, sila catat! berfikir terlalu banyak untuk usia yang kian meningkat ni, bahaya untuk kesihatan (sukahati je kan, tapi betul) so, sila catat! bila dah catat tu, tak payah dah la fikir. kalau lupa, sila rujuk catatan sendiri! untuk diri sendiri juga kan. gitew


untuk Kuliah Journal (Online) setiap helaian seterusnya saya letak kata-kata semangat gitew! setiap kali nak catat kelas harini, terbaca kata-kata semangat. sweet je kan. ehek dah besar ni, takde siapa nak push kau, nak bebel bagi motivasi. be the best for yourself okay? barai pun pujuk sendiri, semua sendiri lah. HAHA

.
HOW IT WORK!







\

di sini, saya bagi template free-free je. boleh download dan print! selamat ber-kelas online!

Kuliah Journal (Online) : pdf 01 , pdf 02

Assignment List : pdf 01


example : WEEK 1 OF SEMESTER 4 



See you next post!
Read More

Dean list! (Semester 3)

Friday, 19 March 2021

No comments

 It's always seems impossible until it's done - Nelson Mandela


dua hari sebelum bermula sesi pembelajaran online Semester 4


aku suka dihargai. suka rasa diri dihargai, disayangi. suka akan kejutan. suka coklat, suka bunga, suka bagi hint nanti belikan ek. hahaha.ok dan suka bersorak untuk sekecil-kecil kejayaan yang telah daku kecapi. suka untuk terus bermimpi dan mencapai sekecil-kecil mimpi. apa yang membuatkan hati terdetik untuk meraikan kali ini, adalah sebab ini merupakan kali pertama aku dapat dean list! walaupun bukan straight A, bukan 4 flat. Tetapi untuk mencapai dean list, sangat jauh dari mimpi. sebab mimpi pun tak pernah. Ya, saya tak pernah mengimpikan dean list / 4flat. Jadi, saya belajar untuk apa?

Saya belajar untuk ilmu. Saya belajar kerana menuntut ilmu adalah suatu ibadah. Result adalah rezeki. Semoga sepanjang umur ku, di penuhi dengan ibadah kepada Allah. Terus melakukan perkara yang Allah suka. dan tidak lupakan juga, selalu beringat bahawa ilmu dan kefahaman itu datangnya dari Allah swt. Mintalah padaNya selalu.

Untuk pencapaian ini, tidak dilupakan ibu bapa yang selalu mendoakan. Kawan-kawan seperjuangan sangat dihargai dan didoakan selalu, in shaa Allah. begitu juga pensyarah yang berhati mulia. sangat bertolak ansur dengan student memandangkan kelas online. Pelbagai rintangan terutamanya line problem ketika hendak menghantar skrip jawapan. Allah sahaja yang tahu debaran, keringat peluh. Sangat bersyukur bila pensyarah boleh bertolak ansur, masih menerima skrip jawapan walaupun sudah terlajak masa dek kerana line internet yang bermasalah.

Tidak dilupakan ketika final week, saya ditinggalkan. Sedihnya saya, sakitnya perasaan saya. Hanya Allah yang tahu. Saya menangis, saya hilang semangat. Tetapi saya pilih untuk tetap teruskan. Allah menguji saya ketika itu, dengan penilaian manusia terhadap saya. Terlalu banyak perkara membuatkan saya rasa hilang keyakinan diri. Pada mereka, mungkin itu tiada erti apa. Tetapi pada saya, iainya suatu hal yang besar. 

Maka dengan itu juga, saya membuat keputusan yang besar. Jika jatuh saya kerana manusia, adalah lebih elok untuk saya singkirkan mereka dari kehidupan saya. Dengan itu, saya rasa jauh lebih baik.
Saya bukanlah seperti yang mereka katakan. In shaa Allah saya juga akan pastikan bahawa saya akan terus melangkah jauh, terbang tinggi.

" Fly high until they can't catch you. Fly high until they seems small from above"

here, a little celebration for you Faezah. 
Keep inspired yourself and shine like you always do.



tidak dilupakan, sambutan ini juga bersama adik tersayang. Tahniah dik dekan untuk kali kedua rasanya. Tak sangka adik saya bijak matematik. (Diploma Sains Matematik). Semoga terus berjaya dalam hidup mu.





Terima kasih Ya Allah untuk rezeki ini :)

Read More
Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co