Jauh & Sembuh

Monday 27 November 2023

No comments

 Banyak yang aku luah pada Tuhan

tentang sakit hati yang kau torehkan.


bukan untuk kau dibalas,

tetapi untuk aku disembuhkan.


kerana sejak awal aku tahu

yang melukakan itu kamu.


dan aku kembali merintih di hadapan Rabbku,

menunding jari menyalahkan kamu

seperti anak kecil yang meminta dipujuk.


namun sedikitpun aku tak mampu membalas semua itu,

dan di saat aku jauh,

aku belajar untuk sembuh.

Read More

Gerak Ke Depan

No comments

 Jangan kembali kepada apa yang kamu sudah tinggalkan

Demi menuju ke hadapan.


Kerana ketahuilah,

sekiranya perkara itu baik, sudah tentu kamu gerak bersamanya,

namun kerana hal itu tidak baik,

maka kau pergi dan meninggalkannya.


Percayalah, 

persinggahan di hadapan sana adalah jauh lebih baik

jauh lebih indah

cukup kamu sabar, ikhlaskan dan percaya

bahawa yang indah itu wujud :)

walau sementara.

Read More

Moving On Is A Process

Saturday 25 November 2023

No comments

sama ada bergerak dari suatu fasa ke suatu fasa yang lain, 

mahupun bergerak ke depan meninggalkan perkara yang tidak lagi tertulis untuk kita,

ianya adalah sebuah proses.


saya tahu ianya berat dan saya tahu ianya tidak semudah yang kita sangka, 

tetapi tetaplah percaya bahawa ada sinar yang menanti kita.


duduk termenung membiarkan angin menyapa tubuh,

helaian tudung dan baju kurung melambai halus,

sebaris senyuman tabah terukir dibibir mulus, 

helaan nafas yang sedikit berat mula dihembus,


dan lirik lagu Bukan Cinta Biasa- Siti Nurhaliza sudah menjelaskan segalanya.

Terima kasih Dato' Siti, di atas karya lagu ini

ianya memberi seribu makna

dalam apa yang sedang dijalani sekarang ini


If "moving on" is a process, you will be arrived soon. in shaa Allah. 


Tak perlu dipaksa, Tak perlu dicari

Kerna ku yakin ada jawabNya

.

Andai ku bisa merubah semua,

Hingga tiada orang terluka,

Tapi tak mungkin,

Ku tak berdaya,

Hanya yakin menunggu jawabNya.


#SedetikKehidupan 


Read More

Si Penulis

Thursday 23 November 2023

1 comment

 terkadang aku menulis seperti aku saja yang wujud di dunia,

seperti aku saja yang membacanya.


Read More

Cinta.

No comments

 aku, sejujurnya tidak pernah menyesal mengatakan semua itu

kerana itulah yang sebenarnya yang aku rasa,

untuk apa aku tipu, 

itu adalah aku.


namun belum tentu kau mampu memegang aku,

kerana aku terlalu panas untuk kamu yang sejuk,

aku terlalu nyaman untuk kamu yang kusut,


aku hanyalah aku,

dan hanya mampu bersama yang sudi menerima aku,

melihat aku seperti madu,

walau terkadang aku terlupa meletak gula di dalam kopimu.


itu aku, 

dan selamanya aku


andai kau tahu kasut yang aku pakai,

pasti kau hormati sikapku begini


kau tidak dikasutku

dan aku tidak dikasut kamu


hanya bila kita menerima hal itu,

pasti semuanya baik-baik saja.


maka terima sajalah aku,

apa adanya

dan begitu juga aku, 

harus menerima kamu segalanya

"jika kamu yang aku mahu."

dan "jika aku adalah pilihanmu."


Read More

Apa.

No comments

 Mustahil untuk aku mengagumi kamu,

tetapi benar,

bersama kamu itu nyaman ya?

Read More

Panduan Mengisi Permohonan Jawatan MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

Monday 13 November 2023

2 comments
Dipagi hari yang indah, aku mengisi masa dengan memohon jawatan di Majlis Peperiksaan Malaysia. Maka dengan itu, aku berkongsi juga di sini untuk rujukan bagi yang memerlukan panduan ini.




untuk sekarang, ada jawatan kosong yang boleh dipohon sehingga 16 November 2023. Tempoh yang sangat singkat, semoga sempat ya!

Berikut adalah cara memohon : 


2. Log masuk sebagai pendaftar baru (bagi yang tidak pernah daftar akaun MPM)

3. Tekan Mohon pada jawatan kosong yang tertera.

4. Bagi bahagian Kepantasan Menaip (Bahasa Melayu), korang boleh tekan link ini :


Kepantasan Menaip (Bahasa Inggeris), tekan link ini: 


kat situ akan terus dapat berapa (p.s.m) = perkataan se minit / (w.p.m) = word per minit

5. Untuk gambar passport, tidak boleh melebihi 20kb jadi korang boleh compress image to 15kb guna link ini :



5. Yang lain-lain bahagian boleh isi macam biasa. hehe itu saja!

/


Semoga beroleh kejayaan!

Read More

It's 24

Thursday 9 November 2023

2 comments

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang





" Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)".

Surah Maryam, ayat 33




Happy birthday dearself :)

/

Read More

Fight Your Fear

Tuesday 7 November 2023

No comments

1. Jangan takut untuk gagal.

2. Jangan takut untuk jatuh.

3. Jangan takut untuk mencuba.

4. Jangan takut untuk mencuba lagi.



kamu mungkin jatuh berkali-kali 

tetapi bangkitmu pasti bererti.

Read More

Segmen #SuaraBlogger

Wednesday 18 October 2023

6 comments


Klik dan save gambar banner!


pasti ada di antara blogger menantikan kempen/segmen untuk kita saling bersuara isu semasa ini. 

ada tak terdetik di hati korang rasa tiada tempat yang tepat untuk meluahkan isi hati tentang kekejaman yang ditanggung rakyat Palestine? Kalau nak buat post pun kena fikir tajuk. atau taktahu nak start dari mana. ok ini segment-nya untuk kita

Cara Sertai Segmen :

1. Save & Post gambar banner (backlink kepada entri ini)
2. Tulis satu entri post bertajuk : Segmen #SuaraBlogger
3. Tag dua orang rakan blogger
4. Letak link entri penyertaan di ruangan komen sebagai tanda solidariti!

Kekja tidak melancarkan kempen sebab segmen lebih mesra alam. heheh kita santai tetapi ada mesej ingin disampaikan. Tajuk entri pun santai, siapa yang membaca akan tahu isinya!


Terkadang asbab bersegmen, jumpa ramai lagi rakan blogger dari seluruh dunia dan kenalan kita berkembang kan?

"Segmen ini adalah untuk menyuarakan penentangan, berkongsi segala maklumat benar (yang kita tahu) , sejarah negara Palestine (sebab google hampir pupuskan sejarah itu), segala isi hati (apa yang selama ini ingin disampaikan kepada dunia tentang isu ini)."

Kali ini kita gerak bersama.
(Usaha, doa dan tawakal)

"One article is enough than never."

Selamat bersegmen! 


Read More

Mawar Berduri

Sunday 15 October 2023

1 comment
jika ianya indah
maka simpanlah

tidak ramai tahu menghargai
tidak semua layak memiliki

mereka kagum
namun tidak semestinya mereka tahu menjaganya

benar, kau mawar
perhiasan dunia

kerana yang kau dambakan
bukan dunia
tetapi

redhaNya. 
Read More

You.

Wednesday 11 October 2023

No comments
 

and I read your love

by your effort to success in your life


and I will always be your strong-back bone,

to hold you,

so that you can stand again.

(in shaa Allah)


I hope you know,

how much I'm in love again and again

everytime you choose your time to achieve your dreams.


I will be here,

praying..

cheering.. 

for you. 

Read More

Cara Rebus Telur Kulit Tak Melekat, Mudah Kupas & Licin!

Tuesday 26 September 2023

3 comments
Siapa kat sini stress bila nak kupas telur rebus, dengan telur putih pun ikut sekali. Akhirnya tinggal telur putih berlubang lekuk. Geram kan? buruk dah nak hidang laksa pada tetamu heheh

Okay lepas baca post ni, kira selesai la masalah tu ya. 


cantik je kan kulit pisah dari telur putih tu. #sayasudahandabilalagi 

Caranya : 

1. basuh telur ayam.
2. masukkan telur + air ke dalam periuk (air melepasi paras telur, biar dia lemas)
3. buka api sederhana besar.
4. isi GARAM satu sudu teh/hujung table spoon. 
5. tunggu sehingga mendidih dan merekah sikit kulit dia (kira dah masak dah tu!)

# boleh juga angkat telur lepastu kalau air kering dengan cepat (0.01saat) pada permukaan telur, maksudnya telur dah masak. 

6. Tutup api.

*Alih telur ke dalam mangkuk lain yang berisi air paip supaya dia cepat sejuk untuk di kupas segera. 

/

Itu saja. Selamat mencuba!



Read More

Pretzel Coklat Melimpah

Monday 18 September 2023

2 comments

 Siapa kat sini pencinta coklat? *me : menaip sambil angkat tangan sebelah.


Sama! sampaikan Kekja tulis entri ni khusus untuk pencinta coklat! 



because I bring to you, a little bit of happiness. 

.

siap share link. anda di jemput menikmati secebis bahagia bersama. hehehk

and you can thank me later~

/


Read More

Pengumuman Pemenang Giveaway #2

Friday 15 September 2023

6 comments


Ar-Ra`d:11 -... Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

12 tahun berblog, sama seperti 14 tahun taekwondo, 7 tahun bersama hobiku ARTOTES dan masih.

masa berlalu, alhamdulillah ilmu ditimba, pengalaman bertambah dan kenalan meluas. Terima kasih kepada semua bloggers  yang masih sudi support Kekja dan yang baru sampai di sini. Salam perkenalan!

 Sebenarnya Kekja sedang mencari inspirasi, untuk meneruskan langkah yang masih berbaki. Kekja pun taktahu nak start dari mana. Di sini ke? Di  sana ke? Keliru, celaru. Tapi takpe, Kekja belajar dan dengan perkongsian satu ayat dari sahabat bloggers. Membuka sedikit demi sedikit ruang untuk Kekja terus mengorak langkah. Terima kasih hadir dalam hidup Kekja (asbab giveaway ini) hehe..

/

Kini tiba masa pengumuman pemenang!

Pemenang pertama : Blogger Syafiqa Hatta
Pemenang kedua : Blogger Kakmim
Pemenang ketiga : Blogger Nasuha

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan! para pemenang di jemput tuntut hadiah selaju mungkin hehe, whatsapp Kekja (011-19945954) 
.
kepada yang belum menang takpe, semoga setiap perkongsian mendatangkan manfaat kepada setiap yang membacanya. In shaa Allah!
.
see you next post!


Read More

Sembunyi

Friday 8 September 2023

1 comment

Bersembunyilah

sehingga kau akan di jumpai lagi

nanti..

Read More

Dapur Kekja : Sagu, Santan dan Gula Melaka

Saturday 2 September 2023

2 comments

Bila hujan petang, mula lah Kekja mencari manisan. Haritu buat bubur tepung. Harini buat Sagu Gula Melaka! ok jom. 

Bahan :

1. Sagu
2. Gula melaka
3. Santan
4. Garam + Daun Pandan (6helai)


Cara masak :

1. Sagu

lalukan sagu sekejap pada air paip. jangan rendam/ lama sgt nanti kembang. no! kejap je basuh. - ok letak tepi.

panaskan air (kuantiti air lebih sedikit dri kuantiti sagu) + daun pandan 2 helai (koyak dan simpul mati + garam 1 sudu teh. 
tak perlu tapis sbb kita nak dia melekat lekit penuh dalam mulut. 

apabila air rebusan dah membuak mendidih , biarlah didih lama sikit dan titiskan pewarna kehidupan sekiranya inginkan keceriaan. LOL kekja titis sirap ros je dah cukup. 

kemudian baru masukkan sagu. kacau sehingga sagu kembang dan melekit. dah kental/kenyal boleh tutup api. 

terus basuh segala periuk sudip semasa panas (dah sejuk nnti susah kanji dia melekat nak sental pergh)

siap untuk sagu. next!


2. Gula Melaka

masukkan gula melaka sehingga penuh satu cawan. masukkan gula tersebut dlm periuk + daun pandan dua helai koyak simpul mati + air dua cawan tadi. biarkan mendidih sehingga pekat (bukan hangus mahupun terlalu pekat. you know it right?)
lepastu boleh tutup api, tunggu sejuk dan transfer dalam bekas.

siap. next!

3. Santan

masukkan santan 1kg + daun pandan 1 helai koyak ikat + air panas setengah cawan + garam 1 1/4 sudu teh. 

kacau sehingga santan cair (selalu guna yg beku) tutup api sebelum santan mendidih. sila noted! jangan sampai mendidih. cukup santan sebati dgn air. gitula. ok siap!

ps # santan dan gula melaka tunggu sejuk baru transfer masuk bekas.

kecuali sagu kena terus masuk bekas dia dan tunggu sejuk, baru masuk peti ais.

/

Siap! tahniah yey jom segarkan tekak pepetang heheh

Read More

Custom Made & Printing Service Murah Malaysia

Tuesday 29 August 2023

No comments
Salam sejahtera warga Malaysia. Ini merupakan jemputan rasmi untuk memeriahkan vibes merdeka bersama ARTOTES.CO 

Diskaun RM8 untuk setiap produk sempena bulan Ogos (bulan kemerdekaan)!

Disertakan bersama adalah contoh order custom yang Kekja pernah buat. Feedback pun ada selitt. *excited pls!!







dan banyak  lagi di instagram : @artotes.co


Read More

Kau Duniaku

Monday 28 August 2023

2 comments

di setiap detik waktu

aku menarik nafas kaku


menelan setiap rasa rindu

melelap mata dan membiarkan semuanya berlalu


esoknya juga begitu

dan hariku tetap berlalu


andai kau sudi,

janganlah pergi dulu


marilah berani untuk saling percaya,

cinta itu masih milik kita


melepaskan rasa melalui tulisan ini

adalah cara ku mengagumi dan merindui 


terimalah sebuah puisi hanya untuk kamu


cukuplah kau tahu,

Engkaulah duniaku.

Read More

Senarai Peserta Giveaway #2

Monday 14 August 2023

3 comments
                                              [ Klik SINI untuk join! ]

Jap. Terharu..

Thank you semua blogger yang sudi join giveaway Kekja! Tak sangka masih ada sambutan :') Semoga dipermudahkan segala urusan aokme. Aamiin ya Rabb. Salam perkenalan kepada yang baru menjejakkan kaki di blog Kekja. In shaa Allah di kesempatan waktu, Kekja balas kunjungan blog ya!

Senarai Peserta Giveaway :

1. https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/08/giveaway-12-years-blogging-by-faezah.html

2. https://ladydini.blogspot.com/2023/08/giveaway-12-years-blogging-by-faezah.html

3. https://www.ceritamak.com/2023/08/giveaway-12-years-blogging-by-faezah.html

4. https://www.shikinrazali.com/2023/08/giveaway-12-years-blogging-by-faezah.html

5. https://salinasafea.blogspot.com/2023/08/giveaway-12-years-blogging-by-faezah.html

6. https://thejagungspirasi.blogspot.com/2023/08/giveaway-12-years-blogging-by-faezah.html

7. https://sharhanah.blogspot.com/2023/08/giveaway-12-years-blogging-by-faezah.html

8. https://www.travelogsyuhadasalleh.com/2023/08/giveaway-12-years-blogging-by-faezah.html

9. https://www.siinurul.com/2023/08/giveaway-12-years-blogging-by-faezah.html

10. https://www.syaznirahim.com/2023/08/GABYFAEZAHMDNOR.html

11. https://aniesandyou.blogspot.com/2023/08/giveaway-12-years-blogging-by-faezah-md.html

12. http://at-tarmizi.blogspot.com/2023/08/giveaway-12-years-blogging-by-faezah.html?m=1

13. https://mummyayu.blogspot.com/2023/08/giveaway-12-years-blogging-by-faezah.html

14. https://www.kakmim.com/2023/08/giveaway-12-years-blogging-by-faezah.html

15. https://www.sheilaarshad.com/2023/08/giveaway-12-years-blogging-by-faezah.html?m=1

akan diupdate sehingga tarikh tamat giveaway. 

Read More

Giveaway 12 years Blogging by Faezah Mdnor

Friday 4 August 2023

15 comments
                                              ﷽
                                    

*nervous* dah lama tak buat segmen/giveaway. Tujuan giveaway ini secara tidak langsung ingin memperkenalkan website shop www.byfaezahmdnor.com memudahkan pembelian produk artotes. Sebak jap artotes dah ada website *tsk tskk. seperti poster artotes di sidebar sebelah kanan, tekan poster kan direct ke link website! camtuhh. Disini Kekja dengan rendah hati, ingin menjemput para bloggers di Malaysia untuk menyertai giveaway ini! 

tak feel giveaway jika tiada cabarannya! di bawah ini merupakan syarat penyertaan : 

1. Wajib follow blog ini.
2. Follow instagram @fzhmdnr @artotes.co @walldecormy
3. Post gambar poster di atas dan backlink kan pada entri ini.
4. Tuliskan satu sahaja quote/quran verse that always make your day & the reason for you to stay alive! 
5. Letak link entri penyertaan korang pada ruangan komen di bawah.


Hadiah menanti :

Pemenang pertama : Custom name bag ditaja oleh @artotes.co di website shop www.byfaezahmdnor.com (Boleh pilih nak produk apa, nak custom nama/quote apa)

Pemenang kedua : Wall Decor Art Jawi Foamboard ditaja oleh @walldecormy

Pemenang ketiga : Hadiah misteri mueheheh

#Notis : Pemenang di pilih oleh Wheel Of Names. // sebab kalau Kekja pilih, nak pilih semua yang join  (T.T)
/

Selamat ber-giveaway! Goodluck semuaaa. 
Read More

Dapur Kekja : Cornflakes Madu Raya (Oven)

Sunday 30 July 2023

No comments

 Kembali dalam segmen Dapur Kekja. Segmen berkongsi resepi-resepi yang Kekja pernah try buat dan menjadi! hahahah. Kekja jaranglah rajin tapi gitulah, ada jugak hasilnya. hahah



Okay hai. sorry Kekja peram lama resepi ni. Patutnya Kekja update waktu raya #2022 haritu. Lepastu masih belum adapt penatnya drive sendiri, kerja, sampai rumah kena tolong kemas rumah, tolong masak untuk raya (zaman internship). at first memang semput, lelamaaaa okay (lama juga berbulan lol) . In shaa Allah. dan akhirnya Kekja decide lepas habis intern kita sambung sikit-sikit entri yang tertunggak. So this one, antara entri yang tertunggak. so jom! Kuih raya kegemaran Kekja! yang selalu berebut dengan member bila pergi beraya sesama.

#Update : Kekja masih buat kuih ni raya 2023 heheh


Bahan masak : 

1. Madu (1/4)
2. Cornflakes
3. Gula pasir 1 1/2 sudu besar
4. Butter cup (1/4)


Cara masak : 

1. Cairkan butter
2. Masukkan madu.
3. Masukkan gula kacau sebati larut.
4. Tuang sebatian itu kepada cornflakes hancur
5. Gaul sebati.
6. Masukkan dalam cup warna-warni Aidilfitri.
7. Masuk dalam oven api atas bawah (150 darjah celcius) selama 10-15minit.

ok dah siap bye!



Read More

Dapur Kekja : Ayam Masak Halia

No comments

Resepi seterusnya adalah Ayam Masak Halia. Bahan simple pun boleh makan tengahari sesedap!

Bahan : 

1.  Ayam siap potong  
2. Bawang putih 
3. Halia
4. Cili padi
5. Sos tiram
6. Kicap manis

Cara masak :

1.  Basuh ayam. Gaulkan bersama kunyit, garam, serbuk kari.
2. Panaskan minyak, goreng ayam!
3. Api kecil dan sederhana, supaya ayam tak terlalu garing. Tapis, letak tepi.
4. Tinggalkan sedikit minyak untuk tumis bawang putih cincang halus sehingga naik bau.
5. Masukkan halia, ayam goreng, sos tiram, kicap manis, cili padi.
6. Masukkan sedikit air / (air + tepung jagung satu sudu the) kalau nak bagi kuah dia pekat.   
7. Gaul sebati, siap!

Atau korang boleh rujuk juga Resepi Che Nom untuk menu masakan ini! Siap ada video sekali.

Read More

Indeed

Monday 17 July 2023

No comments
" dan sesungguhnya, tiada cinta tanpa pengorbanan."
Read More

Dapur Kekja : Sayur Campur Telur Goreng

Saturday 8 July 2023

No comments

Hampir suapan terakhir baru teringat takde gambar, nanti nak post cemana heheheh. Maka terhasil lah gambar ini. Simple sharing dari Kekja, jom!

Bahan masak :

1. Telur - 3 biji
2. Bawang putih - 5 ulas (cincang)
3. Carrot - 2 batang (potong sfera)
4. Daun ketumbar - 4 tangkai (cabut daun sesatu hehe) 
5. Perencah Secukup Rasa - 2 sudu teh
6. Garam - 3 cubit 


Cara masak : 

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga coklat
2. Pecah dan masukkan telur 3 biji. Biarkan sekejap, kemudian baru gaul (supaya telur tak begitu hancur)
3. Masukkan sayur (carrot) nak letak sayur lain pun boleh asalkan makan. Carrot segar sedap rasa manis!
4. Masukkan daun ketumbar (sedap bau ketumbar guys hehehk)
5. Masukkan perencah secukup rasa dan garam.
6. Kurang rasa, boleh tambah perencah. Kurang garam, tambah garam. 
p/s : nak pedas boleh tambah cili padi yey.

Masak sehingga sayur masak/layu!
Siap!

.
Style masak Kekja semkin simple dan semakin membujang ya hahaha lol
Selamat menjamu seleraaaaaaaa!

Read More

Cara Daftar i-Akaun KWSP

Wednesday 5 July 2023

No comments
Selamat datang ke dunia pekerjaan. Melangkah ke suatu fasa kehidupan. Kekja nak kongsi sedikit ni, semoga dapat memudahkan urusan mereka yang baru pertama kali nak daftar i-akaun kwsp iaitu Apps yang korang boleh install dekat phone supaya korang boleh monitor ada masuk tak potongan KWSP/EPF pada slip gaji itu ke dalam akaun KWSP korang. 

Sebab ada kes yang KWSP tak masuk dalam akaun. Jadi, lebih baik daftar i-akaun dan tengok sendiri supaya tak kalut di kemudian hari. In shaa Allah!

                                        Pejabat KSWP, Segamat Johor. 

Pergi ke Pejabat KWSP yang berdekatan, Kekja pergi di Segamat. (lokasi boleh google maps terus sampai!)

Dokumen yang diperlukan : Kad pengenalan dan ibu jari anda.

Cara daftar i-akaun KWSP/EPF : 

1. Pergi kat kaunter, bagitahu nak daftar i-akaun kali pertama.
2. Nanti dia suruh isi borang. Pastu serahkan semula borang.
3. Anda akan diberi nombor giliran, sila menunggu.
4. Nombor giliran dipanggil. Serahkan borang dan scan ibu jari. Cop jari kanan kiri.
5. Salinan NO.EPF. Simpan elok yang ni!

                                           (Borang yang perllu di isi)


Apa yang perlu buat selepas itu?
/
1. Install apps i-akaun 
2. Tekan daftar untuk kali pertama.
3. Isi ID : NO.EPF dan password 
4. Log in semula. Siap!

.
itu saja Kekja nak share. bukan apa, Kekja pun nanti tak ingat dah. Kawan-kawan boleh rujuk sini tau. hehe bye! 

See you next post. In shaa allah





Read More

Dapur Kekja : Ayam Masak Kunyit Berkuah

1 comment
Dah lama Kekja tak update resepi baru. Episode kali ini adalah resepi masak lunch 1jam! Khas untuk lauk bujang mahupun yang rushing sebab banyak kerja nak buat tapi kena masak jap sebab nak makan. hehehek

So here, apa yang Kekja masak untuk lunch.

Bahan masak :

1. Bawang merah* - 2 biji
2. Bawang putih* - 2 ulas
3. Halia* - separuh ibu jari anda
4. Serai* - 2 batang (potong dan ketuk bawah, gunting pendek senang blander)
5. Cili padi*
6. Ayam potong kecil (ikutlah nak makan ayam besar mana)
7.  Kacang buncis (basuh, potong, buat urat tepi badan dia)
8. Sos tiram - 2 sudu meja (tablespoon, heee lawak tak)
9. Kunyit, Serbuk kari, Garam, Ajinamoto, Kiub maggi 


Cara masak : 

1. Blander kasar yang bertanda * 
2. Goreng ayam itu (disalut kunyit + serbuk kari + garam)
3. Tapis ayam goreng itu dan biarkan beliau healing di tepi.
4. Panaskan minyak yang cukup untuk tumis bahan blander.
5. Tumis yang diblander + sos tiram + garam + ajinamoto + 1/2 kiub maggi
6. Agak dah kekuningan, boleh masukkan air panas (ikut sukatan berapa banyak kuah yang diinginkan) 
7. Masukkan kacang buncis.
8. Biarkan kacang buncis me-layu/masak.
9. Ok cukup dah tu healing. Masukkan ayam goreng tadi.
10. Gaul mereka sebati. Siap!
/
dia macam supsappsiap!
Done berkongsi, selamat mencuba. hehe
Read More

One of The Secret To Success

Friday 23 June 2023

No comments

 talking about a little girl but now she's become an adult. I mean, not so adult maybe a lady - not a woman..yet? (sighh)


when she's decide to take a break from chasing her dreams. oh nope, she has a lot of dreams. and after she had achieved one of it (the big one) (which takes 17years to achieve - Alhamdulillah segala puji bagi Allah, sesungguhnya semua itu kurniaan dari Tuhanku) thennnnn she take a break. that's the right way to read about her.


and when she decided, she never refuse. as she sacrifices many things for her dreams. now, she still do the same thing. sacrifices all she had just to take a break. Because for her, a break time also importance as all of her dreams and this is a part of the journey. 


What's she is taking a break of?


1. Thinking about her dreams, the way to achieve, the focus and consistent (all the good habits that I've work for to achieve my dream)

2. Thinking about future and work for it

3. From anyone expectations.

4. Preparing all the things to achieve all her dreams (in term of a student, a daughter, a servant, and all)

She's so proud, happy, grateful, thankful for all things happen in her life. She's even don't know why and how but she's good. She's still good alhamdulillah.

/

Why she need to take a break?


not her only, you also. Yes, you! Don't worry and be afraid of losing. Whenever you lose, you will gain. That's the formula. You must trust this formula. I mean, HAVE FAITH!


There are nothing to be worry and nothing happen in this world / also your life, are happening without His permission and observation. You doing well, you doing great. All is good, if there is a thing to fix. Fix your mindset. The way you talking to yourself and the way you see everything even a very little things in your life. 


Everyone, let's take a break. Let's sleep a lot, let's eat whatever favorite food, let's not put any smile on face when life is really dull. let it be. let it go. okay? It's time to put down your strong mask. Allah will provide new superpower for you which a lot of sabr. 

/

chill and be simple!

In shaa Allah *winking emoji





Read More

Choose Shapewear As Your Modern Lifestyle

Saturday 27 May 2023

No comments
Did you know shapewear is also in high demand by consumers? Therefore, there are many types of shapewear to increase user comfort.

Shapewear is widely used around the world as one of the ways to maintain the body especially for women after giving birth and also for those who want to have an ideal body to look neat wearing a dress.


A few things you need to know before choosing to wear shapewear for daily use, which is choosing the right size.  stay away from choosing the size according to your wishes.  choose the size according to the actual size of your body to be able to wear it comfortably, gracefully and secure. Shapewear should be worn for not more than 8 hours to avoid discomfort such as shortness of breath. Experts suggest to wear shapewear only for special events. Nevertheless, you can wear a seamless body shaper for daily use. A seamless body shaper made from innovative fabric that helps to breath comfortability. 

Why do most artists and models choose to wear shapewear?  This is because, by wearing shapewear, an artist or model can wear any clothes that follow the body shape comfortably and show neatness in styling their fashion. 


Many of consumer suggests that shapewear is very easy and comfortable to use every day. Because of that, the use of shapewear is increasing these days, the production of shapewear also increases with the needs of consumers. Don't worry about getting high quality shapewear. Especially for those thinking of starting a business.  you can achieve your dream by getting a good supplier. How about wholesale shapewear suppliers that follow the latest trends?  You can try to see if it suits what you want for start up your business. 

Who doesn't have a dream in life?  Sometimes we dare to have something that seems difficult to make it a reality. These days it's so easy to get info and get your comfort shapewear. This is a sign for you who have a dream of wearing your favorite clothes, now make it a reality by wearing shapewear. Try it first, then you'll know!


Read More

Cara Tukar Domain Blogspot kepada Dot Com (.com)

Tuesday 4 April 2023

1 comment
dah lama sangat peram entri post yang ni, hehe. sorreh mehmeh
/

Seperti yang korang dapat lihat, kini blog Kekja tidak lagi menggunakan blogspot.com. pastu korang pun macam eh yeke? mata melihat ke atas bahagian sidebar. kannnnn! kini blog Kekja dah tukar domain menjadi (.com

Alhamdulillah wishlist unlocked! Semoga blog Kekja dapat menyumbang info, peringatan diri dan perkara-perkara yang bermanfaat untuk pembaca semua! Nak cerita sedikit untuk pencapaian blog Kekja, selain pernah masuk Harian Metro hasil perkongsian makan jamu di usia 16 tahun. Kini blog Kekja juga menulis artikel untuk beberapa brand luar negara. Bayaran dalam bentuk dollar! alhamdulillah, hadza min fadhli rabbi (semuanya kurniaan dari Tuhanku).

Kata-kata itu doa.

semoga dapat banyak lagi collaboration dan partnership dari serata dunia, dapat asah skills blogging dan hanya untuk produk yang halal dan bermanfaat untuk keperluan manusia. semoga ditawarkan 100 dollar untuk satu collaboration. who's know kan? aamiin ya rabb, boleh la buat duit jajan beli aiskrim bila dibelenggu ujian kehidupan hehehek

Untuk negaraku tercinta. Kekja memang letak bayaran rendah je untuk review produk/ kolaborasi (syarikat/bisnes/brand dalam Malaysia) sebab Kekja pun banyak lagi perlu belajar improve writing skills dan juga untuk membantu peniaga-peniaga kecil. Jika berminat, boleh email Kekja tau! 
Email : ezahshumel99@gmail.com




Jadi inilah step yang Kekja gunakan untuk tukar domain.

1. Beli Domain di Yeahhost.com.my 
boleh taip nama yang korang nak, if available. boleh terus purchase. maknanya nama itu hanya satu didunia. nama itu hanya kita punya. camtu

masa tu beli untuk faezahmdnor.com RM43.75 dan RENEW setiap tahun RM56.90/year. paling murah antara yang lain (I guess).

2. Selepas bayaran, Yeahhost.com akan call korang untuk confirmation pembelian.

3. Dah confirmkan? Check email.
ikutkan saja apa yang ditulis dalam email itu untuk pasang domain pada blog.

Cara Install domain (.com) 

1. Blog-Dashboard-Setting-Publishing
Custom Domain : isi nama domain yang korang dah beli tu.

2. Selepas itu, akan keluar tulisan merah. Korang boleh copy dan paste-kan pada email Yeahhost untuk Yeahhost aktifkan DNS system.

3. Kemudian Yeahhost akan maklumkan jika sudah siap.

4. Turn on HTTPS dan Redirect.

5. Siap!

/
Camtulah lebih kurang hint untuk tukar domain blog anda. Don't worry, Yeahhost akan bantu. apa-apa tak faham boleh tanya saja pada mereka. 
.

Okay finally posted. Semoga bermanfaat hehe!

Read More

DR STONE (ANIME) & APPLICATION OF SCIENCES

Saturday 1 April 2023

No comments


belajar punya belajar siang dan malam, skor test dan exam tapi sebenarnya tak faham dan taktahu kemana nak apply apa yang aku belajar ni? hanya dengan tonton anime, dapat gambaran betapa pentingnya ilmu sains dan kegunaannya untuk kehidupan kita. kita pun kadang tak selalunya berteknologi. apa nak buat nanti kalau semuanya tiada? orang yang ada ilmu dan berfikir macam Senku (watak utama), campak kat mana pun hidup dik. Ilmu penyuluh kehidupan. dan ma shaa Allah orang yang berilmu, banyak bermanfaat untuk orang lain. Part dia buat ramen angkasa lepas tu, terharu sebabkan dia yang minat sangat dengan sains. dapat bagi semua orang merasa ramen kat tengah-tengah hutan. betapa bernilainya orang yang berilmu dan ilmunya digunakan dengan baik. 



dan dari situ juga kita nampak, tiada yang Allah ciptakan didunia ini sia-sia. daripada pokok, kayu, batu, gua semuanya ada manfaatnya kepada manusia. dan adik-adik, kerana itulah kita berpenat lelah menuntut ilmu. agar kita tahu manfaat ciptaan Allah kepada diri kita sendiri. begitulah ilmu di aplikasikan dalam kehidupan manusia dan semua ilmu itu saling berkait antara satu sama lain. 

Dr Stone ada 3 season. Masa Kekja tengok time pkp dulu, baru 2 season itu pun tak habis lagi episod untuk seasan 2. Sekarang seasan 3 tengah otw, yang lain dah complete! jemputlah tengok heheh.
Semoga memberi manfaat dan meluaskan pengetahuan kita!
/

oh ya, mesti tertanya nak tengok kat mana?
Boleh tonton DR STONE di Netflix atau percuma di LokLok (install di google apps store hp anda)

.
Bye! See you next post. In shaa Allah




"Barangsiapa yang tidak mampu menahan lelahnya belajar, maka ia harus mampu menahan perihnya kebodohan. " 

[ Imam As-Syafi'i ]




Read More

Kekja Basic Skincare 2023

Tuesday 14 March 2023

No comments

 



tujuan Kekja share untuk track koleksi skincare sepanjang hidup (selagi rajin meng-update). Ini yang paling basic! perasan tak perasan, tahu-tahu ada basic routine skincare. kemain eh, tapi okaylah dah bekerja baru boleh ada basic routine. sebelum ni tengok mana yang ada, mana yang mampu jelah kan. hahahahah (sambil curi sikit adik kakak mak punya lol) - KONGSI bukan curi. haip!

Untuk basic skincare yang ni, skin Kekja okay je. jarang ada jerawat kecuali certain case berlaku contoh macam pergi tempat berdebu pasir ke, atau makan manis banyak sangat ke. then, baru ada biji biji jerawat kecil. kalau tak, semua okay je dengan skincare ni. 

oh ya! lupa nak face wash. *lari gi toilet jap. Untuk face wash Kekja dah hampir setahun guna Garnier. ini pun susah nak cari facewash apa best dan sesuai dengan kulit. masa tu try facewash member sebab takde facewash masa tu pastu okaylah alhamdulillah sesuai. Terus pergi watsons beli satu! sekarang dah dua tiga empat restock. Beli yang tester je saiz kecil, tahan sebulan. Beli yang besar, tahan dua bulan lebih sikit. 


(hasil gi toilet jap tu - gigih)

okay meh Kekja kenalkan diorang.

Aloe vera - pelembab muka a.k.a primer lol 
Sunscreen - after apply aloevera
Vaseline - sapu pelipat bawah bahu? seriuslah nak kena explain.
Blondee - serum rambut wajib try. wajib! buat rambut jadi lembut dan wangi. tak tipu. mana nak cari? shopee. tapi mesti korang nak beli kedai sama kan sebab malas beli lain nanti fake etc. fahammmmm

Boleh beli di sini BLONDEE HAIR SERUM

lastt but not least, Lipbae (lipbalm) pastu Lip Matte Maybelline! siap. jom kahwin tiber.
lipbalm paling berkhasiat sebab hand-made bahan kimia semulajadi oleh ahli kimia bertauliah, Puan Alia kenal eh sebab beliau pernah bagi industrial talk masa study dulu hehe. boleh membeli produk beliau di instagram @the.asal.co
/

itu je, semoga bermanfaat! bye. see you next post. in shaa Allah

Read More

Dapur Kekja : Bubur Tepung Manis

Wednesday 1 March 2023

No comments

 Hai, assalamualaikum!


Hujan berpanjangan sejak malam tadi sehinggalah ke malam sekarang. Didoakan semoga kawasan yang terjejas juga keluarga sahabat handai berada dalam jagaan Allah selalu. Allahumma aamiin.

sambil tu Kekja nak share resepi Bubur Tepung Manis, sedap makan time panas dan ketika cuaca petang nan mendung heheh. Semoga bermanfaat!


Bahan masak :

1. Tepung gandum
2. Daun pandan
3. Santan
4. Gula Melaka
5. Garam


Cara masak : 

1. Bancuh tepung gandum dengan air mineral (bukan air paip). air lebih, seperti bancuh lempang tapi cair lagi sikit.bila angkat dengan sudu, dia jatuh menjijih (bahasa apeni Kekja?)

2. Rebus air bersama daun pandan 2helai di koyakkan dan ikat, dan garam satu sudu teh. Tunggu sehingga air mendidih sepenuhnya.

3. Dah mendidih? masukkan tepung itu secara rawak. biarkan tepung jatuh merata tempat. jangan buat tebal nanti tak masak dalam. lol

4. Siap isi semua tepung tu, godak sehingga semua tepung itu masak..... dah masak? tapis dan basuh tepung itu dengan air paip untuk buang kanji pada tepung itu. kenapa nak buang kanji? sebab nanti tepung jadi cepat keras.

5. Isikan ke dalam periuk tadi dengan tepung yang sudah di tapis, bersama santan, gula melaka, daun pandan 2helai (koyakkan dan ikat), air semangkuk, garam satu sudu teh.

6. Godak selalu sehingga santan masak dan larut. Rasa sikit, sedap tak? kalau kurang manis, tambah gula melaka. kalau macam pekat sangat, tambah air. kurang masin, tambah garam. begitu!

7. Apabila santan dan gula larut sebati, biarkan mendidih kejap. Kemudian baru tutup api. Alhamdulillah dah siap, sejukkan sekejap kemudian boleh makan!


(terima kasih Mak ajarkan kiturrrr) hehe



memang Kekja tujukan resepi ni untuk diri sendiri agaknya. Siapa faham dan boleh buat sampai jadi, korang memang Chef Terhandal!
/
Itu saja untuk harini. see you next post! in shaa Allah.

Take care!


Read More

Allah swt already replaced with the goods.

Tuesday 14 February 2023

No comments

tentang segala trauma dan buruknya suatu keadaan dulu yang aku hanya kosong seperti kain putih, terkejut dan meronta saat diuji.


tentang semua itu, Allah sudah gantikan semua perit dan jerihnya dahulu dengan segala nikmat yang Allah pinjamkan hari ini.


Maka, wahai diri.

lepaskanlah masa silam mu dan segala trauma kehidupan mu.

ia tidak akan berulang lagi malah kau sudah cukup kuat untuk mengharunginya,

tidak lagi menjadi ujian malah hanya sekadar angin lalu,


melangkahlah seperti selalu, 

ceria dan bersyukur atas segala kurniaanNya.


wahai gadis ceria,

tersenyumlah selalu kerana senyuman mu

menguntumkan banyak jiwa untuk terus bernyawa.


kau yang kupuja,

diri yang dulu pernah berduka lara.




14 Februari 2023, Selasa

8.03malam

Read More

Kekja tune in #sambalpodcast by The Sambal Pod

Sunday 5 February 2023

1 comment


Kekja suka bebel, ya sebab itu kita ada blog kan? hehehe, but now Alhamdulillah membebel dalam bentuk audio pula di #sambalpodcast!


Sebelum Kekja nak melangkah ke "bangunan baru", "office baru", "cara hidup baru" kerana kini tidak lagi bergelar seorang pelajar (in future in shaa Allah jika masih ada rezeki tertulis untuk Kekja). Jadi, Kekja decide nak share sedikit sebanyak yang Kekja lalui. Semoga yang ditinggalkan adalah hal-hal yang bermanfaat dan dapat membantu walau hanya seorang untuk terus melangkah lagi dalam apa jua yang sedang dihadapinya terutamanya untuk adik-adik, anak-anak muda yang masih bergelar seorang pelajar ataupun sedang mengejar cita-cita yang terkadang rasa macam mustahil. Tapi Kekja percaya, siapa yang ada impian pasti tahu bahawa tiada yang musthil untuk mendapatkannya. Kita boleh untuk sambil belajar, sambil buat apa yang kita minat tapi kita juga kena sedar bahawa cara hidup kita tidak akan sama seperti remaja lainnya. di situ Kekja panggil ia sebagai suatu pengorbanan (back to back to Kisah Sultan Muhammad Al Fateh). You are not alone. 



Selama bertahun-tahun sebelum ni ada yang perasan mana Kekja? kadang kadang menghilang. Jadi #sambalpodcast : To Be "That Girl" akan menjadi jawapan kemana hilangnya Kekja (even Kekja tak share the whole story hahah). Ianya tentang bagaimana realiti sebenar dalam mencapai apa yang kita impikan walau dalam apa jua keadaan.


Kekja tak sempurna, Kekja banyak kurangnya dan tak indah di mata semua orang. tapi tidak sekali menjadikan hal itu sebagai alasan untuk terus menjadi seseorang yang hilang kemampuan melakukan apa saja yang diminatinya. Manusia memang aneh, dan ada juga yang unik. Jadilah diri sendiri dan kembalilah kepada Allah saat diri tidak mampu menampung sendiri.


Sampai di sini, Kekja Signing off from her past!

.

 jika sudi mendengar, di sini Kekja selitkan link untuk podcast tu.

Tune in (Spotify) : To Be "That Girl" ft Faezah Mdnor

Tune in (Google Podcast) : To Be "That Girl" ft Faezah Mdnor


/

Thank you @thesambalpod for having me!

Read More

Tentang Syurga Yang Semakin Jauh

Monday 30 January 2023

1 comment

30 Januari 2023, Isnin 

7.00malam

pernah tak lalui situasi yang mana kau mula rasa syurga semakin jauh? semakin susah nak dapatkan dan semakin berat semuanya.


jika pernah, benarkan bahawa kita adalah orang-orang yang terpilih? terpilih untuk melalui jerihnya keadaan.


tiada siapa yang lahir kedunia untuk menempah neraka dan derita dunia. Namun takdir Allah mengatasi segala "ekspektasi syurga" kita.  Kebanyakkannya kita banyak meluang masa dan usia untuk memujuk hati agar terus melangkah lagi. Agar tidak jatuh saat ditolak dan di asak oleh keadaan. Jika hari ini tiada yang ucapkan kepadamu, dengarkan aku. Kau hebat. Kau sangat hebat. Aku sentiasa dan sentiasa kagum dengan kau. dan hanya orang-orang seperti kita yang akan hargai setiap usaha dan pengorbanan yang kita lakukan untuk terus melangkah dan hidup lagi untuk hari ini. Hanya orang-orang seperti kita. 


Setiap fasa dan usia yang bertambah membawa ekspektasi dan respon yang berbeza pada ujian yang sama. Ujian yang sama, namun yang berbeza adalah cara mengendalikannya. Alhamdulillah, kau berjaya bertumbuh walau disegenap rasa itu aku agak bimbang sekiranya kau pilih "Exit". Sampai ke harini, tiada yang lebih membanggakan dan aku syukuri segala usaha, sabar, gigih dan tabahnya kau untuk terus berada di jalan ini.

Kau luar biasa. Maka, maafkanlah diri dan terimalah hakikat tentang hebat dan luar biasanya diri kamu.


Tentang hari yang akan datang dan tentang ujian yang sama akan berulang. Belajar menerima dan mengikhlaskan kerana untuk hal itu. Tidak ada yang perlu berubah kecuali cara kau menghadapinya. Kekal tenang dan dewasa. Dakaplah segenap ruang hatimu. Aku akan sentiasa disini, setia tulus menemani. 


9.46malam.



sejenis habit yang kelakar, ketika dalam keadaan yang mendesak diri. saya prefer buka apps Grab dan beli Vanilla Frappe lol . so here, apapun yang berlaku tetaplah santai bersama secawan air kegemaran kamu. gituh! #Tips

Read More

The Most Comfortable and Effective Shapewear in 2023

Thursday 19 January 2023

No comments

 




Who here is looking for really comfortable shapewear? Yes, I have something for you. Usually we often found shapewear like for pregnant mothers. Besides that, shapewear is also very suitable for having a slim body. Wrong choice of shapewear will cause shortness breath and feel uncomfortable to do daily activities. Here I would like to share a few type of shapewear that is very suitable for wear every day and even improve the quality of your outfit-of-the-day (ootd). pssttt this is also the first time I know about this kind of shapewear. This is very exciting!

Long Dress Shapewear 


Look like you are amazed too right? Soft and pleasant types of fabric which is spandex, would provide comfort for the body. This type of dress with built in shapewear is very suitable and comfortable to wear even in the bedroom for going to sleep. Long dress shapewear designed with removal bra pad. Some like its presence, otherwise you can throw it away. Our personal comfort come first. Another special features is it also consists of a variety attractive colors. Usually shapewear known in dark and skin tones color only. But here, pink color are in the list. Provided for you a guide to wear dress shapewear. Everyone should say YES to the dress!




Short Sleeve Shapewear



A typical elasticity of shapewear will support your back. It also prove that shapewear is one of the effective way to reduce backpain. Having a good posture of your body is significant to improve your siting, walking and also during sports. Among the suitable shapewear, I choose to recommend you thong shapewear bodysuit for you to make it an effective way to improve your body posture. This short sleeve shapewear could be your favorite shapewear since it can be wear anytime even in summer. The design make it simple and elegant to wear it as your casual outfit. 2 in 1 which maintain your body shape and also make it you look amazing!


Bodysuit Shapewear





There are various type of bodysuit, and which one is suitable for your body? You only know when you wear it and feel comfortable without feeling itchy or difficult to breath. By choosing the right material such as spandex is also important because choosing a rough surface of material with harm your skin such as cotton fabric with not having typical elasticity. However, shapewear full bodysuit will helps to improve your confidence which cover up our body part by make it flat and smooth. 


Shapewear is very useful especially for women. Apart from keeping the shape of body to look more attractive, it also helps a lot in improving body posture where it related to our health. Hope this article find you well to find the comfortable shapewear for your beautiful body. 



Read More
Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co