Hari Koko Sekolah 2016

Saturday, 27 August 2016

No comments

Assalamualaikum. THROWBACK on 11/8/2016 . That was Hari Koko SMKMS. Tahun ini cikgu memeriahkan Kadet Bomba sekolah dengan pertunjukan menyelamat seiring bantuan daripada anggota bomba Muadzam Shah yang kitorang panggil cikgu bomba. And yaaaa, that was me and Amni! Omg, ketar-ketar tangan nak cerita bestnya pengalaman ni but not soo lah sebab saya takdapat jadi penyelamat..k. Saya hanya memegang watak mangsa emmm tak best tak adventure langsung! That was bored! Saya serius ni, I can do better than that whyyyy I jadi mangsa je. (katanya sebab saya kurus keding sangat) yelah kalau nak dibandingkan dengan hero sado saya sebelah tu. emm, (saya tak mengata awak amni, saya bangga dengan awak!) oraite sokay , saya enjoy jadi mangsa. nanti saya tunjuk betapa "enjoynya" saya. Gambar di atas ni sebelum pertunjukan pada hari tersebut, some preparation dan posing sikit.

Sebelum tu hari-hari sebelum tu kitorang training seminggu je. Seminggu tu penuh dengan kelas SPM petang dan malam. So macam sesak nafas sangat minggu sebelum tu. Padat sangat, dengan latihan kawad kaki jugak dan drama kebudayaan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan yes we achieve it! Kawad kaki, minta maaf memang terkeluar dalam list top 3. Kitorang busy dengan persediaan untuk pertunjukan :

-Menyelamat mangsa bunuh diri dari tingkat dua (Amni , Faezah)
- Menyelamat mangsa kebakaran (kawad hos kering) - Fareez , Shahrizan , Khairin

Okay, banyak cakap tak best jugak. banyak lagi nak cerita. Takpleh, iklan kejap. Tengok video menyelamat dari Amni dan Pae!



PEMBETULAN untuk yang cakap saya takut but actually saya bosan sangat masa tu. Sorry, sebab saya langsung tak berdebar. Positif side is, lakonan saya menjadi lah kan? Nampak amni hero saya! Kitorang training 2 kali untuk yang ni, saya rasa tak best sebab rendah je tingkat dua. tak sempat tau nak feeling di awang-awangan gitu. Saya pun dah jadi first lady terjun dari tingkat 3 bangunan PPU pada hari sebelumnya. heheh, btw I enjoy this one. wehekkk (I'll prove it that I will do jumping bungee one day! Inshaallah)

Thankyou semua yang terlibat menjayakan Hari Koko dan pertunjukan ini. oh ya! Kami juga NAIB Johan Keseluruhan Hari Koko 2016 dan NAIB Johan Drama Kebudayaan iaitu saya sebagai Penerbit Drama tersebut dan Pengarahnya Amni Rozy. Yeayyy proud. tercengang pun ye. (banyak lagi acara yang kitorang menang Johan dan Naib Johan) TAHNIAH SEMUA. Dapatlah saya tinggalkan sekolah akhir tahun ini dengan tenang. heheheh

Okay. Thankyou- never forget. 





Read More

Makan Jamu since 16yearsold

No comments


Assalamualaikum. Petang! memang setiap petang eh suka bebel? okay. hari ini nak kongsi cerita pasal jamu. Haaa, mungkin korang rasa macam ape pasaiii budak ni hardcore sangat padahal baru 17 birthday pun bulan 10 nanti. selalunya lah.. feedback macam tu. Zaman ni lah bila sembang pasal jamu mesti terbayang dalam kepala  jamu mak dara, jamu siti aminah, jamu wak doyok (rekaan semata). Nooo this is not about that type of jamu ok. ini jamu turun-temurun dari nenek saya! So, dipercayai selamat.


Mak selalu suruh makan jamu sebab masa tu saya olahraga dan taekwondo. That was last year. Saya sangat aktif dengan kem dan kadet bomba. Bila balik rumah, confirm lembik. Mak paling marah bila balik dari sukan atau kem, tunjuk penat depan dia. Mak sarankan saya makan jamu, okay saya makan sebab saya memang perlukan extra tenaga pun! memandangkan saya sparring macam sotong sangat eee. Mak selalu makan jamu serbuk, but Noooo porrr me! Saya lebih suka telan pil atau kapsul. so that, saya ambil SEBIJI SEHARI setiap petang. Saya pilih petang sebab pagi, saya kena makan G-STAR that mom was bought for me . ehem nak SPM kan. heheh


Mak cakap dulu dia makan jamu since remaja, atok also. (atok disini adalah nenek saya, kitorang panggil atok mok). Atok sampai sekarang boleh berkebun lagi, gagah lagi sebab amalkan jamu. Jamu buat sendiri uolls! Dulu, waktu saya darjah 6 tak silap lah saya tolong atok kepitkan ape benda tu untuk jadikan kapsul. Boleh dikatakan saya pro bidang buat jamu kapsul so atok selalu refer pada saya. ewahhh, tapi sekarang atok dah pro boleh buat sendiri..K

So that, jamu ini untuk extra tenaga! bukannya yang macam korang dengar tu. Mengarut je. Paling best sebab jamu yang saya amalkan ini adalah jamu turun-temurun dari atok saya. So langsung tak ragu-ragu dengan kandungan atau bahan dalam jamu ini. Atok saya memang jual jamu ini, berminat ke? Hahaha. Ini lah sedikit panduan untuk saya yang dalam proses remaja road to adult. Haha kbye

Read More

Dapur Kekja : Maggi Goreng

Sunday, 21 August 2016

No comments

Yey. Maggi goreng! Favorite bila makan luar, mesti order maggi goreng. Namun cinta ini terhalang sebab mak marah makan maggi goreng! asal namanya maggi. Mesti kena boikot, jangan makan selalu. K....

BAHAN : 

'

*Segenggam lada kering
*2 biji bawang merah
*6 ulas bawang putih (kecil)
*Ketulan ayam
Bebola ikan (belah dua)
Mee Maggi (MAMEE)

Sos cili
Sos tiram
Kicap masin
Ajinamoto


CARA MASAK : 

Rebus Mee Maggi.

1- Blander yang bertanda *
2- Panaskan minyak. Masukkan yang sudah diblander.
3- Tunggu sampai naik minyak.
4- Masukkan sos cili, sos tiram.
5- Masukkan ketulan ayam, dan secubit ajinamoto
6- Masukkan kicap masin
7- Tunggu ayam masak, then masukkan bebola ikan
8- Kacau-kacau bagi dia agak masak , masukkan Mee Maggi.
9- Gaul sehingga sebati. SIAP!

Read More

Dapur Kekja : Mee Goreng Basah

Friday, 19 August 2016

No comments

Hari ini SABTU, esok AHAD, lusa ISNIN (Trial Spm) .... " pae, kau study apa kat rumah?" aku study resepi memikat perut sendiri. kasi chance lah, dua bulan aku tak sempat makan. Maka, hari ini adalah Hari Makan Sedunia. (bersorak please) .. kita, kalau nak exam, jangan serabutkan otak. rileks je, tapi study tetap study!


BAHAN : 


3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
beberapa ketul cili padi
ketulan ayam.

Sos cili
Sos Tiram
Kicap masin
Air secawan atau agak-agak je

Mee kuning (sebungkus)


CARA MASAK : 

1- Hiris bawang putih dan bawang merah
2- Panaskan minyak, masukkan bawang putih (tumis)
3- Agak-agak bawang putih tu dah kuning, masukkan hirisan bawang merah
4- Kemudian, masukkan Sos Cili, Sos Tiram
5- Masukkan ayam
5- Gaul-gaul sikit, masukkan Kicap Masin dan air
6- Masukkan Ajinamoto sikit, masukkan cili padi
7- Tunggu dia masak, (menggelegak gitu)
8- Masukkan Mee kuning. (basuh dulu)
9- Tunggu dia masak, sekali lagi. k siap!

Read More
Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co