Senarai Peserta Giveaway

Friday, 23 December 2016

No comments
Senarai Peserta Giveaway 5 years blogging by Faezah Mdnor



KLIK banner untuk join!


p/s : last update untuk senarai peserta pada 6 Januari 2017 . Thanks to all

Read More

Kekja Baking : Kek Batik

Wednesday, 21 December 2016

No comments


Assalamualaikum hai. Ini lah minggu #KekjaFoodSatisfied okay! Semalam dah bantai Burger Double dari Baim Corner (hanya COD Muadzam Shah sahaja) , lepastu teman mak dan adik iftar di Jentayu Kopitiam makan Banana Split. Oh-sangat-tak-berkhasiat ye. Harini pulak, kek batik. Craving yang manis-manis rasanya. So here, I buat dan I share.


BAHAN : 

1. MILO
2. Biskut Marie
3. Buttercup
4. Susu pekat
5. Air 


CARA MASAK : 

1- Cairkan 1/2 Buttercup
2- Bila dah cair semua, masukkan Air satu cawan *
3- Masukkan 1/2 cawan Susu pekat *
4- Masukkan 2-3 senduk Milo  *
5- Sentiasa godak sampai Milo meledak dan pekat
6- Perlahankan api, dan masukkan Biskut Marie
7- Terbalik-balik kan Biskut Marie supaya sebati dengan adunan Milo tadi.
*teruskan balik-balikkan biskut tu. sampai likat
8- Bila dah likat, tutup api!
9- Masukkan ke dalam loyang. Ratakan dan mampatkan. So, kena tekan-tekan bagi rata dan mampat satu loyang tu.
10- Bila dah mampat dan sejuk. Masukkan dalam peti sejuk
11- 30minit lepastu, boleh potong dan makan.


p/s : Jangan stop menggodak (di step 5) dan membalik-balikkan (di step 7) sebab takut Milo hangus.
       Gunakan api sederhana.


Nota : kalau nak biskut keras, kurangkan air.
Read More

Bloglist Tarbiah

Monday, 19 December 2016

No comments







Assalamualaikum, sebagai seorang blogger semestinya banyak topik yang kita nak share tapi kadang tu terbantut oleh macam-macam halangan tak di duga , sampailah satu saat itu yang ditakdirkan apabila button "Publish" ditekan. Lega. Kalau boleh hari-hari nak update blog tapi sayangnya, hanya tajuk entry je yang terlintas. Pengisian belum pasti padat dan tepat. Okay, siap mukadimah tengahari ni.

Ceritanya, saya nak berkongsi beberapa link blog atau page blogger yang berkongsi ilmu bermanfaat. Perkara yang baik, elok di kongsi bersama. Ye dak geng? Okay, walaupun banyak page/blog yang saya listkan. Tak semua saya baca sebab kekangan masa dan sakit mata jugak hadap komputer lama-lama. So, harap yang rajin membaca tuh. Boleh mengisi masa anda dengan "blogwalking" dan baca pengisian mereka ini. In shaa allah



1- Zahirah Zamree  http://zhrhs.blogspot.my/
2- Tarbiah Sentap   - http://www.tarbiahsentap.com/
3- Ilmu Al-Quran    - http://ilmufromalquran.blogspot.my/



buat masa ni, saya kongsikan tiga link sahaja. Ini pun, ada beratus entry yang korang boleh baca. In shaa allah, manfaatkan masa yang ada. hehe :)
Read More

Tips cantik paling berkesan!

Tuesday, 13 December 2016

No comments
Siapa cakap kita takde peluang untuk cantik? Semua orang boleh cantik tanpa perlu laburkan duit cuma perlu usaha dari hati. Saya dapat tips dari instagram. tapi dia dalam bahasa inggerisa dan "saya cuba" translate ke bahasa kita mengikut fahaman saya. Tips ini sangat berguna pada saya dan untuk kita yang kadang tu tetap tak puas hati walaupun dah cantik rupa!

Jadi, saya akan share beberapa tips mungkin berguna pada saya bila meningkat dewasa!



1- Untuk nak mata cantik, tundukkan pandangan. Kurangkan pandang ajnabi (lelaki bukan muhrim) kalau boleh takyah pandang langsung. Pandangan terjaga, in shaa allah ingatan jadi kuat dan hati bersih juga. (sebab tu orang selalu suruh jaga pandangan, memang nikmat. tak tipu)

2- Untuk cantikkan wajah dan mencerahkan, banyakkan berwudhu'. Jangan kesat muka lepas wudhu', biar dia kering sendiri barulah rasa nikmat berwudhu.

3- Untuk dapatkan keseluruhan tubuh badan yang cantik, pakailah pakaian menutup aurat supaya tubuh kita terlindung dari cahaya matahari yang akan menggelapkan dan merosakkan kulit.

4- Untuk membuang kekotoran di muka juga hati, gunakan sabun yang dipanggil "istighfar". Gunakan sebanyak mungkin means perbanyakkan istighfar walau di mana anda berada. anytime, anywhere boleh cantik!

5- Lepastu untuk penjagaan rambut, bagi mengelakkan habuk melekat pada kulit kepala lalu membentuk sekumpulan kelemumur. Gunakan hijab/tudung untuk melindungi kepala tu. Jangan pakai turban nanti leher kena cahaya matahari dan kulit tak sekata. so, pakailah tudung melabuhi dada. supaya semuanya terlindung dari cahaya matahari dan pandangan tajam si buaya, selamat.

6- Untuk elakkan penyakit yang di sebut "penyakit hati" , selalulah pergi "salon memaafkan orang lain" dan membuat random kindness.


Setakat ni, itu je yang saya faham dan berguna. Itulah tips untuk cantik selamanya. Tak susah pun, tak payah keluar duit tapi dapat income. Nampak tak? Kenapa sibuk nak tandingi product mahal orang lain padahal "product" kita ni lagi "mahal".  Tolong, jangan jadi manusia yang perasan kaya lalu membazirkan duit. okbye, harap membantu.


Read More

Dapur Kekja : Sambal Tepung Lenyek

Tuesday, 6 December 2016

No comments
(gambar terakhir selepas 10keping tepung lenyek di kunyah)


Assalamualaikum. Selamat pagi! okay inilah sarapan pagi saya. Tepung lenyek namanya. Makanan tradisi Tokban Legacy. Saya tak rasa semua orang tahu. kalau ada yang tahu makanan ni, korang awesome! So inilah antara resepi untuk sambal tepung lenyek ni. Untuk cara buat tepung lenyek, nanti saya updated!

BAHAN :


  1. Lada kering segenggam
  2. Ikan bilis segenggam
  3. Bawang merah - 3 biji
  4. Bawang putih - 5 ulas
  5. Kiub maggi - 1 , gula - 2 sudu
  6. Asam jawa adabi (hujung sudu)

CARA MASAK:

  1. Blander semua bahan di atas (blander sampai takde biji lada, kalau boleh)
  2. Panaskan minyak
  3. Masukkan yang dah diblander (tak perlu tapis)
  4. Masukkan gula 2 sudu, kiub maggi-1, asam jawa adabi (hujung sudu)
  5. Kacau, dan rasa
  6. Apa yang kurang, tambah (gula, garam, ajinamoto)
  7. **letak kicap masin sikit (supaya sambal jadi gelap sikit dan masin)** tambahan je ni/takperluletakpuntakpe
  8. Kacau dan tunggu sampai naik minyak.
  9. Perlahankan api, tunggu lah sambal tu masak.
  10. Bila dah naik minyak, maknanya sambal dah masak.


p/s : selalunya kalau sambal dah masak, akan jadi pekat macam sambal. hahaha aku je faham ni. dan ini sahaja sambal yang sesuai dengan tepung lenyek. perfecto!


Read More

Giveaway 5 years Blogging by Faezah Mdnor

Sunday, 4 December 2016

No comments


Pada 31 Disember 2016 ini merupakan ANNIVERSARY BLOG SAYA YANG KE-5 TAHUN. Jadi, bagi meraikan anniversary blog saya buat pertama kalinya. Saya nak buat giveaway! Saya menjemput semua bloggers di MALAYSIA menyertai giveaway saya dengan mematuhi syarat di bawah ini.


SYARAT PENYERTAAN


1- Follow blog INI & Like Page Facebook https://www.facebook.com/fzhmdnr/
2- Follow instagram @fzhmdnr
3- Buat satu entry  bertajuk "GIVEAWAY 5 YEARS BLOGGING BY FAEZAH MDNOR" berserta gambar banner di atas. Kemudian, buat satu kisah "Self-positive when I was sad"
4- Gambar banner mestilah di BACKLINK kan ke entry ini.
5- Sila berikan link penyertaan anda di ruangan komen entry ini sahaja.

Contoh "Self-positive when I was sad"



3 orang pemenang bakal dipilih berdasarkan kisah "Self-positive when I was sad" yang paling berguna dan menusuk kalbu saya. Hahaha, 

HADIAH KEPADA PEMENANG

Pemenang pertama : Bawal Alianna & Totebag (design dari pemenang)
Pemenang kedua : Totebag (design dari pemenang) 
Pemenang ketiga : Totecase (design saya) 


Hadiah yang disediakan ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @artotes.co . Semoga dapat mengarang dengan hati yang tenang dan ikhlas.


Tarikh-tarikh penting GIVEAWAY : 

5 January 2017  : Giveaway Tamat
6 - 10 January 2017 : Pemilihan pemenang
 1 Februari 2017 : Pengumuman pemenang


p/s : berkenaan tarikh, saya akan update dengan lebih detail nanti. So, jangan risau. Teruskan mengarang kisah anda!




Read More

Bercuti di South Korea bersama Traveloka

No comments
Traveloka adalah salah satu platform penerbangan dan tempahan hotel terkemuka di Asia Tenggara, berkhidmat lebih daripada 18,000 laluan dan ribuan hotel di Asia Pasifik. Saya selalu terbayang-bayang untuk terbang ke Korea Selatan. Semoga peluang ini membawa saya terbang ke sana dan merealisasikan impian saya! Let's go! #MyTravelokaEscapade



Terdapat beberapa buah negara yang ditawarkan oleh Traveloka untuk percutian iaitu EL NIDO , HONG KONG, LANGKAWI, BALI , LONDON, TOKYO, NEPAL, SABAH MELBOURNE, SOUTH KOREA


sudah tentu SOUTH KOREA menjadi pilihan hati saya! Kenapa South Korea? sebabnya suasana pemandangan dan cuaca di Korea sangat best. Terdapat juga beberapa tempat di Korea yang menjadi tumpuan saya jika saya sampai menjejakkan kaki di Korea. Selain itu, saya ingin memenuhi wish list #KekjaAdventures dengan aktiviti-aktiviti lasak di Korea. Lets fly with me? #MyTravelokaEscapade


Pulau Nami

Inilah tempatnya yang paling sweet di mata saya! cantik dan menenangkan . kalau tak pergi berdua pun, bercinta dengan tempat ni je dah cukup. Paling best, kalau dapat pergi ke tempat ni pada musim sejuk. Orang selalu kata, kalau kita menyatakan cinta pada salji pertama. nanti cinta akan terbalas. LOL // pengaruh The Lagend of Blue Sea . Pemandangan di Pulau Nami lagi syok dapat di-record guna drone. I'll have my own drone one day, sebab memang in myhobby-wishlist


Jangan tertinggal list menyeberangi sungai untuk ke Pulau Nami dengan menaiki zipline. Ini memang kurang hajar punya best! Saya sangat suka dengan aktiviti lasak terutamanya melibatkan kelincahan dan keberanian. Dalam kes ni, memerlukan keberanian sebab ZIPLINE adalah yang macam ni .


I believeee I can fly! Macam tu feelingnya. Oh-seronoknya dapat pergi Korea. Ini baru Pulau Nami. Tidak ketinggalan juga untuk bermain sukan air di Pulau Nami.



Masa itu emas. Jadi, jangan sia-sia kan masa yang ada di Korea, ayuh penuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan! 


Bungee Jumping di Cheongpung Land

Ini adalah misi paling utama yang saya selalu sebut-sebut pada kawan-kawan saya. "Aku teringin nak bungee jumping" , "kat mana ada bungee jumping?". "satu hari nanti, aku akan buat bungee jumping jugak!". setakat ni ketinggian paling mencabar di Macau Tower, Macau dengan ketinggian 233meter! Tapi sekarang kita di Korea (feeling sangat) . Jadinya, ketinggian 62meter di Cheongpung Land
sudah mencukupi misi #KekjaAdventures saya.




Dear  www.traveloka.com.my , bawalah saya ke sini. Saya nak buat terjunan bebas di sini \o/ .. ada banyak tempat di Korea yang menawarkan aktiviti bungee jumping. Tapi setakat pencarian saya di google, inilah tempat yang paling tinggi di Korea untuk bungee jumping dan turut menawarkan aktivit-aktivit yang lebih ekstrim seperti "Ejection Seat" dan "Swing Big." Maka, Korea Selatan sangat sesuai untuk melaksanakan misi #KekjaAdventures.


Terjah Restoran & Makanan Halal di Korea

Last but not least, perkara penting bila kita pergi travel adalah menikmati makanan tradisi sesebuah negara! #IloveFood . Antara makanan halal di Korea yang saya teringin nak cuba adalah : 

Bibimbap


Ini lah makanan paling perfect bagi saya , kerana bibimbap ialah makanan khas dari Korea yang menyediakan campuran nasi, daging dan sayur, Lengkap piramid makanan! 


Jjampong


Jjampong adalah makanan Korea yang berisi mi dan makanan laut seperti cumi, udang dan ketam. Lazat sungguh! 


Tteobokki


Tteobokki adalah makanan Korea yang diperbuat dari tepung beras dan pedas. I love this so much. dan akhir sekali, saya nak cuba semua Dessert di South Korea!


Itulah dia 3 perkara utama yang saya ingin lakukan sekiranya saya mendapat tajaan www.traveloka.com.my untuk bercuti ke Korea Selatan! Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai kami terbang bersama www.traveloka.com.my



sincerely,
Faezah Mdnor

Read More

Tips Kekja pasal masker

Saturday, 3 December 2016

No comments


Sebenarnya ni entry lama tapi kita repost entry ni supaya takyah susah-susah scroll kat blog archive cari tips berguna ni. Btw lately selalu terdetik untuk catat segala jenis tips dari mak. I dont know why, macam feeling I need all this when I was adult. (one day but by counting likes tahun depan dah adult..k bye) So, ini nak share tips masker hand-made gitu. Bila fikir panjang, belum tentu nanti mampu nak beli masker kat watson kalau nak dibanding beli nasi lemak. Baik beli nasi lemak kan? Kenyang. so here, beli tiga bahan ni je untuk setahun. inshaallah. Apa bahannya tu? ehhhhhhh sebelum tu, nak gelar diri Kekja boleh? ok terima je ok terima.

BAHAN untuk buat masker : 

1- Yogurt Natural
2- Madu
3- Serbuk Kunyit


CARA BUAT : 

1- satu sudu teh yogurt, satu sudu madu dan hujung sudu teh serbuk kunyit.
2- campur semua tu dalam satu mangkuk atau pinggan.
3- kacau-kacau bagi sebati, dan TEPEK kat muka macam masker.
4- Basuh muka selepas 10-15 minit.

Amalkan sehari sekali tau. Anytime!

Khasiat setiap bahan : 

YOGURT

- dapat melembabkan kulit yang kering
- membuang sel kulit mati
- mengubati jerawat
- memulihkan kulit terbakar oleh sinar matahari

MADU 

- melindungi kulit
- mencegah penuaan kulit
- menyembuhkan luka pada kulit
-memelihara kecantikan kulit
-membersihkan kulit

SERBUK KUNYIT

-merawat jerawat
- memutihkan kulit wajah
- mengatasi kulit berminyak
- mengangkat sel kulit mati


so, dah nampak sangat bagus tips ni. Boleh dikatakan tips flawless! Cuba la amalkan. Paling best, adalah jimat duit poket. Huhi, bijak merancang untuk masa depan!

" Future depends on what you do today"


Read More

Tips Move-on

Friday, 2 December 2016

No comments
Semua orang pernah kecewa, tersakiti, disakiti , rasa down bagai nak give up dalam hidup. Yes, we do. Tapi satu je nak pesan, jangan layan sangat perasaan tu. Jangan rasa seolah-olah kau je yang pernah kecewa kat dunia ni, seolah-olah kau je yang lifeless. oh no, sorry... Please, do not look at yourself with disgust, you are a gift to this earth. You are beautiful, you are light, an energy, essence. You are nature yourself :)

Firstly saya nak awak semua bahagia dan gembira kembali. Semua orang berhak untuk rasa happy dan happiness. Kebahagiaan sebenar adalah kebahagiaan hati. Jadi, jangan bandingkan cerita awak dengan cerita orang lain. Tapi belajar lah dari cerita awak dan cerita orang lain. Itulah orang yang bijak!

Tips Move-on


  • MEMAAFKAN.
Kenapa kena maafkan? Ofkos dan perkara ini sangat penting. Memaafkan adalah perkara utama dalam usaha MOVE ON. Memaafkan seolah-olah awak dah redha dengan apa yang Allah takdirkan pada awak. dan terbuka satu pintu bahagia dalam hati awak. "omg I tak kan maafkan dia, besar kot salah dia pada I" . ok chill, kiranya awak berdendam lah? Memaafkan tak sama dengan melupakan. Jadi, maafkan lah dia dan saya tak paksa awak untuk lupakan. sebab proses untuk menghilangkan PARUT mengambil masa yang lama. Its okay, tu normal. selagi awak tak maafkan dia, ia dikira awak berdendam dan menyebabkan hati lagi sesak dan tak tenang. Mana satu awak nak? Fikir..

  • BUSY-KAN DIRI
Selepas dah maafkan dia, Alhamdulillah. awak sangat kuat! tahniah. Terus melangkah dengan point kedua, iaitu busykan diri. Busykan diri dengan perkara faedah dan mendekatkan diri pada Allah. Bila kita busy, kita dah takde masa nak fikir pasal dia. secara tidak langsung, kita dah pun lupakan dia dengan mem-busy-kan diri dengan kerja-kerja kita. Saya sangat suka busykan diri, sebab memang terbukti kita takde masa nak buat perkara yang menyakitkan hati sendiri. saya bagi contoh membusykan diri dengan perkara berikut :

- Baca buku tarbiah, ilmiah, sejarah nabi
- Melukis (hobi saya) atau laksanakan hobi anda
- Scroll ig yang caption dan gambar menzahirkan tarbiah hati.
- Buat homework/ assignment yang bertimbun
- Kemas atau hias bilik bagi nampak ceria (untuk bina jiwa baru yang move on)
- Bersukan
- Tengok kat youtube cara buat kek, pastu try buat (ee seronok)
- Fokus dengan impian hidup. (contohnya nak ada bisness sendiri, busykan diri dengan plan supaya impian jadi kenyataan)

itulah antaranya, semoga dapat membantu. Semua di atas, memerlukan usaha diri. Allah takkan ubah nasib seseorang melainkan dia yang mengubah sendiri. Saya tak dapat nak push diri awak supaya jadi sepertimana yang saya nak, iaitu awak gembira. Tapi usahalah diri sendiri, push diri sendiri untuk jadi gembira sendiri. sayang diri sendiri tak? Cepat bangun , dan usaha.

  • TINGKATKAN AMAL
Hasil bacaan buku tarbiah, ofkos kita akan dapat ilmu baru. So apalagi? amalkan mana yang mampu. Tingkatkan amal, baca alquran. kalau dulu, baca al-quran setiap kali lepas subuh je. Mungkin lepasni, setiap kali lepas solat fardhu. At least, dalam satu hari . dah 5kali baca al-quran. Kalau dulu tak berapa khusyuk solat, mungkin lepasni bertambah khusyuk. sebab takde apa dah nak fikir, hanya fikir plan untuk move on je. Dalam otak, cuma fikir untuk teruskan usaha move on ini. Memandangkan, usaha move on ini juga mendekatkan diri pada Allah. lagi satu, kalau boleh solat sunat tahajjud jangan tinggal. kalau tak pernah try, try lah buat. Allahuakbar, sangat tenang. Percayalah

Jadi, kesimpulannya faham tak apa yang saya cuba sampaikan ni? Tips move on ini saya dapat hasil bacaan buku tarbiah dan caption kat instagram. Saya simpulkan menggunakan cara saya sebab saya pun dah alami dan amalkan. Alhamdulillah. Jadi, tips ini berdasarkan pengalaman saya. bukan hanya copy paste. Semoga dapat sebarkan bahagia ini pada semua :) wallahualam.


point penting : "Allah takkan ubah nasib seseorang melainkan dia yang mengubah sendiri"

Read More

SPM TAMAT

Tuesday, 29 November 2016

No comments
percaya ke tak percayaaa kena percaya jugak!


Alhamdulillah untuk segala nikmat yang diberi tanpa di minta. Alhamdulillah dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik sepanjang exam. Alhamdulillah berjaya menamatkan last payyyyper dengan begitu gembira. Alhamdulillah. dan kali ini, aku melangkah ke stage ketiga iaitu TAWAKKAL.


Aku berdoa untuk yang terbaik, dan aku yakin apa jua result yang keluar pada March 2017 adalah daripada ketentuan Allah untuk aku. Yang paling terbaik untuk diri aku, agama ku dan seluruh kehidupan ku. Sebab boleh jadi, perkara yang kita benci adalah baik untuk kita. dan perkara yang kita suka, adalah buruk untuk kita. Kita taktahu di sebalik setiap perkara kecuali Allah Yang Maha Mengetahui. Semoga aku sentiasa dalam nada yang sama, berpegang pada surah Al-Baqarah ayat 216 ini.



Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari sekolah ni, aku dah sangkut semua kenangan di pagar sekolah. Aku takkan lupakan engkorang semua , tapi aku dah pun lupa tentang semua kenangan kita. Jadi, kalau ada yang whatsapp cakap rindu sekolah. tunggu aku reply emoticon nose pick! (hope whatsapp upgrade emoticon tu)

Apa-apapun tahniah semua sebab kita dah MERDEKA!!

Tarikh kemerdekaan biology student : 29/11/2016 (Selasa), 3.30pm







Read More

[ Review ] Shade Dough by Hanis Zalikha

Thursday, 24 November 2016

No comments
Alhamdulillah

I won this "pemenang keempat giveaway shade dough by hanis zalikha" dari blog www.bajuwarnacoklat.com . dan ini mungkin pasal feedback dari saya




 baru 2 hari lepas dapat product ni. Alhamdulillah thankyou kepada penaja utama dari instagram @loveaa.my_ (semoga murah rezeki)

Sebenarnya saya bukan geng girls make-up apa semua , omg-sangat-awkward . Tapinya saya suka tengok barang make-up umpama tengok makanan. Saya boleh terima dua barang make-up, iaitu Lipstick (lipsbumb) & Mascara. Itu je, yang lain saya tak minat nak pakai dan muka saya memang tak sesuai make-up yang berat-berat. So, saya simple je. Everything simple!

Tup-tup dapat pulak Lip Bait si Hamis Jalikha ni. Paling saya gelabah itik sebab Shade Dough ni baru je di-release-kan pada awal November. Sekarang ni pun masih November. Jadinya saya masih yang terawal ada Lip Bait ini. (berkepak itik)

So here, maaf gambar yang slumber hendaknya. Gambar tak edit, camera murah. Cantik tak?
Nude colour memang favorite saya. Suka yang simple kan? Inilah dia. Shade Dough by Hanis Zalikha in Creme Cremel
\


Mula-mula lagi masa scroll Shade Dough kat instagram. Memang mata dan hati bersetuju dengan Creme Ceremel. Warna lain tak pandang dah. Mana-mana scroll mesti cari feedback Creme Ceremel. Dapat pulak bila dia ni yang pakai?!


(tudung instant hand-painted. LOL)


Cantik kan? (dia camera Iphone6, saya camera Ipunyaphone GT350 je) . Lepastu, selalunya lipstick yang saya pernah pakai cuba-cuba mak punya. Mostly lipstick dia macam berat, rasa macam kita pakai lipstick rasa bibir menebal . Tapi Lip Bait ini takkk langsung! Rasa best, ringan sangat macam tak pakai lipstick sedangkan elok terletak kat bibir tu. Lepastu mostly bila kita kesat lipstick (bersihkan lipstick dari bibir) , mesti melekat dan payah nak hilangkan lepastu bibir jadi gelap. Kan? Betul kan? walaupun saya jarangggggggggggggggg pakai lipstick tapi ada pengalaman lah dalam cuba-mencuba ni.

Tapi Lip Bait ni kan ada vitamin C bagus untuk bibir. So, even korang dah bersihkan bibirnya. Bibir korang takkan kering tapi macam pink-pink cemtu. tak nampak kusam pun macam lipstick lain-lain bila di kesat. Lip Bait ni lembut je macam pakai water-colour kat bibir. Macam mana lagi nak express perasaan ni? Such as something perfect for me. suka pada benda-benda yang simple dan cantik. Saya pilih Creme Ceremel sebab perasan kulit saya putih macam Diana Danielle , lepastu colour dia tak menonjol sampai orang nampak dari jauh , tebal gila lipstick kau. Haaa taknak camtu. Creme Ceremel just sweet and nice. 

Tapi pada saya, pilihlah colour lipstick sesuai dengan kulit wajah anda. Sebab kalau kulit gelap, memang nampak pucat je kalau pakai Creme Ceremel. so, Shade Dough ni ada warna apa je?



Available in colour :

  • Creme Ceremel
  • Rose Taffy
  • Pepper Posh
  • Sugar Icing
  • Berry Blanched


Harap anda dapat merasai bestnya Lip Bait ini. Mohon dapat memberi pendapat/pandangan anda pasal saya & Creme Ceremel. Sesuai tak? Okay tak? Cantik tak?

dan jika berminat/ sebarang pertanyaan boleh hubungi yang di bawah ini :) 

whatsapp : 013-264 7912

instagram : @loveaa.my_




Read More

Part 3 : Kesimpulannya.

Friday, 18 November 2016

No comments
Jadi, kesimpulan daripada cerita hati aku ni. Sebenarnya aku dah buat silap. Silap besar. Aku totally berusaha dengan sedaya upaya aku tanpa meminta pertolongan daripada Allah. Sedangkan upaya aku banyak mana je? Yang aku selalu doa masa tu pun supaya dapat result macam tu dan macam ni. Seolah-olah aku lah penentu segalanya. Padahal apa yang aku dapat ni, inilah yang paling terbaik untuk aku yang Allah dah sediakan. Aku terlalu berharap pada diri sendiri yang aku boleh buat. Dan paling sepatutnya ialah aku sandarkan harapan ini pada Allah. Allah lebih tahu mana yang terbaik untuk kita. Aku meminta untuk yang terbaik sekarang ni (hidup sebagai seorang pelajar spm), tapi Allah bagi aku yang terbaik untuk selamanya (hidup sebagai seorang hamba Allah). Faham kan?


Sepatutnya kau kena berdoa supaya Allah berikan yang terbaik untuk kau. Dan paling penting tiga perkara ni.
DOA . USAHA. TAWAKKAL

Kau kena pegang tiga ni erat-erat. Ketiga-tiganya , bukan satu je. bukan dua je. Tapi TIGA.
Tengoklah macam aku, doa dan usaha je. Tawakal? Lupa.
Jadilah macam ni.


TAWAKKAL = berserah diri 100% kepada Allah setelah berusaha atau berazam.
Biarlah Allah menjadi penentu segalanya yang terbaik untuk kita.

Dan sebenarnya, aku bersyukur sangat sebab ALLAH DENGAR DOA AKU untuk terlibat sama dapat graduate pakai jubah. Bersyukur sangat! takpe, nanti aku buat satu entry pasal bersyukur sebab memang banyak sangat yang perlu aku syukuri berbanding kecewa yang setakat alahaii macam ni. Huh..ok dah k bye, mengah. sekian 3 episod ini.



Surah Ibrahim , ayat 7 :

[ "Sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepadamu, dan jika kamu kufur dan ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras. " ]





p/s : 3 subject left for spm. In shaa Allah, faidza azamta fatawakkal alallah.

Read More

Part 2 : trial spm vs graduate

No comments
untuk addmath, aku tak argue apa sebab aku memang ye ye ok je tapi taklah sampai failed camni. Haha, paper physic pun alhamdulillah lulus. sekadar lulus. Bila dah dapat semua paper tu, mood aku dan hati aku totally very calm. Seolah-olah apapun jadi, okay. Aku tak berharap apa dah. Aku rasa kosong. Hati aku terus beralih fikirkan benda lain, such as my bussiness totebag dan lain-lain. Sebelum ni memang totally just for trial spm. Hati, otak semua dah set hanya untuk fokus trial spm. And ini dia. *lap hingus gantung*


Lepastu, tetiba ada cikgu cakap nak tambah markah untuk subject-subject tertentu. Aku macam layankan aje. Sebab memang tak berharap apa dah. cukup lah ye. hahah..Pastu, aku tengok lah slip keputusan trial spm yang latest dan ada kejutan di situ. Keluarlah yang macam ni



Satu kejutan bila kau TAWAKAL KEPADA ALLAH. Alhamdulillah aku bersyukur untuk ini. Tapi tetap macam fobia/trauma kot sebab memang kecewa untuk target aku 6A. Perasaan aku umpama kaca terhempas ke batu. Tapi still mood tenang bila tengok result aku macam tu. Debaran kedua pasal graduate. Lepas dapat result, aku dah semangat kira pointer . Alhamdulillah layak untuk graduate. Apatah lagi cikgu naikkan kepada 5.5. Situasi ni pulak umpama orang mengantuk, disorokkan bantal. Makin menjadi-jadi seronoknya. Alhamdulillah dapat graduate. Takdelah bayangan yang kawan-kawan aku pakai jubah lompat-lompat pastu aku nyorok belakang tiang tengok diorang sambil hati sebak.. Alhamdulillah ALLAH DENGAR DOA SAYA.



Read More

trial spm vs graduate

No comments
#throwback

oke cerita dia camni. aku nak sangat graduate sebab itulah event terbesar sebagai seorang pelajar tingkatan lima. cuba bayangkan, takkan lah orang lain pakai jubah tapi kau duduk belakang sebaris dengan yang camtu.(saya tak maksudkan yang negatif tapi saya betul-betul faham yang tak dapat graduate tu) mungkin diorang tak kisah atau mungkin diorang kisah tapi diorang tahu diorang tak mampu sokay then diorang terima. Tapi aku tahu aku boleh! okaylah, aku memang ratu jelous dunia terutamanya bila tengok orang tu boleh hebat , berjaya tapi aku? mungkin nak lebih dari orang tu , takboleh. tapi setakat duduk satu langkah belakang orang hebat tu pun okay dah. memandangkan kedudukan aku macam jauh sangat dari mereka ni.

sebelum trial, GPT (gred purata terkumpul) aku adalah 5.1 .. masa tu aku dah bad mood , macam sedih sangat hati ni sampai hampir gaduh dengan kawan aku ( alah, pepaham jelah jenis kawan yang sibuk nak tanya apa pointer kau apa semua. faham kannnn?) tapi aku macam diam je, dan cuba la kawal-kawal sikit. taknak tunjuk sangat pedih hati ni. Pastu teacher cakap, takpe boleh perbaiki masa trial spm.... Okay lega. ada masa lagi, aku belum terlambat! so, aku punya gigih masa tu memang aku nak graduate sebab mak abah. Tu je. Aku nak tunjuk yang aku bukan sambil lewa belajar (walaupun "macam" ye) tapi aku still fikir aku ada tanggungjawab. pastu, paling best bila aku bagitau mak abah yang aku akan pastikan aku dapat graduate. then, diorang respon macam ala kadar je. macam tak kisah pun kau dapat graduate ke tidak, tak menjejaskan apa-apa.

okay takpe. aku tetap struggle untuk mak abah. study bagai nak rak, hafal itu ini. memang fokus sangat lah. punya nak target. masa tu, aku berdoa supaya aku dikurniakan result cemerlang 6A dan dapat graduate bulan 10 nanti.Niat aku satu je, untuk mak abah. Semua ini untuk mak abah. Aku dah penat kecewakan diorang dan ini untuk mak abah. Itulah doa rutin sepanjang exam trial spm. tapi dah minggu akhir exam untuk subject killer dah lemau sikit tapi tetap gigih. classmate aku faham keadaan aku masa trial spm. kalau diorang perasan camne aku study masa trial spm tu. memang diorang tahu aku target exam ni.

sampailah lepastu, result trial pun keluar. You know what?  Masa tu aku bersyukur sebab aku ada 2A. Tapi lepas borak dengan member laki classmate aku , tetiba dia cakap dia dapat 3A. Seriusly aku sangat terkilan. Result aku menurun ke? Aku macam takboleh terima sebab masa tu, aku memang dapat 2A je. ( 1A , 1A-) Ini ke jawapan dan kesudahannya? Sakit. Inilah kecewa yang paling pedih...sampai aku terus campak henset aku ke lantai sebaik sahaja dapat tahu dia tu dapat 3A.. Pecah lah satu dua. aku tak menyesal pun sebab memang takdapat nak kawal. Tolong faham ok T_T


Lepastu, aku terus redha pasrah menyerah pada Allah. Apa pun result untuk paper lain yang aku dapat nanti, itulah yang terbaik untuk aku. Sehinggakan aku dapat paper biology 49, tergelak lah terus. Senyum jeeee... takdapat nak respon apa dah masa tu. Tapi aku yakin aku dah buat habis baik, aku tahu apa aku usaha untuk dapat yang terbaik. Aku faham biology (Alhamdulillah diberi kefahaman) .So, aku pun argue macam-macam soalan untuk dapatkan markah tambahan. Aku argue bukan semata-mata markah tambahan je. Tapi sebab berdasarkan fakta biology aku yang aku study tu, memang jawapannya patut macam ni dan macam tu. Memang jawapan saya logik! layak dapat markah. So, aku argue sebaik mungkin dengan teacher berdasarkan ilmu bukan semberono je macam orang sasau menagih simpati. Akhirnya dapat 52 , tukar gred. okay lah tu, thats great!!


Begitu juga dengan subject kimia yang aku sayang. Aku dapat 54. Tapi aku target A sebenarnya , hehe.. takpe, aku buat benda sama. Argue dengan teacher berdasarkan ilmu yang dicurahkan. Alhamdulillah dapatlah 56. sikit lagi nak 60 , dan sebenarnya masih ada lagi yang aku nak argue tapi teacher busy. Takpelah, setakat tu je rezeki trial. Huhu...classmate aku (girls) be like "dah, pae dah. cukup dah tu" ...Hahahaha, aku pun macam "taklah, memang jawapan aku logik. This is based on fact bukan simpati mintak markah." Mood masa tu, memang very calm dan terima apa sahaja yang bakal menimpa. Sampailah ke paper addmath, which is aku dapat 37. Failed guys! Huurey.. yehh. camtulah responnya. (speechless beb).
dan perkara yang sama, aku macam heyyy sokay, okay je ni. takde apa. totally Siti Pasrah binti Ahmad Menyerah ....



bersambung di entry kedua..




Read More

Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha

Friday, 28 October 2016

No comments

My Random Kindness


Agak berfikir panjang untuk menulis cerita ini. Agak janggal sebab jarang lah bagitau orang tentang kebaikan yang kita buat (alahaiii) . Haha, it's okay. Kisah ini akan buat korang terkedu dan berfikir. Ini kisah benar tentang saya.

5tahun yang lalu...

Masa tu hari sukan sekolah. Aku dah bawak dua acara pecut iaitu 100m dan 4x100m. Limit acara per individu adalah 3 acara. Kiranya, aku ada lagi 2 acara individu yang aku boleh rembat. Tapi aku chill je masa tu sebab acara aku dah selesai dan 1 silver, 1 bronze dalam tangan. Aku rehat kat bawah khemah rumah sukan aku iaitu Rumah Biru. Dari bawah khemah tu, aku tengok lah kawan-kawan atlet aku yang bersiap untuk acara masing-masing. Cikgu pun sama rancak uruskan budak-budak ni. Maklumlah sekolah rendah.  Tetiba aku nampak kawan aku , Ummu terhincut-hincut jalan ke khemah kami . Siap kena papah lagi. Dia baru habis acara lompat jauh, dan kejap lagi dia kena bersiap untuk acara 200m. Aku terus berlari kat dia, aku tanya dia okay tak? Tapi dia dah menangis bagai nak gila. Pertama, mungkin dia nangis sebab dia kalah lompat jauh. Kedua, mungkin dia nangis sebab dah la kalah lepastu injured pulak. Ketiga, mungkin dia nangis sebab dah la kalah lepastu injured pulak , so macam mana nak main untuk acara 200m yang daripada tadi MC duk umum yang acara dah nak start. Memang kat khemah tu, dah bising dan gelabah terutamanya cikgu yang kena setelkan atlet ni. Aku cakap kat cikgu, aku boleh tolong acara ni. Tapi Ummu tak bagi. Dia cakap dia nak main jugak sebab ni acara feveret dia. Dia yakin dapat emas yang ni. Aku hormat lah kalau itu yang dia nak. Cikgu pulak dah gelabah dan marah-marah dia sebab kaki dia memang injured teruk. Dia nangis lagi sebab dia nak menang medal tahun ni. Memandangkan tahun akhir kami di sekolah rendah. Aku cakaplah kat dia " Kau nak medal je kan? bukan nak lari sangat kan?" ... lepastu dia angguk sambil tutup muka nangis. Aku cakap kat dia " takpe, aku tolong lari je. Medal, aku bagi kat kau. ok?"... dia macam serba salah nak setuju tapi dia setuju jugak sebab memang dia takboleh nak lari dah.

Aku terus cakap kat cikgu yang aku gantikan Ummu. Ummu pun dah setuju. Aku terus berlari ke garis permulaan sebab memang LAST MINUTE sangat , MC pun dah ulang banyak kali supaya atlet-atlet 200m berkumpul. Aku buat regangan sikit. Dan si penjaga garisan pun bersuara " Ke Garisan! ...... Sedia.... POMMMM! Pecut lah apa lagi. 200m. Aku tak fikir pun yang aku lari ni adalah dalam track acara 200m. dan akhirnya, larian aku tamat. Aku dapat GOLD MEDAL. Syukur, gembira and ya! Perasaan atlet bila dapat emas. Puas. dengan panas terik dan penat yang teramat tak terkata. Lepas amek medal, aku berlari kat Ummu. Aku bukak kalung medal pada leher dan bagi kat dia .. " nah, kau punya."..Ummu pun ambil, lepastu dia senyum.. dan ucap "terima kasih." pada aku.


Balik daripada sukan tu, aku cerita kat mak aku. Mak aku marah lah jugak sebab kesian lah aku yang penat berlari dengan panas terik tapi medal dapat kat orang lain. Lepastu baru aku terfikir, "Oh, aku 'terlampau' baik rupanya.."  aku tak rasa menyesal pun. Masa tu, aku cuma berfikir untuk tolong selesaikan masalah orang je. Bagi aku ni perkara kecil je, tapi mak aku yang sedarkan aku. Yang aku terlalu baik. Yelah, kita yang susah payah tapi orang lain yang dapat. Bak kata pepatah, "Lembu punya susu, Sapi dapat nama" - SEKIAN-

 **Giveaway ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @loveaa.my_ dengan kolaborasi bersama blog www.bajuwarnacoklat.com. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shade Dough [Lip Bait] by Hanis Zalikha, cara pembelian secara online atau cod boleh hubungi 013-264 7912**


Instagram : @fzhmdnr

p/s: I dooo love Shade Dough Creme Caramel !!


Read More

Dapur Kekja : Spagetti + Sos Prego

No comments


Cuti 5 hari sempena Hari Depavali dan tinggal 3 hari persekolahan yang akan penuh dengan persiapan akhir tahun dan majlis bersara pengetua. Kemudian, cuti 2 hari dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Rabbi yassir wala tuassir , rabbi tammim bil khair . Allahurabbi. fuhh, tarik nafas dannnn hembus perlahan. heee

Okay, harini masak spagetti. Jom masak!




BAHAN :

  1. Spaghetti San Remo
  2. Prego Mushroom
  3. Mushroom
  4. Ketulan ayam 
  5. Bawang merah - 2 biji yang kecil/sederhana
  6. Bawang putih - 6ular yang besar
  7. Garam, serbuk lada hitam, Sos Jalin






CARA MASAK : 

  1. Rebus spagetti sampai lembut
  2. Tapis dan tuang minyak (zaiton/masak) sikit sambil tapis supaya tak melekat dan spagetti jadi licin.
  3. Bawang merah potong dadu. (potong dua dulu, kemudian potong tiga dan potong dadu)
  4. Bawang putih diketuk dan hiris kecik-kecik
  5. Panaskan minyak
  6. Masukkan bawang putih sehingga kuning/agak coklat
  7. Masukkan bawang merah dan sos jalin.
  8.  Masukkan ayam dan masukkan prego.
  9. Gaul bagi sebati dan masukkan secubit garam
  10. Gaul dan tunggu mendidih (pastikan ayam masak) (sambil tu masukkan serbuk lada hitam)
  11. Dah mendidih, masukkan cendawan.
  12. Gaul dan tunggu mendidih lagi.
  13. Kemudian, tutup api. dah siap!



p/s : Nampak macam banyak step padahal benda yang sama je. hehehe, okay, semoga faezah ingat dan faham bila baca balik ni. Haha, not in mood. takboleh lama-lama di sini. I need to study. Bye!



Read More

Kekja Read : Semusim Di Barzakh

Thursday, 27 October 2016

No comments
Alhamdulillah atas segala nikmat dan rezeki yang Allah limpahkan kepada saya. Syukur, saya dipilih menjadi salah seorang pemenang novel tarbiah Semusim Di Barzakh ini. Syukur yang tak terhingga. Semoga saya menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dari hari ke hari. 


Untuk itu, dengan rasa syukur dan insaf. Saya nak kongsi serba sedikit cerita tentang novel ini. Pertamanya, bila saya dapat novel ini. Agak mengambil masa untuk saya mulakan pembacaan sebab saya tunggu "mood" sampai dulu. heheh, memandangkan saya di ambang SPM ni kan. Cop! Itu bukan alasannya. Semakin dekat dengan SPM, semakin banyak benda yang saya buat. In shaa Allah, belajar tetap belajar. 

Okay, berbalik kepada review Semusim Di Barzakh. Buku ini adalah novel karya Hadi Fayyadh. Pada mula cerita ini, saya kurang faham novel ni nak cerita pasal apa? Apa kaitan Humaira, bayi kudung, Fayyadh ? Kenapa tetiba je masuk topik ni? Novel ni nak cerita pasal apa? Mana alam barzakhnya? Haaa camtulah yang saya fikir. Setiap kali saya baca bab yang pertama. Saya akan berselang seli dengan membaca feed back Ustazah Siti Nor Bahyah . Dan cuba meyakinkan diri saya. Feed back ini adalah betul. Bukan sekadar ingin me-laku-kan buku ni. 

Bila dah sampai tengah cerita, perjalanan Semusim Di Barzakh bermula apabila Fayyadh jatuh tangga dan koma. Selepas dia jatuh tangga, dia terus koma. Tapi dia rasa dia still hidup, padahal dia hidup dalam dunia yang lain. Start dari tu, dia teruskan perjalanan yang kononnya dia hidup dalam dunia nyata. Hakikatnya, perjalanan yang dia lalui itu adalah di alam roh. 

Di alam roh itu, dia mati sebab kemalangan dan dia teruskan perjalanan hidup di alam barzakh pula. Di situ, sangat banyak dan sangat terperinci setiap azab yang dia lalui. Sangat teliti setiap bait untuk menggambarkan suasana azab di sana. Ada satu sabda Rasulullah SAW yang saya catat, sebagai point penting pada saya setelah tamat membaca novel ini . 


Rasulullah SAW bersabda : 

"Andai kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan banyak menangis daripada banyaknya ketawa"


Read More

Cinta itu fitrah

Friday, 30 September 2016

No comments
bukan sahaja hati, malah jari yang menaip ini pun terasa janggal untuk berbicara soal hati. Oh tidak! Jangan pandang cinta adalah perkara yang euww atau sebagainya kerana cinta itu fitrah (suci) . Bercinta tak salah, dengan siapa kita bercinta dan bagaimana kita bercinta itulah yang menentukan salah atau tidak. atau lebih spesifik Halal atau Haram

entry saya yang sebelum ini iaitu Pilihan cinta : Aimaan Banna, sangat padat dan in shaa Allah tepat pengisiannya dapat menyedarkan kita. Cinta yang macam mana kita nak pilih?

Setabah hati saya pun, tipulah kalau takde rasa macam nak bercinta. rasa kosong je kadang. rasa macam takde orang suka aku ke. rasa sunyi. macam-macam rasa. Jadi, untuk bagi korang rasa apa yang saya rasa, saya ingin kongsikan teks dari Afaf Amra merupakan Founder Usrah Santai.



Perempuan.

Walau bagaimana sibuk dan aktif dalam society, kental bawa diri, takde pakwe, bersemangat dalam dakwah atau bijak melangit dalam pelajaran, tetap takkan lari daripada bicara soal hati.

Andai hati itu asalnya lembut, maka selamanya jua lembut.
Suka orang itu, suka orang ini
Nak jaga hati,
Taknak lagha
Taknak fikir yang sia-sia

Kadang-kadang rasa rindu sangat sampai nak kahwin sahaja lagi mudah.

Tengok orang couple, rasa nak couple juga. bila fikir balik, taknak couple sebab taknak buat perkara yang menghala dosa tetapi jiwa terseksa!

Tengok orang kahwin pun nak kahwin juga. taktahu kenapa rasa nak kahwin sangat tetapi yang tahu hanya nak kahwin sebab seronok tengok orang kahwin.

Pelbagai rasa didengari
Bercampur baur dalam hati

Itu lumrah sayang.

Apatah lagi dalam umur yang makin meningkat dewasa.
Soal hati dan fitrah rasa untuk disayangi dan menyayangi itu biasa.

Cuma terkadang diri perlu tahu, fokus kehidupannya di mana.

Ada satu masa.
Allah pasti akan satukan dua hati menjadi satu ikatan yang halal.

Jadi harini, takperlu mencari atau mengejar. Cukuplah dengan berusaha melengkapkan diri. Jujur kata, tak mudahlah nak jaga hati tetapi kerana Allah! aku cuba untuk tetap menjaga dan in shaa Allah. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik , lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya dalam Surah An-Nur ayat 24 . Percayalah akan ada, cuma bukan sekarang waktunya. Its too early for you (me) . Lets prepared ourself dan see you 3 years later :) - (2019)



Read More

#ATileForSeville

Tuesday, 27 September 2016

No comments




Semalam 26/9/2016 , idola saya turun Politeknik Muadzam Shah. Khabarnya ada Hafiz Hamidun dan PU Syed. Saya tahu yang beliau turun muadzam shah daripada post kat ig dia. Masa tu feeling barlari-lari nak pergi tapi hakikat hidup saya...memang takboleh keluar malam, terutamanya event umum macam ni. Habis semua kawan-kawan saya tag pada gambar yang beliau post tu, tapi kawan-kawan semua ada kelas malam. Oh lupa-nak-SPM-dah. Tetiba ada seorang sahabat saya ni whatsapp saya...



Agak-lah terharu hihihi sebabnya dia tahu idola saya datang Muadzam Shah!! dia tahu Heliza Helmi tu idola saya. hehe..Yang saya selalu sebut-sebut dah datang dekat dengan saya. Ini ke yang dinamakan "dekat tapi jauh" ? Takpe, belum rezeki. Inshaallah satu hari nanti mungkin lebih dari menghadiri ceramah dia. Mungkin hari-hari saya akan jumpa dia atau jadi team dia pergi jelajah bumi Islam. Aamiin, tiada siapa yang tahu. Doakan yang baik-baik sahaja. Okay cukup mukadimah ringkas ini.

Dalam sedih yang itu, saya scroll ig sebab nak tengok lah kot ada beliau post suasana kat Politeknik tu. Tapi saya terjumpa post Diana Amir berkaitan #ATileForSeville. Memang saya ikuti perkembangan kak Heliza Helmi, Diana Amir, Fynn Jamal dan Fara Fauzana dalam misi mereka ini. Akhirnya dah di update dalam youtube. Alhamdulillah

Dulu pernah beratusan masjid terbina di Andalusia . Kini bertukar menjadi gereja. Di bandar Seville yang mempunyai 20,000 orang muslim, tiada sebarang masjid yang terbina untuk mereka.


Jadi, kehadiran mereka di bumi Spain itu untuk membina masjid. Ehh bukan masjid yang ada mahar tu. Masjid untuk beribadat . Hihihi. Maka entry ini untuk saya kongsikan dengan "silent readers" saya untuk tontonilah A Tile For Seville di Youtube. Lihatlah perjalanan mereka di sana dan ambil manfaat daripadanya. Inshaallah semoga bermanfaat . Kalau drama korea boleh kira episod, kenapa tidak untuk drama realiti selama 6minit lebih ini?


( Klik Gambar untuk tonton EPISOD 1)

#ATileForSeville




p/s : Saya sangat kagum dengan idola saya, kak Heliza Helmi. Semangat jihad fisabilillah yang ada pada diri dia sangat mendalam. Sangat terharu dan berbangga kerana jadikan dia sebagai idola saya since dia masuk AF5 lagi. (dulu saya minat dia masa AF5 sebab mata dia bulat sama dengan saya. adalah persamaan pada muka ada iras-iras sikit *bukan perasan tapi mungkin kebetulan*. dan harini saya minat dia kerana agama yang ada pada dia ). wallahualam


Read More

A (little) achievement sweet 17

Monday, 26 September 2016

No comments

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah . Alhamdulillah. Alhamdulillah. Hadza min fadhli rabbi . ( rasa macam nak taip entry ni hanya untuk ucap Alhamdulillah ) . Syukur Ya Allah, seawal usia ini ( 16 tahun 11 bulan) aku dapat lah jugak kurangkan sedikit beban mak abah. Bussiness totebag di instagram @artotes.co atau boleh whatsapp 011-1994 5954 untuk order . At least saya cuba, dan usaha mana tahu satu hari nanti jadi usahawan berjaya dapat tanggung mak abah dan bantu adik-beradik yang lain (itu impian saya, tak kisah walau apa cara pun yang pasti HALAL. saya nak family saya nampak yang saya bukan macam itu tapi yang macam ini) . Aamiin walau tak pernah terlintas dan tersinggah di hati saya untuk bercita-cita menjadi seorang usahawan muda/berjaya . Sebab cita-cita saya yang clishe tu, nak jadi saintis mulanya lepastu eh nak jadi nurse. Dah besar sikit, nak jadi doktor. Itu sahaja yang saya fikir. Bila tanya mak saya, dia akan jawab "jadi cikgu dah la, sesuai dengan wanita berkeluarga nanti." Apa saja, saya ikutkan sebab rezeki Allah itu luas. Saya akan lakukan yang terbaik untuk apa sahaja kerjaya yang Allah tentukan untuk saya. In shaa Allah!

My Goals!
  • Graduation day! (5/10/2016)
- Jubah graduate : RM20
- Makanan & Sijil : RM10
- Gambar : RM15

Total : RM45

  • Seminar Addmath (14-15/10/2016) - RM20
  • Instructor Course Taekwondo ITF (15-16/10/2016) -RM350/400 

Mak bantu RM250 untuk Intructor Course tu. Saya bagitahu je mak yang saya nak pergi kursus jurulatih, lepastu mak terus tanya berapa yuran? Mak bagi RM250 je , dalam RM250 itu ada duit abah juga. Saya macam speechless dan terharu la jugak sebab tak berharap pun mak saya hulur. Saya cuma nak minta kebenaran nak pergi je, but Alhamdulillah :) Jadinya saya topup RM200 jelah. Biar lebih jangan kurang. hehehe :)

Jadi, tahun ini 2016 saya GRADUATE & SEMINAR ADDMATH guna duit saya sendiri tanpa minta dari mak abah. Saya pergi INSTRUCTOR COURSE dengan backup dari mak abah. Alhamdulillah! The Best Achievement in my life so far (16yearsold 11months). Saya tahu pencapaian ini mungkin sedikit tapi lebih baik berbanding saya yang dulu :)

p/s: Saya cuba untuk tidak meminta wang dari mereka. Saya malu sangat lah nak mintak duit kat diorang rasa macam nak berlari satu rumah kalau nak pergi mintak tu. 10 kali ulang-alik. Jadi, saya cuba dan usaha mana yang mampu. Rezeki itu milik Allah dan rezeki Allah itu luas :)

" She believe she could, so she did " 
Read More

Dapur Kekja : Bubur & Sambal

No comments
Assalamualaikum dan selamat petang! Sabtu haritu mak demam, so mak suruh masak bubur. Memang dah lama nak masak bubur ni sebabnya penting untuk yang sakit/demam. So, sekarang dah pandai dah kot jaga orang demam. hehehe. Rutin family, bila bubur mesti dengan sambal. Maaf gambar bubur & sambal yang dah siap takde, sebab tak sempat nak snap. Abah pun siap tegur, tu dah kenapa masak-masak siap camera atas meja. Kfineeee ----- ada lah gunanya masa depan nanti bukan nak show off ok. (positive please)


CARA MASAK BUBUR : 

  1. Beras 1 pot setengah.
  2.  Basuh beras
  3. Air paras nombor 8 dalam periuk nasi tu. (air kena banyak la kiranya)
  4.  Bagi periuk nasi kat rumah ni, kerana letak senduk kayu supaya periuk tak tutup rapat, nanti dia membuak. ( Periuk orang lain saya tak tahu pulak. hehe )
  5. Tunggu dia masak ( 10-15minit kot) agak-agak jeee... godak-godak dan masukkan 2-kiub maggi.
  6. Agak-agak ada gaya bubur tu, dah la. Tutup suis periuk



BAHAN ( Sambal ) : 



  1. *bawang besar - 2 (saya taktahu apa beza bawang merah dengan bawang besar. macam sama je! )
  2. *6 ulas bawang putih
  3. segenggam cili padi
  4. Satu genggam setengah ikan bilis.
  5. Kiub Maggi - 1
  6. Kicap Manis



CARA MASAK (Sambal) : 
  1. Blander yang bertanda *
  2. Kemudian tapis. 


(terselit info bubur : itu yang saya maksudkan letak senduk kayu)

3. Goreng ikan bilis dan tapis minyak.


4. Tumiskan yang diblander tadi. (bila tumis, mesti panaskan minyak)
5. Agak dah coklat sikit, masukkan Kiub Maggi.
6. Kacau-kacau dan masukkan Kicap Manis sedikit (agak warna gelap sikit, dah la) (kiranya kicap ni untuk jadikan warna dia nampak macam sambal. Hahahaha how to explain ha!)
7. Kacau-kacau sambal tu bagi masak dan tutup api.
8. Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng.
9. Gaul lah mereka sehingga sebati. Dah siap!


p/s: really sorry, gambar ada tapinya dalam otak saya. Haha, okay semua kena imagine lah sendiri rupa dia!


Read More

Doa dipermudahkan urusan - Heliza Helmi

Friday, 16 September 2016

No comments

In shaa Allah perkongsian ilmu harini ialah doa dipermudahkan urusan oleh Heliza Helmi. Boleh tekan gambar di atas untuk play video. Semoga bermanfaat :) 



Maksud doa : " Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkaraaa yang susah boleh Engkau jadikan mudah, apabila Engkau mengkehendakinya. " 

Read More

Review buku tarbiah

Thursday, 15 September 2016

No comments

Pada malam ini. baju dibasahi peluh, kepala berdenyut (perkara biasa setiap kali habis sukan, taktahu lah perkara "biasa" atau sebaliknya) baru balik training taekwondo. kesedihan di hati makin hari makin pelik tendangan, skill haprak. Apeniii . ok stop , bukan nak cerita pasal taekwondo. 

hehe, mukadimah untuk apa yang berlaku saat ini. baiklah, malam ini ditemani seketul cahaya dari syiling rumah menghala ke meja komputer bersama kipas dinding kuasa 2 . saya nak review buku-buku di atas .Alhamdulillah kesemuanya sudah habis saya baca dari kulit ke kulit. Jangan tanya berapa lama saya habiskan. Ada yang dalam masa satu hari, ada yang berhari-hari jugak. Semoga bermanfaat, dan boleh jadikan cadangan NEXT BOOK-TO-READ kepada ulat buku sekalian.


CERITA & CINTA

Cerita & Cinta karya Irine Nadia dan sedikit coretan dari suaminya, Vel Oliver. Siapa tak kenal pasangan ini? sangat tabah dan kuat family dia ni. Buku ini mengisahkan tentang diri dia (Irine Nadia) sebelum dan selepas kahwin. Beliau berkahwin pada umur 19/20 cemtu lah. Dia juga merupakan inspirasi saya sebab tu beli buku dia ni. Korang takkan percaya semua yang dia cerita dan perkara yang dia alami sewaktu dia berumur 19-24 cemtu lah. Jadi kalau nak jadi remaja yang bermotivasi boleh follow up cerita dia. Terutamanya pengalaman yang dia cerita dalam buku ni sangat membantu. Kalau dia boleh, mengapa tidak kita? but porrrrrrrr me : " Action speaks louder than words". Achieve it!



KUN ANTA

Kun Anta karya oleh tiga orang penulis iaitu Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre , Faris Zulkharnane dan  seorang  lagi merupakan idola saya sejak kecil lagi iaitu Heliza Helmi. dan sebab itu jugaklah saya beli buku ini. hehehe..Buku Kun Anta ini diisi dengan pelbagai cerita & sejarah islam yang dapat menjadi tauladan buat kita. disokong pula dengan ayat suci Al-Quran dan Hadis. MashaAllah, bertambah-tambah ilmu dikk oi kalau ko beli&baca. Ada juga perkara yang dapat saya ambil dan amalkan. Objektif buku ini , ingin memberitahu kepada kita supaya Kun Anta atau Be Yourself. Takperlu hipokrit, takperlu nak bertopeng atau sebagainya. Macam mana nak jadi diri sendiri ni? "Jadilah diri mu , sucikan hati, hiasi pekerti" . kalau tak faham jugak, boleh beli buku ini dan baca sampai habis. Semoga dengan itu dapat menjelaskan dan membuka ruang dalam hati kita untuk sentiasa Kun Anta :)


PESANAN BUAT DIRI


Pesanan Buat Diri karya Suhili Nain. Jujurnya, saya tak kenal penulis ini. Buku ini dalam koleksi buku-buku Angah saya. Saya sebagai seorang penghuni dalam bilik tersebut, sangat suka "mencari" dan "terjumpa" . Jadinya saya baca. Nipis sahaja buku ini tapiiii sangat padat dan cukup untuk santapan rohani. Pesanan harian buat diri berserta huraian dan contoh dari ayat suci Al-Quran dan Hadis melengkapi buku ini. Banyak sangat pesanan yang kita patut catat dan pindahkan ia ke dalam buku catatan peribadi kita (sekiranya ada)(sepatutnya ada) untuk menjadi peringatan buat diri kita. InshaAllah saya akan repeat baca buku ini supaya "ia" sebati dengan jiwa dan hati saya. InshaAllah


Konklusinya : Jadikan buku-buku di atas sebagai koleksi buku-buku anda. Buku-buku ini sangat membantu dari segi rohani dan dapat "membersihkan" pemikiran anda. Tapinya, jangan lupa untuk membaca penghulu segala kitab iaitu Kitab Suci AL-QURAN. Inilah kitab yang terulung dan tiada tolok bandingnya. Jadikan Al-Quran sebagai teman sejati, bacalah setiap hari kerana di akhirat nanti. Kitab ini akan mengiringi .  Saya sangat teringin untuk bertaddabbur Al-Quran. Sangat ghairah untuk mendalami Al-Quran , untuk faham kesemua cerita dalam Al-Quran. Saya sangat teringin untuk ber Usrah dalam satu bulatan bahagia, berkongsi ilmu akhirat dan bertaddabbur Al-Quran. MashaAllah. InshaAllah, satu hari nanti akan menjadi kenyataan. Allahumma Aamiin

Pesan saya : kita sebagai seorang wanita terutamanya, perlu dan sangat perlu menimba ilmu. Mungkin kita tak dapat nak jelajah dunia atau bermusafir untuk mencari ilmu tapinya pada era ini, semuanya di hujung jari. Carilah ilmu yang bermanfaat, terutamanya ilmu agama. Cari, kejar, genggam ilmu agama dalam hati ini sebab nanti kita nak bimbing anak-anak begitu juga nak bimbing suami. Mungkin awak kata suami yang patut bimbing kita. Yaaa memang betul, tapi ingat dia pun manusia. Jadinya kena saling mengingati. Kita kena lebih berpendirian, bermotivasi untuk kita pimpin dan bimbing keluarga kita nanti. Sebab ada sebuah kisah dalam buku " Kun Anta" yang bertajuk "Seorang ibu kekuatan seribu lelaki" . Dalam kisah ini menceritakan seorang ibu yang mendidik anak-anaknya menghafal Al-Quran sejak kecil lagi. Anak dia berumur 9 tahun sudah hafal 30juzuk Al-Quran. MashaAllah Tabarakallah. Saya taktahu kenapa hati saya bergetar saat membaca kisah ini. Ayahnya orang biasa, tak alim langsung. Tapi ibu dia.... Lihatlah betapa pentingnya peranan seorang ibu dalam mendidik anak-anak.

Jadinya, saya juga ingin berpesan pada diri sendiri. Jangan terlalu berharap untuk mendapat seorang teman hidup yang perfect atau erti kata lain , bijak dalam segala hal. Jadi lah dulu sepertimana yang saya inginkan. Berusahalah dan jadilah dulu sepertimana yang saya inginkan. sepertimana yang dijelaskan dalam Surah An-Nur ayat 26 . wallahualam


Read More
Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co