5 Simple Travel Tips

Tuesday, 28 January 2020

2 comments

Aku sure ramai yang suka travel kat sini. Travel untuk menambah pengetahuan dan meninjau budaya orang luar. Lain tempat, lain budaya. Even setiap negeri pun ada budaya mereka tersendiri. Kalau ada ruang dan peluang tu grab lah untuk pergi bercuti. Selain dapat tengok tempat orang, kita boleh tenangkan fikiran daripada kesibukan kerja dan sebagainya.

Banyak benda kita boleh buat dan gunakan untuk memastikan percutian kita menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Malahan kalau kita bijak, kita siap boleh jimatkan lagi kos percutian kita tu. Siapa tak suka kalau dapat jimatkan kos ni kan?

1. Cara beli tiket

Dulu aku tak percaya benda ni tetapi bila cuba memang betul berhasil. Kalau nak beli tiket flight cuba search pada Hari Selasa sampai Khamis, harganya agak berbeza kalau kita search waktu weekeend untuk hari yang sama. Dan selain itu, cuba cari masa travel tu pun untuk hari Isnin hingga Rabu sebab ia lagi murah daripada kita travel Hari Jumaat. So, make sure baki cuti tu cukuplah hehehe. Selain daripada itu, sesekali cuba guna kan Third Party untuk beli tiket flight ni. Kadang-kadang harganya agak berbeza dengan kita beli direct dekat website airline tu. Antara Third Party yang terbaik bagi aku adalah Traveloka. Sangat memudahkan urusan perbandingan harga antara Airlines. Terdapat banyak Airlines yang ada dalam ni antaranya Qatar Airways, Singapore Airlines dan lain-lain. Kalau untuk travel dalam Malaysia, fireflyz air tickets pun boleh beli guna Traveloka juga.


2. Buat Checklist!

Bagi aku ini antara benda paling penting. Checklist di sini bukan sahaja checklist barang tetapi juga menyenaraikan tempat yang kita bakal kunjungi. Selain itu, membuat juga checklist barang-barang untuk travel. Supaya takde benda penting yang tertinggal nanti terutamanya ubat-ubatan dan keperluan utama. Untuk buat checklist, depend pada setiap orang. Ada yang suka buat checklist dalam phone sahaja. Ada yang suka buat dalam notebook, template mahupun file. Sebagai contoh, boleh buat bullet journal macam ni jugak.


3. Planning Journey

Sampai sahaja di airport, terus lost. Taktau nak pergi mana. Masa itu lah baru nak search segala benda. Sangat membuang masa di situ. Untuk elakkan perkara ini berlaku, plan terlebih dahulu perjalanan atau jadual aktiviti sebaik sahaja sampai di sana. Jangan sesekali travel tanpa sebarang plan! Bila nak start planning? Sebelum packing barang-barang. Supaya kita tahu barangan yang sesuai di bawa di tempat yang ingin di tuju. Planning yang cantik akan menjimatkan masa dan banyak tempat-tempat menarik yang kita dapat pergi. Pastikan plan dahulu sebelum bertolak okay!

4. Susun atur barang dalam bagasi

Kalau kita pandai susun barang, banyak ruang dalam bagasi yang boleh kita gunakan lagi. Pastikan cara lipatan baju kita tu menjimatkan ruang. Kalau nak lagi jimat ruang boleg gunakan bag vacuum yang ada jual secara online or dekat Daiso ke untuk letak baju, nanti keluarkan angin dia. Ruang memang super jimat tetapi ada kos lah sikit untuk beli beg tu. Kalau tak, pastikan lipatan kita tu kemas dan baju disusun dengan baik. Dan pastikan bagasi kita nanti mesti ada sedikit ruang kosong. Yelah kalau dah pergi travel ni selalunya mesti akan shopping. So, bagi mengelakkan kita membeli beg baru, just pastikan bagasi kita tu ada space minima 1/3 daripada ruang beg. Bagi yang taktahu vacuum bag tu macam mana? Ini dia.


5. Barang Keperluan vs Kemahuan

Masalah terbesar bila nak packing barang adalah membezakan barang keperluan atau kemahuan untuk di bawa. Kalau ikutkan kemahuan tu, nak bawak satu rumah. Cuba minimize kan barang-barang yang ingin di bawa. Kalau rasa barang tu tak perlu, atau boleh sharing dengan partner travel kita ke just share. So kita boleh jimatkan ruang beg nanti. Toiletries pun bawa yang small size cukup untuk tempoh masa kita travel. Tak perlu bawa saiz besar kerana ia akan memakan ruang dan menyusahkan kita nanti.

Selamat travel!


Read More

Dapur Kekja : Ayam Masak Lemak Cili Api

Thursday, 23 January 2020

No comments

Bukanlah suatu isu besar tentang luncheon, hanyalah lunch + eon sebab kat korea kebanyakkan tempat diakhiri -eon LOL // dan masakkan ini makanan melayu. Apa kena mengena ek?!


Bahan-bahan :

1. Ayam yang sudah dipotong - 10 ketul (anggaran)
2. Bawang merah - 2 biji*
3. Bawang putih - 8 ulas*
4. Serai - 4/5 batang (separuh dari depan potong-potong kecil sebab nak blander)*
5. Cili api - 6 batang (depend pada kepedasan yang anda inginkan)*
6. Halia - 1 besar, 1 kecil*
7. Serbuk kunyit - 1 sudu*  (untuk jadikan dia warna kuning je)
8. Santan - 500gram ( kalau beli kat pasar sini, RM5)
9. Asam jawa - 1 sudu
10. Kiub maggi - 3 
11. Tambahan garam mengikut rasa.
12. Kentang - 4biji potong empat



Cara masak : 

1. Blander yang bertanda *
2. Buka api dan masukkan ayam + yang di blander + kentang yang telah dipotong + air dua tiga mangkuk + santan
3. Teruskan dengan asam jawa dan kiub maggi mengikut kuantiti yang dinyatakan.
4. Godak sahaja sampai dia mendidih blup blup.
5. Sebelum mendidih, kena godak selalu takut pecah santan. Once dah pecah santan, musnah masakan kau. Haha
6. So, godaklah sampai dia jadi blup blup. Kemudian, letaklah garam sesudu dua. Rasalah, kalau rasa tak ckup masin. Tambah lagi garamnya. Make sure rasa masin terlebih sikit sebab nanti makan dengan nasi takut rasa tawar.
7. Biarkan mendidih lama sampai kentang lembut dan biarkan mendidih lama sikit supaya masakan tahan lama. Tak mudah basi. 
8. Siap dah tu! 



Read More

Degree Semester 1

Tuesday, 21 January 2020

1 comment

Kalau di-buku-kan setiap coretan dalam blog ni, boleh dijadikan novel dengan plot-plot di saat klimaks sehinggalah ke penamatnya. Tajuknya? Allah is The Best Planner. Betapalah hidup ini aku tak dapat nak jangka. Begitulah membuktikan Allah sebaik-sebaik Perancang. Alhamdulillah untuk tiap-tiap perkara yang berlaku suka dan duka. Hadiah mahupun musibah tak lain tak bukan adalah untuk menguji keimanan dan kesabaran seorang insan yang lemah ini.

Tak pernah terfikir akan terus menulis blog sampai sekarang. Bila dikira-kira, sudah mencecah 9tahun! Walaupun aku tidak melonjak famous seperti blogger lain, tapi aku rasa itu adalah lebih baik. Blogger with low profil, that's me. And that's more better for me. Inilah medium perkongsian dan catatan hidup seorang Faezah. Semakin besar, semakin banyak yang aku cuba lupakan, redhakan dan akhirnya banyak juga perkara-perkara yang aku terlupa. Dengan menerima akan hakikat itu, aku jadi seorang yang suka mencatat. Selagi boleh. Walau hanya di note dalam handphone. Sebab once aku lupa, aku memang lupa. Hehe

/
Wow mukadimah dah dua perenggan. Haha. Jadi, aku selamat mengakhiri semester 1 SarjanaMuda pada 15 Januari 2020. Begitulah kehidupan aku dimulakan pada awal tahun 2020. Mulai saat itu, aku nampak dah masa depan aku untuk dua tiga tahun hadapan iaitu belajar. Makan tidur belajar. Menghabiskan sisa-sisa kehidupan 21 , 22 dan 23 tahun untuk belajar. Hebat bukan? Mungkin korang dah adapt benda ni but not for me. Tak pernah terfikir boleh belajar sampai degree sebab result aku selalu kecundang. Tak pernah dapat straight A langsung seumur hidup. Tapi tengoklah, hidup ni adalah dalam perancangan Allah. It's normal to be worry a little bit but still thankful for everything happen.

Okay-okay mulai saat ni, kita buanglah yang sendu. Belajar terus mensyukuri dan menghargai apa yang ada. Andai satu hari nanti di ambil semula apa yang kita pernah dapat, percayalah. Sampai saat itu sahaja perkara itu sesuai untuk kita. Kemungkinan di masa akan datang, ia membinasakan diri kita. 

See you next post!





Read More
Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co