Kekja Baking : Kek Batik Indulgence

Monday, 12 August 2019

2 comments

Salam Aidiladha, seperti yang aku katakan tempoh hari. Jadi inilah resepi Kek Batik Indulgence! Lain orang, lain caranya. Kalau korang google/youtube memang banyak resepi. Ada yang sama dan ada yang lain sikit. Cara aku ni simple dan sedap emmmmmm <3 #bukanpujidirisendiri


Sila tekan : Resepi Kek Batik  (untuk buat kek batik indulgence, kek batik mestilah lembut. Jadi, lebihkan air) 

Dah siap kek batik? Letak dalam peti. Ok kita terus buat topping indulgence.


Topping (indulgence)  

#Layer 1 (cream cheese) . Alatan yang digunakan - Mixer

Bahan : 

1- Cream Cheese 250g
2- Whipping cream - 1/2 cawan
3- Gula ising - 2 sudu besar
4- Esen vanila - 1 sudu teh
5- Gelatin (agar-agar) - 1 sudu besar
6- Air panas - 50ml (sukat guna cawan/botol yang ada sukatan contohnya shaker)

Cara buat : 

1- Masukkan semua bahan 1-4 kedalam bekas mixer mengikut turutan dan sukatan yang telah dinyatakan.

Mix mereka sehingga sebati dan licin (smooth) . Kalau rasa sebatian itu agak pekat semacam, sila tambah whipping cream 1/2 cawan lagi. Mix sehingga adunan itu nampak smooth je. Take your time ok!

2- Bila dah smooth, licin (takde yang berketul). Rasa sikit, okay tak? Manis ke tawar ke takde rasa? Kalau dah cukup manis, procees step 3 . Kalau rasa tawar, tambah gula ising 1 sudu besar. Then, mix lagi. Kemudian, rasa. Ha manis kan? okay terus step 3. 

3. Masukkan Gelatin 1 sudu besar ke dalam air panas 50ml. Kacau sehingga larut kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese tadi. Teruskan mix! zenggggggg (bunyi mixer)

4- Dah siap. Keluarkan kek batik dari peti ais dan tuangkan adunan cream cheese. Ratakan atas kek batik tu! Then, masukkan balik dalam peti ais.

#Layer 2 ( chocolate ) - Alatan yang digunakan : periuk kecil dan api dapur

Bahan : 

1- Dark chocolate - 1/2 bar
2- Buttercup - 1 sudu besar
3- Whipping cream - 150ml

Cara buat : 

1- Masukkan bahan 1-3 mengikut turutan dan sukatan yang dinyatakan ke dalam periuk kecil.
2- Api sederhana dan kacau mereka sehingga sebati. Kacau sehingga mendidih, jangan stop kacau. Teruskan kacau, kacau sampai mendidih. 

Step ringkas, tapi ambil masa juga. Layan kan je sampai mendidih dan agak likat. Jangan sampai hangus sudah la. Hahaha

3- Dah siap? Keluarkan kek batik yang dah ade layer cream cheese tadi, tuang adunan chocolate ke atas cream cheese yang dah sejuk beku. Ratakan! Masukkan dalam peti ais. Selepas 30 minit, boleh makan!



Itu saja. Share gambar dan tag @fzhmdnr di instagram kalau korang try resepi ni okay? Let me know resepi ni menjadi ke kat orang lain? Hehe goodluck!


Read More

Stand with : Allah is The Best Planner

Saturday, 3 August 2019

1 comment
tak kira macam mana sekalipun bentuk kehidupan yang sedang kita jalani, suka untuk aku ingatkan diri selalu. Keep remind yourself about Allah because no one will do it for you!

Boleh jadi, tindakan kita tidak sehaluan dengan hati.
Kamu tahu apa yang aku maksudkan. Ya, kamu tahu.

Kamu tahu bila hati, pemikiran dan tindakan tidak sehaluan.
Bila semuanya meronta-ronta. Ya , kamu tahu.

Keep remind yourself about Allah for every step in yourlife.
You get something, said Alhamdulillah, hadza min fadhli rabbi (semuanya kurniaan dari Tuhanku)
You lost something, said Alhamdulillah, bersyukurlah nanti Allah tambah.
You feel down, said Allah know what the best for me.
You feel fresh, said Alhamdulillah, may Allah bless everyone in this world.

Be kind.


You read my blog then you know what i've plan for my life. Honestly from the bottom of my heart, i just plan it to make me strong face anyone when they ask about my future. 100% i give it to Allah. Aku tawakal. Aku serahkan semua pada Allah untuk tentukan yang terbaik untuk aku. Dari segala sudut kehidupan, bermula masa depan diri kemudian keluarga, kawan-kawan dan pasangan. Moga Allah aturkan yang terbaik untuk aku.

So, yah. I write my blog for myself :)



Read More
Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co