Dapur Kekja : Ikan Asam Pedas terung

Friday, 2 November 2018

No comments

For the next day is Ikan Masak Asam Pedas bersama terung. Semua resepi yang dikongsi adalah lauk faveret sis! 


Bahan : 

1- Ikan Selar Kuning - 6 ekor
2- *Lada kering - segenggam
3- *Serai - 5batang kecil (nak bahagian separuh batang ke bawah sahaja)
4- *Bawang putih - 4ulas
5- *Bawang merah - 2biji
6- *Halia - 4/5 hiris (bersama kulit banyak khasiatnya)
7- *Udang kering - segenggam
8- Terung - sebatang
9- Kiub ayam maggi - 2
10- Asam jawa - 1 sudu teh


Cara Masak : 

1- Basuh ikan, buang isi dalam.

Asam pedas : 3 ekor potong dua seperti dalam gambar.
Goreng kunyit : 3 ekor dikelar sahaja seperti dalam gambar.

2- Blander yang bertanda *
3- Panaskan minyak (banyak)
4- Tumis yang diblander.
5- Masukkan kiub maggi -2 dan asam jawa.
6- Biarkan mendidih lama. (pecah minyak)
7- Tambah air sebekas. (supaya berkuah)
8- Biarkan mendidih sehingga pekat.
9- Masukkan ikan yang di potong dua + sebatang terung yang dibelah dua dipotong tiga. LOL (buang kulit satu line je)
10- Biarkan mendidih sehingga terung lembut. (sila cucuk dengan garpu)
11- Bila terung dah lembut, kecilkan api supaya masak lebih lama so makanan tahan lama. Noted!


12- Sila lah goreng 3 ekor ikan selebihnya bersama kunyit dan garam. Garam lebih supaya rasa masin. Kalau tak rasa masin, hambar!
/
Dah siap!



Read More

Dapur Kekja : Telur masak kicap

No comments

I'm road to my last sem omg. Syukur pada-Mu.
My next recipe notes is lauk telur masak kicap.

Bahan :

1- Telur 5biji
2- *Bawang merah besar - 2
3- *Bawang putih - 4ulas
4- *Cili padi - 7-10batang (mengikut tahap kepedasan yang dimahukan)
5- Kiub maggi - 1
6- Sos tiram & Kicap lemak
7- Serbuk kunyit - hujung sudu teh


Cara masak : 

1- Goreng telur mata. Pastu letak tepi
2- Blander yang bertanda *
3- Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak. (sebab ini kategori sambal)
4- Tumis bahan yang telah diblander.
5- Kemudian masukkan serbuk kunyit + kiub maggi + sos tiram (sedikit but agak-agak je) & kicap lemak (agak-agak dia cukup hitam)
6- Biarkan mendidih lama (pecah minyak) ''10minit? pastu rasa. Kurang masin, tambah garam.
7- Kemudian masukkan air sebekas. kalau nak kuah lebih, tambah banyak air.
8- Biarkan mendidih sampai kuah agak pekat.
9- Masukkan telur mata yang sudah digoreng.
10- Biarkan mendidih lagi.

Dah siap!



Read More
Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co