Proud group work!

Thursday 25 November 2021

1 comment

 


Hi guys. just wanna share my priceless moment and keep it as one of the best memories as degree student. 

Benar, kelas online banyak dugannya. Tapi di antara momen berharga adalah dapat group assignment yang function! So the story is, petang tadi ada kerja group yang perlu diselesaikan. Sama macam korang, group assignment aku banyak jugak yang sunyi sepi. Kalau kita tak petik, tak gerak. Kita blur, semua diam. Pastu memasing taktau memasing faham ke tak faham ke. Online is all about communication. Paling penting kalau kita menaip di whatsapp, make sure ayat kita sweet-sweet je sebab kebanyakkan orang suka baca dengan nada tegas. Kalau tak pun, letak emoji sweet-sweet menandakan kita chill je bagi arahan atau bertanya sesuatu.

Subject untuk kerja group ni adalah subjek yang paling aksdjksadlaksdl. faham jela ek.. I can say that all chemist hate this subject! Hahah sebab apa? sebab subject ni bukan subject kimia. Tapi kalau minat perniagaan, mungkin seronok lah kot. Apapun assignment ni banyak gila kerjaaa sangat banyak, tak tipu. Kadang pening baca dalam group panjang betul arahan dan tugas yang perlu dibuat. Setiap kali kelas, setiap kali tulah arahan berjela dan mesti ada tugasan baru. Sedih mak.

Pastuuuu petang tadi, kitorang semua hadir dalam webex session dan google doc. Semorang buat kerja. Semorang share idea. Semorang function teruk. Kalau yang ni tengah mencurah idea menaip, yang lain recheck dan betulkan vocab dan apa yang patut. Semuanya smooth, memasing tahu tugas dan ada common sense yang sangat tinggi. Btw, group members aku ada melayu, india dan chinese. 

Ada tiga soalan yang kitorang kena buat, start kerja dalam pukul 2+ tapi pukul 3 lebih dah siap semua. Serius! cuma ada yang lebih teliti so the last work at 4.08pm macam tulah. But for me, around 3 lebih dan siap dah sebenarnya. I'm so proud of us! Alhamdulillah. (due 5pm camtu).

Aku doakan korang berjaya in future! I'm so in love with you guys punya attitude.
priceless kan? 

Kita boleh bijak tapi at last, attitude mengatasi kebijaksanaan mu.

/

Read More

Terlalu positif & kesannya

Saturday 20 November 2021

1 comment

topik yang datang dari pengalaman hidup iaitu toxic positivity. kebanyakkan topik dalam blog ni memang datangnya dari pengalaman aku sendiri. kalau tak alami, mesti aku sendiri tak pernah tahu wujudnya toxic positivity ni. selalunya tahu asalkan positif, semuanya bagus. tak jugak


According to google,


According to me, toxic positivity adalah suatu keadaan apabila manusia cuba berfikiran positif pada keadaan yang tak sesuai pun untuk menjadi positif. Maksudnya di sini, tak semua perkara perlu di positifkan supaya perkara tersebut nampak lebih ringan untuk diterima hati dan akal. Ada perkara, kita perlu belajar menerima bahawa ianya memang pahit. Aku rasa korang sendiri boleh relatekan? 

sebagai contoh, kebanyakkannya yang paling relate adalah tentang keluarga. Kalau kawan-kawan kita ada masalah keluarga yang agak toxic, sehingga mereka trauma dan tertekan. 


Berhentilah ungkapkan ayat-ayat yang positif seperti " biasa la tu, semorang ada masalah keluarga " , " takde apa tu, jangan fikirkan sangat " . sebab individu tersebut akan cuba berusaha menelan nasihat baik korang, namun hakikatnya, setiap hari ianya masih pahit dan tetap pahit. ajarlah mereka menerima pahit itu (dengar mereka meluah dengan telinga dan mata hati anda). Kadang anda tidak memahami keadaan dia, cuba google baca tentang masalah tersebut supaya faham sikit. dan cara terbaik adalah sentiasa ada bersama dengan mereka mengharungi beratnya ujian itu. Jangan biarkan mereka seorang diri terlalu lama. Kalau betul sayang, kita akan belajar berkorban. Fikirkanlah. 

Apapun, jangan pressure diri untuk tolong orang. Kalau rasa tak mampu, doalah selalu buat mereka. Doa juga sangat membantu. In shaa Allah.


Kesan buruk apabila bersikap "toxic posivity" ni adalah, tindakan itu mampu membuatkan mereka lebih tertekan kerana mereka berusaha menjadi positif seperti yang anda sarankan dan menyangka bahawa semuanya akan baik-baik sahaja. Pada hakikatnya, keadaan tetap sama malah membuatkan mereka semakin menyalahkan diri dan tertekan, kerana masalah tak selesai pun padahal mereka dah cuba ikut nasihat anda untuk bersangka baik dan jadi positif. Yang lebih teruk apabila mereka akan menjadi overthinking dan akhirnya menimbulkan rasa ingin bunuh diri (maaf ya tapi ini hakikat sebenar). Kerana ujian ini adalah jangka panjang. bukan sehari mereka hadap, ianya mungkin bertahun dan mungkin juga seumur hidup. 


Cara terbaik adalah ajarlah mereka menerima ujian pahit itu dengan ikhlas dan redha serta berusahalah untuk sentiasa ada bersama dengan mereka mengharungi beratnya ujian itu ( selalu ws tanya khabar atau call ajak borak, video call dan sebagainya). 

Kalau betul sayang mereka, kita akan belajar berkorban masa. Fikirkanlah.

Kalau tak mampu, takpe. Doakan lah yang terbaik untuk mereka. Doa juga sangat membantu. In shaa Allah.

/

semoga perkongsian bermanfaat! korang ada ke hadapi situasi begini? 

kongsikan lah di ruangan komen.



" dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. " 

Quran [ 1 : 155 ]





Read More

Tahun akhir degree (online)

Sunday 14 November 2021

3 comments

taktahu nak letak gambar apa, terima lah.. hahah ( a part of journey semester 5 )

pernah sebelum ni tengok senior mengharungi tahun akhir dengan sangat struggle. dan aku masih berfikiran positif, maybe giliran aku nanti semua akan baik-baik saja. bukan kah hidup ini mudah saja? okay baiklah, mari tengok semudah apakah itu. hahahahahaha
tujuan aku menulis adalah sebagai "jejak" serta mungkin menjadi panduan buat diri dan adik-adik di masa akan datang (kalau korang jumpa blog ni lah). mesti korang tertanya, apa yang susah? subjek ke dugaan hidup?

both.

mungkin di sini kita di uji dengan dugaan yang menjadikan kita lebih dewasa di masa akan datang sebabnya fasa seterusnya adalah fasa kerjaya (in shaa Allah). orang kata inilah fasa serius seorang manusia sebab dah jadi fully dewasa. kita dah tak ditanggung, kita mula menanggung diri dan orang lain pula. kita dah tak diajar, kita mengajar. kalau dulu, ilmu itu diberi tanpa kita rela pun, ilmu tetap curah mencurah pada kita tapi sekarang kita mula memberi ilmu dalam pada yang sama, kita mencari ilmu. Ilmu dah tak cari kita dah macam waktu sekolah dulu, sekarang kita yang kena cari ilmu tu. Tak cari, tak dapat lah.  begitulah kaedahnya. 

hidup ini mudah bila kita memahami dengan ilmu.
.

sekarang Week 6, ada berbaki lagi 7 minggu kuliah sebelum menghadapi peperiksaan akhir (in shaa Allah). Peperiksaan akhir seumur hidup lah kot? hahaha

untuk semester akhir ni, aku duduk rumah sewa. saja tambah pengalaman hidup. bagi aku, ia salah satu latihan untuk kita biasakan diri dengan persekitaran. ini cara aku lah. aku memang suka ambil pengalaman. Guru saya pernah cakap, pengalaman itu mahal dan tidak boleh di beli dengan duit. Yang membezakan kita dengan orang lain adalah pengalaman. kerana pengalaman mendewasakan kita.
.
hidup ni takkan pernah sempurna. jadinya, biasakan diri menerima kekurangan diri dan orang lain serta sentiasa mensyukuri kelebihan yang ada. bukankah Allah berfirman, siapa yang bersyukur akan ditambah nikmatnya? Maka, bersyukurlah dengan apa yang kamu ada sekarang.
.


" Wahai jiwa yang tenang, pulanglah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan ) lagi diredhai ( di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia, dan masuklah ke dalam syurgaKu."

Surah Al-fajr (89) , ayat 27-30

Read More
Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co