Dapur Kekja : Tepung lenyek + Sambal

Sunday, 30 December 2018

No comments

Haritu (2016) dah update pasal Sambal Tepung lenyek . So harini, nak update resepi tepung lenyek pula. Your perfect breakfast also can makan petang!

Bahan-bahan :

1- Tepung gandum cap sauh
2- Garam
3- Minyak masak yang dipanaskan - satu senduk
4- Air suam


Cara buat & goreng : 

1- Isi tepung gandum dalam bekas dalam kuantiti yg banyak (maybe half of it)
2- Tabur garam-  5 sudu teh pada tepung tersebut.
3- Panaskan satu senduk minyak masak. Bila dah minyak dan panas, tuang pada tepung tu. Kemudian adunkan dia guna senduk dan isi air suam. Teruskan mengadun sehingga adunan tak melekit (so that, kalau melekit sila tambah tepung)


So inilah dia! bila dah adun tu, tak nampak banyak pun even guna setengah tepung gandum yang baru beli tuh. Tiber XD

4- Bila adunan dah menjadi (tak melekit dan sgt lembut), cubitan besar pada adunan dan golekkan pada tapak tangan supaya jadi bebola kemudian lenyekkan dia supaya jadi bulat. (p/s jangan lenyek terlalu nipis nanti jadi kerepek. lenyek sekali dua, dah cukup biar dia tebal baru ada isi dan lembut bila dimakan)

5- Panaskan minyak untuk menggoreng. Silalah goreng yang sudah di lenyek tu.Goreng sampai dia jadi coklat cerah. First stage dia jadi coklat cerah, biar lama sikit supaya yg dalam tu masak. Jangan sampai jadi coklat gelap, itu hangus nama dia.


Ha camtuhh, coklat cerah. macam goreng jemput tu! itu saja, selamat mencuba :)








Read More

Kekja Skincare : [ SIMPLE ] Refreshing Facial Wash Gel

Monday, 24 December 2018

No comments

MY EXPERIENCES

My current face wash! (2019)

Sebelum ni guna Hadalabo Deep Clean & Pore Refinning Face Wash . Kenapa yang ni? Saya compare ingredients hadalabo (my previous face wash) dengan face wash yang ni. Since, saya memang jenis simple, dan baru tahu ada product jenama SIMPLE. Ingredients dia pun simple! Ingredients untuk both face wash ni lebih kurang  je. Berbeza sikit je tapi totally agak sama. SInce, di akhir-akhir menggunakan hadalabo tu muka saya jadi kering sangat, so saya perlukan pengganti yang lebih baik which is tak mengeringkan muka. Selepas buat research google sana sini, Gel face wash is better than Cream face wash. Pastu barulah google jenama apa yang ada Gel face wash dan harga affordable. Compare itu ini akhirnya SIMPLE  GEL FACE WASH paling perfect sepanjang pencarian bagi memenuhi kriteria yang di inginkan.

Perkara paling utama bila guna skincare, make sure produk itu tidak mengakibatkan iritasi pada kulit muka.Which is ada merah-merah kat tepi hidung dan muka rasa pedih. Once rasa macam tu, sila stop walaupun sejuta feedback manusia cakap it's work! Yes, it's work for them but not for you. Sorry, move on.


Texture dia gel as i said before. Buih pun sikit je, boleh dikatakan tak berbuih macam Cream face wash. Bila basuh muka  guna gel face wash, jadi warna putih tapi tak berbuih camtuh. Lepas basuh muka akan rasa lembab-lembab pada kulit. You know gel? Dia macam tinggalkan kesan gel pada muka so that rasa macam basuh tak habis. But for me, okay je. Best je, macam kulit kita lembab tak kering. Boleh kecutkan jerawat? borley lah (means tak berapa nak boleh) kena ada bantuan produk lain macam krim jerawat and so on. Kalau pakai make up, sangat tak sesuai sebab dia tak deep clean sangat. Saya selalu pakai bedak compact, bila basuh muka mesti basuh dua kali baru rasa bersih.


RECOMMENDED OR NOT?

YES! Recommended sebab tidak menyebabkan iritasi pada kulit muka. Bukan senang nak cari face wash yang tak menyebabkan iritasi pada muka. Kalau dah jumpa tu, sila setia. Hahah



" THIS IS FOR MY FUTURE REFERENCE BY MY OWN EXPERIENCE."

WHAT WORK FOR ME MIGHT NOT WORK FOR YOU. 



Read More

Kekja Skincare : [ HADALABO ] Deep Clean & Pore Refining

No comments

MY EXPERIENCES

Sejak 2015 saya menggunakan Face Wash Hadalabo. I usually use one type only. Contohnya, saya cuma pakai Face Wash Hadalabo je. Krim malam hadalabo ke apa semua tu, saya memang tak pakai. So kalau nak minta pendapat untuk Face Wash apa yang bagus. In shaa allah saya boleh tolong cadangkan.

Hadalabo ada banyak jenis Face Wash. Untuk kulit berminyak, untuk cerahkan kulit wajah dan banyak lagi based on apa yang di tulis pada Face Wash tuh. So, pilih lah mana yang korang nak untuk muka sendiri. Hihi

Ini lah yang saya guna seminggu selepas saya stop krim malam Dnars. Alhamdulillah, muka tak breakout langsung. Face wash yang ni best sebab rasa muka memang deep clean! Lepas basuh guna face wash ni, muka rasa tegang dan jerawat mengecut dan kering. For me memang best sebab feeling barbie doll. Hahah, but certain orang cakap tak bagus kalau face wash buat muka rasa tegang. Okay, korang kena teruskan baca kalau nak tahu kesudahan saya dengan face wash ni.

Sekarang (2019) pakai face wash ni lagi ke? Nope, saya dah stop. Eh kenapa??
Saya stop pakai facewash ni pada akhir tahun 2018 sebab dia macam dah tak effect kat muka. Means, bila muka tetiba break out sebab emosi, hormon atau period. Face wash ni dah tak dpt nak kecutkan jerawat, so bila cuci muka hari-hari pun.Takde effect, jerawat tetap datang pergi silih berganti. Pastu teruskan lagi seminggu sebab nak tengok betul ke dia ni dah tak effect kat muka. Result still sama, muka tak berkurang pun jerawat. Pastu terus stop, cari FACE WASH BARU. 

Selang seminggu lepas STOP FACE WASH HADALABO, baru try yang set tester SIMPLE (REFRESHING FACIAL WASH GEL) saiz kecil. Pastu next week lagi baru beli yang besar. Boleh baca sharing pasal SIMPLE (Refreshing Facial Wash Gel)


RECOMMENDED OR NOT?

YES! Very recommended untuk yang normal skin, combination skin and also oily skin. Sebab dia agak mengeringkan tapi taklah sampai berlaku iritasi (merah-merah tepi hidung) 

Nota : Face wash ni bertahan dengan saya selama 3 tahun, dan rasanya normal lah memang selalunya produk skincare lama-lama dah tak effect kat muka. Normal untuk tukar-tukar skincare but not every week. Selepas beberapa tahun. Itu normal. Face wash ni best dan bagus!


" THIS IS FOR MY FUTURE REFERENCE BY MY OWN EXPERIENCE."
WHAT WORK FOR ME MIGHT NOT WORK FOR YOU. 



Read More

Dapur Kekja : Ikan Asam Pedas terung

Friday, 2 November 2018

No comments

For the next day is Ikan Masak Asam Pedas bersama terung. Semua resepi yang dikongsi adalah lauk faveret sis! 


Bahan : 

1- Ikan Selar Kuning - 6 ekor
2- *Lada kering - segenggam
3- *Serai - 5batang kecil (nak bahagian separuh batang ke bawah sahaja)
4- *Bawang putih - 4ulas
5- *Bawang merah - 2biji
6- *Halia - 4/5 hiris (bersama kulit banyak khasiatnya)
7- *Udang kering - segenggam
8- Terung - sebatang
9- Kiub ayam maggi - 2
10- Asam jawa - 1 sudu teh


Cara Masak : 

1- Basuh ikan, buang isi dalam.

Asam pedas : 3 ekor potong dua seperti dalam gambar.
Goreng kunyit : 3 ekor dikelar sahaja seperti dalam gambar.

2- Blander yang bertanda *
3- Panaskan minyak (banyak)
4- Tumis yang diblander.
5- Masukkan kiub maggi -2 dan asam jawa.
6- Biarkan mendidih lama. (pecah minyak)
7- Tambah air sebekas. (supaya berkuah)
8- Biarkan mendidih sehingga pekat.
9- Masukkan ikan yang di potong dua + sebatang terung yang dibelah dua dipotong tiga. LOL (buang kulit satu line je)
10- Biarkan mendidih sehingga terung lembut. (sila cucuk dengan garpu)
11- Bila terung dah lembut, kecilkan api supaya masak lebih lama so makanan tahan lama. Noted!


12- Sila lah goreng 3 ekor ikan selebihnya bersama kunyit dan garam. Garam lebih supaya rasa masin. Kalau tak rasa masin, hambar!
/
Dah siap!



Read More

Dapur Kekja : Telur masak kicap

No comments

I'm road to my last sem omg. Syukur pada-Mu.
My next recipe notes is lauk telur masak kicap.

Bahan :

1- Telur 5biji
2- *Bawang merah besar - 2
3- *Bawang putih - 4ulas
4- *Cili padi - 7-10batang (mengikut tahap kepedasan yang dimahukan)
5- Kiub maggi - 1
6- Sos tiram & Kicap lemak
7- Serbuk kunyit - hujung sudu teh


Cara masak : 

1- Goreng telur mata. Pastu letak tepi
2- Blander yang bertanda *
3- Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak. (sebab ini kategori sambal)
4- Tumis bahan yang telah diblander.
5- Kemudian masukkan serbuk kunyit + kiub maggi + sos tiram (sedikit but agak-agak je) & kicap lemak (agak-agak dia cukup hitam)
6- Biarkan mendidih lama (pecah minyak) ''10minit? pastu rasa. Kurang masin, tambah garam.
7- Kemudian masukkan air sebekas. kalau nak kuah lebih, tambah banyak air.
8- Biarkan mendidih sampai kuah agak pekat.
9- Masukkan telur mata yang sudah digoreng.
10- Biarkan mendidih lagi.

Dah siap!



Read More

TIPS KESIHATAN : Sakit gigi berlubang (cengkeh)

Sunday, 9 September 2018

No comments
Sumpah sakit gila bila sakit gigi yang berlubang. Nak nak waktu malam, Allahhhhh. Apapun, saya cuba kumpul semua tips tradisional inspirasi daripada mak saya demi masa depan saya dan keluarga kecil saya nanti. Hihiks

Sekarang saya masih di kolej, bila sakit memang takde arah lah kecuali ke klinik terutamanya untuk dapatkan MC. Untuk amalkan tips tradisional bila sakit memang susah. In shaa Allah tips ini berguna pada mereka yang percaya ciptaan Allah banyak manfaatnya dan juga dapat berjimat.

Apa nak buat bila sakit gigi? Idea untuk mengarang satu entri berkaitan sakit gigi ni hadir pabila mak saya bercerita tentang anak asuhan dia (4tahun) mengadu sakit gigi sebab gigi berlubang selepas dia berjaya menghabiskan kuih keria yang manis. Lepastu mak saya korek gigi dia yang berlubang tu (means : buang sisa-sisa makanan yang terlekat di situ)


Mak pun rebus cengkeh dan suruh dia kumur air rebusan cengkeh. Dalam tiga kali dia kumur, ha elok! Esoknya datang rumah, dengan riak bangga gembira dia tu " acikkk, gigi da tak shakit *sambil tepuk-tepuk pipi dia) "

Setakat ni saya belum cuba sebab waktu sekolah menengah, gigi berlubang saya hanya ditampal sahaja. Amatlah tidak wajar untuk amalkan telan ubat tahan sakit. Cubalah cara tradisional. In shaa allah kita ikhtiar :)

HIGHLIGHT :

1- Rebus cengkeh.
2. Kumur sebanyak tiga kali air rebusan cengkeh.
/
Pesanan hal-hal kesihatan ini ikhlas dari saya, Faezah Mdnor. lol panduan masa hadapan.

Read More

St.Ives : Oatmeal Scrub & Mask

Monday, 30 July 2018

No comments

It's meeee againnnnyahh! Firstly, let you know product ini saya dapat gift dari St.Ives Malaysia. Thankyou! awwww happy. Sebelum ni memang saya gunakan Face Scrub St.Ives iaitu GREEN TEA SCRUB (Moderate). To be honest, sis kurang berkemahiran dan pengetahuan pasal scrub. I'm not really sure, bagus ke tidak scrub muka? apa faedah scrub muka? but since i got this gift, ofcourselah kita bertanyakan google dan research all about scrub.

So far, I know that scrub ada banyak jenis dan tahap kekasaran scrub itu. Pasal St.Ives ni, ada tiga level which is Gentle ( boleh pakai hampir setiap hari. Hampirrr ya hampirr tapi bukan setiap hari) , Moderate ( 2-3 kali sehari, sebab texture dia agak kasar. kalau selalu guna, takut rosakkan kulit) , Deep (seminggu sekali je). Begitulah

Apa sahaja jenis skincare jika di pakai pada muka, then muka jadi merah-merah nak cendol ke? eh bukan tu. Hahahah pastu tepi hidung pun mcm merah-merah atau iritasi berlaku. Trust me, just stop using it! Walaupun tengok review orang belambak cakap bagus product ni. But then kita guna pastu tak sesuai dengan kulit kita. Please redha dan move on. It's okay, something better waiting for us. gituh

okay pasal scrub muka. Kita scrub untuk buang kotoran dalam pore yang tersumbat. Kalau guna face wash macam tak deep clean sangat. So that, kita guna scrub untuk deep clean into. Tapiiiii elakkan guna yang texture kasar. serius rosak muka, nanti muka rasa pedih. kan kan? I'm so lucky sebab dapat gift jenis yang Gentle. Fall in love terussssss. Lembut je rasa, kasar dia sikit je. Yes yes, i'm prefer this scrub than before. Before this, green tea scrub tu moderate. Tetiba ada merah tepi hidung, ok konfem tak sesuai nihhh. Move on terus!


PERINGATAN  TEGAS : Jangan guna scrub muka ketika ada jerawat atau luka di muka. Makin luka nanti. auchhh don't okay?

/
#SharingIsCaring #LoveFaezahMdnor

Read More

Lactacyd : Feminine Hygiene

Friday, 27 July 2018

No comments

Before this memang dah banyak kali dengar pasal Lactycyd ni. Apa-apahal orang akan recommend gunalah Feminine Wash Lactycyd *tadaaa* . Tapi tah kenapa, orang kata tak elok bahan kimia letak disitu. Banyak lah spekulasi. But then, lactycyd ni my last choice lepas try basuhan rebusan daun. Mostly kalau sabun, memang akan rasa pedih untuk basuh miss V. Tapi, lactycyd ni adalah dari lactose (susu). Sikitpun tak pedih! Magic sangat lol

Mesti ada yang tertanya-tanya camne nak selesaikan masalah ni? Dah rimas asyik gatal je sampai luka! Tak larat nak tahan sakit luka dan gatal yakmat!!

I know that feel lah girls. We both know, and the best thing ever bila dapat cari penyelesaiannya. I'm not-reviewing-product. I'm just tell you my own solution for this problem! Paling penting, try yourself!


Tips : 

1- WAJIB. Keringkan/lap lepas membasuh. (pastikan area V kering! tu memang perkara paling wajib. Bakteria mudah membiak di tempat yang lembab. Ingat tu!)

2- Basuh guna Lactacyd Feminine Hygiene. (sebab dia pH balanced! bacteria tak duduk kawasan yang pH neutral)

3- Lepas basuh, lap kering-kering. So wajib, bila pergi toilet. Bawak satu tuala sederhana kecil (saiz tuala kepala) dan feminine wash Lactacyd Feminine Hygiene. 

tambahan : 

- tukar pad 3 kali sehari!
- tukar pantyliner setiap 2-3jam!

Memang kalau nak sihat, kena rajin. Sayangilah dia. eh hahahah

Harap membantu! Pengguna Lactacyd share me your feedback!!
#SharingIsCaring #LoveFaezahMdnor


Read More

Dapur Kekja : Macaroni + Carbonara

Monday, 21 May 2018

No comments

Macam biasa, rutin. Lepas masak, buat note. Jadi inilah....

Bahan masak : 

1- Macaroni
2- Bawang putih (dihiris) - 4/5 ulas
3- Bawang merah (potong dadu) - 2 biji
4- Ayam dada (potong dadu)
5- Sos prego carbonara - 2 botol
6- Cili padi - (basuh, potong dadu dalam kuali)


7- Oregano , Serbuk lada hitam. & (garam secubit rasa + ajinamoto sikit)


Cara masak : 

1- Rebus air.
2- Masukkan macaroni. (sampai kembang kemudian toskan)

1- Panaskan sedikit minyak. (taknak berminyak)
2- Tumis bawang putih yang dihiris. *api kecik
3- Masukkan terus serbuk lada hitam (1 sudu makan) *agak-agak je, asalkan taknak sikit. banyak.
4- Masukkan bawang merah yang di potong dadu & (garam secubit rasa + ajinamoto tabur sikit)
5- Masukkan ayam yang dipotong dadu. *kacau-kacau
6- Masukkan sos prego carbonara. (isi air dalam bekas, pastu goncang dan curah dalam kuali. jangan membazir pls) *api besar
7- Kacau-kacau sikit, pastu masukkan Oregano (dua sudu teh) *agak-agak je camtuh.
8- Kacau bagi mendidih letup-letup, kemudian gunting dadu cili padi masuk terus dalam kuali.
9- Biarkan mendidih lama sampai pekat cair camtuh. Siap!








Read More

RAMADHAN PLANNER 2018

Friday, 18 May 2018

No comments

Salam 03 Ramadhan 1439H,

Alhamdulillah, so macam mana ramadhan kali ini? Pertama sekali bersyukur di izinkan Allah untuk kita semua sampai pada bulan Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan meningkat amal ibadat kita semua. In shaa allah :)

Bagi memenuhi serta manfaatkan masa yang ada dalam bulan Ramadhan, saya nak suggest satu buku ini. Patutnya tunjuk awal lagi sebelum menyambut Ramadhan, jadi sempatlah korang semua grab dan kita gunakan bersama! Best tau guna RAMADHAN PLANNER ini. Nak nak kalau ada group atau buat sama-sama dengan sahabat sekalian. So, dalam group tu memasing tunjuk jakun camne nak guna buku ini? Maka perbincangan dalam group adalah semata-mata untuk masing-masing penuhkan table dan task yang diberikan dalam buku ini. MasyaAllah! Maka terisilah hari-hari dalam bulan Ramadhan dengan amal ibadah. Alhamdulillah. Itulah objektifnya!! Seronok bila dapat compete each other. Bermujahadah gittewww <3 

So, kandungan buku ini adalah PLANNER, QUOTES serta SEJARAH ISLAM yang berlaku dalam bulan Rejab, Syaa'ban & Ramadhan. Semuanya dalam BAHASA INGGERIS. sambil menyelam, minum air. Boleh tingkatkan english. But for me, kurang berminat. Haha, mungkin sebab saya kureng sikit english dan kekadang stress tak faham certain ayat. (teringat result MUET) T.T *nangis

Tapi takpe sebab masih mampu memahami untuk lengkapkan table task yang ada. hehe.So here, saya belanja sikit isi kandungannya : 


Okay, from the left adalah table yang kena isi untuk hari ketiga ramadhan. Table itu sentiasa ada since hari pertama sampailah hari terakhir puasa. Semuanya dah siap manage mengikut 10hari pertama, 10hari kedua, & 10hari terakhir. Masyaallah! Sangat mudah dan faham. 

Okay, from the right pula! Itu adalah table untuk yang dah siap-siap dia bagi pilihan cara untuk Khatam Quran dalam bulan Ramadhan. Kalau baca 4pages setiap waktu solat, in shaallah sekali khatam. So, ikutlah mana satu goal korang. Nak khatam quran berapa kali dalam Ramadhan ini?

Dan banyakkkkkkk lagi CHALLENGES, QUIZ, PAGES GANTI PUASA dan penerangan pasal FIDYAH. Senang citer, sangat lengkap! Semuanya terperinci termasuklah amalan di bulan Ramadhan bagi yang datang haid. MasyaAllah!

For me, saya akan beli buku ini seminggu sebelum Ramadhan. Kemudian, saya akan belet planner ni satu demi satu dan labelkan bagi pages yang saya kena update everyday! Pastu, setiap hari buka planner dan update. Dah macam bestfriend pula <3. Nak lebih jelas? Haaa label macam ni jeh : 


Wallahualam. Semoga bermanfaat. Dapat tak idea untuk Ramadhan? In shaa allah semoga kita lebih bersedia untuk Ramadhan yang akan datang! #SalamIftar (padahal baru 12.40pm)..kbye



Read More

Dapur Kekja : Ikan Masak Merah

Tuesday, 15 May 2018

No comments

My fav dish! Ikan Masak Merah + Nasi putih. OFCOURSE!! tambah nasi dua pinggan. omg..Tanpa buang masa, terus buat note!

Bahan masak : 

1-  *Lada kering - segenggam
2-  *Bawang merah - 2 biji
3-  *Bawang putih - 5/6 ulas
4-  *Halia (ikan dan ayam wajib halia!) *telur takyah
5- [ Sos tiram, Kicap Manis, Sos cili, Kiub Maggi, Gula ]
6- Ikan selar kuning or so on. (goreng kunyit + garam)


Cara masak : 

1- Panaskan minyak.
2- Goreng ikan (jangan sampai rangup sgt)


( camera problem sikit. lol)

3- Blander yang bertanda *
4- Tumis yang diblander tadi.
5- Masukkan bahan wajib ini dalam kuantiti yang sedikit (agak-agak je) : 


6- Biarkan sambal mendidih, naik minyak.
7- Masukkan ikan goreng tadi. Didih lama sikit. Siap!

/


Read More

Dapur Kekja : Kacang Panggang + Telur

No comments

Breakfast adalah sangat penting kepada kesihatan perut. Sebab, pada waktu pagilah pankreas akan merembeskan jus pankreas iaitu asid hidroklorik (HCl) kepada perut dengan tujuan untuk mencernakan makanan. Tapi kalau korang tak makan pagi, asid itu akan mencerna apa? Yes! Asid itu akan menghakis dinding perut yang akan mengakibatkan gastrik. dan kalau korang nak tahu, ia merupakan asid kuat! Kalau rasa malas nak brekpes, fikirlah tentang asid kuat yang akan menghakis dinding perut tu. Huishhhh ngeri!

Sungguh ke-biology-an intoduction untuk resepi ini. Hahahah. So, THIS IS MY FAVORITE BREKPES! selain nasi, semuanya favorite saya. kah!

Bahan masak :  

1. Kacang Panggang - 2 tin (besar) *boleh tiga orang makan.
2.  Telur - 3 (kira lah berapa orang nak makan)
3. Bawang putih - 5ulas diketuk-cincang
4. Bawang merah - 2 biji (hiris)
5. Sos Cili

Cara masak : 

1. Panaskan minyak. Goreng semua telur mata.

1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang putih.
3. Bila dah coklat, masukkan hirisan bawang merah.
4. Biarkan geng bawang tu masak.
5. Masukkan Sos Cili (agak-agak je) *baiklah, dalam dua kali tuang. kalau sekali tuang dah banyak, ok stop.
6. Kacau, bagi masak. naik minyak sikit.
7. Masukkan 2tin kacang panggang.
8. Kacau bagi masak lama. Pastu dah siap!
/

Selamat brekpes! Bismillahhhhh.


Read More

de' Differ girl

Monday, 14 May 2018

No comments

Dulu dia ada impian.
sama macam gadis lain.
Dulu hidup dia penuh yang "indah",
Yang dipetik selalu dapat. 
Tapi tetap sama "indah" dengan ujian yang melanda dirinya.
Alhamdulillah, dan dia sangat bersyukur akan kisah itu.
Semoga datang lagi yang 'indah' :)

Sehinggalah kini dia sudah melonjak dewasa, 
Namun masih dalam titisan remaja menuju dewasa.
Jambatan yang diharunginya agak rapuh,
Talinya hampir putus..
Namun masih ada semangat untuk di sambung-sambung,
Demi menuju masa depannya.

Kali ini memang berat,
Dia sendiri hampir mengeluh,
Seperti jatuh ditimpa tangga,
Hari demi hari,
Celaan demi celaan,
Sokongan keluarga juga luntur,
dan dia pun sudah mula "menunduk".

Kali ini memang perit,
Hatinya tidak pernah menipu erti menahan sakit,
Butiran jernih yang jatuh dari tubir matanya selalu benar,
Tidak dapat dinafikan kegagalan ini bukan dalam percaturannya.
Namun, tetap suci perancangan-Nya.

Dia merasakan dia gadis biasa.
Namun setelah dari itu,
Dia sedar bahawa dia lain dari yang lain.
Kisah dia,
de' Differ girl.

dia @fzhmdnr
/
Isnin, 14/5/2018
5.26pm



Read More

Pasal Tuto Kekja ?

Thursday, 22 February 2018

No comments


Long time no tutorial blog from me? sebelum ini saya kongsi tutorial blogskin disebabkan masa tu blog yang indah ini menggunakan template blogskin. Sekarang dah tukar kepada Denim Template. Ok pening. Apa beza dua tu? Btw, i'm not sure betul ke istilah untuk jenis-jenis blog tu. Tapi takpe. Keduanya lebih kurang macam ni. Blogskin tuh, kita just copy code design blog tuh dan paste dekat blog kita. Macam tuh. Dari mana nak dapat code blogskin? Dulu saya menggunakan www.blogskins.com . Sekarang link tuh dah macam tak wujud ataupun sudah diupdate. Banyak perubahan pada link-link yang di mention terutamanya dalam tutorial. Link tersebut sudah diupdate/ lupus terus.

Okay, back to the topic. Blogskin tuh, bila kita pergi view blog orang lain pastu "Eh, kenapa blog i sama dengan blog dia. sebijik segolek! lol dia curi code blogskin i ke?" Minta maaf ya. Itulah blogskin, dimana korang akan menemui kembar-kembar blog korang. Gituh. So, kalau kedekut taknak sama design blog. Gunalah Denim Template, which is kita yang design sendiri.

So design blog sekarang ni adalah I yang design sendiri. Kelabu putih berpolkadot. Cute kan? Yerp.
Tapi menggunakan khidmat tempahan.Maklumlah laptop Window berapa nih, photoshop pun takda!


Jadi, saya ingin memberitahu tentang tutorial blogskin yang saya post dulu. Mungkin ada link yang dah tak valid. Senang citer, boleh cancel out lah tutorial I yang dulu tuh. Nanti saya update yang baru. In shaa allah.
/

Read More

Dapur Kekja : Asam Rabus Bendi

Wednesday, 21 February 2018

No comments

Harini badan rasa letih. Too many things to-do + the babies , my assignment and artotes.co! Alhamdulillah. Penat-penat pun siap dah semua. Heeeeee

Bahan-bahan : 

1. Lada kering - 5-10batang* (sikit je)
2. Ikan bilis - segenggam* (agak-agak je) lol
3. Bawang merah - 2 *
4. Bawang putih - 4-5ulas*
5. Serbuk kunyit - setengah sudu  / (dua sudu teh)*
6. Kacang Bendi sebungkus dari pasaraya
7. Kiub Ayam Maggi - 1
8. Garam
9. Asam jawa adabi - setengah sudu


Cara Masak : 

1. Blander yang bertanda *
2. Masukkan dalam periuk + satu blander air.
3. Masukkan kiub ayam maggi - 1
4. Masukkan garam satu sudu.
5. Masukkan asam jawa setengah sudu.
6. Biarkan mendidih.
#kemudian rasa, tak cukup rasa,tambah mana yang patut.
7. Dah mendidih, masukkan bendi.
8. Biarkan mendidih kejap, (supaya bendi lembut. jangan terlalu lama nanti lembik)

Siap!


Read More

Dapur Kekja : Ayam Masak Semur (Kicap Jawa)

Monday, 19 February 2018

No comments



Bahan-bahan :

1. Ayam siap potong dari kedai.
2. Bawang merah - 3*
3. Bawang putih - 5/6*
4. Halia - 2 ketul*
5. Ketumbar dan jintan (1-2sudu )*
6. Serbuk kunyit
7. Kicap pekat,manis, masin.
8. Garam dan aji
9. Cili api - 4-6 batang
10. Air - dua mangkuk


 Cara masak : 

1. Basuh ayam
2. Sangan ketumbar dan jintan. [goreng tanpa minyak langsung]
3. Blander yang bertanda *
4. Tapis jika terlalu banyak air
5. Tabur satu sudu serbuk kunyit pada bahan yang dah diblander dan gaul sebati.
6. Panaskan minyak. (minyak banyak)
7. Masukkan yang dah diblander tadi.
8. Gaul dan tunggu sampai naik minyak dan bau. (bukan bau hangit. lol)
9. Pastu masukkan ayam dan air dua mangkuk.
10. Masukkan kicap manis, kicap masin dan kicap pekat.
# kuantiti is depend on you. nak manis, lebihkan kicap manis kurangkan kicap masin. dan begitulah sebaliknya kalau nak masin. nak pekat, warna hitam gelap. letak banyak kicap pekat. kalau nak warna cukup-cukup gelap. letaklah sikit je. gituh)

11. Tunggu sampai didih.
# Rasa, kalau tak cukup apa rasa. tambah kicap masin. pastu baru tambah garam kalau masih tak cukup masin.

12. Biarkan didih lama.(sampai kuah cukup). Tutup api, masukkan cili api. Siap!


Read More

Dapur Kekja : Tomyam cecampak

Thursday, 15 February 2018

No comments



Cuti raya cina + mid sem break. So, harini masak apa? Nasi putih + tomyam cecampak. Sama je, tomyam jugak. Aku je over letak nama vogue camtuh. Lol

Bahan-bahan :

1. Ayam potong 20 dari kedai.
2. *Bawang merah - 3
3. *Bawang putih - 1 (7-8ulas)
4. *Cili padi - segenggam/ agak-agak je. kang pedas. ayok!
5. Serai 4-5
6. Kiub Tomyam - 5
7. Pes Tomyam Adabi - 3
8. Kobis bunga

Cara masak : (rebus api besar ok)

1. Masak nasi lah. Haha
2. Basuh ayam, masukkan dalam kuali/periuk
3. Blander yang bertanda * (air separuh blander, means air banyak) takyah tapis.
4. Masukkan yang diblander dalam kuali berisi ayam tadi.
5. Masukkan sekali gus kiub tomyam-5 . pes tomyam adabi-3.
6. Tambah air banyak lagi supaya berkuah lah.
7. Ketuk bahagian depan serai dan masukkan dalam kuali.
8. Masukkan garam satu sudu, ajinamoto -secubit cuma. lol
9. Biarkan rebus lama-lama. (supaya cili tu masak, so tak pedas sgt)
10. Potong kobis bunga. (masukkan seminit sebelum tutup api)

ok siap.

Tips: campak, biar rebus. siap!





Read More

Rebus daun (miss V)

No comments


( Daun Jambu batu )

Another tips for myself is also include this. Rebus ketiga-tiga daun ini dalam kuantiti 5-7 helai bagi setiap jenis daun. Lepastu buat cebok masa mandi. Hey! Jangan lah time panas-panas baru lepas angkat dari dapur terus buat cebok. Auch!! Jangan okay. Habis melecur haish. taknak taknak. Tunggulah air rebusan tu sejuk dulu atau campurkan dengan air sejuk/paip. Contohnya, cedok sikit air rebusan tu pastu campurkan dengan air paip dalam kuantiti yang banyak supaya dapat rasa suam-suam camtu. Sesuai untuk buat cebok. So that, air rebusan ketiga-tiga daun ini dapat hilangkan kegatalan dan mematikan bakteria yang berada di situ. 

Marilah sama-sama take note dan menjaga diri sendiri. Girls must noted this! xoxo bye. Semoga bermanfaat!
/

[ Daun Sirih - Daun Kaduk- Daun Jambu ] + Rebus = Happy ending.


Read More
Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co